Salam uolss,
Allah dah November. Tengok entry untuk Oktober, masya Allah ada 2 ketul je. Mana semangat nak bercerita panjang lebar kat blog. Patutla hati macam makin sakit rupanya banyak sangat pendam hati. At least kalau meroyan kat sini terubat jugak hati kan.
Ayat cliche --> sebenarnya saya busy melampau. Dah 6 bulan go through makan gaji kat sini rasa macam..."eh tak best rupanya kerja sini" Segala expectation saya di awal masuk kerja dulu lenyap begitu saja. Haha. Skang rasa nak berhenti uols. Sumpah tak tipu. Passion dalam diri dah semakin menipis. Tiap hari bangun kerja mesti nak mengeluh memanjang.
Kenapa tetiba ubah fikiran jadi tak suka?? Banyak perkara sebenarnya. Tapi semester ni paling menguatkan rasa tak suka. Sem ni short semester. Dan credit hours saya dah cecah 30 jam. Dari Rabu sampai Jumaat ada kelas praktikal 830-530 pm. Sapa ajar bagi kelas praktikal time short sem melainkan nak bagi lecturer "mampus". And ada banyak lagi cara dan sistem yang tak kene and bagi saya banyak menyusahkan lecturer. Students ditatang bagai minyak yang penuh. Tak boleh dijentik langsung. Tapi alhamdullilah this sem saya tak jumpa students yang macam ba alif ba ya...Sem lepas yes....nak kene cerita jugak. Haishh tak payahla..kang menakutkan candidates lain yang nak cari makan kat sini plak. =p
Dah lama tak balik Seremban. Takda cuti langsung. Tak sabar tunggu Disember sebab dah abis sem yang super disaster ni. Sumpah rindu yang amat kat rumah sana. Then baru saya tahu erti manisnya bersama dengan husband walaupun sebenarnya waktu itu serba serbi kekurangan. Wujudnya suami di sisi sebenarnya memang penguat semangat walaupun robek sana sini, tak cukup sana sini..makan hati sana sini.
Skang ni tengah berfikir-fikir nak balik Seremban semula. Dan saya tahu saya tak boleh nak hadapi keadaan macam ni dalam jangka masa yang panjang lagi. Memang kene bertindak skang. Duduk PJJ memang sangat tak best. Harap saya boleh bersabar sedikit masa dan Allah buka jalan untuk untuk saya.
Ya pasti pengorbanan itu sudah semestinya.
Ketemu lagi!
1 Kata-Kata Inspirasi:
kan.. Sya next month nak kawen, then ingat nk g stdy overseas. Rase nye xnak la kot. org nak dekat ni lagi nak jauh pulak. huhu
BTW, Sya da follow cni, nnti free, visit/follow Sya jugak ek~
Post a Comment