Assalamualaikum dan hello,
Bila dah kawen, rutin yang perlu dijadikan benda wajib setiap hari adalah memasak. Saya memang tergolong dalam golongan perempuan yang tak pandai masak. Lepas UPSR terus masuk asrama sampailah Form 5. Balik rumah bila cuti pun bukannya saya rajin ke dapur. Kalau nak tolong mak pun, saya hanya tolong potong-potong bawang segala dan menyediakan bahan-bahan je. Bab masak atas periuk/kuali semua terserah pada mak. Saya hanya menjadi penonton setia je. Sambil mak bagitau nak masuk itu ini dan steps memasak...
Perkara tersebut masih lagi berlarutan bila saya belajar kat UiTM. Masih lagi mood malas nak ke dapur. Dengan alasan mak dan adik saya sangat rajin nak masak. Tambahan pula mereka memang tak percaya dengan krediabiliti saya di dapur. Huhu dasat kan? Cara saya masak memang sangat berbeza dengan mereka...saya ikut logik, mereka ikut petua/prosedur...
Walaupun saya di UiTM amik kos Food service Management di mana selalu sangat dimomokkan dengan ayat "students hotcat mesti terer masak...." But not me ok. Saya akui memang tak terer masak. Saya start dengan degree sebab lepasan matrik kan...so knowledge tentang cooking sangat la rendah berbanding students degree yang lain yang bermula dengan diploma.
Masa zaman anak dara biasalah bila anak dara yang tak pandai masak ni confirm la asik kene perli je kan. Saya dah biasa. Pandai-pandaila jawan kan. Jawab je kedai makan kan banyak. Bibik kan ada...suruh bibik masak je....=p
Bila nak dekat-dekat kawen kesedaran sivik menerpa dalam diri. Timbul rasa insaf sebab taknak belajar masak. Masa nak dekat-dekat kawen rajin la jugak try resepi sana sini. Test power dulu sebelum bagi husband makan.
Masa zaman kapel dulu husband saya memang tak pernah nak merasa air tangan saya. Segan wei takut tak bole terima kenyataan dapat komen yang negatif. Kang sentap susah plak, kalau dah kawen nak sentap-sentap satu bumbung kan..kejap je nak sentap-sentap ni...=p
******************
Semalam masih berpeluang lagi nak test menu baru.
Kerabu Jantung Pisang and Ayam Masak Halia. Saya baru tahu husband sangat suke dengan jantung pisang. =)
Ayam Masak Halia versi kuah melimpah ruah.
Saya suka makan kuah dengan nasi.
Ayam pun saya tak potong kecik-kecik sebab semalam dah lewat sampai umah.
Campakkan aje apa yang ada...
Alhamdullilah husband kate sedap.
Tu yang nak dengar tu..
=)
Kerabu Jantung Pisang.
At first saya tak tahu nak potong macam mana jantung pisang ni and tak pandai nak agak berapa banyak sukatan santan yang diperlukan.
Tu sebab kalau perasan kerabu ni ada kuah sikit.
Kuah tu pon habis B hirup.
Die kata "terbaeeekkk..."
Suke suke...
So skang ni mood nak masak agak memberangsangkan walaupun saya sampai rumah lewat. Walaupun penat travel tapi bila tengok husband makan dengan banyaknya saya rasa amat puas hati.
Tambahan plak kalau masak kat rumah ni kita tahu cara penyediaan macam mana, makanan bersih and takda ajinomoto...saya tak pakai ajinomoto sebab husband tak suka.
Selain tu, masak kat umah sangatla jimat. Memang jimat sangat bagi pasangan macam saya yang kuat makan ni....=p
P/s: Malam ni nak masak sotong tempura and sayur sawi tumis. Nak masak simple je. Esok B ajak puasa sunat. Kene bangun sahur ke??? Jap nak tanya dulu....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment