Alhamdullilah dan syukur walaupun perasaan berdebar-debar dan tak tentu hala dikala mahu meninggalkan comfort zone yang didiami hampir 4 tahun. Banyak kenangan dan di sini titik segalanya dalam saya memacu kerjaya di masa depan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dihadapi. Paling memilukan bila memikirkan saya akan meninggalkan kawan baik saya di sini. Kak Shima, Roslinda, Kak Ira, Kak Amy..ni antara teman rapat sepanjang saya berada di sini. Dengar mereka saya berkongsi cerita dan masalah.
Alhamdulilah dikala saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sementara waktu, semalam saya menerima satu offer kerja dari tempat kerja yang saya pernah datang untuk temuduga dalam 2 bulan yang lepas. Sebelum ni memang saya kencang mencari peluang pekerjaan yang terdekat tetapi pasrah bila tak menerima apa-apa respon dalam masa terdekat. Takda rezeki, takpela.....
Tup tup semalam dapat berita tu. Selepas berbincang dengan husband, saya terima offer dari mereka. Position yang sama sebagai lecturer jugak tapi bidang yang lain. Di sana insya Allah saya akan mengajar pelajar dari bidang kulinari. Tidak banyak beza sebenarnya dengan Foodservice. Walaupun gajinya agak kurang dari tempat skang. Yang membezakan dekat dengan rumah, saya tak perlu rushing untuk ke opis, saya tak perlu menempuh jem. Insya Allah sempat buat breakfast untuk husband. =p
Yela sebab kolej tu terletak di Nilai je... =))
Sekurang-kurangnya saya ada back up dari tinggal di rumah. Memang niat hati sangat gembira bila husband dah bagi can untuk saya jadi suri rumah sementara waktu. Dapatlah bergoyang kaki and menguruskan rumah tangga dengan jayanya. Tapi apakan daya plan itu berubah serta-merta. At least saya ada back up dari segi financial and boleh dapat pengalaman yang baru di tempat baru.
Mode: Berdebar-debar
P/s: Rasanya dah boleh berkemas sikit-sikit....
5 Kata-Kata Inspirasi:
uihhh..tacingnye..... :-(
tarikh nikah kita sama lah :) good luck with ur new job, dekat lah kita. saya kt senawang huhu
Kak Shima: sy lg tacing kak...=((
Bazilah: Hai selamat berkenalan..i follow u...u keje kat mana??
i keje dkt senawang.tggl pon dekat senawang :)
owh yeker..umah mertua sy kat senawang jgk..awal kawen dok situ tp skg ni dok kat sendayan..bestnya jmpa org somban...heee =))
Post a Comment