Bila dah makan gaji, terasa plak nak buat bisnes sendiri. Yela bila makan gaji waktu kerja tak fleksibel. Anak pun terpaksa tinggal dengan pengasuh. Tambahan plak dengan kondisi kerja skang. Niat dan impian dalam hati ni memang meronta-ronta nak buat bisnes sendiri. Dari dulu memang dah terfikir. And bila dah sampai impian ni dah selalu sangat bermain dalam kepala otak. Tempat paling best nak berangan off course la dalam bilik air. Masa tengah mandi. Idea datang bercurah-curah macam peluru berpandu.
Skang ni tengah pikir part execution. Banyak benda sebenarnya nak kene fikir. Alaa bukan bisnes besar pun, kecik-kecik je. Tapi kene cantikkan paper work dulu. Tak tahula bila bole on. Tengah kumpul idea and material dulu. Kalau diizinkan oleh-Nya mahu proceed.
Mohon sangat semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan permudahkan semua kerja.
Ala kalau nak fikir tentang risiko. Semua benda dalam dunia ada risiko kan. Just think at the positive side first.
Nak buat bisnes apa??
Itu nantila saya cerita lagi.
Da~
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment