Antara salah satu hobi yang saya selalu buat ialah google artikel yang berkaitan dengan motivasi dan peningkatan emosi dalam diri. Al maklum motivasi umpama makan nasi. Kalau saya, saya suka setiap hari membaca artikel yang berkaitan untuk menaikkan semangat dalam diri.
So harini saya nak share satu artikel yang saya baca. ADAB MELAYAN SUAMI. Moga kita menjadi isteri yang solehah dan disayangi suami selalu.
- Sekiranya suami marah, isteri patut mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Sekiranya anda berdegil, suami mungkin akan keluar dari rumah atau tidak bertegur sapa dengan anda.---> Suami adalah syurga bagi seorang isteri. Seburuk mana pun perangai suami, kita tak patut menderhaka terhadap suami. Nak meninggikan suara pun tak boleh apatah lagi memarahi suami di depan khalayak ramai. Itu boleh menjatuhkan maruah seorang suami dan membuka aib sendiri.
- Sekiranya suami pulang ke rumah, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.--> Apalah salah kiranya kita membuang ego demi hubungan suami isteri. Sakit hati tau kalau simpan ego lama-lama. Lebih baik kita berbaik-baik....
- Ada kalanya suami suka mengusik isterinya. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Ia merupakan sikap yang tidak matang dan keanak-anakan. Sebaliknya tunjuklah sikap sporting dan ketawalah dengan usikannya. --> Kalau suami bergurau kasar, kite bergurau kasar balik kan. Tengok sentap ke tak?? Tapi bukan nak bergaduh betol-betol sekadar bergurau senda...
- Jika suami berhajat sesuatu, hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh dengan suami. ---> Selalu kene suruh amik bantal sebab bila husband dah landing depan tv dia malas nak bangun amik bantal. So mangsa yang rajin haruslah saya.
- Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri. kecualilah dgn izin suami dia mengalah untuk anaknya. --> Takda anak lagi so takda pengalaman....=p
- Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengan nya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah.
- Mintalah izain dari suami terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahu pun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap guna dahulu beritahu kemudian.
- Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Ikutlah pepatah Inggeris, '' a away to win a man''s heart is through his stomach''.--> Skang ni proses belajar masak. Husband lebih menghargai bila isteri masakkan menu untuk husband.
- Jangan biarkan suami memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami. Jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Suami akan berasa bangga sekiranya pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya. --> Penampilan husband perlu dijaga. Pada pendapat saya tanda husband yang serabai sebab isteri tak pandai menjaga pakai suami. Biar tak hensem asalkan tak comot..=p
- Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
- Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan tunggu suami minta, sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah. tidak perlu sehingga suami minta...minum atau tidak itu bukan masalahnya. --> Yang ni saya tak pernah buat lagi. Bancuhkan husband air lepas balik kerja.
- Jangan membuat perkara yang boleh memebebankan atau menyusahkan hati suami seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran. Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur. Jgn biasakan dgn meminta bukan yang wajib suami berikan....menyusahkan suami samalah melanggar arahan Allah.
- Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan sepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh mengecilkan hati suami. Setiap pemberian suami itu ada nilainya yang tersendiri. walaupun hanya sekadar sebiji gula-gula. --> Menyesal perfume yang diberi husband kene amik dengan pecuri masa rumah kene pecah...=(
Harap artikel ini mampu membaiki diri kita menjadi seorang isteri yang didambakan seorang suami.
=)
Ihsan artikel Serita Kadai Kupi & Motivasi
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment