Followers

Sunday, April 29, 2012

Family Day Melaka Part 2

Kadang-kadang bila kita dah set dalam mind "mesti seronok" mesti realitinya adalah benda yang paling tak best.

Expectation saya sangat tinggi untuk Family Day kali ni. Dari segi preparation AJK nampak berbeza berbanding family day tahun-tahun lepas.

Tahun 2012 Family Day kali ni bertempat di Ayer Keroh Country Resort. 

Saya bergerak dari rumah 230 petang setelah selesai mengemas dan menguruskan hal rumah. Rakan yang dari KL dah bertolak awal. Dijangka check-in pukul 3 petang. Saya seorang diri drive dari Seremban ke Melaka. Husband tak dapat nak join. Kalau nak join perlu bayar RM110. Memandangkan husband kerja and belum tentu boleh balik tepat 2 petang. Tambahan plak opis dia ada Hi-Tea and jiran sebelah rumah ada buat kenduri ksyukuran. Takpelah bila dikira-kira macam rugi plak nak bayarkan. Kalau free memang saya tunggu jugak husband balik kerja.

Petang macam biasa ada sukaneka and futsal. Sempat saya masuk dua acara sukaneka padahal husband dah pesan jangan aktif sangat. 

Malam acara yang paling ditunggu. Kalau sebelum ni tak pernah ada tema tapi tahun ni mereka decide mahu buat tema. Memang ramai staf yang bersemangat. Rata-rata ramai yang mengikut tema termasuklah staf lelaki.

Part yang paling tak best bab makan. Semasa taklimat awal kami diberitahu ada pelbagai makanan termasuklah western dan Melayu. Sedihla. Berkecai expectation saya sebelum ni. Malaslah nak cakap benda yang negatif apa pun bersyukurlah dengan apa yang diberi. =)

Dinner yang sangat ditunggu-tunggu.
Dari pagi saya simpan perut semata-mata nak makan banyak.
Tapi....

Saya, Jane, Roslinda, Kak Amy, Lina
Anak dara muda bergetah
Kalau saya cakap saya tak kawen lagi mesti uolls percayakan?
=p

 Saya nak western food tapi tak dapat.
=((

Rakan satu department
School of Human Sciences

Okla mata dah mengantuk sangat.
Esok pagi-pagi saya nak balik Seremban.
Miss him so much~

Saturday, April 28, 2012

Family Day Part 1

Bersiaran dari Ayer Keroh Country Resort.
Ada family day anjuran Opis mencari sesuap nasi.
Namanya family tapi saya datang solo.

Tapi saya happy.
Tak sabar nak ber-arabian nite malam ni.

Thursday, April 26, 2012

Jangan Tua Sebelum Waktunya

Selepas kawen saya terasa amat malas untuk menjaga kecantikan muka walaupun sedar diri tak lawa,
My routine regime untuk muka hanya cleanser semata,
So kalau sesapa perasaan memang kulit muka semakin disaster skang,

Tambahan plak tahun ni dah masuk 26 tahun,
Saya jenis manusia yang suka tukar-tukar produk pencuci muka,
Kalau rasa nampak pencuci muka tu dah tak memberi efek glowing pada muka dengan serta merta saya akan tukar ke produk yang lain.

And now produk yang saya pakai Simplicity packaging hijau tu (Charcoal)
Untuk kulit berminyak.
Orang kata bagus maka saya try.
Tapi makin lama pakai, terasa banyak sangat sisa whiteheads kat muka.
Sangat tak selesa.

Bila dah jadi macam ni mula la timbul keinsafan dalam diri.
Nak jaga betul-betul sebelum kedut kat muka ni terserlah sebelum umur 30.

Nak beli yang mahal takda mano doe...
Den bukan org kayo.

Google punya google,
Hati ni terjatuh hati nak try Safi Rania Gold.
Banyak testimoni yang memberangsangkan.
Bile yang kocik dulu.
Tengok perbezaan.
Bila dah serasi nanti i akan trus khabarkan seluruh dunia review tentang produk ni.
=p

Testimoni yang buat saya teruja:-

Penghujung April 2012

Tahun 2012 adalah tahun saya merangkak, berlari mengejar matlamat dalam hidup,
Hidup yang dipanggil perkahwinan,
Kehidupan saya bukan lagi berseorangan, tapi berteman,
Teman yang ingin dibawa sampai syurga,

Bukan kesempurnaan yang dicari,
Cukup sekadar sederhana dalam kehidupan.

Tahun 2012 saya belajar untuk jadi kuat,
Kuat hadapi cabaran,
Cekal hadapi ujian,
Semangat mengharungi rintangan,
Redha menghadapi musibah.

Tahun 2012 tahun saya mengutip pengalaman yang berharga,
Untuk kelangsungan hidup seterusnya,

Malam ni saya kene kuat sebab berjauahan lagi dengan suami.
Hati dah rasa kuat.
Saya dah mampu setkan dalam hati dan minda.
Takda lagi homesick terlebih macam sebelum ni.

Perpisahan ini  mengajar kesetiaan,
Menguji kasih sayang antara kami berdua.

Wednesday, April 25, 2012

Tips Dapat Baby Cepat

Petang ni rasa malas sangat nak sambung marking paper. Padahal tinggal sikit lagi, sepatutnya kenelah lebih semangat nak menghabiskan secepat mungkin. Tapi memandangkan tengok jawapan students yang semakin petang semakin meloyakan, saya tutup sekejap and continue reading artikel. =)

Dapatlah share dengan readers sekalian. Selain diri sendiri dapat info jugak.

Saya rasa artikel ni sangat berguna bagi orang yang berkahwin and sedang merancang untuk mendapat cahaya mata. Rupanya nak "buat" anak ni tak seperti dalam drama atau filem. Rasanya nak plan baik punya tapi masih belum lagi dikurniakan rezeki anak. Tak apalah itu semuakan kuasa Allah. Bersabar jela menunggu anugerah tu. Suatu masa pasti akan tiba jua. =)

Kepada sesiapa yang berjaya untuk hamil, jagalah kandungan, jaga pemakanan, jaga pertuturan, jaga tingkah laku, buat kebaikan. Insya Allah apa yang kita lakukan sepanjang kehamilan pasti akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Nampak macam tahyul atau tak logik tapi terpulang pada diri masing-masing sama ada ingin percaya atau tidak.

Saya pasti tips dibawah mesti ada antara kalian yang sudah tahu dan sedang praktikkan tips ini untuk mendapat cahaya mata...

****

Kat sini ada 10 tips yang boleh dikongsi bersama:-

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

Tapi bagaimana kalau kita dah melakukan hubungan pada waktu subur tapi gagal juga nak memperoleh cahaya mata?? Saya cuba memahami kitaran haid saya. Dan alhamdullilah kitaran saya pada setiap bulan memang tetap antara 28-29 hari. 

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.

Kadang-kadang tak perlu tunggu sehingga setahun untuk buat pemeriksaan. Lakukan sekarang. Biar nampak gelojoh asalkan kita tahu apa masalah dalaman kan... =p

Tapi buat masa ni takdalah saya dan husband berjumpa dengan doktor. Selepas keguguran saya cuba untuk bagi masa pada sistem peranakan untuk kembali normal semula.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

Rasanya berat badan saya dah normal. Cuma bentuk badan je tak normal. Besar kat bawah. Takpe senang nak beranak nanti. Eh yeker??? =p

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Saya rasa saya dapat agak bila waktu subur saya. Kadang-kadang masing-masing terlupa nak ON bila telur sepatutnya muncul kat tiup filapio tu. Padahal masing-masing dah saling mengingatkan tapi bila landing je kepala atas bantal...mood ON ke laut...=p

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

Ok mungkin posisi yang tak berapa nak betul. Practices make perfect...and part yang saya bold-kan tu harus dipraktikkan lepas ni. Sori ni bukan entry lucah je. Ni salah satu usaha ok. I takda cite details kan pasal hubungan intim i dengan husband. Tak baik berdosa uolsss.....

6. Tingkatkan kesuburan suami 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

Ok sila pesan kepada husband masing-masing.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

Kalau nak merancang hamil takpe ke makan? Mana tahu masa kita teruskan pengambilan multivitamin kita dah hamil masa tu. Tak menjejaskan kandungan ke?? 

Skang ni memang setiap hari saya consume asid folik untuk mengurangkan kecacatan kromosom yang saya alami sebelum ni...

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

Bersenam dalam kereta setiap hari bole??? Tekan minyak..tekan cluth....exercise mulut ..=p

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.
- Bersenam.
- Mendengar muzik.
- Membaca dan mendengar audiobooks.
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.
- Beromantik dengan suami.

Ni la yang paling penting. Kurangkan tekanan. Husband selalu cakap saya stress and penat sebab faktor tempat kerja yang jauh. Padahal saya rasa saya ok je. Bukanlah all the time saya tunjuk muka masam kan. Boleh dikira dalam sebulan ok.

Tapi saya perasan lepas kawen muka saya macam muka tak siap. Dah macam makcik beranak 10. Hilang keserian diwajah. No no no please bangkit serlahkan kembali kesegaran dan keserian muka walaupun dah kawen 100 tahun...=p

Jom merancang dapatkan cahaya mata. Catatkan tarikh mula period anda. Kira waktu subur. "Buat" On time.

Dan yang paling penting jangan lupa berdoa dan bertawakal selepas pelbagai usaha dilakukan. Amalkan surah Maryam dan surah Yusuf. Dan setiap hari amalkan doa Nabi Zakaria. Insya Allah....

Allah Maha Mengetahui yang terbaik.

P/s: Semalam baru bersembang dengan husband tentang anak...=)

Sumber artikel : 10 Tips MudaH HamiL

Ekspresi DiriKu

Minggu exam dah habis. Cuti semester dah bermula. Tapi masa untuk rest belum tiba lagi. Saya masih meneruskan perjuangan di sini demi mencari sesuap nasi. Rugi rasanya berhenti kerja dan duduk di rumah. Bila saya bekerja walaupun banyak sangat cabaran yang perlu ditempuh, sekurang-kurangnya saya masih mampu untuk menimpa pengalaman. Walaupun saya bukan golongan pekerja yang rajin and top performer...=p

Dalam masa sibuk-sibuk meluangkan masa berblogging masih ada lagi kerja yang perlu dibereskan:-

  • Sabtu ni ada Family Day anjuran opis di Melaka. Pergi bersama rakan staf yang lain. B tak pergi. Biarlah dia selesaikan kerja dia yang bertimbun tu. Walaupun berat hati weekend meninggalkan husband.. =p
  • Marking paper tinggal sikit je lagi. Then bole completekan markah 40 percent tu. After that kerja Puan Fardilla Fawzi dah selesai sebelum 11 Mei. Takdala dapat show cause letter macam last year.
  • Check report students LI yang 50 orang tu. Masya Allah. Moga ada kekuatan nak siapkan sebelum 4 Mei ni. Then bole proceed dengan presentation plak. Part dengar presentation yang paling best tu. Mood nak cepat marah tu mudah sangat nak terkeluar. We will see. Semester ni format baru. All report writing and presentation must be conduct in English. Masa ni la bole gelak guling baca and dengar google translate bebudak ni...Masya Allah....
  • Ada banyak lagi kerja yang pending yang tak perlulah rasanya nak mention kat sini...

P/s: Menulis mampu meredakan perasaan saya. Biarlah orang dok cakap banyaknya masa saya meluangkan masa untuk berblogging tapi dengan cara ni saya mampu mengekpresskan apa yang saya rasa. 

Tuesday, April 24, 2012

Adab Melayan Suami

Antara salah satu hobi yang saya selalu buat ialah google artikel yang berkaitan dengan motivasi dan peningkatan emosi dalam diri. Al maklum motivasi umpama makan nasi. Kalau saya, saya suka setiap hari membaca artikel yang berkaitan untuk menaikkan semangat dalam diri. 

So harini saya nak share satu artikel yang saya baca. ADAB MELAYAN SUAMI. Moga kita menjadi isteri yang solehah dan disayangi suami selalu.

  • Sekiranya suami marah, isteri patut mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Sekiranya anda berdegil, suami mungkin akan keluar dari rumah atau tidak bertegur sapa dengan anda.---> Suami adalah syurga bagi seorang isteri. Seburuk mana pun perangai suami, kita tak patut menderhaka terhadap suami. Nak meninggikan suara pun tak boleh apatah lagi memarahi suami di depan khalayak ramai. Itu boleh menjatuhkan maruah seorang suami dan membuka aib sendiri.
  • Sekiranya suami pulang ke rumah, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.--> Apalah salah kiranya kita membuang ego demi hubungan suami isteri. Sakit hati tau kalau simpan ego lama-lama. Lebih baik kita berbaik-baik....
  • Ada kalanya suami suka mengusik isterinya. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Ia merupakan sikap yang tidak matang dan keanak-anakan. Sebaliknya tunjuklah sikap sporting dan ketawalah dengan usikannya. --> Kalau suami bergurau kasar, kite bergurau kasar balik kan. Tengok sentap ke tak?? Tapi bukan nak bergaduh betol-betol sekadar bergurau senda...
  • Jika suami berhajat sesuatu, hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh dengan suami. ---> Selalu kene suruh amik bantal sebab bila husband dah landing depan tv dia malas nak bangun amik bantal. So mangsa yang rajin haruslah saya. 
  • Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri. kecualilah dgn izin suami dia mengalah untuk anaknya. --> Takda anak lagi so takda pengalaman....=p
  • Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengan nya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah.
  • Mintalah izain dari suami terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahu pun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap guna dahulu beritahu kemudian.
  • Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Ikutlah pepatah Inggeris, '' a away to win a man''s heart is through his stomach''.--> Skang ni proses belajar masak. Husband lebih menghargai bila isteri masakkan menu untuk husband.
  • Jangan biarkan suami memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami. Jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Suami akan berasa bangga sekiranya pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya. --> Penampilan husband perlu dijaga. Pada pendapat saya tanda husband yang serabai sebab isteri tak pandai menjaga pakai suami. Biar tak hensem asalkan tak comot..=p
  • Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
  • Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan tunggu suami minta, sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah. tidak perlu sehingga suami minta...minum atau tidak itu bukan masalahnya. --> Yang ni saya tak pernah buat lagi. Bancuhkan husband air lepas balik kerja. 
  • Jangan membuat perkara yang boleh memebebankan atau menyusahkan hati suami seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran. Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur. Jgn biasakan dgn meminta bukan yang wajib suami berikan....menyusahkan suami samalah melanggar arahan Allah.
  • Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan sepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh mengecilkan hati suami. Setiap pemberian suami itu ada nilainya yang tersendiri. walaupun hanya sekadar sebiji gula-gula. --> Menyesal perfume yang diberi husband kene amik dengan pecuri masa rumah kene pecah...=(

Harap artikel ini mampu membaiki diri kita menjadi seorang isteri yang didambakan seorang suami. 
=)

Review Battleship: Amacam??

Minggu lepas saya merasa menjadi "weekend wife".

Selasa saya MC sebab kurang sihat badan amat penat lepas kes Isnin jem mengejut. So saya decide malas nak balik rumah pada hari Rabu saya start bekerja tu.

Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu saya stay di KL. Sabtu petang lepas ofis saya baru balik. Tu pun sampai rumah tak terus jumpa husband. Husband balik rumah kalau tak salah saya dalam 830 malam macam tu.

Rindu? Tak payah nak cakapla. Bila husband sms cakap dia on da way, perasaan saya berdebar-debar. Ceh rasa macam awal bercinta. Berdebar bila nak berjumpa. Huhu....penah tak uolss berperasaan macam tu bila dah lama tak jumpa, then bila tiba saat nak berjumpa rasa berdebar plak.....

Husband ajak tengok movie. Konon nak spend time dengan saya. Pada awalnya rasa macam malas plak. Sebab saya tahu mesti husband pun penat dan saya pun penat. Better tido awal....=p

At last lepas makan terus usha tiket midnite kat Terminal 1. Sini jela port nak tengok wayang kan. Nasib ada tiket Battleship. Memang dah bajet nak tengok citer ni. Kalau takda tiket tadi memang kitaorang battle kat rumah jela kan...

Orang cakap Battleship ni ala-ala Transformer. Frankly speaking saya tak pernah berpeluang tengok Transformer ni baik 1,2 atau 3. Tak pernah langsung tengok. Ok fine takpelah kalau uolss nak gelakkan i....huhu

So pada pandangan saya tak sia-sialah kami spend RM11 tengah malam dalam keadaan lemau dan mengantuk nak tengok movie ni. From my point of view, saya dan husband suka dengan movie ni. Memang tengok scene awal agak slow and saya tertanya-tanya apa kaitannya scene awal dengan perang-perangkan...

Walaupun skang ni kalau uolss perasaan filem Barat macam mengetengahkan konsep makhluk asing dengan manusia. Menceritakan planet Bumi yang tak mampu menampung kehidupan manusia. Saintis cuba mencari alternatif dengan mencari planet yang sesuai untuk menggantikan Bumi yang semakin uzur. Dah banyak sangat konsep ni digunapakai dalam filem-filem yang lain. Contohnya baru-baru ni John Carter. Konsep yang sama saintis mencari planet Marikh untuk menempatkan penduduk Bumi. Tapi John Carter tu tak sehebat Battleship. Setuju?

Pada sesiapa yang dah tengok movie ni, cuba uolss bayangkan kalau Malaysia ni didatangi makhluk asing macam tu. Muka mengerunkan. Kalau ada depan mata skang ni mahu pengsan tengok makhluk asing tu. Huishh simpang malaikat 44. Lindungilah Bumi Malaysia Ya Allah....

Apa yang saya pelajari dalam movie ni, strategi, perancangan yang teliti dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menghadapi sebarang situasi. Walaupun kita tengok dalam movie ni, kapal perang and teknologi senjata yang digunakan oleh makhluk asing tu lebih hebat dan canggih, tapi Alex Hopper and the geng berjaya mengalahkan makhluk asing tu dengan menggunakan strategi dan kreativiti walaupun kapal perang yang mereka gunakan adalah kapal perang yang lama yang dah pun dijadikan muzium.

Walaupon pada awalnya Alex Hopper ni memang tak disukai sebab sikap dia yang annoying tapi at the end oleh kerana dek akal fikiran dia yang bijak walaupun nakal berjaya jugak dia merancang strategi mengalahkan makhluk asing tu.

As a conclusion, for those yang tak berpeluang lagi nak tengok movie ni tak rugi kalau nak tengok compare dengan 3 Temujanji kan...opss tak baik condemn filem kita. Filem kita wajah kita...=p

Pada geng-geng Navy wajib tengok kot....sebab movie ni memang mengangkat martabat profesion uolss...

Sekian~

image

Monday, April 23, 2012

Resepi Oreo & Butter Cake

Hari ni saya nak share satu resepi yang simple dan sedap. Sebenarnya dah lama saya mencari resepi butter cake yang lembut. Sebelum ni pernah buat jugak tapi tak selembut seperti yang saya harapkan.

Macam mana tiba-tiba boleh ter-rajin plak kan nak buat kek. Ni kes adik saya yang teringin nak makan kek. Tapi nak kek yang simple je. So saya terpikir butter cake jela yang simple kan. Kebetulan plak saya terhutang budi sebab dia tolong kemaskan bilik yang macam tongkang pecah kat rumah tu. Huhu...upah makan kek la sebab bab makan dia memang nombor satu. Hikhik....(mati saya kalau dia baca post ni)

Sebelum nak buat harus la google resepi dulukan. Memang banyak tak terkata resepi butter cake ni. So kenela pandai pilih yang betol-betol, moga-moga kek tu akan menjadi. Kalau tak buat malu je...=p

Yang ni lain sikit dari resepi yang lain sebab ada tambah biskut oreo. Cuma pandangan saya kek ni macam kurang manis. Tapi adik dan kawan yang makan cakap ok je. Mungkin saya yang kuat manis. Takpe lepas ni nak buat lagi kene tambah gula lagi sikit. 

Jom tengok resepi and method macam mana nak buat Oreo and Butter Cake!

Pic Ihsan Tasha Reiko
=)

Bahan-bahan:

250 gm mentega --> Saya pakai seketul butter. Senang tak payah timbang. Seketul butter kan 250 gm
135 gm gula halus --> Gula pasir tu kisar je kalau taknak beli gula dah sedia halus. Sape yang suka manis macam saya boleh tambahkan sukatan gula ni...
5 biji telur gred A (besar) --> Asingkan telur kuning dan putih
135 gm tepung halus ---> Saya pakai tepung gandum biasa tapi yang diayak. Kalau pakai soft flour lagi menjadi kot.
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
10 keping biskut oreo yang dikisar halus (buang dulu jem kat tengah tu) ---> kalau pakai satu paket pun takpe kot. Rasa sikit oreo tu dalam kek.

Cara-cara:

  1. Putar mentega/butter dengan 1/2 bahagian gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur kuning satu-persatu dan teruskan memutar hingga adunan sebati dan kembang. Masukkan esen vanilla.
  2. Perlahankan speed mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang lain, masukkan putih telur dan bahagian gula tadi. Putar hingga kental. Adunan akan jadi kembang dan berwarna putih. Pakai high speed pun takpe. Putar sampai kental tapi jangan sampai keras.
  4. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung menggunakan teknik kaup balik. Jangan ter-over putar. Takut kek tak jadi. Teknik kaup balik ni bukan pakai mixer ye. Pakai tangan je.
  5. Bila dah gaul rata, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian asal dan satu lagi ditambah dengan oreo yang dikisar halus.
  6. Tuang dalam loyang pembakar berselang seli. Sebelum tu griskan dulu lapisan loyang dengan mentega atau kertas minyak.
  7. Bakar dalam oven suhu 175C selama 35-45 minit. Saya bakar menggunakan suhu 160C selama 1 jam 30 minit lebih kurang. Ikut pada oven masing-masing.
  8. Dah siap dan sedia dihidangkan.

Cadangan:
  1. Kalau tambah susu lagi sedap and moist.
  2. Kalau taknak letak oreo bole letak grated kulit limau. 

Resepi asal boleh rujuk sini ---> Dapur Tanpa Sempadan

Selamat Mencuba!

Friday, April 20, 2012

Deco: Wall Deco

Niat untuk mencantikkan rumah semakin berkobar-kobar. Tapi malangnya niat tu tak mampu direalisasikan dalam masa terdekat. Al maklum di awal perkahwinan memang terdapat sedikit financial problem. Duit yang dapat setiap bulan tak boleh nak dilaburkan 100 percent untuk keperluan dan kemahuan rumah. 

Keperluan rumah rasanya dah cukup buat masa ni. Cuma perlu menambah produk "kemahuan" saje. Saya dah senaraikan barang yang perlu untuk projek deco yang ntah bila dapat direalisasikan sepenuhnya.

Tapi buat masa ni apa yang dalam fikiran saya dan suami untuk menghias ruang tamu, ruang santai dan dining area saje. Kitchen kabinet tu biarlah dalam 2 3 tahun lagi. Kalau nak buat biarlah puas hati terus. So bila nak yang puas hati paham-paham jela ongkosnya dong....

Salah satu deco yang saya masukkan dalam senarai ialah wall deco. Nak menghias dinding ni pun ada pelbagai gaya yang boleh kita jadikan rujukan dan ikutan.

Semalam sempat jugak saya google wall deco yang berkenan di hati. =)

Penggunaan wall sticker mampu memberi kelainan pada ruang.
Pada pandangan saya corak perlulah selari dengan susunan, warna dan bilangan perabot.
Tapi saya tak pasti sama ada husband suka atau tak dengan idea ni...
Al maklum rumah kami kecil molek....

Yang ni memang nak sangat-sangat direalisasikan.
Nak letak frame bingkai putih pelbagai saiz kat satu ruang yang kami panggil ruang santai.
Ruang santai adalah ruangan menonton tv.
Kami memang tak letak tv di ruangan sofa.
Ruangan sofa atau ruang tamu tu memang khas untuk tetamu sahaja.
Baru ada privasi sikit.

 Yang macam ni pon mampu menyejukkan mata yang memandang.
Ton warna yang selari dan kombinasi yang menarik.
Simple tapi nampak elegant kan?

Yang ni idea yang sangat praktikal.
Maximise kan penggunaan dinding dengan hiasan barang.
Suka!

Jam yang unik.
Saya suka.
Rumah kami takda jam yang menonjol macam ni.

Hiasan dinding macam ni pun mampu menaikkan mood sesuatu ruang.

Box shelves.
Eh betol ke penggunaan ayat saya tu??

Saya suka canvas painting!

Pada pandangan saya rumah adalah ibarat syurga dunia. Tak semestinya penggunaan barangan mewah mampu "menyurgakan" ruang rumah anda. 

Jika kita pandai bermain dengan konsep, hiasan dan ruang takda masalah pun kalau menggunakan barang yang harga berpatutan dan tidak mahal. Tak semua orang mampu tapi asalkan kita pandai mengayakan dan mengadunkan ruang yang ada.

Tak semestinya orang kaya saje yang mampu menghasilkan konsep interior design yang cantik. Saya dan anda juga bole....=)

Yang penting minat, ingin belajar, berimaginasi tinggi dan kreatif!

Selamat mendekorasi syurga kita.
=)

P/s: Pictures adalah ihsan daripada Encik Google.

Thursday, April 19, 2012

Menunggu Satu Malam Lagi

Harini Khamis,
Malam Jumaat,
Saya masih bermalam di Pandan Mewah...

Esok hari Jumaat,
Malam Sabtu,
Saya masih bermalam di Pandan Mewah...

Lusa hari Sabtu,
Malam Ahad,
Saya dah boleh tido dalam pelukan B...

Ok bai..
= D

Review: Tutorial Bunga Pahar

Sebelum ni ada yang bertanya dengan saya tentang tutorial macam mana nak buat bunga pahar macam saya buat masa wedding hari tu.

Masa buat tak terfikir plak nak save step by step dia. So bila ada orang tanya alahai susahnya nak explain bila bukan face to face.

Sebenarnya steps dia tidaklah begitu susah. Kalau susah memang saya pun takkan buat kan. =p

Ok let me explain satu persatu, harap boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang berhajat nak buat projek DIY bunga pahar sendiri.

Pic ni je yang ada dalam simpanan.
=(

1. Bunga ros riben.

Cara nak buat actually saya refer melalui Youtube. Saya just taip ribbon rose and banyak tutorial yang mudah yang boleh kita cuba sendiri. Boleh KLIK SINI

Dengan syarat untuk lebih mudah menghasilkan bunga ros yang cantik and mudah untuk dililit, carilah riben yang agak lebar (1" lebih or 2"). So bila kite lipatkan setiap bucu dia takkan mudah terbukak balik and senang untuk kita pegang. 

Lebih kurang lebar macam ni.
Ihsan Google

Lipatkan dan lilit sehingga besar mana kita nak ros tu terbentuk. Then gunting hujung riben dan saya ikat menggunakan benang hingga kemas. Pastikan lilitan ros tak terungkai ye.

Contoh ribbon rose yang dah siap.

2. Bunga ros kertas kecil

Yang ni saya beli yang dah siap packing. Saje beli untuk tambahkan kemeriahan bunga pahar. Boleh beli warna kontra supaya ia nampak menonjol. Boleh jugak kalau kita nak tambah benda lain. Contoh manik, mutiara atau sebagainya....

Then saya susun jarak disetiap bucu bunga ros yang saya dah susun tadi. 

Contoh penggunaan manik yang cantik.
Ihsan Google

3. Riben 4 beradik

Ada 4 warna riben kecil yang saya susun supaya ia kelihatan seperti kipas lepas kita cantumkan. Kononnya nak menambah kemeriahan supaya bunga pahar tu nampak besar dan rimbun. 

Sori pic takda warna plak.
Kan nampak rimbun sampai bawah.

Saya cantumkan ia jadi macam ni menggunakan dawai lembut.
Setiap riben saya lipat jadi 3 lapisan.

Mudah sangat.

Kene lembutkan tangan ye sebab masa proses melipat memang kene pegang ke empat riben supaya senang nak dicantumkan.
Cara lipatan riben seperti di atas.
Harap boleh faham ye.
Dan siap lipat kene susun di atas riben yang dah dilipat seperti di atas.

Kita ikat di tengah cantuman riben tadi dengan menggunakan dawai lembut.

Hasilnya akan jadi seperti ini.
Ketatkan dawai supaya kelihatan kemas ye.

Saya susunkan di bawah susunan bunga ros.
Setiap baris saya letak dalam 3-4 riben 4 beradik mengikut kesesuaian.
Saya buat 2 baris.
Susun ikut kreativiti supaya nampak kemas dan seimbang setiap sudut.

4. Riben 2 beradik

Riben 2 beradik ni saya letakkan di bahagian bawah tempat net telur. Riben ni lebih panjang dari riben 4 beradik tadi. Sori takda gambar la. 

Proses melipat sana macam riben 4 beradik.

Cuba lihat riben (putih) di tengah lidi.
Ada lebihan kan. 
Tu yang saya maksudkan tadi.
Ihsan Google

5. Net telur

Net telur ni macam biasa la. Kita cantumkan bersama dengan riben 2 beradik tadi. 

Masa nak gunting net pastikan telur muat untuk disarungkan dalam net tadi ye. Kesian makcik-makcik yang isi telur nanti kalau tak muat...=p

Lima steps sahaja yang diperlukan. Saya takdalah kreatif sangat tapi ni jela yang boleh saya kongsikan bersama. 

Bila kita hasilkan sendiri memang terasa sangat puas tambah kalau ada yang memuji dan kagum dengan hasil tangan yang tak seberapa ni. (Tak suka puji diri sendiri!) Buat mana yang mampu je. Nak beli yang cantik dan mahal tak mampu.

Rindunya zaman buat preparation kawen!

=)

Selamat berDIY!

P/s: Boleh juga rujuk di sini. Kronologi DIY bunga pahar.

Sunday, April 29, 2012

Family Day Melaka Part 2

0 comments

2 comments

Disable Right Click