Sampai bila mahu duduk di dalam zon selesa,
Setiap hari mengeluh itu dan ini,
Ada saja perkara yang tidak puas di hati,
Tapi tiada anjakan atau tindakan yang diambil.
Kalau tidak berani lakukan perubahan, sampai bila-bila akan ditindas,
Fikiran pun tak berkembang,
Risau berjauhan dengan suami??
Dalam hati memang tidak mahu.
Tapi sampai bila mahu jadi isteri yang manja yang sentiasa bergantung harap pada suami,
Saya nekad, saya mahukan perubahan yang lebih baik jika diizinkan oleh-Nya,
Mungkin rezeki di sini setakat ini,
Tak perlu lagi mahu menunggu buah yang tak mungkin gugur sampai bila-bila,
Kalau diri sendiri yang tak berubah, siapa lagi yang mahu diharapkan.
Saya mahu kehidupan yang baru dan selesa.
Jika diizinkan oleh-Nya....
"Don't let someone make you feel like you're not good enough...you deserve to be at better place"
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment