Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 19, 2014

Alkisah Mia Demam & Kisah Mistik

Salam semua,

Dua hari EL sebab Mia demam.
First time ni jaga Mia yang demam panas.
Selama ni demam sekejap-sekejap sebab lepas kene cucuk.
Kali ni suhu badan Mia memang panas betol.
Panik sekejap. Risau betol kalau suhu cecah 40C.

Malam Ahad tu kami keluar selepas Maghrib just keluar makan je.
Sampai rumah pukul 11 malam.
Husband keluar rumah balik katanya ada discussion sikit dengan kawan.
Balik rumah pukul 3 pagi.
Rasa nak marah pun ada.
Mia terjaga merengek nak minum susu.
Jarang sebenarnya Mia menangis merengek lebih-lebih bila nak minum susu.
Husband cakap badan Mia panas.
Eh sebelum ni tak perasan plak panas.
Sah Mia demam.
Malam tu saya tak tido sangat sebab nak control suhu badan Mia.
Letak towel basah atas kepala dia and tanggalkan baju.
Esok pergi klinik Dr Jamilah kat Senawang.
Memang sah demam sebab suhu 38C.
Doktor bagi ubat kat bontot. Sian anak ibu.

Lepas Maghrib Mia asik menangis nak berkepit.
Dah rasa lain ni. Ni bukan demam biasa.
Sampai jiran sebelah rumah datang rumah tanya kenapa Mia menangis.
Kalau dibiarkan confirm tak tidur malam ni.
Terus bawak Mia jumpa orang yang boleh berubat.
Masa ni dah pukul 1030 malam.
Gagahkan juga pergi asalkan Mia ok.

Dipendekkan cerita memang ada gangguan pada Mia.
Benda mengikut masa husband balik pukul 3 pagi tu.
Datang dari rumah jiran yang tanam pokok pinang.
Skang ni bila tengok pokok pinang rasa seram.

Kitaorang mintak check rumah sekali.
Sah ada benda lain jugak menumpang especially kat bilik tengah, dapur and bilik belakang.
Bikin saya suspen and seram.
Patutla lepas balik dari pantang saya rasa agak pelik dalam rumah.
Adik ipar dengan adik saya pernah cite kisah mistik mereka masa tidur kat bilik tengah tu.
Aishh tetiba meremang plak bulu roma saya.

Semalam husband ke luar kawasan lagi.
Memang taklah saya nak duduk berdua dengan Mia.
Padahal minggu lepas memang selamba saya tinggal berdua dengan Mia.
Alhamdullilah kami selamat.
Risau Mia melalak lagi bila takda sapa kat rumah.
Mahu panik sorang-sorang nak handle Mia kan.
Maka sepanjang husband takda saya tinggal di Paroi Jaya, rumah mak mertua.

Hari ni berubat terakhir.
Alhamdullilah Mia makin pulih.
Tunggu nak "bersihkan" rumah next week.
Benda-benda macam ni kita tak boleh nak menidakkan.
Betul tak??

1 Kata-Kata Inspirasi:

izni nakatsu said...

Tkot nye baca.. meremang. Da la rasa lain mcm jgk kat umah ni tp buat tak tau je. Perasaan je kot hehe

1 comments on "Alkisah Mia Demam & Kisah Mistik"

izni nakatsu on March 12, 2014 at 12:26 AM said...

Tkot nye baca.. meremang. Da la rasa lain mcm jgk kat umah ni tp buat tak tau je. Perasaan je kot hehe

Disable Right Click