Followers

Friday, November 30, 2012

Kembalikan Hari Sabtu Ku

Salam dan hello,

Bila dah tukar tempat kerja memang la dah lega sikit kepala otak ni. Macam biasalah mana ada tempat kerja yang mampu puaskan hati sendiri. Mesti ada pros and cons..

Macam opis skang, ada bende yang saya suka, ada benda yang saya tak suka. Tapi part yang paling saya tak suka banyak bila kene kerja hari Sabtu walaupun selama 3 jam.

Yela bila terpaksa kerja weekend kita orang perempuan/isteri banyak benda nak kene uruskan. Time weekend la dapat amik kesempatan lebih berbanding hari biasa kan. Tapi bila weekend pun kene uruskan pasal kerja, time management tu dah lari sikit banyakla.

Contohnya bab mengemas rumah. Aktiviti sapu sampah/habuk, vacum, mop lantai, laundry, lipat baju, sental bilik air terpaksa saya kene buat petang Sabtu. Itu pun kalau bertenaga and rajin. Kalau tak Ahad pagi la jawabnya. Kalau boleh hari Ahad memang hari saya nak bersenang lenang berhabis-habisan. Tu sebab sedaya mungkin saya akan settle-kan semua kerja rumah hari Sabtu.

Macam kes esok plak. Kawan husband, (kawan saya jugakla) buat majlis kahwin dekat Jelebu. Takkan saya tak pergi apa plak dia kata. Yela masa kenduri kat Perak diorang sanggup datang. So bila kene bekerja terpaksa la pergi lambat sikit. Kalau boleh kita nak tengoklah pengantin berarak bagai kan. Takkan nak datang time kenduri dah selesai. Macam tak sedap la plak. Jarang kenduri hari Ahad kan. Semua prefer hari Sabtu kan.

Itu belum satu hal nak balik kampung ke apa. Nak cuti? Takkan tiap Sabtu kite nak cuti. Tapi dah hari Sabtu banyak aktiviti macam mana plak. Saya jadi stuck bila tiap Sabtu kene bekerja walaupun sebenarnya aktiviti kerja Sabtu hanya online buat kerja tak berfaedah.

Itu belum pikir nak pergi Shah Alam jumpa advisor. Semua kene hari Sabtu. Kalau tak pergi hari Sabtu takkan nak jumpa lecturer hari Ahad walaupun En Ali pernah offer suruh datang rumah. Dah macam takda life untuk diri sendiri la plak bila dari Isnin sampai Ahad penuh dengan aktiviti ke sana ke mari.

Belum lagi saya cerita quality time dengan husband lagi. Belum cite perihal ada anak lagi.

Kesimpulannya saya sangat perlukan hari Sabtu supaya saya boleh manage masa saya dengan baik. 

Wasalam

P/s: Bila selalu amik cuti kang diorang cakap saya attitude problem plak. Dilema sungguh.

Thursday, November 29, 2012

Vitamin E Complex Shaklee Bagus Ke?

Salam dan hello,

Badan lemah, tak bermaya, mengantuk. Buat kerja lebih sikit memang akan over tired lepas tu. Belum lagi menginjak umur 3 series. Dah macam-macam penyakit nak datang menyinggah.

Saya akui kepentingan mengambil supplement untuk mengelakkan perkara di atas. Tapi sampai sekarang saya masih tercari-cari supplement apa yang sesuai untuk saya. Dan dalam pada masa yang sama husband pun boleh makan sama. Taknak fokus hanya untuk perempuan sahaja.

Sehinggalah saya terbaca di suatu blog tentang keajaiban vitamin E Kompleks Shaklee. Brand Shaklee pun memang well-known dan diakui oleh ramai pengguna sebelum ni. Kalau google kita sendiri boleh tengok testimoni dari pelbagai orang.

Tapi setiap badan manusia tak sama tindak balas vitamin dan ubat. Saya tak try lagi dan saya tak tahu setakat mana tahap keberkasanannya terhadap badan saya. Tapi apa pun, tergerak hati untuk menjaga kesihatan dan kecantikan demi kelangsungan hidup akan datang.

Mana nak cari dealaer. Dah berminat sangat nak consume Vitamin E dan Vitamin C ni.

Jom tengok kelebihan vitamin E Shaklee.

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Dan salah satu sumber lagi yang menguatkan keinginan untuk consume Vitamin ni adalah dari sini. --> KLIK dan KLIK

Wasalam.

Wednesday, November 28, 2012

Satu Pencapaian!

Rumah dah pasang streamyx,
Senang hati nak update blog, nak buat kerja, and nak google resepi.

Harini hari busy sedunia sampai tak sempat nak beramah mesra di alam maya.
Al maklum ada kelas pastry,
Harini buat basic dough --> Danish dough and Puff dough.

Alhamdullilah percubaan pertama yang menjadi tapi tak sempat nak snap gambar gara-gara hp bateri kong,
Biasalah BB kalau active BIS sokmo nak telan bateri lebih-lebih.

Kesimpulannya satu pencapaian dalam hidup dah dipenuhi bila berjaya buat Danish dough yang super complicated tu!

Sumber Google.
Product macam ni la yang saya and students hasilkan tadi.
Mengancam kan.
=)

P/s: Eh dh pukul 7. Nak masak nasi. Harini super tired suruh husband tapau sup power je. And tak sabar nak tengok sambungan Cinta Itu Milikku.....Wasalam.

Monday, November 26, 2012

Bismillah.. Kita Mula Balik

Salam,

Akhirnya minggu lepas saya berjaya jugak untuk contact semula advisor thesis saya.
Punya berdebar nak contact balik.
Bersedia dengan segala maki hamun yang bakal didengar.

Alhamdullilah respond yang diberi tak seperti yang dijangkakan.
Nasib baik En Ali still ingat saya lagi.
So sekarang ni tengah berjuang nak menghabiskan sisa-sisa perjalanan yang panjang,
 Setelah hampir setahun saya kepam thesis sampai berkulat, laa ni baru nak mula balik.

Saya dah decide nak restructure balik writing yang lepas.
Bila baca writing yang lepas, Ya Allah kenapa teruk sangat...
Nampak sangat tak buat homework bebetul.

Sekarang, alhamdullilah saya dah nampak jalan.
Doakan saya mampu menghabiskan thesis dengan jayanya!

P/s: To Saufee thanks sangat membantu! Jasamu dikenang!

Friday, November 23, 2012

AFQ Bukan Milik Saya Lagi

Dua hari lepas ayah beritahu dia dah let go kereta kancil. Kereta yang banyak berjasa pada saya sejak zaman universiti lagi.
Memang sekarang ni saya pakai kereta ayah untuk memudahkan proses ayah jual kereta kancil tu.

Saya takda pilihan lain. Jika saya terus pakai kereta tu takut kene overhaul plak. 
Al maklum dah lebih 6 tahun saya pakai.
Ada rezeki lebih sikit tukar la lain plak.

Tapi sayangnya tak sempat saya nak say good bye face to face dengan AFQ.
Semoga AFQ dapat tuan yang dapat jaga dia dengan baik and sayang dia seperti saya sayang dia.

Kereta kenangan.
Susah senang dia ada membantu saya.
Cakap je ke mana saje saya dah redah dengan AFQ.

Disebabkan kes ulang alik KL Seremban menyebabkan kondisi AFQ semakin teruk.
Kesian dia.
=(

Dan kini AFQ bukan milik saya lagi.

Kenangan masa raya 2012.
Titik perpisahan antara saya dan AFQ.
=(

Thursday, November 22, 2012

Random Talk: Jealousy

Kadang-kadang terfikir buat apa la dia sibuk nak berebut sapa dapat anak dulu dengan saya,
Mungkin sebab dia kawen dulu and rasa reputasi terjejas bila saya dapat anak dulu dari dia.
Siapa dapat anak dulu nak dijadikan sebagai pertandingan,
Rasanya tak sesuai,
Rezeki masing-masing.
Kalaulah kita boleh sms Allah tanya bila Allah nak bagi kita rezeki....

Rasanya tak perlulah nak sampai bergaduh laki bini, bermasam muka sebab dulu saya pernah pregnant dulu dari dia.
Tapi sekarang saya terfikir buat apa nak kejar anak jika hubungan suami isteri suam-suam kuku.
Owh lupa istilah dia lepas ada anak suami jadi setia.
Kenapa? Ingat kalau takda anak suami tak setia ke??
Betapa ceteknya pemikiran manusia seperti itu.

Apa yang saya dengar sekarang rasa macam kusut je hidup dia.
Kalau dulu ada affair dengan orang lain sekarang dengan orang lain.
Kenapa kene begitu sekali bila Allah dah mudahkan hidup kalian untuk mendapat anak.
Kenapa manusia tidak mudah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan untuknya.

Kadang-kadang kenapa kita terlalu memikirkan kesakitan hati orang lain dari diri sendiri.
Sesekali biarlah pentingkan diri sendiri...biar orang itu tahu erti kesakitan pulak.

Please jangan sesekali nak bandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Kehidupan kita adalah hak kita.

Wednesday, November 21, 2012

Randam Talk: Student

Salam,

Harini bermula hari pertama kelas Basic Pastry for new semester, November 2012.

Kali ni students tak ramai. Lima orang je. Rasa lega la sikit bila boleh bagi sepenuh perhatian pada mereka. Macam biasa lepas habis kelas mesti saya macam biskut lemau. Mula rasa nak cari tilam and bantal. Nak berjalan pun tak berdaya lagi. Begitulah penangan lepas habis kelas kitchen.

Harini start dengan benda basic and paling simple as starting point untuk meneruskan kelas untuk akan datang. Benda yang kena buat hanyalah breakfast product and the recipe saya dah bagi one week before class. So students can do some research and google about the product without tunggu my explanation yang panjang lebar dalam kelas. Expectation merundum! As i expected.

Students memang kene diajari satu persatu sampaikan macam mana nak sukat 1 1/3 cup milk pun tanya saya??? Kalau dulu zaman Puan Alina, my lecturer kat UiTM mahu dipelangkung muka saya bila ditanya soalan seumpama itu. Mana badan tak penat bila nak measure ingredients pun saya kene handle satu persatu. Dang!

Bila la tiba masa mereka nak berdikari.....

Tuesday, November 20, 2012

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum,

Ahad lepas saya mendengar lagi berita kematian yang amat mengejutkan saya. A friend of mine, kawan sekerja di Cybernetics telah pergi meninggalkan kita semua untuk selamanya akibat heart attack. Sapa sangka?? 

Dan baru saya dapat tahu bahawa wife arwah sedang sarat mengandung. Ya Allah selalu terfikir jika saya di tempat isteri arwah. Saya harap isteri arwah kuat hadapi dugaan hebat ini.

Arwah kawen awal dari saya. Oh ya arwah seorang lelaki. Selepas kawen dia PJJ dengan isteri dia. So kami pernah jugak la diskus tentang isu anak. Isu mulut orang yang bertanya tanpa kenal apa itu sensitiviti. 

Arwah seorang yang ceria and kuat menyakat orang lain. Tak suka memikirkan masalah. Itu yang saya tahu tentang diri arwah. Kami tidaklah rapat mana, hanya rakan sekerja.

Dan tak sangka pula selepas berita ex student yang meninggal, beliau pula menurut jejak student tersebut.

Berita mengejut ini membuatkan saya sedar dan insaf untuk merajuk lama-lama dengan husband. Kadang-kadang datang mood nak merajuk, kesian husband. Cuba bayangkan kalau saya tak sempat nak minta maaf. Tak sempat nak bahagiakan suami? Saya orang yang paling menyesal. Saya taknak hidup dalam penyesalan. 

Bukan mahu mendoakan yang tidak baik pada orang yang tersayang, tetapi mati itu pasti. 

Bila waktunya? 

Tiada siapa pun antara kita yang tahu.

Selagi bernyawa bahagiakanlah orang yang kita sayangi.

Wasalam.

Saturday, November 17, 2012

Ajal Maut Di Tangan Allah

Dua tiga hari lepas saya terbaca status dari seorang rakan di facebook, rakan masa kat Cybernetics. Sangat terkejut dengan apa yang saya baca. Dua tiga kali saya ulang baca status yang sama. 

Rupanya seorang student Cybernetics meninggal dunia akibat kemalangan. Student ni memang saya kenal walaupun student ni bukan dalam bidang course yang saya ajar. 

Dulu arwah selalu hantar nasi lemak kat C-Shop untuk dijual. Memang sedap nasi lemak yang arwah buat. Walaupun lelaki, pandai masak. Kalah nasi lemak saya. Tiap pagi memang saya akan order nasi lemak arwah. Arwah dengan rela hati akan hantar nasi lemak tu ke opis. 

Walaupun arwah bukan pelajar saya tapi saya sangat senang dengan budi pekerti arwah. Sangat baik, hormat pensyarah, boleh dikatakan semua benda baik ada dalam diri arwah.

Bila dengar berita kehilangan arwah rasa sangat terkejut. Sangat cepat arwah pergi meninggalkan kita semua. Usia yang terlalu muda.

Ya, ajal menjemput tidak mengira siapa dan umur. Dia datang tanpa kita sedari. 

Ya Allah jika saya ditarik nyawa oleh Allah waktu ini, adakah saya sudah bersedia. Cukupkah amalan saya?? Terbalas ke jasa ibu bapa saya?? Cukup ke apa yang saya sudah beri pada suami?? Ya Allah janganlah Kau tarik nyawaku selagi aku belum kurniakan zuriat untuk suamiku....=(

Cukupkah amalan kita semua??? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, November 16, 2012

Cinta Bersatu

Salam Jumaat,
Syukur Ya Allah kerana menganugerahkan saya suami yang terbaik.

Sentiasa menyokong apa yang saya lakukan,
Sentiasa memberi semangat dikala saya kesedihan,
Tidak pernah sekali menuding jari ke arah saya,
Tidak pernah mencari kesalahan saya.
Pembimbing hidup saya yang terbaik.
Pembakar semangat yang terbaik dikala saya jatuh merundum.

Syukur Ya Allah,

Saya sayang dan cinta dia sepenuh hati.
I love you husband!

Walaupun diuji dia masih setia.
Cinta kami masih bersatu.

Wednesday, November 14, 2012

Takut Lawannya Berani

Jumaat lepas balik kampung,
Dalam taknak-taknak bawak kereta, akhirnya saya berjaya menepis perasaan takut untuk drive kereta husband,
Rasa satu kejayaan besar plak.

Saya tahu saya poyo.
Minta maaf sangat.

Bila keadaan memaksa apa jua kita boleh lakukan,
Walaupun masa tu dalam keadaan takut yang amat.

Cuma perlu sedikit keyakinan dan keberanian pasti kita mampu menepis segala ketakutan dalam hati.

Moga perumpamaan ini mampu saya pratikkan dalam kehidupan seharian.

"TAKUT LAWANNYA BERANI"

Berjaya sampai Ipoh!

Buntu

Saya dah buntu nak pikir apa lagi usaha dan jalan terbaik yang perlu dilakukan.
Dalam hati berkata, adalah tu hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Hanya mampu bersabar dan berdoa.

Monday, November 12, 2012

Mahu Jadi Apa Yang Saya Mahu

Assalamualaikum dan hello,

Saya ada seorang kawan yang saya kenal melalui kawan,
Kenal pun masa kami sama-sama belajar master,
Tapi dia lagi senior dari saya la tapi ada subjek yang kami combine satu kelas.

Dari dulu sampai sekarang memang saya sangat admire dengan life dia.
Suka dengan semangat dia.
Cantik, bijak, berdikari, senang kata nampak sungguh perfect diri dia.
Kalau boleh saya nak jadi macam dia.

Dia lecturer UiTM Dungun, bila continue study every weekend travel dari Terengganu ke Shah Alam.
Memang mencabar betul,
Saya yang ulang alik KL Shah Alam dulu pun dah merungut jauh.

Dah kawin tapi hampir 2 tahun PJJ dengan husband.
2 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Sekarang ni dah bekerja sebagai Tutor di UPM,
Husband dapat kerja kat Shah Alam,
Dah takda PJJ lagi.
Baru menerima kehadiran cahaya mata yang dinanti-nanti selama ni.
Minggu depan tak salah saya akan fly ke UK untuk sambung PHD plak.
3 tahun, bawak satu family.
Dalam 3 tahun akan dapat gelaran doctor.

Ya Allah nampak begitu sempurna kehidupan dia di mata saya.
Padahal penuh dengan cabaran dan dugaan dia untuk berada di kedudukannya sekarang.

Insya Allah saya juga boleh jadi seperti dia.
Kita semua boleh jadi apa yang kita inginkan.

"Weiii Farah bagi sikit semangat kejituan ketabahan ko tu kat aku!!"

Satu benda yang saya suka tentang Farah, dia tak pernah sombong and kedekut ilmu.
Sentiasa merendah diri tak pernah meninggi diri.

Masa wedding beliau kat Terengganu.
Cantik kan??
=)

Thursday, November 08, 2012

Macam Biskut?

Yuhuu ajaib tetibe bila saya memunculkan diri di sini.

Previous post kata harini dah start cuti nak balik kampung kan.
Rupanya tak start cuti lagi, sengaja cancel-kan cuti untuk harini.
Balik kampungnya malam kang,
Ingatkan bila cuti bolehlah kemas rumah apa-apa yang patut sebelum meninggalkan rumah.

Alkisahnya semalam ada tournament bowling kat Seremban Parade,
Dalam taknak-taknak datang tu, saya memaksakan diri jugak untuk menghadirkan diri and siap join main sekaki walaupun tak pandai sangat nak main.
Ok la dapat sekali strike kan. 
Bangga di situ
=p

So semalam before balik saya inform Head yang saya akan bercuti Khamis sampai Sabtu.
Respon Head buat saya sentap makan dalam.
Dia cakap course leader tak boleh amik cuti time registration week.
Next time/semester saya tak boleh nak apply cuti.

So tu sebab saya datang jugak opis harini and cancelkan cuti.
Bermakna esok dengan Sabtu sahaja saya bercuti.

Yang saya pelik kat sini students perlu berjumpa dengan Couse Leader and Head of Academic untuk mendapatkan tandatangan pada borang pendaftaran subjek.
Alah tandatangan je pon, bukan kene bagi briefing ke apa.
Saya yang susun subjek students so saya tahulah students amik kos apa.
Kenapa perlu nak minta sign bagai??

Harini mood saya agak tak baik memikirkan perangai umat kat sini.
Rasa tak sabar-sabar nak menghabiskan sisa-sisa terakhir di sini.

Doakan saya kalian.

Rindu Kg Halaman

Hari ini sudah mula bercuti.

Ini adalah schedule post.

Semasa entry ini di publish mungkin saya sedang di rumah mengemas sebelum berangkat ke kampung halaman.

Dah lama wei tak balik Ipoh.
Last masa raya.

Ketemu hari Isnin untuk post seterusnya.
=)

Wednesday, November 07, 2012

Kenapa Mesti Berubah Lepas Kawen?

Apa bende yang sebelum kawen korang rajin nak buat, selepas kawen rutin tu terus dah hilang?
Atau saya sorang yang mengalami situasi sedemikian?

Selepas kawen:

  • Dah tak rajin nak pergi buat facial kat spa. Biarlah nak jadi apa dengan muka ni. Masya Allah...
  • Sekarang ni saya hanya pakai pencuci muka semata. Takda toner. Takda moisturizer. Kadang-kadang bila rajin sebelum tepek mekap saya letak BB cream Simplicity tu. Skang ni cream tu baru habis pagi tadi, so bertambah kusamlah muka saya.
  • Dah takda rutin skrub badan bila hujung minggu. Sebelum ni dalam seminggu mesti 2 3 kali nak skrub badan nak hilang daki-daki kat badan. Konon dulu kene jaga badan sebab nak kawen. Tapi bila dah kawen skrub ntah ke mana, daki bertepek-tepek kat badan. Masya Allah....
  • Dulu selepas mandi mesti letak losyen kat badan, skang ni dah takda lagi rutin macam tu...
  • Dah tak rajin pakai contact lens. Dulu 24 hours dengan contact lens so senang nak mengayakan tudung/ shawl macam mana pun. Tapi contact lens tak baik untuk mata la kan...so skrang ni 24 hours dengan cermin mata. Nampak mature la sikit...sikit jela...=p

Kenapa segalanya mesti berubah bila dah kawen?  Sepatutnya bila dah kawen lagi la menjaga penampilan dan kecantikan diri. Ni makin teruk plak. Memang terabai sungguh. Konon bila sudah berkahwin, kita beranggapan kita sudah berada di zon yang selesa dan selamat. Sebenarnya tidak. Bila isteri tak pandai jaga penampilan dan kecantikan tidak mustahil suami akan skodeng perempuan lain. Jaga-jaga kawan-kawanku.

Saya nak ubah diri ni. Nak kembalikan rutin untuk menjaga penampilan dan kecantikan diri walaupun diri tak berapa nak cantik.

Saya mahu jadi isteri yang terbaik buat dia.

=)

Tuesday, November 06, 2012

Hobi Yang Lumayan

Tempahan yang pertama,
Padahal dah tahu memang selalu takda masa,
Nak buat itu ini,
Sekarang tambah lagi kerja,
Memandangkan ia adalah hobi,
Memang dengan rela hati sambil tersenyum saya menyelesaikan tugas yang ini.

Mungkin hobi boleh mendatangkan lumayan kepada saya.
Siapa tahu kan?
=)

Versi Cincai Boncai lagi.

Sekian.

Monday, November 05, 2012

My Energy is Always Negative

Bad energy is coming....please take extra careful...

Urghhh stupid things come over again.

As usual every morning we have briefing session with the principal. Dah gaya macam Pengetua sekolah pun so that's why we call her as a principal. Konon briefing pagi untuk update the staffs with informative info but biasanya akan end up dengan hati yang bengkek.

You as a HR person should motivate and appreciate the staffs bukannya membebel and transfer the bad energy to us!

Sometimes there's no point to gather all the staffs. Cause that information I mean, small matter can directly inform to the Academic Head and she can deliver the information to us without tadah telinga untuk dengar bebelan si Pengetua berkenaan.

Alah berapa ramai sangat staff academic kat atas ni.
Only 8 staffs!

Dari buang masa tiap pagi lepas tu nak berkejaran pergi ke kelas if we have to start the class as early as 930 am. Tak ke membuang masa and terpaksa masuk kelas dengan bad energy is transmitted to our mind. Kan dah bercelaru nak mengajar dalam kelas.

Khamis lepas saya EL so saya miss some of info.
My colleague sms cakap on Wednesday diorang nak buat Tournament Bowling kat Seremban Parade at 630 pm, after working hours.
Mendidih je rasa.
Pukul berapa nak habis.
Esok kerja kan??? (Nasib baik i mintak cuti)
Ingat orang lain takda family and single mingle lagi ke??
I am a family oriented person. Family come first walaupun takda anak lagi.

Konon kene buat event/activities untuk mengeratkan hubungan antara staff. Taknak ada sifat berpuak-puak.
What the tutt??

Takpela kita tengok la hasilnya.
Makin erat ke hubungan antara staf lepas tu kalau sorang atas langit, sorang lagi bawah tanah??

Tips Atasi Masalah Suka Bertangguh

Sumber : I Luv Islam

Tips yang sangat bagus untuk saya teliti dan ikut dengan sepenuh hati supaya apa yang saya rancang berjalan dengan lancar. Memang ada banyak kekangan dan masalah yang melanda sehingga menyebabkan berlakunya penangguhan kerja yang sepatutnya berjalan setiap masa dan hari seperti yang dirancang. 

Mungkin tips ini baik juga untuk dikongsi bersama anda semua.

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.

Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan

Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

Masalah penangguhan saya berpunca dari sikap malas. Haha. Tapi kadang-kadang bila penat sampai rumah lepas balik kerja memang semangat nak meneruskan aktiviti ilmiah tergendala dengan aktiviti di depan tv sambil bersantai penuh relaks! 

Lepas tu rasa menyesal. Kalau saya tak paksa diri saya siapalah lagi yang nak paksa diri saya??

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil

Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

Buat masa ni saya sudah menyelesaikan topik-topik yang kecil. Masalah sekarang adalah major topic yang boleh bikin kehidupan akan huru hara selepas ini.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda

Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

Tarikh akhir sentiasa berubah. Patut kene complete tajuk kecil at the end of Oktober. Tapi sekarang masih bersisa sikit lagi tapi yang itu BELUM DISEMAK SEPENUHNYA.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang

Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

Rehat lebih banyak dari buat kerja. Macam mana tu???

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu

Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

Rasanya semua tugasan saya amatlah susah!

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar

Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

Ye matlamat sekarang adalah menyelesaikan masalah yang sangat sukar. Tarik nafas dalam-dalam.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda

Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

Saya ada kawan seangkatan. And sentiasa update dengan perkembangan tugas kami. 

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda

Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Rumah memang tempat yang best. Kadang-kadang buat juga di opis. Sebab opis memang sunyi sepi macam gua. 

P/s: Rumah banyak aktiviti kene buat. Baju sebakul tak lipat, lantai berdebu, bilik air berlumut, tukar bedsheet...etc etc. Aktiviti weekend adalah kemas rumah. Wajib kalau tak sepanjang minggu saya akan moody kalau tak dapat beres kerja rumah dengan baik. Boleh dapat title isteri solehah tak??

Saturday, November 03, 2012

Frust Sesangat

Terpaksa menukar plan di saat akhir. Frust sangat ni. Ikutkan plan awal saya akan bercuti lama semasa cuti Deepavali dan Awal Muharam. Tapi rupanya minggu tu merupakan minggu pertama kuliah bermula. Takda alasan nak skip kelas yang pertama. Frustnya saya. Susah jugak ek jadi lecturer ni...haishh (tak bersyukur sungguh!)

Nak balik Ipohnya dah la jarang bila sekali ada cuti panjang tak boleh nak approve plak. Lainlah kalau minggu tu dah minggu ke 5, 10 dan ke atas. Ada sikit alasan yang kukuh. Well kelas yang pertama adalah sangat penting untuk students. Yang lecturer pula haruslah berkorban cuti. Redha jela wahai hati.

So tukar kepada plan B...balik on Thursday (8/11) sampailah ke Ahad (11/11). No choice.

Frust yang tak berkesudahan.

Arghhhh.......

Kenapa dan kenapa????

Friday, November 02, 2012

Hobi Oh Hobi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru balik dari UPM, bring my students to gain some knowledge at International Food Festival. I am so tired, so very tired. Sampai opis rasa dah takda mood nak bercakap. Tunggu masa nak balik je ni. The festival is not what I'm expecting to. 

I thought akan ada booth yang dipisahkan melalui partition so that my students could ask more about the preparation of foods, the ingredients and whatsoever. And the booth pun tak open banyak sangat plus the foods presented was not what I want to see and I am not satisfied at all. Sorry this is just my comments. Maybe this is the first event organized by them. So next time maybe they will improve a lot.

Cuma yang best tadi Open Ceremony was launched by Chef Wan. And I was so impressed with his speech!
Without text like other speakers, he can deliver better speech compared to others yang dah prepare text sebelum tu. You know la Chef Wan, cakap macam popcorn....i wonder masa bila dia tarik nafas. Huuu....

Itu jela kot ulasan hasil exhibition tadi.

* * * * *

Semalam saya EL. Sebab Rabu tido lambat gara-gara jiran sebelah bergaduh. Padanlah muka.
Akibatnya saya tak sempat and tak larat nak preps bahan untuk chicken chop yang orang request.
Kalau saya half day belum tentu lagi saya boleh organise siapkan semua bahan tu plus nak menanggung keletihan lagi.
So end up dengan berani mati untuk EL.
Bagus keputusan yang sangat tepat.

Hasilnya sempat buat "projek"
Hobi baru!
Yang saya sangat suka buat at this moment!

Cupcake carrot with cream cheese frosting and puding trifle.
First time buat kastard and jeli lembik.
Semalam semua berjalan lancar!
=)

Hasilnya beginilah.
Rasa tak pasti diterima ramai atau tak.
=p

Next project???
=)

Friday, November 30, 2012

Kembalikan Hari Sabtu Ku

0 comments

4 comments

2 comments

Disable Right Click