Bila dah masuk 2nd trimester terasa macam excited nak tahu gender baby. Sebenarnya tak kisah pun sama ada gegurl or boboy as long as baby sihat....
So gatal meng-google tanda-tanda jantina baby tadi....tapi ikut naluri macam dapat agak jantina baby tapi tak tahula sama ada syok sendiri yang terlebih. Huhu...kalau tepat naluri nanti saya bagitau ye.
18 May ni ada appointment dengan doktor Sukhilmi, harap boleh nampak jantina baby. Doakan semuanya selamat ye......setiap kali nak scan rasa macam ada batu besar hempap kat dada ni. Haishhh...
Ini cara mengetahui jantina baby yang saya copy-paste dari babycenter.com.my
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. --> Masa check degupan jantung baby kat KK, nurse rekod kadar degupan jantung 140
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam"
- Perut anda “rendah”
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. --> mabuk muntah segala takda sangat. Kurang selera makan je and memilih makan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. ---> macam ye...huhu
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. --> sgt suka makanan protein, masin dan masam. Tak suka manis! Sgt suka makan ikan dan daging salai dengan nasi kerabu!
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala. --> selalu sakit kepala!
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
- Anda tidur mengiring ke kiri
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. --> Tak terasa langsung nak mengidam yang manis buat masa ni....
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
- Kulit anda lembut.
- Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. ---> Takda moody sangat cuma penat adalah...
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan. ---> Yup suka tidur mengiring ke kanan!
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Tak kisahla anak lelaki atau perempuan kan....janji semuanya selamat.
=)
P/s: Selamat Bercuti semua!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment