Isnin lepas ada check up di KK. Skang ni kene check up di KK 2 minggu sekali gara-gara hb menurun dengan mendadak. First booking haritu 12.6. Dah cantik hb tu. Sekali second check up hb menurun ke 10.3. Patutla saya rasa tak bermaya and rasa nak pengsan. Rupanya hb drop, kurang darah.
Puncanya masa first booking tu, masa awal pregnant saya consume iberet folic acid. Saya consume tanpa arahan doktor. Then saya jugak ada buat rutin check up di Klinik Dr Sukhilmi. Saya minta pandangan doktor tentang pengambilan supplemen semasa pregnant. And doktor cakap di awal pregnant saya tak perlu ambil apa-apa supplemen. So sebab itu saya stop makan iberet folic acid. Memang saya tak makan apa-apa vitamin pun termasuklah asid folik. Then dari situ saya perasan condition badan makin lemah.
Bila hb turun kalau di KK memang la kene datang 2 minggu sekali. So aritu datang nurse tak amik darah pun. Saya cuma dapat tahu result screening blood saya. Ye saya buat screening blood sebab doktor suspek saya ada thalassemia. Berdebar nok masa doktor bagitau macam tu.
Result darah alhamdullilah, saya negatif thalassemia and kandungan zat besi dalam darah saya mencukupi. Biasalah bila pregnant, kita kan berkongsi dengan baby. Sebelum result keluar tu saya dah risau mana tau saya adalah pembawa thalassemia and tak mustahil baby pun akan dapat thalassemia. Tau jela risiko pesakit thalassemia ni...minta dijauhkan....
Berat badan menurun lagi 1.5 kg. Kene refer doktor. Haishh kalau kat KK berat turun pun kene refer doktor. Berbeza dengan Dr Sukhilmi, dia lagi prefer kalau berat turun di awal pregnant untuk mengelakkan pertambahan berat badan yang mendadak bila kandungan dah semakin sarat. Katanya risiko nak dapat penyakit macam diabetes, darah tinggi kalau kita tak kawal dari awal.
Minggu ni semester baru bermula. Biasanya appointment saya di KK memang jatuh pada hari Isnin and biasanya saya akan pergi awal pagi. Tapi memandangkan pagi Isnin saya ada kelas dari 930-130 tghari, saya tukar waktu untuk datang pada sebelah petang. Lepas abis kelas saya terus pergi KK tanpa lunch terlebih dahulu. Dan pagi tu saya hanya bersarapan kuih sahaja. Akibatnya angin dalam badan macam puting beliung. Masa proses menunggu tu saya dah rasa lain macam and tak selesa tapi tahan jugakla.
And tak sangka lepas abis check up masa tengah drive saya boleh muntah dalam kereta masa tunggu traffic light. Padahal lagi 5 minit nak sampai rumah. Jarak dari KK dan rumah tak jauh mana pun. Mesti abang lori geli geleman tengok saya muntah dalam kereta. Sumpah memang saya tak boleh tahan. Memang angin dari perut macam dipaksa tolak keluar. Tanpa plastik saya dengan selamba muntah je atas baju. Nak buat macam mana, dah darurat. Dah jenuh telan muntah sendiri. Makin ditelan makin nak keluar. Opsss sori statement meloyakan.... =p
Pengajarannya, jangan biarkan perut kosong dalam jangka masa yang lama. Lepas muntah memang lega tapi balik rumah terus mandi and tertido kepenatan. Lepas tidur baru bangun and ada tenaga untuk masak. Taubat taknak biarkan perut kosong lagi.
P/s: Jangan lupa sediakan plastik dan air kosong dalam kereta.
1 Kata-Kata Inspirasi:
saya pernah termuntah kat pasar tani.. huhu.. sebab bau2 yang menusuk kat situ.. terus balik je pastu.. malu gila
Post a Comment