Sumber : I Luv Islam
Tips yang sangat bagus untuk saya teliti dan ikut dengan sepenuh hati supaya apa yang saya rancang berjalan dengan lancar. Memang ada banyak kekangan dan masalah yang melanda sehingga menyebabkan berlakunya penangguhan kerja yang sepatutnya berjalan setiap masa dan hari seperti yang dirancang.
Mungkin tips ini baik juga untuk dikongsi bersama anda semua.
Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
Masalah penangguhan saya berpunca dari sikap malas. Haha. Tapi kadang-kadang bila penat sampai rumah lepas balik kerja memang semangat nak meneruskan aktiviti ilmiah tergendala dengan aktiviti di depan tv sambil bersantai penuh relaks!
Lepas tu rasa menyesal. Kalau saya tak paksa diri saya siapalah lagi yang nak paksa diri saya??
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
Buat masa ni saya sudah menyelesaikan topik-topik yang kecil. Masalah sekarang adalah major topic yang boleh bikin kehidupan akan huru hara selepas ini.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
Tarikh akhir sentiasa berubah. Patut kene complete tajuk kecil at the end of Oktober. Tapi sekarang masih bersisa sikit lagi tapi yang itu BELUM DISEMAK SEPENUHNYA.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
Rehat lebih banyak dari buat kerja. Macam mana tu???
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
Rasanya semua tugasan saya amatlah susah!
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
Ye matlamat sekarang adalah menyelesaikan masalah yang sangat sukar. Tarik nafas dalam-dalam.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
Saya ada kawan seangkatan. And sentiasa update dengan perkembangan tugas kami.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
Rumah memang tempat yang best. Kadang-kadang buat juga di opis. Sebab opis memang sunyi sepi macam gua.
P/s: Rumah banyak aktiviti kene buat. Baju sebakul tak lipat, lantai berdebu, bilik air berlumut, tukar bedsheet...etc etc. Aktiviti weekend adalah kemas rumah. Wajib kalau tak sepanjang minggu saya akan moody kalau tak dapat beres kerja rumah dengan baik. Boleh dapat title isteri solehah tak??
2 Kata-Kata Inspirasi:
betul..kl dpt settle keje rumah time weekend sgtla riang hati..=)
Tapi skg ni musim hujan...aktiviti sidai baju agak tergendala...huhu
Post a Comment