Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 02, 2013

Dia Main Ketuk-Ketuk

Salam dan hello,

Sejak akhir-akhir ni terasa susah nak dapat tido yang lena. Tiap malam macam terasa ada benda bergerak dalam perut. Tak pasti dalam mimpi atau realiti. Sebab sampai skang saya masih tidak pasti tentang pergerakan baby dalam perut. Saya syak baby aktif semasa saya sedang tidur. Macam ada orang ketuk-ketuk dalam perut. =)

Husband pun selalu perasan saya macam gelisah masa tidur. Dia siap-siap tepuk saya konon nak tenangkan saya. Ouch how sweet....=p

Macam mana nak tahu pergerakan bayi yang pertama?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan#ixzz2SAB9AtWG

Perkembangan baby sekitar minggu ke 16 dan 17:

* Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

* Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Haish adakah awak sedang aktif  masa ibu tengah tidur?? 

Confius la. 

Hope awak membesar dengan sihat dan sempurna. Don't be naughty ok...Ibu loves you. =)

8 Kata-Kata Inspirasi:

Bazilah (^0^) said...

besttttnyee.. nnti rekod tau hihi. eh auntie plak yg terlebih eksaited haha

Unknown said...

haaa.. betul tu.. tapi baby sy plg aktif kalau sy makan.. seronok agaknya dapat makanan

CahAya riFdaH said...

teruja sgt...update la selalu
at least sy gembira awk & baby sehat
senyum saya sentiasa dihati...

Unknown said...

alhamdulillah Dilla dah pregnant... tahniah... akk baru jer stat main blog nih... huhu tgh cuti pantang lagi... gembira tahu Dilla preggy.. sebelum ni bila baca post dilla mcm dah dpt agak Dilla preggy.. tapi yelah org tu tak nak annouce lagi.. hehe... apapun take care ya... teruskan meluahkan pengalaman preggy.. kalau ada info yg leh akk share pasti akk sharing bersama..

Unknown said...

Bazilah: hehe skg pergerakan tak konsisten sgt..tggu dia besar skit dh padat dalam perut baru best..=)

Unknown said...

Shizan: best kan kalu kita rasa dia ketuk2 dalam perut..hehe

Unknown said...

Cahaya rifdah: skg ni update pasal baby je..tak tahu nak update pasal apa..hope awk tak muntah baca..heee =)

Unknown said...

mama-ira: hehe saje nak rahsia2 dulu...kat blog je sy cite..tak ramai gak yang tahu sy preggy..org tertentu je...selamat berpantang! =)

8 comments on "Dia Main Ketuk-Ketuk"

Bazilah (^0^) on May 2, 2013 at 4:34 PM said...

besttttnyee.. nnti rekod tau hihi. eh auntie plak yg terlebih eksaited haha

Unknown on May 2, 2013 at 4:43 PM said...

haaa.. betul tu.. tapi baby sy plg aktif kalau sy makan.. seronok agaknya dapat makanan

CahAya riFdaH on May 2, 2013 at 4:50 PM said...

teruja sgt...update la selalu
at least sy gembira awk & baby sehat
senyum saya sentiasa dihati...

Unknown on May 5, 2013 at 1:52 AM said...

alhamdulillah Dilla dah pregnant... tahniah... akk baru jer stat main blog nih... huhu tgh cuti pantang lagi... gembira tahu Dilla preggy.. sebelum ni bila baca post dilla mcm dah dpt agak Dilla preggy.. tapi yelah org tu tak nak annouce lagi.. hehe... apapun take care ya... teruskan meluahkan pengalaman preggy.. kalau ada info yg leh akk share pasti akk sharing bersama..

Unknown on May 8, 2013 at 10:53 AM said...

Bazilah: hehe skg pergerakan tak konsisten sgt..tggu dia besar skit dh padat dalam perut baru best..=)

Unknown on May 8, 2013 at 10:53 AM said...

Shizan: best kan kalu kita rasa dia ketuk2 dalam perut..hehe

Unknown on May 8, 2013 at 10:54 AM said...

Cahaya rifdah: skg ni update pasal baby je..tak tahu nak update pasal apa..hope awk tak muntah baca..heee =)

Unknown on May 8, 2013 at 10:55 AM said...

mama-ira: hehe saje nak rahsia2 dulu...kat blog je sy cite..tak ramai gak yang tahu sy preggy..org tertentu je...selamat berpantang! =)

Disable Right Click