Ye ini adalah masalah yang perlu dihadapi saat ini. Memang terasa production tidak semeriah dulu macam masa pantang. Tak salahkan orang lain tapi salah diri sendiri. Lately memang dah banyak langgar pantang larang yang perlu dikut jika menyusu badan.
Paling obvious adalah pumping session yang tak konsisten. Selalu balik kerja baru nak kosongkan breast. Masa tu breast pun dah bengkak. Sepatutnya kita tak boleh biarkan breast penuh melebihi 3-4 jam kan. Lepas tu skang ni dah kerap plak minum ais. Cuaca panas makan demand nak minum berais tinggi. Diri sendiri yang tak kuat menahan nafsu.
Stok susu dah habis. Diulangi sudah habis. Arini memang ngam-ngam siap suruh husband stand by top up dengan susu formula. Kalau boleh memang nak fully breastfeed sebab banyak sangat kebaikan kalau Mia minum susu ibu berbanding susu lembu.
Sedang berusaha nak kembalikan balik production susu. Tambah cuti lama aritu, bila Mia ada bersama jarang saya praktikkan pumping. Tambahan saya masih lagi tak pandai nak manage susu yang diperah semasa travel. Padahal cooler bag dengan ice pax ada. Perlu banyak ilmu lagi ni.
Ya Allah murahkanlah rezeki susu untuk Nawal Nur Ilmiah.
1 Kata-Kata Inspirasi:
InsyaAllah...
boleh awak...sy pun pnh rasa mcm ni..
if nak share experiance dgn sy..boleh email sy...jom sy motivate hehehehe
Post a Comment