Sebelum ni ada yang bertanya dengan saya tentang tutorial macam mana nak buat bunga pahar macam saya buat masa wedding hari tu.
Masa buat tak terfikir plak nak save step by step dia. So bila ada orang tanya alahai susahnya nak explain bila bukan face to face.
Sebenarnya steps dia tidaklah begitu susah. Kalau susah memang saya pun takkan buat kan. =p
Ok let me explain satu persatu, harap boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang berhajat nak buat projek DIY bunga pahar sendiri.
Pic ni je yang ada dalam simpanan.
=(
1. Bunga ros riben.
Cara nak buat actually saya refer melalui Youtube. Saya just taip ribbon rose and banyak tutorial yang mudah yang boleh kita cuba sendiri. Boleh KLIK SINI.
Dengan syarat untuk lebih mudah menghasilkan bunga ros yang cantik and mudah untuk dililit, carilah riben yang agak lebar (1" lebih or 2"). So bila kite lipatkan setiap bucu dia takkan mudah terbukak balik and senang untuk kita pegang.
Lebih kurang lebar macam ni.
Ihsan Google
Lipatkan dan lilit sehingga besar mana kita nak ros tu terbentuk. Then gunting hujung riben dan saya ikat menggunakan benang hingga kemas. Pastikan lilitan ros tak terungkai ye.
Contoh ribbon rose yang dah siap.
2. Bunga ros kertas kecil
Yang ni saya beli yang dah siap packing. Saje beli untuk tambahkan kemeriahan bunga pahar. Boleh beli warna kontra supaya ia nampak menonjol. Boleh jugak kalau kita nak tambah benda lain. Contoh manik, mutiara atau sebagainya....
Then saya susun jarak disetiap bucu bunga ros yang saya dah susun tadi.
Contoh penggunaan manik yang cantik.
Ihsan Google
3. Riben 4 beradik
Ada 4 warna riben kecil yang saya susun supaya ia kelihatan seperti kipas lepas kita cantumkan. Kononnya nak menambah kemeriahan supaya bunga pahar tu nampak besar dan rimbun.
Sori pic takda warna plak.
Kan nampak rimbun sampai bawah.
Saya cantumkan ia jadi macam ni menggunakan dawai lembut.
Setiap riben saya lipat jadi 3 lapisan.
Mudah sangat.
Kene lembutkan tangan ye sebab masa proses melipat memang kene pegang ke empat riben supaya senang nak dicantumkan.
Cara lipatan riben seperti di atas.
Harap boleh faham ye.
Dan siap lipat kene susun di atas riben yang dah dilipat seperti di atas.
Kita ikat di tengah cantuman riben tadi dengan menggunakan dawai lembut.
Hasilnya akan jadi seperti ini.
Ketatkan dawai supaya kelihatan kemas ye.
Saya susunkan di bawah susunan bunga ros.
Setiap baris saya letak dalam 3-4 riben 4 beradik mengikut kesesuaian.
Saya buat 2 baris.
Susun ikut kreativiti supaya nampak kemas dan seimbang setiap sudut.
4. Riben 2 beradik
Riben 2 beradik ni saya letakkan di bahagian bawah tempat net telur. Riben ni lebih panjang dari riben 4 beradik tadi. Sori takda gambar la.
Proses melipat sana macam riben 4 beradik.
Cuba lihat riben (putih) di tengah lidi.
Ada lebihan kan.
Tu yang saya maksudkan tadi.
Ihsan Google
5. Net telur
Net telur ni macam biasa la. Kita cantumkan bersama dengan riben 2 beradik tadi.
Masa nak gunting net pastikan telur muat untuk disarungkan dalam net tadi ye. Kesian makcik-makcik yang isi telur nanti kalau tak muat...=p
Lima steps sahaja yang diperlukan. Saya takdalah kreatif sangat tapi ni jela yang boleh saya kongsikan bersama.
Bila kita hasilkan sendiri memang terasa sangat puas tambah kalau ada yang memuji dan kagum dengan hasil tangan yang tak seberapa ni. (Tak suka puji diri sendiri!) Buat mana yang mampu je. Nak beli yang cantik dan mahal tak mampu.
Rindunya zaman buat preparation kawen!
=)
Selamat berDIY!
P/s: Boleh juga rujuk di sini. Kronologi DIY bunga pahar.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment