Minggu lepas saya merasa menjadi "weekend wife".
Selasa saya MC sebab kurang sihat badan amat penat lepas kes Isnin jem mengejut. So saya decide malas nak balik rumah pada hari Rabu saya start bekerja tu.
Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu saya stay di KL. Sabtu petang lepas ofis saya baru balik. Tu pun sampai rumah tak terus jumpa husband. Husband balik rumah kalau tak salah saya dalam 830 malam macam tu.
Rindu? Tak payah nak cakapla. Bila husband sms cakap dia on da way, perasaan saya berdebar-debar. Ceh rasa macam awal bercinta. Berdebar bila nak berjumpa. Huhu....penah tak uolss berperasaan macam tu bila dah lama tak jumpa, then bila tiba saat nak berjumpa rasa berdebar plak.....
Husband ajak tengok movie. Konon nak spend time dengan saya. Pada awalnya rasa macam malas plak. Sebab saya tahu mesti husband pun penat dan saya pun penat. Better tido awal....=p
At last lepas makan terus usha tiket midnite kat Terminal 1. Sini jela port nak tengok wayang kan. Nasib ada tiket Battleship. Memang dah bajet nak tengok citer ni. Kalau takda tiket tadi memang kitaorang battle kat rumah jela kan...
Orang cakap Battleship ni ala-ala Transformer. Frankly speaking saya tak pernah berpeluang tengok Transformer ni baik 1,2 atau 3. Tak pernah langsung tengok. Ok fine takpelah kalau uolss nak gelakkan i....huhu
So pada pandangan saya tak sia-sialah kami spend RM11 tengah malam dalam keadaan lemau dan mengantuk nak tengok movie ni. From my point of view, saya dan husband suka dengan movie ni. Memang tengok scene awal agak slow and saya tertanya-tanya apa kaitannya scene awal dengan perang-perangkan...
Walaupun skang ni kalau uolss perasaan filem Barat macam mengetengahkan konsep makhluk asing dengan manusia. Menceritakan planet Bumi yang tak mampu menampung kehidupan manusia. Saintis cuba mencari alternatif dengan mencari planet yang sesuai untuk menggantikan Bumi yang semakin uzur. Dah banyak sangat konsep ni digunapakai dalam filem-filem yang lain. Contohnya baru-baru ni John Carter. Konsep yang sama saintis mencari planet Marikh untuk menempatkan penduduk Bumi. Tapi John Carter tu tak sehebat Battleship. Setuju?
Pada sesiapa yang dah tengok movie ni, cuba uolss bayangkan kalau Malaysia ni didatangi makhluk asing macam tu. Muka mengerunkan. Kalau ada depan mata skang ni mahu pengsan tengok makhluk asing tu. Huishh simpang malaikat 44. Lindungilah Bumi Malaysia Ya Allah....
Apa yang saya pelajari dalam movie ni, strategi, perancangan yang teliti dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menghadapi sebarang situasi. Walaupun kita tengok dalam movie ni, kapal perang and teknologi senjata yang digunakan oleh makhluk asing tu lebih hebat dan canggih, tapi Alex Hopper and the geng berjaya mengalahkan makhluk asing tu dengan menggunakan strategi dan kreativiti walaupun kapal perang yang mereka gunakan adalah kapal perang yang lama yang dah pun dijadikan muzium.
Walaupon pada awalnya Alex Hopper ni memang tak disukai sebab sikap dia yang annoying tapi at the end oleh kerana dek akal fikiran dia yang bijak walaupun nakal berjaya jugak dia merancang strategi mengalahkan makhluk asing tu.
As a conclusion, for those yang tak berpeluang lagi nak tengok movie ni tak rugi kalau nak tengok compare dengan 3 Temujanji kan...opss tak baik condemn filem kita. Filem kita wajah kita...=p
Pada geng-geng Navy wajib tengok kot....sebab movie ni memang mengangkat martabat profesion uolss...
Sekian~
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment