Salam Ramadan semua!
Wah setelah hampir 2 bulan saya private-kan blog, harini decide nak open to public balik. Tapi entry-entry yang ditulis semasa private haruslah tidak boleh disiarkan atas sebab-sebab tertentu sebab segelintir stalker yang suka jaga tepi kain orang. Padahal kehidupan diri sendiri taknak amik kisah plak kan. Suami tak balik umah beberapa hari, ko tau ke die pergi mana?? Betul ke meninggalkan anak bini atas urusan kerja? Ntah-ntah ko dimadukan tak???
Astaga....apa bende yang saya merapu ni?? Bulan puasa ni dik non oiiii.. Minta ampun uolss. Sebab kadang-kadang saya memang sakit hati dengan manusia yang suka stalk-stalk and judge kehidupan orang itu tanpa mengenali orang itu secara dekat. And then part paling tak menahan mulalah compare kita dengan dia. Huishh annoying sangat ok.
Ok sudah 2 bulan lebih saya di Ipoh, bekerja di sini and dikelilingi oleh family tercinta. Feeling?? Sangat bahagia. Sangat seronok. Dalam kepala otak dah pikir, boleh tak nak play save nak tinggal Ipoh smpai tua. Huahuahuahua....lantaklah tak dapat kerja kerajaan seperti yang dimomokkan orang sebelum ni. Kerja swasta pun boleh dapat gaji 3K ke atas pun kira syukur la tu kan. Bersyukur lah dengan apa yang diberi. Sekarang ni memang amik pendekatan positif je. Redha. Baru hati rasa tenang. Plan after this nak try lompat company lain plak. Huhu bukan nak cakap tak best tapi saje nak test market.
Yang paling penting, keadaan Mia terjaga. Terima kasih mak, ayah, dan aunty Wa yang rajin melayan Mia dengan baik.
Yang paling penting, keadaan Mia terjaga. Terima kasih mak, ayah, dan aunty Wa yang rajin melayan Mia dengan baik.
Okla nak sambung kerja. Hari Isnin memang banyak kerja yang kene siap. Nanti kalau rajin kita update lagi k.
Selamat menjalani ibadah puasa semua!
Kalau rajin jom singgah NAWAL COUTURES. Tengok ada blouse or kasut yang berkenan buat pakai raya.
0 Kata-Kata Inspirasi:
Post a Comment