Alhamdullilah Allah lindungi saya dan Cik Bunga harini,
Ye hampir accident pagi tadi. Ya Allah ntah macam mana boleh hilang fokus masa drive. Ni kes terlambat penangan tidur lepas sahur. Badan keletihan. Terlupa plak pagi ni memang kene isi minyak. Maka drag lagi masa untuk isi minyak pula. Jam menunjukkan lagi 10 minit pukul 9 pagi. Office hours start pukul 9 pagi.
Lepas isi minyak terus saya pecut konon takut lewat masuk 930 am. Nak jaga performance katanya. Ntah macam mana masa nak keluar simpang saya boleh tak perasan kereta dari arah bertentangan. Kereta tu brek emergency and tekan hons. Saya harap pemandu and penumpang kereta tu baik-baik saja. My mistake. Sepanjang drive ke opis saya tak henti berfikir tentang kereta tu. Rasa bersalah sangat sampai skang.
Kalau saya tak brek mengejut memang teruk jugak saya kene sebab kereta memang menghala ke arah seat pemandu iaitu saya. Agak laju jugak kereta tu sebenarnya. Masa saya pergi jugak saya nampak kereta tu berhenti. Harap takda apa yang serius berlaku kepada mereka.
Ini pengajaran untuk saya supaya lebih berhati-hati walaupun dah terlewat macam mana sekali pun.
P/s: Nak pergi check up. Tata
1 Kata-Kata Inspirasi:
eee.....next time hati2...awak 2 mengandung...nasib baek xde pape....take care!
Post a Comment