Followers

Monday, April 23, 2012

Resepi Oreo & Butter Cake

Hari ni saya nak share satu resepi yang simple dan sedap. Sebenarnya dah lama saya mencari resepi butter cake yang lembut. Sebelum ni pernah buat jugak tapi tak selembut seperti yang saya harapkan.

Macam mana tiba-tiba boleh ter-rajin plak kan nak buat kek. Ni kes adik saya yang teringin nak makan kek. Tapi nak kek yang simple je. So saya terpikir butter cake jela yang simple kan. Kebetulan plak saya terhutang budi sebab dia tolong kemaskan bilik yang macam tongkang pecah kat rumah tu. Huhu...upah makan kek la sebab bab makan dia memang nombor satu. Hikhik....(mati saya kalau dia baca post ni)

Sebelum nak buat harus la google resepi dulukan. Memang banyak tak terkata resepi butter cake ni. So kenela pandai pilih yang betol-betol, moga-moga kek tu akan menjadi. Kalau tak buat malu je...=p

Yang ni lain sikit dari resepi yang lain sebab ada tambah biskut oreo. Cuma pandangan saya kek ni macam kurang manis. Tapi adik dan kawan yang makan cakap ok je. Mungkin saya yang kuat manis. Takpe lepas ni nak buat lagi kene tambah gula lagi sikit. 

Jom tengok resepi and method macam mana nak buat Oreo and Butter Cake!

Pic Ihsan Tasha Reiko
=)

Bahan-bahan:

250 gm mentega --> Saya pakai seketul butter. Senang tak payah timbang. Seketul butter kan 250 gm
135 gm gula halus --> Gula pasir tu kisar je kalau taknak beli gula dah sedia halus. Sape yang suka manis macam saya boleh tambahkan sukatan gula ni...
5 biji telur gred A (besar) --> Asingkan telur kuning dan putih
135 gm tepung halus ---> Saya pakai tepung gandum biasa tapi yang diayak. Kalau pakai soft flour lagi menjadi kot.
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
10 keping biskut oreo yang dikisar halus (buang dulu jem kat tengah tu) ---> kalau pakai satu paket pun takpe kot. Rasa sikit oreo tu dalam kek.

Cara-cara:

  1. Putar mentega/butter dengan 1/2 bahagian gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur kuning satu-persatu dan teruskan memutar hingga adunan sebati dan kembang. Masukkan esen vanilla.
  2. Perlahankan speed mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan putih telur dan bahagian gula tadi. Putar hingga kental. Adunan akan jadi kembang dan berwarna putih. Pakai high speed pun takpe. Putar sampai kental tapi jangan sampai keras.
  4. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung menggunakan teknik kaup balik. Jangan ter-over putar. Takut kek tak jadi. Teknik kaup balik ni bukan pakai mixer ye. Pakai tangan je.
  5. Bila dah gaul rata, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian asal dan satu lagi ditambah dengan oreo yang dikisar halus.
  6. Tuang dalam loyang pembakar berselang seli. Sebelum tu griskan dulu lapisan loyang dengan mentega atau kertas minyak.
  7. Bakar dalam oven suhu 175C selama 35-45 minit. Saya bakar menggunakan suhu 160C selama 1 jam 30 minit lebih kurang. Ikut pada oven masing-masing.
  8. Dah siap dan sedia dihidangkan.

Cadangan:
  1. Kalau tambah susu lagi sedap and moist.
  2. Kalau taknak letak oreo bole letak grated kulit limau. 

Resepi asal boleh rujuk sini ---> Dapur Tanpa Sempadan

Selamat Mencuba!

2 Kata-Kata Inspirasi:

choclairissa@intan marliana said...

wow sedapnyeeee...rase nk buat jgkla :-)

Cempaka Cenderawasih said...

Intan tak rugi try sebab resepi ni mmg sedap and menjadik...=)

2 comments on "Resepi Oreo & Butter Cake"

choclairissa@intan marliana on April 23, 2012 at 7:11 PM said...

wow sedapnyeeee...rase nk buat jgkla :-)

Cempaka Cenderawasih on April 24, 2012 at 1:36 PM said...

Intan tak rugi try sebab resepi ni mmg sedap and menjadik...=)

Disable Right Click