Assalamualaikum,
Ahad lepas saya mendengar lagi berita kematian yang amat mengejutkan saya. A friend of mine, kawan sekerja di Cybernetics telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya akibat heart attack. Sapa sangka??
Dan baru saya dapat tahu bahawa wife arwah sedang sarat mengandung. Ya Allah selalu terfikir jika saya di tempat isteri arwah. Saya harap isteri arwah kuat hadapi dugaan hebat ini.
Arwah kawen awal dari saya. Oh ya arwah seorang lelaki. Selepas kawen dia PJJ dengan isteri dia. So kami pernah jugak la diskus tentang isu anak. Isu mulut orang yang bertanya tanpa kenal apa itu sensitiviti.
Arwah seorang yang ceria and kuat menyakat orang lain. Tak suka memikirkan masalah. Itu yang saya tahu tentang diri arwah. Kami tidaklah rapat mana, hanya rakan sekerja.
Dan tak sangka pula selepas berita ex student yang meninggal, beliau pula menurut jejak student tersebut.
Berita mengejut ini membuatkan saya sedar dan insaf untuk merajuk lama-lama dengan husband. Kadang-kadang datang mood nak merajuk, kesian husband. Cuba bayangkan kalau saya tak sempat nak minta maaf. Tak sempat nak bahagiakan suami? Saya orang yang paling menyesal. Saya taknak hidup dalam penyesalan.
Bukan mahu mendoakan yang tidak baik pada orang yang tersayang, tetapi mati itu pasti.
Bila waktunya?
Tiada siapa pun antara kita yang tahu.
Selagi bernyawa bahagiakanlah orang yang kita sayangi.
Wasalam.
2 Kata-Kata Inspirasi:
takziah utk isteri arwah..sayu dgr apatah lg isteri beliau sdg sarat mengandung..
Tula sedih kan...dh la lama jgk dia nk tunggu beita gembira..rasanya wife dia baru pregnant jgk...
=(
Post a Comment