Isnin lepas sofa sampai. Saya tak tahu menahu langsung tentang sofa ni. Sume B yang order. Cuma sebelum proses penghantaran B bawak saya ke kedai untuk tanya sama ada saya suka atau tak dengan pilihan dia. Ternyata taste kami sama. First time tengok terus saya suka. Rupanya dah lama B order, kononnya nak buat surprise pada saya. Konon sweet la tu...huhu...
Sebelum ni ada jugak survey sofa. Survey je tak beli pon. Masa ni takda plak B bagitau saya tentang sofa yang dia dah booked. Pada fikiran saya, saya hanya mahukan konsep L-shape saje sebab keadaan ruang rumah kami yang agak terhad. Tak sangka plak B pilih 3 seaters.
Alamatnya penuh la ruangan depan tu. Tu pon saya pakai letak dulu. Nanti baru adjust ikut kesesuaian.
Kalau ikut plan ruang TV takkan sama dengan ruang letak sofa ni. Konon nak jaga sofa daripada kene lenjan la kan. Pening jugak nak set-up sebab ruangan terhad. Ni pon kami dah pening. Belum masuk meja makan dengan kabinet TV lagi or perabot extra.
La ni umah tunggang pecah sebab ada sofa la. Kalau sebelum ni rumah lapang je. Kalau bersepah pun takda la nampak sangat kan.
Malam ni kene gotong-royong dengan B. Kami dah sakit kepala tengok keadaan rumah yang tak terurus. Weekend ni mahu bercuti. Kalau bole nak tinggalkan rumah dalam keadaan kemas. =)
Kalau dah siap deco baru best kan??
La ni carca marba lagi...
P/s: Semua benda perlukan mata wang Malaysia...
4 Kata-Kata Inspirasi:
Aaaaa. Kat mana beli hanging tuuu. Cantikkkkk
hanging?? yg mana ek...blur sekejap..heeee
Hehehehehe. Yang atas tu, yang warna putih merah tu.
beli kat area damansara...area yg byk kedai lampu tu...hehe
Post a Comment