Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 30, 2009

Benci

Arini terasa sangat malas. Malasnya nak buat ape-ape pon. Aku nak buat sesuka hati aku jer. Aku malas. Kalau 44 kali cakap malas memang terus jadi malas. Benci..Sejak akhir-akhir ni asik ulang cakap ayat benci jer. Ntahla ape kene ngn aku nie. Terasa takda semangat. Kembalikan semangatku yang hilang~

Seadanya aku

Seadanya Aku- Nubhan

Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Jiwangnya Cik Dila. Yes Cik Dila memang sedikit jiwang. Terasa lagu ni seswai ngn aku buat masa ni. ~

Tuesday, September 29, 2009

Hampeh

Blog saya sudah tidak cantik. Blur gile ngn masalah layout yang tak betul nie. Apela agaknya masalah blog nie. Adoi...

Takpe kite tinggalkan sekejap masalah layout yang tak berapa nak betul nie. Abaikan jer layout yang carca marba nie. Yang penting aku dapat selalu update.

P/s: Tapi still rase tak puas hati. Asik nak edit layout jer. Ahhh benci benci tak suke tak suke.

Sorry~

My Zone is still under construction. I have to make some changes due to certain circumstances that cannot be avoided. Sorry for the inconvenient.

Monday, September 28, 2009

28 September 2009

Arini Cik Dilla sudah memulakan tugasnya. Kelas cume waktu pagi jer. Students cam biasa ponteng je yang banyak. Alasan biasa "miss tiket balik KL da abis". Yela. Takpe Cik Dilla memang seorang yang baik hati. Sukati la. Kalau sape nak jadi pandai rajin-rajinla datang kelas. Kiter dah bagi nasihat terpulang lah. Masing-masing dah besar kan. Tengokla sem depan. Sape yang fail tu mula la melutut mintak bagi lulus. So at the end pandai-pandai la survive after graduate nanti. How to compete ngn others graduate students yang berduyun kat luar sana mencari peluang pekerjaan yang bagus. My task is just facilitate you all jer. Depends la on your own how you to be creative, innovative, rajin, nak pandai bla bla...and dapat Diploma dengan bermaruah. Yess!

So arini kene siapkan key in midterm marks kat Mecca system. Plan for subject syllabus to be taught throughout this semester. And now, is thinking of extra assignment for problematic students. If you want to be one of IPTS lecturers, you should willing to tolerate with students yang banyak bagi masalah. Depends on situation la. But for those yang ade prinsip konon tak baik luluskan student yang memang bermasalah. Dont know la. Macam ade kes dulu masuk paper kot. Tapi tak ingatla. Yang pasti ade kaitan dengan lulus and fail kan students ni. Huh whateverla. Dont want to comment lebey2 about this issue...

P/s: Sangat geram ngn students yang malas datang kelas ni. Not in my class jer. Other lecturers are also complaining about the same students. Sigh~

Sunday, September 27, 2009

Takut~

Baru jer lepas brcakap ngn En Azli. Kejap jer sebab die nak g kuar ngn kwn die. Em antara yg perkara yang dibualkan ~ En Azli rase takut sebab tinggal lagi sebulan.

Sebenarnya aku pon rase takut. Tapi malas nak pikir sangat. Walaupun bukannya kahwin tapi tetap rase takut and berdebar. Ntah apela yang akan jadi pada ari itu. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Preparation is still in process.

Takut coz sume orang ade expectation masing-masing. Takut actual cannot exceed the expectation. Semua orang mahukan sesuatu yang terbaik. Semua orang mesti expect something yang mungkin aku tak dapat nak tunaikan.

Takut aku tak bole jadi yang terbaik untuk En Azli. Takut aku tak dapat nak bagi komitmen yang sepatutnya. Takut aku buat perangai bodo. Takut dengan penerimaan orang lain terhadap aku. Yang paling penting aku takut tak boleh jadi seorang perempuan yang terbaik dalam hidup En Azli yang mampu bahagiakan hidup die. Aku takut.....

Back to Basic

Update...update...

Wah arini Cik Dilla sudah berada di kediamannya di Taman Medan Jaya. Bertolak dari Ipoh dalam pukul 12 p.m. Bajet nak balik pukul 9 a.m. Kesian Lazo...stand by kat umah aku dalam pukul 9 lebih. Huhu..

Esok dah keje. Go back to rutin biasa.

Wednesday, September 23, 2009

Sigh

Baru je lepas YM ngn Nat (classmate merangkap ofismate merangkap jiran sebelah di ofis). Masing-masing tengah serabut memikirkan keje yang semakin bertimbun after balik cuti raya nie. Beginila keadaanya bekerja sambil belaja. Terasa berat tanggungjawab yang dipikul. Sampai satu tahap terasa give up and nak berputus asa. Tapi berbalik kepada nawaitu and perlu kuatkan semangat.

Bulan 10 adalah bulan paling busy. Tak taula macam mana nak menghadapinya. Kadang-kadang aku terpikir adakah sebab aku bersikap sambil lewa and tidak bersungguh. Emm ntahla. Yela sometimes aku terasa mcm nak relax jer. Bila nak relax jer terasa nak relax selamanya. Tapi tak bole. Arghh tensinye rase.

  1. Kene prepare untuk presentation Strategic Marketing pasal MAS (group project). Diorg ni macam buat tak tau jer. Aku malas la bile nak present baru la terhegeh-hegeh nak siapkan itu ini. Sampai tak tido malam. Aku penatla hidup macam tu.
  2. Again Strategic Marketing kene prepare presentation tuk Chapter 9. Until now takda kata putus dari group member lagi siapa nak present yang mane. Pn. Tengku Sheila nak buat presentation plak. Katenye tak sempat nak cover syllabus. Kalo buat presentation bole cover cepat. And one more thing, katenya kami semua ni malas membaca. So dengan kaedah macam nie barulah kami semua membaca.
  3. Untuk leadership plak kene cari 2 orang untuk di intebiu. Academician and orang yang terlibat di dalam industry. Until now tak tau lagi sape yang nak di intebiu kan. Solan pon tak buat lagi tuk Dr Artinah check. Damn.
  4. Kene buat book review tuk buku Leadership. Baru abis baca separuh The Art of the Leader. Boring nak baca sebab sume nak bagi example pasal military. Tak minatla.
  5. Yang ni paling best sekali, buat research proposal. Nasib kene antar 31 Okt. Kalo ikutkan kene antar 3 Okt. Research Objectives pon tak berapa nak clear lagi.
  6. 24 Okt presentation for Research Proposal. Bersediala untuk kena mambu ngn Dr Rahmat. Anyway, Dr Rahmat sangat membantu dalam menyiapkan research proposal nie. Cume aku jer yang tak bersungguh. Plus report sekali yer.
  7. 31 Okt final exam Leadership. Open book but we will see how the questions are.
  8. 1 Nov-my engagement day
  9. 7 Nov- Maybe final exam tuk subjek yang lain.
  10. And not forgetting, my group tak buat lagi presentation for Food Quality pasal Halal or Haram Issue in Hotel and Catering Industry.
Kerja di opis pon perlu difikirkan jgk. Nota students. Dalam bulan 10 jgk kene abiskan syllabus. Bulan Nov diorg dah start tuk final exam. Terasa terkejar-kejar nak settlekan sumenya. Siannya Cik Dila. Sigh~

Tuesday, September 22, 2009

Bebelan

Dah lama rasenye tak membebel. So arini Cik Dilla terasa nak membebel sesuatu. Arini terasa penat pergi beraya ke rumah sedara mara. Tadi balik Parit and terus shoot ke Teluk Intan. Teluk Intan ke Ipoh boleh tahan jauhnya.

Semalam dah pegi rumah Zai and Lazo (member aku). Pagi tu dah temankan opah beraya kat Parit (Bukit Cupak). Termasuk arini dah 6 kali aku ulang alik Ipoh- Parit jer. Ingatkan semalam sempatla nak gi beraya rumah kengkawan yang lain. Tapi tak sempatla. Maybe next time la.

Esok cadang tak pegi mane-mane. Lazo cakap die nak datang beraya ngn ehem-ehem die. Zai plak tak sure bile nak datang ngn Shah sekali. Pastu Rini cakap nak datang ari Khamis. Ilah pon same nak datang jugak tapi tak sure. Emm sume tak sure. Huhu.

Balik KL ari Ahad. Dah terasa bebannye bile balik KL. Adoi malasnyer rase. Semua nak kene pikir. Any tips to release stress?? It's all about planning la...

Terlupe nak bagitau sesuatu. Semalam jer dah 4 kali aku lalu depan rumah Wan. Terus teringat kat die sekejap (sowila En Azli). Cerita lama tak payah dikenang lagi. Ntah apela citer die skg kan. Huhu. Debab (my sister) cakap die takda tu gi beraya umah mertua die. Pandai-pandai jer si Debab tu. Tiap kali lalu mesti nak tengok. Sejak dah tak pape ngn die aku trus lost contact ngn die. Tapi otak nie sentiasa berfikir apala die buat skg....Tapi jangan salah paham. Just nak busy body jer. Hope die bahagia je.

22 September 2009

Arini 22 September 2009,

Kenangan,

Antara aku dan dia,

Sunday, September 20, 2009

RaYa 2009

Bergambar sebelum pergi beraya

Gambar edit

Bergambar kat luar rumah,nampak cam gemukla

Wif anak cousin, Nur Najihah Natasha

1 SyawaL

Assalamualaikum,
Hi everyone,
Today is Hari Raya..Yeah =)
So I would like to wish all of you SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi,
MaaF ZaHiR & BaTiN
Wink..Wink =P

Friday, September 18, 2009

Kronologi Perjalananku

Arini Jumaat balik Ipoh dengan housemate aku, Lazo...

Bajet nak gerak pas Subuh tapi tak terdaya nak bangun sebab semalam tido lewat..wink wink..

Gerak dalam pukul 9 am sampai lebih kurang 12 pm...

And now skg sudah berada di rumah...

My home sweethome ~

Dating

Dating again...

Destinasi di Midvalley and Downtown Cheras,

Best =)

Wink wink...

Thursday, September 17, 2009

HePi BeSDaY AYaH

Hari ni 17 September 2009, birthday my beloved father,

Ayah,

Selamat Hari Lahir,

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu,

Semoga ayah terus sihat dan diberi kesihatan yang baik,

Pengorbanan mu tak ternilai and akan dikenang selamanya,

I love u so much much....

Hari-Hari Kerja~

Lihatlah tempatku yang bersepah~

Nak gi Genting la..

Tibe-tibe terasa macam nak berjoli and bersuka suki kat Genting. Aku pernah gi sekali kot. Nak dijadikan crita on the day nak gi Genting tu aku demam. Tapi disebabkan dah janji ngn kawan-kawan kenala pergi. Tapi serius takda perasaan masa tu. Disebabkan demam.

Macam mana bole demam?? Malam sebelum pergi aku ada training for new commander brass band. Kenela faciltate diorang sume. Sampai pukul bape pagi ntah la. Aku rase aku terkene sumething masa tu. Tempat tu mungkin agak keras. Bayangkan aku demam seminggu kot. Tak lalu makan and tak lalu nak buat ape pon. Yang aku tau cume nak tido jer. Pergi klinik ubat tak jalan langsung. Nasib takda yang serius berlaku kat aku. Huhu...

Tapi skg ni seriusly gile teringin gile nak gi Genting. Please someone bawakkan aku gi sana....Hope jangan demam lagi dah la.

p/s: sedang memikir dan mencari masa yang sesuai...

Wednesday, September 16, 2009

Monolog

I need new hp and laptop please,

Tak tahanla nak use this old hp and laptop,

Asik jem jer,

Tensi tol,

Nampak sgt budak yang tak berduit,

Huhu,

Laptop brand compact dah 4 tahun pakai, still celeron M,

Kuno siot Cik Dilla ni,

Hp motorola cabuk yang ntah tak igt bape lame gune,

Letak kuat ckit trus padam,

Orang lain siap dah bole pakai blackberry but I still use this kind of hp,

Kesian gile aku tgk diri aku sendiri,

Bukan taknak beli tapi syg sebab igt still can be used lg kan,

But after fikir balik, I have to change and buy the new one,

Hope so~

Tuesday, September 15, 2009

Jem

Arini sampai opis lambat gile. Pukul 9 am baru sampai. Usually aku akan sampai dalam lebih kurang pukul 8 am. Disebabkan arini ramai sangat manusia yang bawak kreta macam semut memang la lambat ditambah dengan cuaca kedinginan bertambahla kesemutan diorang. Tersangatla geram. Aku kuar rumah mcam biasa dalam 730 am dah gerak. Dari masjid area rumah aku dah start kete beratur sampai la kuar susur ke NPE. Kat situ je aku dah stuck setengah jam. Pagi tadi Taman Medan sangat meriah dengan kereta di sana sini. Huhu..

Nasib takda kelas pagi buta. Pelik la nape arini banyak sangat kereta bertaburan. Emm kalo ujan mesti macam tu. Kene buat research nie. Haha poyo jer..

Emm semalam dah melepaskan rindu ngn En Azli. En Azli datang ngn kawan die. Makan kat Kg Baru, kedai member diorng. Tapi tak puas la jumpa En Azli. Wink wink =)

Monday, September 14, 2009

Mengisi Masa Boring

Emm pening kepala mark paper students. Em macam manela sape yang marking paper SPM ke PMR..memang sakit pala tgk tulisan students ni lame-lame. Tambah bab essay.So kiter stop kejap then bukak blog terus update. Kurang tension. Huhu...

Wah lagi bape ari je nak raye kan. Rase tak sabar sgt nak balik Ipoh. Students pon dah ramai yang cabut balik kg. Isk diorang ni sangat tak patut. Buat kuiz kan baru tau. Takda markah. Pastu dok merayu. Tensi jer.

Emm rase Ramadan tahun ni tak sebest tahun lepas. Tahun lepas feel die lain macam ckit. Bunga cinta lebih ckit. Kali ni sebab dah berada di zon selamat and stabil kononnya, masing-masing sibuk dgn hal masing-masing. Takda lagi gayut lame-lame lepas sahur, takda lagi orang tlg kejutkan sahur. Al maklumla Cik Dila sangat susah nak bangun sahur. Tapi bile En Azli tlg kejutkan, terus bangun. Huhu.

Nak balik raye pon biasa jer. Bukan hangat dari biasa. Tapi suam-suam kuku jer. Macam tahun lepas sebab excited nak citer pasal En Azli kat mak and ayah. Kali ni dah berada di paras normal. Hormon adrenaline pon kurang lancar. Sebab ape?? Zon stabil kan. Kalau hari raya pon berdebar jer sebab konon first time En Azli nak datang umah. Rase kelakar je bile ingat balik. Ntah ape-ape ntah. Cik Dila suke sangat syok sendiri.

Masa mule-mule dulu hp memang tak lekang. Tapi skg tinggal hp kat umah pon tak kisah. Tak jumpa sebulan lebih pon tak kisah. Kalo dulu setiap minggu mesti En Azli turun KL. Tapi sekarang kurang dah aktiviti itu sebab masing-masing ade komitmen lain. Itulah hakikatnya yang tak dapat disangkal lagi.

Watever pon aku sangat suke Ramadan dan Syawal sebab akan mengingatkan aku pada peristiwa dulu-dulu.

Ape pon bahang semakin terasa. Debaran semakin kencang. Sebab ape?? Eee takutnya..Haha biasalah Cik Dila kan suke syok sendiri.~

Sunday, September 13, 2009

Hot

Arini terasa sangat sakit hati. Terasa nak marah. Terasa takda mood langsung. Mungkin angin PMS nak datang. Sukatila. And bila time keadaan aku mengalami PMS ade jela masalah yang datang yang akan buat aku lagi hot. Seriusly skg memang terasa sakit hati sangat-sangat. Tak perlu di tanya punca aku jadi hot mcm nie.

Arini takda aktiviti menarik yang dilakukan. Duduk kat umah macam org bodoh. Kemas segala barang-barang aku yang tidak terurus sejak akhir- akhir ini. Arini aku langsung takda mood. Masak pon tak. Tau berbuka puasa nak makan jer. Nasib baik Lazo and Kak Na ade masak.

Wah tak dapat digambarkan betapa sakitnya hati aku. Tak pela. Selagi bole bersabar, sabar jela. Internet yang bengong yang bikin aku lagi panas.

Rase nak menjerit nak lepaskan rase sakit hati yang kian memuncak.

Tulang Rusukku...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan sendiri…

p/s:www.tentangcinta.com

Benarkah Cinta Itu Menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

22 Ramadan

22 Ramadan mengingatkan aku pada peristiwa 22 Ramadan tahun lepas,

Dimana detik bunga-bunga cinta antara aku dan En Azli,

22 Ramadan Our first anniversary dalam Bulan Islam...

Reunion Yang Best

Muka-muka yang menghadirkan diri ke Majlis Berbuka Puasa Reunion Form 3 Batch 2001,

Superb and best bila masing-masing bukak story zaman budak hingusan,

Best =)

Reunion Batch Form 3 (2001)

Wah sangat penat coz baru balik dari bersronok ngn kawan-kawan masa form 3,

Wah sangat best,

Arini diorg buat reunion and the best part is ramai yang menghadirkan diri,

Em ok la just wait for my next post ok,

Dah penat, and nak tido,

zzzzzzz....

Friday, September 11, 2009

Penat

Aku masih belum tido..huhu,

Wah cepatla berakhir sem satu nie,

Dah tak larat nak belaja,

Ada lagi 3 sem, insyaAllah,

Nak concentrate on work jer,

Hehe poyo jer,

Berilah aku kekuatan dan semangat,

Thursday, September 10, 2009

Scope of Research

Wah sangat pening memikirkan tajuk and scope my research proposal. Nasib la aku emel tanya Dr Rahmat just nak tanya his opinion about my research questions and research objectives. I have to think more focus about my scope of research. Actually based on my title, what is the issue that I really want to focus. Why is it important to study about that? Huh thank you so much Dr Rahmat for your help.

And now, I have got an idea about the issues of my research title. =)

Siap cepat-cepat then emel to Dr. Rahmat before this coming Saturday.....

p/s: Sengal gile dah nak berbuka tapi nasi lupe nak masak. Lauk lain dah siap masak. Serius sengal....sigh~

Wednesday, September 09, 2009

My Preparation

Alhamdullilah cikit demi cikit preparation aku hampir selesai. Majlis dijangka dalam sebulan lebih lagi. Terpaksa buat preparation awal coz bulan 10 aku akan sedikit busy opss bukan sedikit tapi banyak busy ngn study aku.

Bulan 10 la minggu terakhir sebelum masuk final exam. Final exam tuk paper aku dijangka 31 Oktober. And esoknya adalah 1 November kan. My majlis 'itu'. Dalam bulan 10 harus fokus untuk my study. Research proposal, presentation itu ini, study for final exam, submit assignment and so on.

My parts:
1. Baju + make-up + aksesori = DONE
2. Juru gambar (En Mior) = DONE
3. Hiasan dalam bilik = DONE
4. Decoration for hantaran = 70 percent DONE
5. Tempah cup cake = After raya sebelum balik Ipoh
6. Beli coklat = Beberapa hari sebelum majlis
7. Tempah agar-agar bunga ros = Tanya mak Zai. Order lepas raya.
8. Tempah coklat duit syiling = Order kat Megoplex after raya
9. Gubahan baju akad nikah En Azli = Sedang mencari idea

Dalam perancangan aku akan siapkan sume hantaran sebelum balik raya nie. Alamatnye penuhla kete aku yang kecik tu. Yela mane bole pakai letak. Nanti hancus. Beg pon perlu di kurangkan. Semalam dah siap pesan kat Lazo. " Ko balik nie jangan bawak beg banyak2, nanti takda tempat nak letak" Huhu sian Lazo. Kami akan balik bersama nanti. Semalam kire-kire la amount yang duit yang hangus tuk majlis nie. Takda la banyak sangat sebab buat simple-simple jer. Adalah dalam lebih kurang 1500 and tidak termasuk makanan. Belanja makan sponsor from pa&ma ye.

Kemalasan

Arini sangat tidak bermaya,

Rase sangat letih and tidak sangat bersemangat,

Rase takda mood nak buat apa pon,

Marking paper pon rase malas,

Kang tak pasal-pasal dapat telur ayam jer bebudak ni,

Rase nak tido jer,

Takda mood nak bergosip, or sewaktu dengannya,

Bosan~

Kemalasan melanda diri~

Tuesday, September 08, 2009

Puas

Wah sangat puas bile lepas makan ikan patin. Nasib ikan patin die ok. Tak seperti yang disangkakan. Sekarang tengah kekenyangan. Solat Maghrib pon belum lagi.

Tak sempat nak snap gambar tadi. Sebab tak sabar nak ngapp trus dalam mulut. Hehe.

Okla~

p/s: En Azli jangan jeles ok sy dah lepaskan kempunan saya makan ikan patin. Nanti saya bagi awak cikit. Next time k. =)

Ikan Patin

Baru balik dari tesco. Teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. My faveret tu. Huhu. Aritu balik Ipoh, mak masak tempoyak ikan lain, ikan talapia merah. Aku nak tempoyak ikan patin. Mak cakap baru lagi masak. Lagipun ikan patin kat pasar tu dah tak sedap sangat. Kempunan lagi nak makan ikan patin.

So arini aku gi Tesco, dekat jer ngn opis aku, just nak beli ikan patin and barang sewaktu dengannya untuk masak arini. Tak tau la ikan patin kat Tesco ni sedap ke tak. Terasa terliurnya. Lol bulan pose la.

Arini 3 kali aku jaga exam. 9am-10am, 11am-12pm, 3pm-4pm. Wah so boring....

Monday, September 07, 2009

It's all about my feelings

Whenever I feel bored @ not in good mood, My Zone is my place to throw away my all my feelings @ thoughts @ emotions @ attitudes, whether during my happy time or my swing mood. Whoever who have been go through this blog; u could notice that all my writing or entry are about my feelings. Yes my feelings. Sometimes, my mind is under unconscious because I’m so excited to key-in words by words of my feelings which whatever ideas across my mind at that moment.

Sometimes, I did not notice that my post had made someone feels so irritating @ nauseating. I’m just guess so. Why I said so, occasionally I will feel the same feeling after I go through back my previous post. Is it Cik Dilla’s feeling?? Right now, I think that I want to delete that entry which are not really important or do not have significant effect in my daily life. Huh but I have to think twice twice twice. Do not simply delete it. Emm just ignore la.

Is it okay or acceptable if I would like to change this blog to private mode??? For the reason that I don’t want anybody to call me poyo or think something bad about me. But in real life, sometimes I will act like the poyo pompuan. Huhu…

Whatever it is, I’m just want to be myself. The real Fardilla. Not others.
No hard feelings okay?

p/s: please close your eyes to my grammatical error.

Minggu Exam CICT

Minggu nie students exam. So takda la sibuk-sibuk nak buat persediaan mengajar. Apa yang bole aku bt skg ialah fokus tuk buat research proposal. Yeah!

P/s: selamat berjuang wahai Cik Dilla

Aktiviti Di Hari Ahad

Arini aku bangun lambat gile. Konon nak balas dendam sebab ari Jumaat terpaksa stay up sampai pukul 3 pg.

Bangun tido terus mandi. Then ajak Lazo gi shopping barang hantaran. Orang punyerla banyak. Maklumlah raya is just around da corner. Aku just beli ape yang patut. Tak tau cukup ke tak. Hurm

Balik umah lebih kurang dalam kul 615 pm. Terus solat and siap-siap for berbuka nanti. Aku and Lazo masak yang simple-simple jer. Sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung and sup cendawan. Yummy.

Lepas jer mandi terus teruja nak siapkan cikit hantarn. Setakat ni baru siap 2 kotak. Mcam nak balik umah jer baru buat. Sebab nanti bile dah letak bunga kat atas. Susah nak bawak. Penuhla kete nanti. Sekarang ni cume perlu siapkan yang basic jer sebab takut tak cukup. Kalu tak cukup bole terus gi beli lagi.

Setakat tu jer yang mampu aku buat. Kalo nak lagi cantik kene tunggu kawin la ok.

Testing..hasil tangan Cik Dilla

Saturday, September 05, 2009

Tayarku Pancit

Baru tadi tayar kereta aku pancit. Haha... Pagi tadi gi kelas trus parking and trus tidak mempedulikan kereta sampai abis kelas pukul 830 pm. Arini kelas abis awal. Huhu..

Start enjin terus jalan tanpa perasan yang tayar kerata telah kempis-sekempis2nya. Haha. Patut la mcm stereng berat jer. Ingatkan ada bende lain yang tumpang sekaki. Bila teringat balik takkanla. Kan skg ni bulan puasa. Opss cabulnye mulut.. Terus berhenti kat tepi. Turun dari kete, amik ko tayar kete pancit. Haha. Terus kol Natrah (my classmate).

Cik Dilla : Nat !! Tlg aku...tayar kete aku pancit.....
Nat : Wei nape?? jap2..aku patah balik.....

Haha kesiannya aku. Nat dtg and cadangkan aku gi jumpe Pak Guard kat pondok area fakulti. Kesian pak guard kene tlg aku insan yang lemah ni menukar tayar kete. Sebelum tu pakcik tu sempat bertanya sesuatu...

Pak guard : kamu penah kene saman tak?? Kete ni penah kete saman tak??

Cik Dila : Nape pakcik?? Jgn la tanya mcm tu... (sambil tersenyum macam kerang busuk)
Pak guard : Pakcik kenal kete nie. Banyak saman kete nie. Pakcik dah lama keje sini. Kamu org Perak?? Perak kat mana??

Aku menjawabla soalan pak guard tersebut. Wah AFQ 199 memang banyak simpan surat saman pon Haha. Tak sangka pakcik still remember ek. Almost setahun lebih dah.
Nasib pancitnye kat fakulti. Huhu....

Pakcik guard mmg sporting. Aku sangat berterima kasih kt pakcik tu.

P/s: walaupun dah belajar cara nak tukar tayar tapi still rase tak yakin nak praktikkan. Huhu

Stay up

Wah Cik Dilla tak tido lagi la. Sebab ape? Haha padan muka kene siapkan assignment yg kene di submit esok. Balik keje terus pegi kelas. Letihnya tak perlu disoal lagi. Tapi nak buat mcm mana. Ni kehidupan yang aku pilih sebelum melangkah stage yang berikutnya. Whatever.

Plus sok pagi ade midterm test subject research method. Sangatla tidak sangka hari ni terlampau banyak kete yang menyibuk kat atas jalan. Tak boleh tgk aku senang langsung. Betul cakap Dr. Artinah kalo Ramadan Shah Alam memang penuh dengan kete dan sangat sesak. Bayangkan aku gerak dari opis pukul 4.45 pm lebih kurang sampai dalam 6.30 pm lebih kurang. What the hell? 2 jam kot. Kalo drive KL-Seremban bole pegi balik tau. Kuar tol Batu Tiga masya Allah. Stuck kat situ la paling lama. Semua susur keluar ke Shah Alam dibanjiri kete yang ntah mana datang. Sangat tensi.

Nampak gayanya macam tak tido jer aku malam nie. Esok confirm ting-tong~

Thursday, September 03, 2009

Together-together??

Wah masuk this week about one month aku and En Azli tidak berdating. Huhu kesiannya kami berdua. Masing- masing ada hal smpai takda masa nak spend masa together-together.

Even bulan Ramadan pun belum berkesempatan nak berbuka bersama. Bercakap mengenai bulan Ramadan, masa bulan Ramadanla bermulanya kisah hidup aku dan En Azli. Berkat bulan Ramadan. Emm iyolah...

Aku takda gambar pegang kucing sebab takut kucing kot...

Rindu sama En Azli...

P/s: En Azli kalau tak dapat makan ikan bakar Umbai pon takpe, janji kite dapat berbuka together-together (try awk refresh balik kat mana awk dgr word together2 tu,mesti awk akan mrh kt sy) Huhu...=P

Wednesday, September 02, 2009

Keserabutan Mula Melanda Diri

Kalo terasa tengah bosan mesti terasa macam nk merepek sesuatu di my zone. Erm arini aku pakai baju kurung yang baru ditempah. Best bile pakai baju baru (poyonyer minah ni). Aku pakai dengan selendang hitam manik-manik. Huhu..

Pagi-pagi ade kelas dari jauh students dah ckp 'cantiknya miss'. Aku buat tak dengar jer. Huhu. Terus masuk kelas. Arini ade kuiz and test untuk diorang. Termasuk arini dan semalam ade 2 orang students ckp aku mcm Yuna. Bila aku pakai selendang mesti org akan tegur macam tu. Tak paham betul la. Whatever. Sesiapa nak muntah silakan.

Ingat kalo puji tak kene marah la. Harini aku agak sedikit hot dalam kelas. Sume buat kesilapan yang sama. Plus ada student yang datang lambat. Sebelum ni tak penah ada tibe-tibe arini ada. Memang menguji kesabaran aku betul. At the end of the class, students yang lambat minta maaf and ade yang ckp miss jgn mrh-mrh nti kurang pahala puasa. Tak jadi nak marah-marah lame sebab diorang pandai amik hati balik. Harap bersabarla dengan kerenah students awk Cik Dilla. Petang ni ade kelas lagi. Students group ni lagi la payah nak di kawal. Adoii.

Arini terasa sangat dahaga. Semalam berbuka sangat cikit minum air. Konon taknak bagi terlampau keletihan. Nak tggu after beberapa minit baru nak minum. Semalam lepas berbuka terus solat Maghrib dulu. Terasa malas nak mandi. Pukul 9 kot baru mandi. Terasa letih sangat. Pas mandi terus menghadap laptop sambil bergosip ngn Zai. Then Zai terus gi umah kakak die. Tinggal aku keseorangan menghadap laptop untuk menyiapkan assignment.

Sambil tu bukak web TV3 konon nak tgk Nur Kasih dari episod satu. Sebab aku terlepas episod yang awal-awal. Dengar citer ramai gile peminat citer ni. Sementara menunggu loading aku berbaring sebentar. Masa kejadian lebih kurang dalam pukul 10 lebih.

Sedar-sedar bangun pukul 4 pagi. Ya Allah. Terus bingkas bangun. Aku tak sedar aku tertido dalam keadaan laptop terpasang and kertas bersepah-sepah. Pintu tak tutup. Lampu tak tutup. Kesiannya aku dengan diri aku. Huhu...

Terasa sejak akhir-akhir ni hidup semakin serabut~

Tuesday, September 01, 2009

Bad New

Dengar citer yang tak best research proposal kene antar 3 Oktober after raya. Ya Allah skg dah bape hbln. After antar tu ade presentation plak. Teruknya aku ni. Napela tak buat preparation dari awal lagi. Banyaknye keje sejak akhir-akhir ni.

p/s: Perasaan takut cuak geram sume ada.

Sleepy

Wah terasa sgt sleepy. Lebih kurang pukul 12 mlm baru sampai PJ. Bertolak dari Ipoh dalam pukul 9. Berbuka kat umah dulu. Kete bukan main banyak lagi. Bajet balik malam tak banyakla kete. Tapi rupa-rupanya tak... Mula-mula angah yang drive. Tapi risau tgk keadaan die yang dah macam orang mabuk. Die kate pening + ngntuk gile kene cahaya. Nak tak nak aku la plak kene drive.

Pagi tadi tersedar konon nak bangun sahur. Tapi takda tenaga untuk bukak mata ni. Huhu. Nasib arini 830 pg takda lecture. Kete plak banyak pg td. Adoi benci tol manghadap jem tiap pagi.

Kepala terasa ting tong. Camner nak menghadap students nanti. Kelas 50 minit jer. Sigh~

Wednesday, September 30, 2009

Benci

0 comments

2 comments

Disable Right Click