Niat untuk mencantikkan rumah semakin berkobar-kobar. Tapi malangnya niat tu tak mampu direalisasikan dalam masa terdekat. Al maklum di awal perkahwinan memang terdapat sedikit financial problem. Duit yang dapat setiap bulan tak boleh nak dilaburkan 100 percent untuk keperluan dan kemahuan rumah.
Keperluan rumah rasanya dah cukup buat masa ni. Cuma perlu menambah produk "kemahuan" saje. Saya dah senaraikan barang yang perlu untuk projek deco yang ntah bila dapat direalisasikan sepenuhnya.
Tapi buat masa ni apa yang dalam fikiran saya dan suami untuk menghias ruang tamu, ruang santai dan dining area saje. Kitchen kabinet tu biarlah dalam 2 3 tahun lagi. Kalau nak buat biarlah puas hati terus. So bila nak yang puas hati paham-paham jela ongkosnya dong....
Salah satu deco yang saya masukkan dalam senarai ialah wall deco. Nak menghias dinding ni pun ada pelbagai gaya yang boleh kita jadikan rujukan dan ikutan.
Semalam sempat jugak saya google wall deco yang berkenan di hati. =)
Penggunaan wall sticker mampu memberi kelainan pada ruang.
Pada pandangan saya corak perlulah selari dengan susunan, warna dan bilangan perabot.
Tapi saya tak pasti sama ada husband suka atau tak dengan idea ni...
Al maklum rumah kami kecil molek....
Yang ni memang nak sangat-sangat direalisasikan.
Nak letak frame bingkai putih pelbagai saiz kat satu ruang yang kami panggil ruang santai.
Ruang santai adalah ruangan menonton tv.
Kami memang tak letak tv di ruangan sofa.
Ruangan sofa atau ruang tamu tu memang khas untuk tetamu sahaja.
Baru ada privasi sikit.
Yang macam ni pon mampu menyejukkan mata yang memandang.
Ton warna yang selari dan kombinasi yang menarik.
Simple tapi nampak elegant kan?
Yang ni idea yang sangat praktikal.
Maximise kan penggunaan dinding dengan hiasan barang.
Suka!
Jam yang unik.
Saya suka.
Rumah kami takda jam yang menonjol macam ni.
Hiasan dinding macam ni pun mampu menaikkan mood sesuatu ruang.
Box shelves.
Eh betol ke penggunaan ayat saya tu??
Saya suka canvas painting!
Pada pandangan saya rumah adalah ibarat syurga dunia. Tak semestinya penggunaan barangan mewah mampu "menyurgakan" ruang rumah anda.
Jika kita pandai bermain dengan konsep, hiasan dan ruang takda masalah pun kalau menggunakan barang yang harga berpatutan dan tidak mahal. Tak semua orang mampu tapi asalkan kita pandai mengayakan dan mengadunkan ruang yang ada.
Tak semestinya orang kaya saje yang mampu menghasilkan konsep interior design yang cantik. Saya dan anda juga bole....=)
Yang penting minat, ingin belajar, berimaginasi tinggi dan kreatif!
Selamat mendekorasi syurga kita.
=)
P/s: Pictures adalah ihsan daripada Encik Google.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment