Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Setiap orang dugaan dia berbeza. Tak sama dengan diri kita. Bila kita rasakan diri kita tak mampu nak menanggung dugaan yang sedang dihadapi, ingatlah sebenarnya kita tidak pernah keseorang ditimpa dugaan. Mungkin ada orang kita nampak kehidupan dia lengkap, dapat anak cepat, orang kaya, mak bapak tanggung walau tak kerja, tapi hakikatnya dugaan disebalik nikmat itu mungkin suami dia jenis tak setia, keluar dengan perempuan lain. Luaran nampak bahagia tetapi dalaman kita tak tahu. Betol ke tidak?? Atau pun ada yang lambat dapat anak tapi aspek kehidupan lain contoh pekerjaan, hubungan suami isteri sangat mendamaikan.......kenapa isu anak plak ni sebab dulu saya pernah merasai betapa syahdunya menunggu kehadiran anak dalam rumah tangga kami.
Sama jugak macam diri kita. Mana ada kehidupan manusia yang terlalu sempurna tanpa dugaan dan masalah. Jangan nak pandang rendah dengan kekurangan orang lain. Bila kita rasa kita lebih dari dia, kita rasa kita dah menang tetapi hakikatnya Allah uji anda di sudut yang lain pula. Tak sama dengan saya.
Diri saya sendiri penuh dengan dugaan. Macam-macam dugaan kalau nak cerita boleh satu novel sedih la. =p
Kalau nak senaraikan banyak lagi sebenarnya yang saya cari dalam hidup ni untuk memantapkan kehidupan. Setiap hari bisik dalam hati "aku kene berubah, kene rajin" Tapi hakikatnya kesedaran tu datang turun naik. Kejap datang kejap hilang. Kadang-kadang saya mengeluh juga. Kenapa sukar sangat nak dapat apa yang saya mahu? Tetapi sebenarnya bila saya terpandang satu ayat ni buat saya tersedar. Allah tak beri apa yang kita mahu...tetapi Allah akan beri apa yang kita perlu.
Kemahuan dan keperluan adalah sesuatu yang berbeza.
Kadang-kadang kita rasa kita mahukan sesuatu itu sangat-sangat kononnya bila kita dapat apa kita mahukan itu kita mampu nak ubah sesuatu jadi lebih baik tetapi sebenarnya Allah lebih mengetahui sifat yang tersembuyi kenapa Dia tak beri apa yang kita mahu.....sebaliknya Dia akan beri apa yang benar-benar kita perlu.
Saya rasa skarang ni saya perlukan tempat kerja yang baru. Konon nak dapat lebih kepuasan, nak elak stress dengan management yang tak pandai buat kerja, nak dapat gaji lebih banyak supaya boleh bantu husband dan tampung kehidupan kami. Tapi hakikatnya bila dipikirkan pekerjaan itu saya sukar nak cari di sekitar sini, saya perlu move dari Seremban. Bermakna saya perlu berjauhan dengan husband. Bila dipikirkan dengan keadaan yang macam skang mampu ke saya untuk hidup berdikari jauh dari husband?
Mungkin Allah lebih tahu apa yang saya perlu dari apa yang saya mahu. Keadaan skang saya perlukan husband disisi saya. Mungkin ada jalan lain yang lebih terbaik yang Allah mahu tunjukkan pada saya.
So skang ni bertawakal, bersabar dan berdoalah semoga setiap permasalahan saya akan diberi petunjuk oleh Allah. Permasalahan di atas tu adalah salah satu contoh. Sebenarnya ada beberapa isu yang menjadi permasalahan dalam kehidupan saya. Yang penting setakat ni isu husband cari perempuan lain belum ada lagi. Kalau ada tahulah saya nak buat apa nanti..(sambil sinsing lengan baju)... =p
Harap-harap janganlah begitu ye wahai Mohd Azli......