Minggu ke 3 bekerja. So far saya suka.
Suka dengan cara kerja, environment and rakan sekerja di sini.
Walaupun baru kenal tapi bila bersembang and bergurau macam dah bertahun kenal.
Cara kerja kat sini lebih relaks and tak pening kepala.
Tak banyak sangat documentation yang kene buat.
Semester depan kene ajar 5 subjek.
Biasalah masa start kerja kat GIS, saya kene ajar 6 subjek.
Ada yang subjek baru terpaksa bersusah payah create notes sendiri.
Kat sini setiap subjek memang dah ada modul.
Kita hanya mengajar based on module.
Tapi not totally contents bagus kene jugak update cara kita.
Memang pada awal dapat interview sampai la dapat berita yang saya diterima,
hati saya berbelah bahagi.
Sayang nak tinggalkan Seremban.
Sayang nak tinggalkan rumah Sendayan.
Dah janji saya nak tinggal kat Ipoh hanya sementara.
Now bila dah duduk Ipoh, saya rasa macam nak tinggal kat Ipoh selamanya.
Nak cari kerja kat Ipoh lagi.
Nak beli rumah kat Ipoh plak (kalau ada rezeki).
Betol la apa orang cakap.
Tak semestinya benda yang kita tak suka tu, tak bagus untuk kita.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita and Dia akan bagi apa yang kita PERLU. Bukan apa yang kita MAHU.
Berkenaan thesis, saya dah nekad mahu mula balik.
En Ali pun dah bagi good respon.
Gigih datang Shah Alam. And nasib baik saya boleh continue dengan apa yang saya dah buat.
Go for data analysis!
Saya dah dapat semangat semula.
=)
Tahun 2014 saya dah janji untuk bangkit perbetulkan kehidupan.
Baik dari ekonomi, kerjaya dan pendidikan atau sebagainya yang positif.
Sebelum ni banyak sangat kesusahan dan liku.
Mia pun dah happy tinggal dengan atuk dan nenek.
Dah jarang sakit. Alhamdullilah sejak pindah Mia tak demam, batuk atau selsema.
Cergas seperti selalu.
Walaupun berat badan susah nak naik banyak.
Asalkan Mia sihat.
Skang dah makin menginjak ke usia 7 bulan.
Mia dah nak pandai angkat bontot and luruskan tangan. Tak lama lagi nak pandai merangkak la tu.
Alhamdullilah saya masih lagi menyediakan homemade solid foods untuk Mia.
Breastfeed pon masih lagi walaupun semput-semput stok dalam peti sejuk.
=)
Doakan yang baik-baik lepas ni ye.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment