Saya tak tahu sama ada nak klasifikasikan apa yang berlaku pada saya semalam sebagai suratan atau kebetulan.
Seperti sedia maklum sejak Januari lepas saya telah berpindah ke rumah baru. Memang tempat baru dan kawasan baru. Kalau siapa familiar dengan kawasan Bandar Sri Sendayan, Seremban akan tahu keadaan kawasan perumahan yang semakin pesat membangun. Ada banyak fasa kat situ. Rumah saya terletak di Taman Idaman Bayu. Kawasan saya sepesat di area Nusari bayu...
Semalam malam Jumaat macam biasa saya akan keseorangan kalau saya tak mnumpang di rumah member opis. Suami pergi menambah pahala di malam Jumaat.
Ntah kenapa semalam belum pernah terjadi sejak saya tinggal kat rumah keseorangan. Saya tak pernah rasa takut bila tinggal dirumah malah rasa lebih selamat. Rumah saya bukanlah besar mana kan. Takdalah takut sangat.
Semalam lepas saya solat Maghrib sementara menunggu Isyak saya mengaji sekejap. Baru lepas bulan mengambang. Husband masa ni dah bersiap nak keluar.
Saya meneruskan bacaan saya. Tiba-tiba blackout satu rumah. Saya ingatkan satu taman blackout, rupanya rumah saya je yang blackout. Kecut jugak sebab masa ni sorang-sorang tambah dalam bilik. Nasib baik kipas ada lampu emergency. So lampu akan sentiasa terpasang walaupun blackout. Ada la jugak cerahnya.
Saya meninjau keadaan di luar. Rumah jiran terang benderang. Nasib baik masa ni jiran sebelah ada kat rumah. Takdalah saya gerun sangat. Masa ni kene jugak beranikan diri. Lama jugak saya duduk dan termenung kat ruang tamu. Memikirkan apa yang saya akan buat dalam keadaan bergelap ni.
Nak call husband malangnya hp saya kene barred. Tak bole nak call out. Nak terus tido terasa bahang. Panas bukan main. At last saya amik keputusan nak keluar. Konon nak cari public phone mintak husband balik awal. Kawasan rumah skang memang payah nak cari public phone. Saya lepak kat Marrybrown. Dapat wireless free. Mintak tolong kat adik tolong call and sms kan husband.
Sambil menunggu saya online la. Buang masa kat situ sorang-sorang. Rasa macam orang hilang arah plak. Badan masa ni dah penat sangat. Bape kali menguap. Saya terpikir-pikir napela rumah saya sorang yang blackout. Husband tak bayar bill ke????
Dalam 11 lebih baru dapat berita dari husband. Terus dia tanya sama ada saya ada masak air pakai kettle tak...padahal saya tak buat apa pun. TV pun tak pasang. Husband cakap mungkin plug besar tertendang ke bawah. Saya tak terpikir plak plus tak tahu nak tekan macam mana. Takut salah tekan boleh kejung kat situ. So taknak amik risiko. Biarlah selagi saya bole tunggu saya akan tunggu....
Saya tunggu husband sampai pukul 12 lebih. Gila kan. Sebab tu la harini saya rasa macam zomba. Mengantuk yang amat. Balik umah husband bawak bekalan makanan plak. Nasi hujan panas dengan kari kambing. Makan berat tengah malam buta. Akibat terlalu letih tak sempat nak hadam saya terus tido.
Husband check memang suis utama tu tertolak ke bawah. Bila betulkan terus cerah satu rumah...yeayyy as usual dear memang hero saya sejak dari dulu lagi...=p
Dalam pikiran saya????
Semalam malam Jumaat. Malam keliwon. Mengarutkan...tetapi bende ghaib kene percaya.
Dalam pikiran saya agaknya benda tu marah saya mengaji ke??? Tak bagi saya teruskan bacaan....
Ntahla misteri sungguh...
Macam mana bole tertolak ke bawah. Saya tak masak air pun. Kettle tu memang bermasalah pun. Tapi saya tak pakai pun semalam....sumpah...
Ke biasa-biasa je kes saya ni...saya je yang nak memperbesarkan cite yang kecik!
I memang drama queen uolsss..
=p
P/s: Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Saya akan siasat kes ni. Owhh bende mengarut macam ni ko beria nak siasat. Thesis ko yang tak habis tu taknak siasat ke??? =D
1 Kata-Kata Inspirasi:
hehehe.... tak ada apa2 insyallah.... tp kira Dilla kuat semangat jugak.. kalau akk dah menangis dah sbb takut... bila dh takut, mcm2 akk pikir.. tu yg kdg2 mengarut2 tu...
Post a Comment