Bercakap tentang breastfeeding journey memang meruntun jiwa raga. Hampir 10 bulan saya lalui pelbagai jerih payah demi memastikan bekalan ebm cukup untuk Mia. Dahla Mia memang reject susu formula 200 peratus!
Tak dapat bayangkan kalau ibu takda. Sakit ke. Haishh tak dapat nak bayangkan. Ya Allah apa pun terjadi Kau permudahkanlah segala urusanku, anakku, suamiku dan orang di sekelilingku. Amin.
Memang perjalanan yang mencabar. Menangis sorang diri bila masa bulan puasa haritu Mia lapar sebab susu drop. Amik half day...EL bagai demi untuk direct bf Mia. Pergi cari susu kat Tesco and Aeon...nasib dekat jugak dengan rumah. Sumbat susu formula and Mia muntah dengan banyak. Rasa kasihan bila tengok Mia muntah sampai macam tu sekali. And kalau pergi mana-mana ibu mesti akan bawak Mia sekali. Kalau tinggal sapa nak bagi susu. Huhu...
Arghhh senang cite panjang sangatla story tu yang akan dikenang sampai bila-bila and akan dijadikan pengajaran untuk anak seterusnya nanti.
Walaupun apa pun cabaran yang berlalu sebelum ni, jauh sudut hati saya tetap rasa bangga dapat bagi Mia susu ibu hingga ke saat ini. And Mia pun memangla tersangat rapat dengan ibu. 24 hours nak ibu. Pantang nampak kelibat ibu. Senang cite ibu tetap di hati Mia selamanya. Walid jangan jeles ye. Baby yang menyusu dengan susu ibu memang macam gini perangainya.
And bila Mia dah reject susu formula, hentikan seketika niat nak mencari susu yang seterusnya. Saya plak yang perlu mencari milk booster untuk banyakkan susu. Sebelum ni ada jugak consume ESP shaklee and Alfafa tetapi saya rasa kurang berkesan untuk saya. So saya stop consume and try cari yang lain. Dan baru-baru ni saya dah jumpa produk baik punya ---> UMMA LACTO. Product dari Secret Legacy kalau tak silap. Walaupun baunya saya tak suka sebab ada rasa kekacang. Al maklum saya tak makan and tak suka kacang. Tapi alhamdullilah ia berkesan untuk saya. Dah rasa bengkak susu and susu mengalir memancut masa tengah bf Mia. Rasa satu rahmat yang besar untuk saya.
Pemakanan pun tetap kene jaga juga. Minum susu and horlick masih perlu dijadikan rutin jugak. Tak boleh jugak nak bergantung pada supplemen. And tadi ofismate kata Aurawhite pun salah satu milk booster yang bagus selain boleh bagi kulit kita and baby cantik. Kalau pasal cantik iolss memang tak tolak babe. Nanti dah try saya share experience ye.
Eh okla...penat nak membebel panjang. Kerja banyak nak kene buat tapi takda mood.
Mood semua sudah ke Lautan Amazon.
Tak sabar bangun tido bukak mata and jerit IT'S FRIDAY!
Yeayyy.