Salam,
Harini memulakan kerja kembali setelah semalam MC. Sengaja nak merehatkan badan. Fasa muntah, lapar dan angin ni amat mencabar bagi saya. Apa pun tak baik mengeluh sebab disebalik kesusahan itu terdapat kemanisan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
So pengajarannya, pagi janganlah nak ter-overdose makanan. Lapik perut sahaja. Sebab pagi yang biasanya akan mengundang kemuntahan.
Bukan pasal ini yang saya nak bebelkan sebenarnya. Sebelum ni saya ada post kan satu entry tentang satu isu berjauhan dengan suami. Saya ada apply satu kerja bukan area Seremban tetapi luar Negeri Sembilan. Dan saya rasa nampak tawaran disitu lebih cerah dari sini dan saya boleh demand dari segi gaji selain saya dapat expand skills and knowledge yang saya ada. Post yang sama iaitu lecturer. Alhamdullilah saya diberi peluang walaupun keputusan itu masih tidak pasti.
Bila dah dapat peluang tiba-tiba hati terasa berat. Dengan keadaan yang begini mampukah saya untuk menjadi wanita yang tabah. Skang tak tabah ke?? Huhu
Ada banyak sebab kenapa saya mencari peluang diluar Seremban yang tidak perlu saya ceritakan disini.
Apa pun dalam fikiran saya, kalau kita tak cuba kita takkan tahu result-nya. Apa yang penting dapat atau tidak saya perlu pergi. Boleh upgrade skills interview plak. Haishh dah lama rasa tak kene interview......takut pun ada.
Husband dah bagi green light. Katanya dia akan sokong apa jua keputusan saya asalkan itu yang terbaik buat kami.
Saya tak mahu terus bertahan dan hidup dalam kepompong zon selesa yang tidak menjamin masa depan saya.
Wish me luck!
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment