Assalamualaikum dan hellooo...
Hamboi dah lama rasanya tak update blog. Meh cuci-cuci sawang sikit sementara pikir ayat nak mengarut.
Minggu ni saya bizi macam ayam. Nak tulis perkataan bizi tu pon rasa naik meluat!
Isnin saya cuti. Sengaja nak rest-kan badan and otak lepas turun dari Cameron. I love Cameron. Pemandangan yang chantek yang buat hati saya jadi cair macam ais krim strawberry McD..=p
Next post nanti i share story tentang trip ke Cameroon tu.
Akibat daripada sisa-sisa keletihan di Cameroon terbawa sampai ke saat ni.
Masuk keje hari Selasa kelas direct 8 jam. Bila masuk kitchen badan confirm sengal-sengal, otak mula rasa sakit. Jantung pun berdegup kencang menahan perasaan. Students ni bukan boleh dibiarkan untuk sediakan menu. Tinggal seminit confirm tak jadi apa. Bukan nak underestimate students sendiri. Tapi kenyataan.
So minggu ni saya jadi king kong. Nak marah tak kene tempat. Kerja rumah tak beres. Tanggungjawab sebagai isteri tak disempurnakan dengan baik. Terasa sangat kasihan dengan suami sendiri.
Balik rumah rasa nak peluk bantal dulu...bukan husband. Haishhh rasa bersalah menebal dalam diri. Kenapalah saya berkeadaan begini???
Minggu ni saja start Selasa tiap hari saya menghadap students di kitchen. Tak suka! Tapi terpaksa! Ditambah terpaksa menggantikan lecturer yang mc sebab masuk wad. Beban bertambah minggu ni. No choice, saya sorang lecturer yang tinggal untuk menggantikan beliau. Lecturer yang lain ada competition di Penang. Kalau dikire total workload saya minggu ni 28 credit hours. Semaksimum yang mungkin. Mana tak penat!
Harini satu azab lagi yang terpaksa ditempuh. Terowong Smart ditutup. Jalan kat KL yang sememangnya jem bertambah kucar kacir. Harini perjalanan saya dari Seremban ke KL dah memakan masa selama 3 jam. Bayangkan saya dari Tol Sg Besi 730 am and saya sampai di opis 940 am. Azab gila bila terpaksa memandu macam siput menggunakan kereta manual!
Yang tak best saya ada kelas pukul 830 am- 1230 pm. And terpaksa handle dua kelas dalam satu masa! Tuhan je yang tahu perasaan saya......
Buruknya muka king kong bila mengamuk...huhu
(Tengah imagine muka sendiri bila mengamuk)
Si king kong dikala dilanda kemurungan.
So pengajarannya jangan nak murung sangat, nanti muka macam king kong...
Kpd ibu mengandung jangan tengok muka king kong lama-lama nanti terkenan.....
Thank Google!
Ok dah lega bila luahan dah terbuku di sini....
P/s: Balik nanti apa pulak dugaan yang mendatang.....I love cabaran (mata ke atas, tangan ke bahu)
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment