Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 08, 2013

Cara Mengeratkan Hubungan Ibu dan Bayi

Salam dan hello,

Sekadar berkongsi cara mengeratkan hubungan ibu dan baby sejak dalam kandungan. Bagus untuk dipraktikkan bersama. =)

Minggu-minggu pertama kehamilan boleh jadi meletihkan dan memberi tekanan kepada anda. Tetapi apabila kehamilan anda semakin meningkat dan perut anda mula membesar, anda akan mula rasa seperti seorang bakal ibu.

Untuk membantu anda bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini, luangkanlah sedikit masa untuk menjalin ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan anda bila-bila yang anda boleh. Kehamilan hanyalah satu permulaan bagi sebuah ikatan kasih sayang dengan anak anda.

1. Urutlah perut anda
Cara yang menenangkan untuk membentuk ikatan dengan bayi anda ialah dengan menyapu minyak pada perut dan mengurutnya perlahan-lahan. Ramai wanita yang menggunakan minyak dan krim sebagai cara untuk mengelakkan tanda regangan (stretch marks). Sebenarnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa kelembapan dapat mengelakkan tanda regangan, tetapi menyapu krim atau minyak sememangnya satu kaedah yang menenangkan bagi anda dan bayi.

Urutan aromaterapi adalah satu cara yang baik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi anda ataupun bercakap-cakap dengannya. Cuba tambah satu atau dua titik minyak pati lavender, mandarin atau bunga ros (kesemuanya selamat digunakan selepas trimester pertama) kepada minyak urut biasa.

Tanyalah suami anda jika dia mahu mengurut anda. Ini mungkin dapat membantunya berkongsi pengalaman kehamilan dengan anda. 

2. Pergi berenang
Satu cara yang baik untuk merehatkan kaki sambil memikirkan tentang bagaimanakah rasanya menjadi bayi dalam kandungan ialah dengan berenang. Berenang bukan sahaja satu cara senaman yang baik, malah ia memberi peluang kepada anda merasai keadaan bayi anda yang ketika ini juga sedang terapung dalam air (air ketuban).

Tidak kira berapa besar perut anda, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan anda nanti. Anda juga boleh mengikuti kelas-kelas akuanatal di mana anda berpeluang untuk bersenam sambil membuat kawan baru.

3. Menyanyi dan bercakap dengan bayi anda
Deria pendengaran bayi anda berkembang sepanjang masa. Mulai kira-kira minggu ke-23, dia sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut anda yang berkeroncong. Dia juga mula mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim anda.

Kekerapan bayi mendengar suara anda dapat membantunya segera membentuk ikatan dengan anda setelah dia lahir nanti. Terdapat satu teori yang mengatakan pendengaran bayi terbentuk dengan baik sejak dalam rahim untuk membantunya membentuk ikatan dengan anda walaupun sebelum dia lahir. Selepas dilahirkan, bayi anda juga mungkin lebih memberi perhatian kepada suara anda berbanding suara orang lain.

Bercakap dan menyanyi kepada bayi lebih menyeronokkan apabila anda tahu bahawa dia boleh mendengarnya. Anda mungkin rasa sedikit malu pada mulanya tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa malah seronok berbual-bual dengan perut anda.

4. Mandian hangat
Berendam dalam tab hangat ialah salah satu cara untuk berehat. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk meluangkan masa dan memberi perhatian kepada bayi anda. Anda mungkin ingin berendam lama-lama, tetapi pastikan air itu tidak terlalu panas semasa anda masuk.

Baringlah, tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan bayangkan bayi anda. Cuba ambil beberapa minit untuk membayangkan diri anda mendukung si kecil. Bayangkan rupanya dan apa yang anda mungkin katakan kepadanya.

Jika anda telah sampai ke trimester kedua, bayi anda mungkin memberitahu kehadirannya dengan membuat tendangan-tendangan kecil apabila anda berhenti bergerak. Pada waktu siang anda mungkin terlalu sibuk untuk merasai pergerakan bayi. Luangkan sedikit masa pada waktu petang atau malam, ketika berendam dalam tab, dan fokus kepada pergerakan bayi dan tendangannya.

5. Yoga untuk wanita hamil
Kelas-kelas yoga pranatal ialah cara yang baik untuk anda relaks, menghargai kerja keras yang yang dilakukan oleh badan anda dan fokus kepada bayi yang sedang membesar.

Jika anda tidak pernah membuat yoga sebelum ini, tidak mengapa jika anda bermula semasa hamil. Postur-postur yoga untuk pemula biasanya mudah sahaja. Waktu terbaik untuk mula beryoga ialah dalam trimester kedua, iaitu selepas minggu ke-14.

Anda akan belajar kaedah-kaedah regangan ringan serta teknik-teknik bernafas yang boleh membantu anda semasa dalam peringkat pelahiran. Yoga pranatal boleh membantu anda menenangkan fikiran dan merehatkan badan serta membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

Tontonlah video yoga kami untuk mendapatkan idea postur-postur yang sesuai dengan anda.

6. Latihan pelahiran hipno
Kelas-kelas pelahiran hipno menggunakan teknik-teknik hipnoterapi untuk membantu anda fokus kepada bayi dan badan anda sebagai persediaan menghadapi proses pelahiran dan bersalin. Kaedah pelahiran hipno dapat mengajar anda cara-cara untuk menangani kesakitan semasa proses pelahiran. Anda cuma perlu membayar bagi mengikut kelas pelahiran hipno, tetapi anda akan dapati teknik-teknik bertenang yang anda pelajari dalam kelas dapat membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

7. Simpan gambar imbasan bayi anda berdekatan
Imbasan pertama bayi anda yang biasanya merupakan imbasan menentukan tarikh, boleh membantu anda membayangkan si kecil yang sedang membasar di dalam rahim. Semasa imbasan dalam trimester kedua, anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi.

Menyimpan gambar imbasan bayi anda di telefon bimbit atau pada pintu peti sejuk adalah satu cara untuk mengingatkan anda bahawa perut anda adalah rumah kepada seseorang pada ketika ini.

Anda juga boleh mendapatkan imbasan 3D pada penghujung kehamilan. Imbasan 3D boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang rupa bayi anda. Malah, anda juga boleh melihat hidung siapakah yang diwarisinya!

Waktu terbaik untuk mendapatkan imbasan 3D ialah di antara minggu ke-26 dan ke-30 kehamilan. Imbasan-imbasan ini agak mahal, tetapi dengan melihat bagaimana rupa bayi anda membolehkan anda dan suami merasa lebih jelas bahawa anda berdua bakal menjadi ibu dan bapa.

8. Bantu si ayah untuk menjalin ikatan juga
Kebanyakan bakal ibu mengalami simptom-simptom awal kehamilan. Simptom-simptom ini adalah peringatan fizikal bahawa anda sedang hamil dan membantu anda membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi. Namun bagi si ayah, ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara semula jadi. Apabila kehamilan anda semakin membesar, anda boleh membantu suami anda membina ikatan rapat dengan bayi.

Bantulah bakal ayah untuk merasa pergerakan bayi. Maklumkan kepadanya bahawa mulai minggu ke-23, bayi anda sudah boleh mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim. Galakkan dia bercakap dan membaca kepada perut anda. Ini akan membantu bayi anda membiasakan diri dengan suara ayahnya.

Galakkan suami anda menghadiri kelas-kelas pranatal dengan anda supaya dia tahu apa yang boleh dijangkakan semasa proses pelahiran dan bersalin.

Melahirkan anak adalah kerja berpasukan dan tiada sebab anda berdua tidak boleh memulakannya dari awal. Jika suami anda sedia membantu membuat kerja-kerja rumah, menyediakan air mandian anda atau keluar mendapatkan snek yang anda idamkan, anda berdua akan merasa bahawa anda sedang hamil bersama-sama!

9. Pergi berjalan-jalan
Luangkanlah masa dengan perut anda dengan pergi berjalan. Berjalan ialah aktiviti yang baik untuk mengisi waktu makan tengahari anda jika anda bekerja. Pergi berjalan-jalan memberikan anda ruang untuk memikirkan tentang bayi anda. Anda juga boleh berbual-bual dengan perut anda semasa berjalan.

Jika anda tidak begitu aktif sebelum hamil, mulakan berjalan pada kelajuan yang selesa bagi anda. Apabila anda telah biasa berjalan, anda boleh berjalan lebih laju selama di antara 20 hingga 30 minit. Anda boleh selang-selikan di antara berjalan laju selama beberapa minit dengan berjalan perlahan selama beberapa minit lagi.

10. Memberi tindak balas terhadap tendangan bayi anda
Anda boleh mula merasa pergerakan bayi dari kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20 jika ini ialah bayi anda yang pertama. Merasai pergerakan bayi memberikan anda keyakinan bahawa dia sedang membesar di dalam perut anda.

Dengan memberi tindak balas terhadap tendangan-tendangannya, anda seolah-olah berkomunikasi dua hala dengannya sebelum dia lahir. Dan anda boleh melakukannya bila-bila masa, di mana-mana sahaja anda berada. Usaplah perut anda apabila bayi anda bergerak dan jadikanlah pertukaran tendangan dan usapan ini satu rutin. Tidak ada yang lebih mengujakan daripada merasa bayi anda memberi respon terhadap sentuhan anda buat pertama kalinya.

Sumber:

0 Kata-Kata Inspirasi:

0 comments on "Cara Mengeratkan Hubungan Ibu dan Bayi "

Disable Right Click