Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 25, 2014

Final Exam Week

Busy dengan students yg tgh struggle dgn final exam.
Tak sabar nak setelkan semua kerja and berhijrah dengan senang hati.
Ye ada satu perkara yg belum di-share di sini. Nanti kita story lg ye.
Husband dh sampai.

Wednesday, February 19, 2014

Alkisah Mia Demam & Kisah Mistik

Salam semua,

Dua hari EL sebab Mia demam.
First time ni jaga Mia yang demam panas.
Selama ni demam sekejap-sekejap sebab lepas kene cucuk.
Kali ni suhu badan Mia memang panas betol.
Panik sekejap. Risau betol kalau suhu cecah 40C.

Malam Ahad tu kami keluar selepas Maghrib just keluar makan je.
Sampai rumah pukul 11 malam.
Husband keluar rumah balik katanya ada discussion sikit dengan kawan.
Balik rumah pukul 3 pagi.
Rasa nak marah pun ada.
Mia terjaga merengek nak minum susu.
Jarang sebenarnya Mia menangis merengek lebih-lebih bila nak minum susu.
Husband cakap badan Mia panas.
Eh sebelum ni tak perasan plak panas.
Sah Mia demam.
Malam tu saya tak tido sangat sebab nak control suhu badan Mia.
Letak towel basah atas kepala dia and tanggalkan baju.
Esok pergi klinik Dr Jamilah kat Senawang.
Memang sah demam sebab suhu 38C.
Doktor bagi ubat kat bontot. Sian anak ibu.

Lepas Maghrib Mia asik menangis nak berkepit.
Dah rasa lain ni. Ni bukan demam biasa.
Sampai jiran sebelah rumah datang rumah tanya kenapa Mia menangis.
Kalau dibiarkan confirm tak tidur malam ni.
Terus bawak Mia jumpa orang yang boleh berubat.
Masa ni dah pukul 1030 malam.
Gagahkan juga pergi asalkan Mia ok.

Dipendekkan cerita memang ada gangguan pada Mia.
Benda mengikut masa husband balik pukul 3 pagi tu.
Datang dari rumah jiran yang tanam pokok pinang.
Skang ni bila tengok pokok pinang rasa seram.

Kitaorang mintak check rumah sekali.
Sah ada benda lain jugak menumpang especially kat bilik tengah, dapur and bilik belakang.
Bikin saya suspen and seram.
Patutla lepas balik dari pantang saya rasa agak pelik dalam rumah.
Adik ipar dengan adik saya pernah cite kisah mistik mereka masa tidur kat bilik tengah tu.
Aishh tetiba meremang plak bulu roma saya.

Semalam husband ke luar kawasan lagi.
Memang taklah saya nak duduk berdua dengan Mia.
Padahal minggu lepas memang selamba saya tinggal berdua dengan Mia.
Alhamdullilah kami selamat.
Risau Mia melalak lagi bila takda sapa kat rumah.
Mahu panik sorang-sorang nak handle Mia kan.
Maka sepanjang husband takda saya tinggal di Paroi Jaya, rumah mak mertua.

Hari ni berubat terakhir.
Alhamdullilah Mia makin pulih.
Tunggu nak "bersihkan" rumah next week.
Benda-benda macam ni kita tak boleh nak menidakkan.
Betul tak??

Friday, February 14, 2014

Bila Walid Berada di Luar Kawasan

Baru baca post pasal paranoid kat blog "aku bukan bidadari" 

Memang sangat kene post tu dengan saya. Saya pernah mengalami situasi yang sama. Rumah sewa dimasuki pencuri and laptop saya hilang. Ayah beli masa masuk uni semester 1. Kalau ikutkan saya sangat sayang dengan laptop tu sebab banyak sangat sentimental value. Akibatnya banyak gambar kenangan takda dalam simpanan. Erm takpela takda rezeki. Padahal laptop tu memang dah rosak adapter dah tak boleh pakai. Kalau curi pon bila bateri habis bukan boleh charge pon. Perompak yang bengong.

Tambahan plak husband berada di luar kawasan sejak Isnin lepas. Tinggal la saya dengan Mia dua beranak. Saya tak takut dengan hantu tapi takut manusia yang bertopengkan hantu. Yela rumah saya corner lot. Pak guard pernah cerita, dah 2 kali orang pernah try untuk masuk rumah kami masa kami takda. Diorang panjat kat pagar. Ada pagar pun tak selamat. Yela bukan siapa perasan pun. Kat tepi tu taman. Bila malam confirm la gelap. Cuma kadang-kadang je lampu taman bukak.

Kes pertama masa kami balik lambat sebab tengok midnite movie. And satu kes lagi masa parents Ipoh datang, kitaorang keluar beli barang. Balik tu dengar alarm kereta ayah bunyi. Nasib baik kereta ayah memang ada card yang secure. Kalau takda kad tu memang tak boleh start. Jiran kata maybe ada orang try nak pecah masuk. And ada juga kes pecah kereta kat area rumah double- storey. Berturut-turut rumah kereta kene pecah. 

Bila tinggal dua beranak memang macam-macam fikir. Takut memangla takut. Tawakal jela. Allah bersama saya. Lampu jangan cakapla. Memang terang-benderang rumah saya. Lampu kat luar tu memang saya bukak semua. Selalu ada husband lampu kat porch je yang pasang. Lampu dalam rumah pun sama. Tido pun saya pasang lampu. Paranoid gila. Haha. Senang cite tido memang tak pernah lena. Tak sabar nak tunggu subuh.

Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan bawa kunci rumah and kunci kereta serta barang penting masuk dlm bilik bila tidur. Kunci kereta paling penting, jika terasa sesuatu perkara pelik berlaku dalam rumah terus pasang alarm kereta. Perompak akan mengelabah bila dengar bunyi bising. Untuk tambahan mungkin kene praktikkan macam apa yang Kak aty cerita dalam blog dia. Sendal yang kat pintu memang sangat membantu. Cuma skang kene cari tips macam mana nak "menyusahkan" perompak bukak sliding door.

Nak cerita kat blog pasal husband takda pun saya risau. Skang ni macam-macam cara perompak nak detect rumah and merompak. Eh ada ke perompak yang suka buat blog-walking ni???

Harini husband dah balik. Minggu depan ntah berapa hari plak dia ke luar kawasan lagi. Semoga kita semua dilindungi daripada musibah. Amin.

Thursday, February 13, 2014

Dilema: Susu Ibu, Friso & S26

Selasa lepas pergi Tesco nak beli pampers Mia. Stok kat rumah dah nak habis. Sambil tu jalan-jalan terus kat bahagian susu formula. Rambang mata tengok brand susu yang ada. Memang sebelum ni dah pasang niat nak topup susu Mia dengan susu formula in case susu tak cukup. Susu skang cukup-cukup untuk keperluan Mia bila saya pergi kerja. Stok susu langsung takda. Memang niat hati taknak campur susu tapi keperluan tak cukup tak bolehlah nak pentingkan niat di hati. Perut Mia lagi penting.

Bila kata topup untuk susu ibu rasa tak salah nak spend untuk beli susu yang mahal sikit. Mula-mula nak try anmum bila hasil review banyak menyakinkan. Tapi sekali tengok harga macam tak berbaloi plak. Orang cakap kalau nak beli susu better cari kat SpeedMart ke atau seangkatan dengannya sebab harga lebih murah. Takpela alang-alang saya dah sampai sini saya pilih la ikut suka hati. Terus terpandang susu S26. Orang cakap susu ni bagus. Bila bagus tak semesti sesuai dengan anak kita kan. So kene la try dulu.

Masa di hospital dulu, doktor bagi susu formula juga. Doktor siap bagi susu percuma lagi satu tin. Susu Frisolac. Nampak gaya Mia takda masalah minum susu tu. Memang pada mula nak beli susu tu tapi tengok harga satu tin yang ada kat situ mencecah RM80++. Ke saya yang buta tak perasan tin yang lain-lain. Sebab saya tengok tin susu yang hospital bagi harga satu tin dalam RM38++. Kalau ada masa tu memang saya nak dah amik susu Friso je sebab memang dah tahu Mia serasi dengan susu tu.

Disebabkan takda, saya gatal try susu S26. Esoknya saya bekalkan pada pengasuh 2 scoop untuk 120 ml mengikut sukatan yang sepatutnya. Tak berapa minit lepas tu Mia muntah dengan banyak habis basah satu tilam. Ini maknanya Mia tak sesuai la kan dengan susu S26? Atau Mia tak cukup sendawa lepas minum susu?? Macam fobia plak nak try sendiri kat Mia lepas pengasuh dia cakap Mia muntah banyak gila. Dah la walid tak balik dari luar kawasan lagi.

So lebihan susu yang ada tu nak buat apa?? Ada sesiapa yang bagi anak minum susu S26 formula untuk bayi. Saya bagi free jela. Saya beli yang 600 gm. Macam sayang plak nak buang. Lebih baik sedekah je dapat jugak Mia pahala. 

Kesimpulannya skang, adakah saya masih mahu meneruskan pencarian mencari susu formula yang lain atau terus beli je susu Friso atau bekerja keras untuk pump susu supaya bekalan ebm untuk Mia mencukupi????

Tuesday, February 11, 2014

Checkup 4 Bulan Tanpa Walid

Semalam Mia check up 4 bulan.
Sepatutnya appointment minggu lepas.
Tapi sibuk balik kampung cuti CNY.
Malas plak nak tumpang klinik desa kat kampung.
Seperti biasa postpone-kan appointment sesuka hati.

Biasa kalau check up Mia mesti ajak husband teman sekali.
Takut tak boleh handle plak sorang-sorang.
Tapi semalam husband berada di luar kawasan maka gigih bawak Mia sorang-sorang.

Pergi opis dulu untuk thumb print.
Selalu tak buat macam ni pon.
Ni kes takut lambat sebab lepas check up kene hantar Mia rumah Kak Long plak.
Bayangkan semalam saya drive dari Sendayan-Nilai-Sendayan-Seremban Jaya-Nilai.
Sampai opis Mia dah menangis sebab rimas nak tidur.
Saya bunyikan permainan dia terus leka. Lega.

Sampai klinik 915 am.
Masya Allah parking punya penuh.
Terpaksa parking kat atas and naik tangga.

Nasib baik tunggu turn tak lama.
Orang ramai sebab ibu mengandung minum air gula.
Diorg kene stay 2 jam kat situ.
Tapi saya dulu selamba je balik rumah, malas tunggu kat klinik.

Check up 4 bulan sekejap je.
Hanya check berat, tinggi, ukur lilit kepala and perkembangan baby.
Berat Mia dah naik 1kg.
Bagi saya tu perkembangan yang baik.
Bayangkan berat Mia hanya naik 100-200 gm dalam masa sebulan.
Macam ibu dera tak bagi susu.
Overall perkembangan Mia baik.
Dah pandai meniarap and terlentang. Bergolek. 
Bagi respon apabila diagah.
Mulut bising-bising cakap sorang-sorang.
Paling suka tengok ekspresi mulut dia bila bercerita dengan orang.
Satu perkara yang saya observe tentang Mia, dia suka dengan orang yang baru kenal.
Sangat murah senyuman dengan orang yang baru kenal.
And sangat teruja bercerita dengan orang yang baru dia kenal.

Tak sabar tunggu Mia 6 bulan sebab nak masak solid food untuk Mia.
Nak bagi Mia makan banyak-banyak and jadi gemuk macam ibu dengan walid.

Anak dara saya di usia 4 bulan

Friday, February 07, 2014

Mahu Nyanyi Lagu "The Lazy Song"

Melepak di Hailam Kopitiam keseorangan sementara menunggu husband sampai.
Dah dua hari husband hantar dan amik dari opis.
Menunggu husband pick up bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba.
Dah nak dekat pukul 7 mlm kot. 
Habis office hour pukul 5 pm tadi.

Berbekalkan wifi free and laptop mengelakkan dari kebosanan.
Banyak juga idea and knowledge yang saya dapat hasil dari blogwalking tadi.
Dekat opis dah tak boleh nak surf internet sesuka hati sangat.

Esok Sabtu tapi tak berapa nak ceria sebab kene kerja jugak.
Kerja rumah dah banyak yang bertangguh. Dah sakit mata tengok habuk sana sini. Kain tak berlipat. Tak berbasuh. Betapa tak organise-nya hidup minggu ni.

Kalau badan ni boleh menjerit...alahaiii tak tahu nak cakap apa.
I need rest.

Perlukan satu hari tanpa sebarang aktiviti.
Bila??

"Today I don't feel like doing anything....
I just wanna lay in my bed...
Lalala

Thursday, February 06, 2014

Production Susu Merudum

Ye ini adalah masalah yang perlu dihadapi saat ini. Memang terasa production tidak semeriah dulu macam masa pantang. Tak salahkan orang lain tapi salah diri sendiri. Lately memang dah banyak langgar pantang larang yang perlu dikut jika menyusu badan. 

Paling obvious adalah pumping session yang tak konsisten. Selalu balik kerja baru nak kosongkan breast. Masa tu breast pun dah bengkak. Sepatutnya kita tak boleh biarkan breast penuh melebihi 3-4 jam kan. Lepas tu skang ni dah kerap plak minum ais. Cuaca panas makan demand nak minum berais tinggi. Diri sendiri yang tak kuat menahan nafsu.

Stok susu dah habis. Diulangi sudah habis. Arini memang ngam-ngam siap suruh husband stand by top up dengan susu formula. Kalau boleh memang nak fully breastfeed sebab banyak sangat kebaikan kalau Mia minum susu ibu berbanding susu lembu. 

Sedang berusaha nak kembalikan balik production susu. Tambah cuti lama aritu, bila Mia ada bersama jarang saya praktikkan pumping. Tambahan saya masih lagi tak pandai nak manage susu yang diperah semasa travel. Padahal cooler bag dengan ice pax ada. Perlu banyak ilmu lagi ni.

Ya Allah murahkanlah rezeki susu untuk Nawal Nur Ilmiah.

Tuesday, February 25, 2014

Final Exam Week

1 comments

0 comments

3 comments

2 comments

Disable Right Click