Assalamualaikum dan hello,
Kekerapan untuk berblog sudah semakin kurang. Ini pun saya curi-curi jugak update blog lepas kelas. Still dalam kelas. Kat opis takda privasi nak update sebab terasa setiap apa yang kita buat kat laptop diperhatikan. Nak update blog kat opis?? Jawabnya memang taklaaa... Masa mengandung meja saya di bawah sebab mereka consider mana mungkin ibu mengandung nak kene ulang alik tingkat 3. So skang tiada alasan saya untuk duduk di first floor lagi. Dah la style opis lecturer kat sini takda cubicle. So bila saya on laptop memang automatik boleh stalk apa yang saya buat. So that's why saya hanya akan update bila dalam kelas lepas abis lecture dengan students.
Sudah sebulan lebih bekerja. One of my colleagues, ask whether I breastfeed my baby or not? And off course I say yes. And she replied, so you should have pumping session during office hours... And supposedly, I have to do so in order to make sure my EBM stocks are enough to cater my baby's need. But unfortunately I break the demand and supply rule... why this happens? Huhu
Sejak masuk kerja memang jarang sangat saya pump masa office hours. Saya hanya pump bila balik kerja, bila dah sampai rumah di saat breast dah sangat penuh. Lepas pump bole dapat dalam 10 oz untuk kedua breast. Yes I know this is wrong technique. Bole menganggu pengeluaran susu. Biasanya jadual pumping saya 6.30-7.00 am ; 6.30 pm and 12.00 am.
Dah hampir sebulan saya buat rutin macam ni, nampak macam pengeluaran susu tiada masalah. Still I have enough stock EBM for Mia. Frozen EBM pun saya buat just in case supply tak mencukupi. Susah la nak cari masa sesuai di opis. Yes i know this reason cannot be tolerate. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Pernah saya bwak breast-pump and cooler bag segala datang opis. Akhirnya saya tak buat pun. Tapi saya rasa next time saya perlu jugak curi masa untuk pump di opis memandangkan skang ni Mia dah kuat minum susu. Selalu saya akan bekalkan 6 botol. Setiap botol saya letak antara 3-4 oz susu. Kalau sebelum ni tak pernah habis 6 botol. Sejak masuk 3 bulan setiap kali amik Mia, stok susu mesti habis. Good girl sayang...
Masa check up 2 and 3 bulan, berat Mia kurang memberangsangkan. Mana tidak kadang-kadang bila bekal 6 botol hanya 4 botol yang habis susu. Pernah satu hari hanya 2 botol EBM yang Mia minum. Bayangkan sepanjang saya bekerja hanya 6 oz yang Mia minum. Selebihnya hisap jari. Hati tak payah cakap. Risau bukan main. Takut Mia lapar and tak cukup nutrisi. Baby hanya bergantung pada susu. Lainlah kalau Mia dah 6 bulan. Dah boleh topup dengan solid food.
Saya bukanlah kategori ibu yang punya susu meriah macam air terjun. Just mencukupi untuk keperluan Mia. Tapi saya akan make sure saya mempunyai stok ebm yang mencukupi dalam freezer. Saya lebih suka kalau Mia minum fresh EBM mean yang saya perah petang semalam and pagi pada hari berkenaan. Dalam refrigerator memang takda stok susu yang saya simpan lebih dari 3 hari. Mungkin cara saya salah. But at this time being, stok masih mencukupi.
Cuma saya perlu tingkatkan oz bagi setiap botol dari 2-3 oz ke 3-4 oz sebab Kak Long kata dia prefer cara skang berbanding terus simpan susu dalam kuantiti yang banyak satu botol. Walaupun sikit tapi Mia akan kerap menyusu dalam setiap 1 jam hingga 1 1/2 jam atau 2 jam.
Moga next check up berat Mia akan naik dengan baik.
P/s: Banyak story nak share tapi takdo masa....
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment