Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

Checklist Keperluan Baby

Salam dan hello,

Pejam celik pejam celik kita dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Terasa Ramadan tahun ni cepat sangat masa berlalu. Sedih plak bila Ramadan bakal meninggalkan kita. Ntah sempat atau tak untuk menunggu ketibaan Ramadan akan datang. Minggu depan nak raya tapi persiapan raya nan ado dari baju raya, kuih raya, langsir raya, semuanya tak terfikir pun dek akal fikiran ni. Senang cite tahun ni tak teruja sangat nak buat persiapan raya untuk diri sendiri tapi lebih teruja untuk siapkan checklist Cik Bunga. Alhamdullilah keperluan Cik Bunga tinggal minor lagi. Tinggal barang untuk feeding je. Yang lain hampir complete. Minggu ni dah boleh start mendobi baju Cik Bunga. Then boleh pack baju masuk beg and bersiap untuk ke hospital. Oh ya lebih kurang tinggal 10 minggu je lagi untuk tunggu kehadiran Cik Bunga. Amatlah nervous and excited. Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.

Minggu lepas check up di Klinik Dr Sukhilmi. Berat saya turun lagi kepada 62 kg. Tekanan darah normal. Scan kepala Cik Bunga dah duduk bawah and dalam keadaan bersujud lagi. Bila scan 3D nak tengok muka, memang tak nampakla. Melepas nak tengok hidung and pipi chubby dia. And sempat tengok awak tengah hisap jari. Alahai kesian anak ibu, mesti tengah lapar kan?? Takpe awak strong kan?? =))

Check up di KK sepatutnya Isnin lepas and harini. Tapi dengan selamba saya postpone esok. Takpe nurse kat KK Sendayan semua baik hati. Sepatutnya minggu ni saya dah kene minum air gula and scan 7 bulan. Bila kene minum air gula alamatnya tak boleh puasa la kan. So saya dengan sendiri nak tukar tarikh minum air gula Jumaat ni and boleh amik mc sekali. Kihkih....

Jom tengok keperluan Cik Bunga yang saya dah beli.

Pakaian:
  • Baju siang - done dalam 5 pasang termasuk baju takda lengan and lubang-lubang. Mungkin kalau keluar shopping lagi nak tambah.
  • Baju malam - dah ada 7 pasang kot termasuklah jumpsuit. Paling suka beli baju malam sebab semua nampak comel!
  • Rompers - dah ada 8 pasang. Port cari rompers yang digemari sudah semestinya kat FOS. B pun cakap rompers kat situ comel dan murah!
  • Mittens and booties - kalau lebih 5 pasang tu kira selamat la kan. Baby dah masuk 3 or 4 bulan dah taknak pakai mittens lagi kan??
  • Bonnet/ topi - baru ada satu. Nak kene tambah lagi. 
  • Sapu tangan
  • Bib - beli satu je. Pakai napkin or sapu tangan pun boleh jugak kan.
  • Bedung - tak beli pun yang zip ke apa. Pakai napkin and selimut hooded pun boleh kan.
  • Barut - Mak cakap nak beli kat kg sebab murah. Orang jahit sendiri.
  • Almari - Dah beli IKEA yang 4 drawer tu.

Diapering:
  • Napkin - Printed jenama Pureen 1 dozen
  • Diapers - dah beli Pet-Pet for newborn..confius nak amik newborn atau saiz S?? Mungkin nak tambah lagi buat stok jenama murahan je dulu. 
  • Wet tissue 
  • Changing mat
  • Detergent - Pureen A-B-D
  • Botol spray air

Baby Care and Grooming:
  • Nappy cream - beli jenama Pureen
  • Minyak telon - tak sempat nak singgah Watson semalam
  • Set clipper and gunting
  • Cotton bud
  • Set losyen - sekali dengan set mandian
  • Baby oil (Johson)
  • Tungku baby - beli online

Nursering:
  • Baby cot - beli yang IKEA punya. Murah dan berbaloi
  • Tilam - beli kat IKEA jugak
  • Bedding set - semalam tengok kat Jusco tapi tak berkenan
  • Kelambu
  • Tilam untuk baby lepak kat bawah (eh paham ke uols)

Bathing:
  • Towel
  • Bath tub + pelapik getah untuk elak tergelincir
  • Toiletries set - tersalah beli carrie junior plak. Padahal nak beli Pureen head to toe tu. Nasib beli set yang kecik.

Travel:
  • Stroller - husband tak sabar nak beli. 
  • Beg baby 
  • Baby carrier - sedang survey
  • Car seat - sedang survey. Nak beli yang boleh pakai newborn sampai 4 tahun.

Feeding (antara barang paling penting) :
  • Botol susu - kawan suggest brand MAM. Beli online kat One Baby World
  • Bottle sterilizer - boleh pakai bottle warmer kan. OBW buat promo warmer RM56. Macam nak grab je.
  • Berus botol
  • Nipple cream
  • Nursing pad - nak beli yang washable
  • Breastpump - dah bercadang nak beli Medela Harmony Manual kat Kina. 
  • Cooler bag set - borong kat AOW. Beli masa pantang nanti.
  • Nursing pillow - rasa macam penting je....
  • Nursing bra
  • Termos
  • Nursing cover

Paling banyak tak complete bahagian feeding. Hopefully bulan depan dah potong semua checklist di atas. Lagi best beli barang Cik Bunga dari beli baju raya. =P

Persiapan kami sederhana saja. Ada masa lagi untuk tambah apa yang patut. Harap Cik Bunga keluar ikut due dia. Amin.

Next: Prepare checklist ibu ke hospital.

P/s: Sedang berfikir-fikir nama yang sesuai untuk Cik Bunga.....

Thursday, July 25, 2013

Coret-Coret Ramadan ke-16

Teaser Jom Masak Bubur Lambuk

Harini ada program Jom Masak Bubur Lambuk dengan Majlis Berbuka Puasa di kolej.
Aktiviti masak bubur lambuk handled by my students, Culinary Arts.
Alhamdullilah dah selamat semuanya.
Dari penyediaan barang, masak, packaging and proses pengagihan.
Terlaksanalah juga satu event untuk mereka sempena Ramadan ni.
Dua lagi aktiviti untuk mereka bakal menyusul.
Semester ni memang saya all out untuk mereka sebelum saya cuti bersalin.

Malam ni saya berbuka di sini,
Kesian pula husband berbuka tanpa saya, katanya dia tak kisah.
Ermm takpe jamah apa yang ada then saya pulang ke rumah cepat.

Minggu lepas dah merasa bawak husband makan buffet Ramadan kat Nilai Spring sponsored by office.
So sekali cukupla merasa Buffet Ramadan di hotel.
Rasa macam membazir plak sebab jenis kita bukan makan banyak.
Bulan puasa ni memang saya kurang makan sampai berat pun turun sekilo masa check up haritu.

Dah 7 bulan saya tak naik terlalu banyak.
Awal pregnant 60 kg and skang dalam 65 kg je berat saya.
Tak sampai 10 kg lagi.
Tapi tak tahu la plak lepas raya badan naik macam belon penangan ketupat lemang segala. 
Huahuahua...

Esok cuti balik Ipoh.
Jom lompat bintang!

Friday, July 19, 2013

Ayah Pula Masuk Wad

Tengahari tadi mak bagitau ayah masuk wad,
Ayah pernah dapat serangan jantung 7 tahun dulu.
Ye dah 7 tahun ayah tak kene tahan kat wad, pagi ni tiba-tiba serangan datang balik.

Tapi mak kata ayah ok, cuma pagi tadi masa solat Subuh tiba-tiba ayah rasa panas dan berpeluh.
Itu tanda serangan jantung la tu.
Bulan puasa ni ramai plak orang terdekat and tersayang yang sakit.
Saya yang kejauhan ni mulalah risau kalau boleh skang nak pecut balik Ipoh nak tengok ayah walaupun mak cakap ayah ok.

Skang ni memang makin nampak kesihatan ayah makin ok lepas dia balik dari Mekah.
Siapa sangka ayah yang selalu tak larat nak berjalan sakan time shopping boleh berjalan kaki jauh dengan gagah masa jalankan ibadah haji kat Mekah.
Alhamdullilah semua kuasa Allah dengan izin-Nya.

Skang ni cuma mampu berdoa dari jauh moga kesihatan ayah akan pulih and cepat keluar hospital.
Dan mak juga semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk mak.
Minggu depan insya Allah kami semua adik beradik berkumpul untuk berbuka puasa sama-sama.
Tak jadi balik minggu ini.
Alang-alang adik beradik yang lain balik minggu depan so saya follow jugak.
Bila dah ada keluarga masing-masing dan hal memasing susah nak berkumpul sesama.
Kene cari masa yang sesuai.
Beginilah keadaan bila umur semakin dewasa.

Doakan kesihatan ayah saya makin baik ye.

Thursday, July 18, 2013

Beri Aku Kekuatan...

Walaupun masih busy tapi mampu untuk update blog kan??
Maknanya tak busy sangat la kan...

Skang ni berkejaran menyiapkan workloads.
Kalau tengok to do list kat sebelah dalam pc ni bukan main panjang lagi.
Yang paling penting 10 set soalan final exam kene submit before 22 July.
Nama pun dah mengajar 5 subjek.
Kene ada set A dan set B haruslah kelam kelibut nak menyiapkan soklan tersebut.

Tambahan untuk event Jom Masak Bubur Lambuk lagi organised by students Culinary Arts.
Tak tahula event akan berjalan lancar atau tidak.
Risau bukan main. Students ni kalau kita tak ketuk alamatnya menyepi tanpa progress la.
Tula sapa suruh beria-ria nak buat event sana sini.
Nak terberanak ni la baru nak buat itu ini untuk pembangunan students.

Belum pikir lagi Test 1 yang kene siap print out sebab next week dah kene jalan buat test.
Kalau tak takda masa lagi.
Pregnancy kalau ikut scan dah masuk 3rd trimester, 7 bulan. 
Sekejap sangat masa berlalu.
Makin dekat nak due makin aktif plak saya dengan itu dan ini.
Ada kebarangkalian untuk bersalin awal ni.

Students plak makin malas datang kelas sejak bulan puasa ni.
Suka sangat bagi alasan tertidur penat.
Padahal bukanlah buat kerja berat sangat.
Haishh memang menguji kesabaran.
Tambahan kalau subjek yang perlukan pemahaman dalam kelas, kalau tak datang terpaksa ulang balik sampai semua students boleh paham dengan topik tu.

Ok dah habis membebel.
Continue buat kerja balik!
Da~

Wednesday, July 17, 2013

Dugaan Ramadan

Ahad lepas bermalam di hospital Salam Senawang,
Buat pertama kalinya sejak kahwin husband sakit yang dikira kritikal dan mengundang rasa gundah gelana dalam hati.
Sakit sebab cedera masa tengah buat kerja kat site.
Sapa tak risau bila kecederaan tu melibatkan kepala.
Saya tiada di tempat kejadian semasa kecederaan berlaku.
Kalau tak tak tahulah risaunya macam mana.
Siap berjahit lagi tu.
Nasib baik bila buat x-ray, takda yang teruk.
Dalam hati tak henti-henti berdoa and solat hajat agar semuanya selamat and kembali normal.

Kalau tanya setakat mana sayangnya saya pada husband.
Jawapan saya sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sayang yang sangat mendalam.
Hanya Allah yang tahu perasaan saya.

Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada kami berdua.
Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka.
Rahmati dan berkatilah kehidupan kami.
Hanya kepadaMu aku meminta.
Amin.

Saturday, July 13, 2013

Masak Atau Beli di Bazar?

Alhamdullilah dah masuk Ramadan yang ke-4 harini. Harap masih mampu bertahan untuk berpuasa penuh.

Semalam berjaya untuk masak buat pertama kalinya pada Ramadan kali ni. Menu nasi ayam. Agak kelam kabut jugak semalam sebab sudden plan kan. Bawang baru nak blender, sayur baru nak potong. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas sebelum berbuka. Walaupun penat puas hati sebab dapat masak sendiri and husband makan dengan banyaknya. =)

Rasanya macam dah taknak pergi beli kat bazar lagi. Bukan apa kita tak tahu makanan tu disediakan dalam keadaan bersih or tak?? And baru 2 hari pergi bazar saya nak muak dengan makanan yang dijual. Siap dah boleh hafal gerai tu jual apa. Kalau nak beli pun mungkin kuih je. Tapi tengok keadaan sebab saya pernah terbeli kuih yang dah basi kat bazar Ramadan. Dah la kuih tu memang feveret and teringin sangat nak makan masa tu.....so dah serik. Ni kes peniaga yang tahu nak amik keuntungan saja, tak ikhlas dalam berniaga. And saya juga ada perasan, gerai jual ayam golek ni... masa first day Ramadan harga yang dijual untuk seekor ayam RM20 and ayam separuh RM11...Then the next day saya pergi tengok harga dia dah tukar and dinaikkan ayam seekor RM 23 and separuh RM 11. Owh ya mungkin isu harga ayam naik skang. Tapi kalau sedap mungkin berbaloi kan. Apa yang saya tengok pakcik tu ikat ayam menggunakan dawai, means dia masak sekali dengan ayam. As a lecturer yang mengajar subjek Food Sanitation, cara ni bukanlah satu cara yang hygiene untuk preparation and production of foods. Nauzubillah...minta dijauhkan sesiapa yang makan mengalami food poisoning kan.....

Tambahan kalau air. Saya kurang percaya air manis yang dijual di bazaar. Imagine peniaga tu menggunakan air paip atau air yang tidak masak. Tambahan saya skang tengah pregnant. Kesian baby terpaksa minum air yang tidak bersih. Saya rela beli air yang twister oren yang dalam botol tu atau bancuh sendiri air di rumah.

Pokok pangkalnya berpada-padalah jika mahu membeli di bazar Ramadan. Takut terkena dengan peniaga yang tidak ikhlas and mahu mengambil kesempatan di bulan Ramadan. Trends skang kita lebih suka consume food away from home berbanding memasak sendiri di rumah kan. =)

Bukan nak cakap saya banned makanan di bazar Ramadan. Ada jugak nasib masa membeli kita berpuas hati. Bukan nak cakap saya rajin sangat nak masak. Tapi ada pros and cons yang perlu kita amik peduli.

So harini mahu masak apa??? Erm teringin sambal sotong dengan ikan keli bakar. Sambal sotong adalah feveret husband. =)

P/s: Sesekali nak jugak pergi Buffet Ramadan kan....

Don't judge anyone. Oh, you think you're perfect?? Sorry, no one is.

Friday, July 12, 2013

Berbaloi Ke Nak Beli Masa Expo?

Berbaloi ke nak beli barang masa expo?? Itu yang menjadi persoalan saya saat ini. Rupanya Expo kat MidValley dah start harini hingga Ahad (12-14 July). Mati-mati saya ingat minggu depan. Kalau minggu depan boleh jugak nak pergi merayap sebab ikut plan minggu depan Jumaat saya cuti untuk berbuka puasa di Ipoh. Sementara tu boleh la singgah sekejap tengok barang apa yang penting. Plus hari Jumaat bukanlah waktu puncak or ramai orang kan. Itu yang lebih penting sebab tak perlu bersesak dan berebut.

So bila dah tersilap tarikh ni maka terkeluar la persoalan di atas? Tambahan pula esok Sabtu saya bekerja half day. Nak pergi selepas opis rasanya tak kot dengan keadaan bulan puasa ditambah dengan kebanjiran kereta dan manusia.

Hari Ahad?? Mesti barang dah banyak habiskan. Sebab member pernah datang hari Ahad and banyak barang best yang dah habis. So rasanya tak payah la datang kot. Beli jela area Seremban. Seremban taknak buat expo baby lagi ke?? Tapi yang haritu Parkson buat expo pun harganya takdalah termurah sangat. Sekali tengok kat Jusco rupanya ada lagi yang murah. Pokok pangkalnya terpulanglah kepada diri masing-masing. Kalau rasa nak pergi, boleh pergi. Rasanya saya macam tak rajin la plak nak bersesak and menunggu parking and menempuh jammed ke KL. 

Kesimpulan yang dapat dibuat setakat ini, nampak gayanya tak merasa la lagi saya pergi ke expo di Midvalley tu.....

And orang cakap Kedai Manjaku kat Bangi pun boleh tahan and murah-murah jugak kan??

Da~

P/s: Harini nak masak nasi ayam. Boring nak pergi beli kat bazar. Nasi ayam kukus semalam tak kene dengan selera saya. 

Thursday, July 11, 2013

Random Talks l First Ramadan

Alhamdullilah first day puasa mampu dilalui dengan jayanya. Rasanya perasaan tu sama macam mula belajar puasa dulu. Huhu. Satu kejayaan besar bila mampu bertahan hingga dengar azan Maghrib. Walaupun tengahari diserang sakit kepala tiba-tiba tapi mampu juga bertahan. Cik Bunga pun aktif je rasa dalam perut. Ingatkan bila tak makan pergerakan dia kurangla. Tapi okla sebab selalu cakap dengan dia yang ibu dia tengah puasa. Kita kene puasa sama-sama. Nampaknya dia behave. =)

Persiapan sahur pun ok. Kalau tahun lepas sokmo terlepas waktu sahur. Yang paling kesian husband la sebab dia memang kene wajib makan masa sahur walaupun sikit. Macam saya dah biasa sebelum ni tak makan sahur. Bangun minum air makan kurma tidur balik. Bila dah kawen takda lagi istilah sahur macam tu lagi. Setakat 2 hari ni perjalanan sahur berjalan lancar. First sahur tak makan nasi pun, makan roti telur dengan honey star + susu and kurma. Orang kata kene makan nasi kan untuk tambah tenaga tapi first day memang blur nak makan apa and nak masak apa. So start pagi tadi sahur baru makan nasi tapi still nak jugak makan honeystar + susu tu. Nampak gaya kene simpan stok honeystar sebulan la sepanjang Ramadan ni.

Berbuka semalam kami beli je. Saya hanya masak nasi je. Takda mood lagi nak bersilat kat dapur. Harini mungkin beli lagi kat bazaar. =)

Tak pasti sampai bila nak membeli je di bazaar. Tapi suka juga sebenarnya sebab boleh simpan tenaga.

Tapi yang tak best, saya kurang sihat akibat batuk. Sampai hilang suara. Plus dah la kene bagi lecture kat students. So takda alasan untuk tidak bercakap. Paling sedih bila batuk teruk tak dapat nak minum. Semoga cepatla batuk ni berlalu.

Sepanjang pregnant tak pernah lagi la kene demam or selsema. Cuma batuk saja yang menyerang di awal pregnant and skang. Alhamdullilah diberi kesihatan yang baik setakat ini.

Wishlists Ramadan kali ni:
  • Taknak terlepas sahur. Kesian kat Cik Bunga and husband nanti mereka tak makan.
  • Nak berpuasa penuh kalau diizinkan
  • Tingkatkan amalan!

Tuesday, July 09, 2013

Ku Berharap Ramadan Kali Ini Penuh Makna

Salam semua,

Pagi ni cuaca di Nilai mendung, sejuk dingin je. Nasib harini pergi opis pakai baju tebal sikit. Esok semua muslimin muslimat sudah mula berpuasa. Sekejap sangat masa berlalu. Berdebar plak tiba-tiba. Berdebar sebab tiba-tiba terpikir macam mana rasa sakit nak bersalin. Ye memang agak keterlaluan bila pikir sampai ke situ. Hoho.....

Malam ni sudah boleh mula berterawih. Tak pergi masjid/surau berdekatan pun. Hanya buat di rumah bersama suami. Ramadan kali ni special berbanding sebelum ni, sebab kalau ikutkan boleh berpuasa penuh. Insya Allah kalau tak menjejaskan kesihatan Cik Bunga, saya akan berusaha untuk berpuasa penuh tahun ni. 

Yang menjadi dilema skang ni adalah sahur nanti nak makan apa?? Sebelum ni memang kalau tak makan sahur pun tak menjadi masalah. Minum air suam dengan kurma pun dah ok. Tapi rasanya untuk kali ni kene jugak makan sesuatu yang boleh beri tenaga kepada saya dan Cik Bunga. Ermm ayuh google tips berpuasa di kala pregnant. Mungkin boleh bagi idea sikit tips pemakanan ketika bersahur.

Selamat menjalani ibadah Ramadan semua.
Wassalam...

P/s: Sedang mencari nama yang sesuai untuk Cik Bunga

Friday, July 05, 2013

Checklist Barang Baby Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hurmm lagi beberapa minggu je nak masuk trimester ketiga. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdullilah pregnant kali ni berjalan lancar. Cik Bunga pun tak banyak kerenah. Sakit sikit-sikit tu biasalah. Harap semuanya berjalan lancar sehingga bersalin, berpantang dan seterusnya. Amin.

Bila nak masuk 7 bulan dalam fikiran ni dah takda pikir apa. Siapkan keperluan barang Cik Bunga dan saya. Beg ke hospital dah kene ready. Nak bersalin di mana?? Itu belakang citer. Kat mana-mana pun saya redha asalkan Cik Bunga keluar dengan selamat dan sihat. 

Duduk kat opis dari tadi menyiapkan checklist yang tak dibeli. Barang-barang kecik yang asas masih ada lagi yang tak dibeli. Risau jugak kalau bersalin awal yakni 2 minggu. Sebab banyak kes yang saya dengar mereka bersalin 2 minggu awal dari expecting due date. Maknanya dalam bulan September macam tu. Kelas masih berjalan. Kene kejar silibus la jawabnya. Semuanya kene plan betul-betul. Sebab kes opis mate saya bersalin awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Asalnya dia nak bersalin di Terengganu. At last bersalin jugak di Seremban. Kalau ikutkan masa dia bersalin, petang tu dia akan berangkat ke Terengganu. Nasib tak rasa sakit masa on da way, i mean atas highway. Kalau tak kes naya. Apa pun dah selamat pun kawan saya tu skang. Alhamdullilah. Yang bestnya, kawan saya tu memang tak buat preparation apa. Beg ke hospital pun tak siapkan. Sebab dia memang plan akan bersalin di kampung. Siap sakit di opis and opis mate yang tolong hantar ke hospital. Maka, dari situ saya perlu amik sedikit pengajaran. =)

Selain kene sediakan keperluan ke hospital, saya juga sedang menyediakan checklist untuk breastfeed Cik Bunga nanti. Banyak juga keperluan yang perlu disediakan. Jika diizinkan memang saya nak beri susu badan secara ekslusif kepada Cik Bunga nanti. Knowledge tentang penyusuan ibu pun kene upgrade juga. Kak Shima ada suggest satu buku. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk saya. 

Checklist yang terfikir buat masa ni:

  • Breast pump - masih memikirkan brand yang sesuai (Avent/Rumble Tuff/Medela)
  • Milk storage (bottle and plastik pack) - Nak buat stock masa pantang nanti
  • Cooler bag + ice pack (untuk travel) 
  • Bottle warmer
  • Bottle warmer (dalam kereta untuk travel) 

Oh ya weekend ni (5-7 July) ada mother and baby expo kat Stadium Melawati, Shah Alam. Kalau rajin ajak husband pergi, kalau tak rajin tunggu jela satu lagi expo 12-14 July kat Midvalley. Leceh sebenarnya nak pergi expo ni sebab terlalu ramai dengan orang. Tapi yang bestnya banyak barang yang kita boleh dapat dengan harga yang murah.

Ok itu sahaja update terkini.
Da~

Selamat berhujung minggu.

Tuesday, July 02, 2013

Supplemen/ Vitamin Ketika Hamil

Assalamualaikum dan hello,

Apa supplemen/ vitamin yang saya makan sepanjang hamil? Harap post ini dapat membantu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang khasiat Salindah dan cara penggunaanya.

Dan diingatkan saya bukan pengedar Salindah, saya hanya berkongsi tentang kebaikannya saja. Boleh rujuk sumber google yang lain juga.

So berbalik kepada soalan tadi. Supplemen/vitamin apa yang saya makan sepanjang hamil. Saya hanya makan Salindah dan Iberet Folic Acid sahaja.

Pada awal pregnant dulu, saya ada makan 5 serangkai vitamin yang diberi oleh Klinik kesihatan akibat hb saya yang rendah. Tapi skang saya dah stop sebab rasa macam susah sangat nak konsisten makan vitamin lima jenis sekali. Plus ada vitamin yang saya perlu asingkan waktu makan. Contoh macam vitamin C and iron tablet saya perlu makan ketika perut kosong. Kadang-kadang sampai terlupa and leceh nak ikut peraturan tersebut. At the end hb saya masih rendah akibat cara makan yang tidak betul dan teratur. Ye saya memang kurang berdisiplin bila bab kene makan vitamin ni. =p

Then saya minta pandangan nurse untuk consume Iberet Folic plak. Kenapa Iberet? Pada pandangan saya dalam satu pil terkandung banyak vitamin sekaligus. Bila waktu saya makan iberet? Saya akan makan iberet sebiji sehari. Saya akan makan pada waktu malam 2 jam selepas saya makan. Nurse cakap sebaiknya kita makan dalam keadaan perut kosong. Biasanya nak tido baru saya makan. So ia takkan kacau penyerapan vitamin especially penyerapan zat besi. Agak membantu juga cara ini sebab bila saya ubah rutin pengambilan vitamin baru ada peningkatan hb saya. Tapi kita tak boleh terlalu bergantung kepada vitamin sahaja. Perlu juga untuk makan makanan yang boleh menaikkan hb. 

Bila pula saya makan Salindah? Start 16 minggu baru saya start makan B1 hingga minggu ke 24. Seeloknya Salindah juga perlu dimakan ketika perut kosong. Biasanya saya akan makan Salindah B1 pada waktu pagi sebelum bersarapan. Disebabkan saya agak terlewat makan B1 bila masuk minggu ke 24, B1 masih lagi ada. Saya perlu juga habiskan makan B1. So skang ni ada 2 vitamin yang saya perlu makan. Cara makan seeloknya jarakkan 5 minit antara B1 dan B2. Salindah juga boleh dimakan bersama ubat yang lain, cuma perlu jarakkan 2 jam untuk makan ubat yang seterusnya.

Mesti ada yang bertanya apa tujuan ambil Salindah?

  • Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang dan gigi, keletah, comel dan cantik kulit
  • Untuk bersalin mudah
  • Untuk mengembalikan tenaga dan kecerdasan selepas bersalin

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai satu usaha. Semuanya berbalik kepada ketentuan Allah juga. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal semoga semuanya dipemudahkan.

Cara nak makan Salindah pun ada peraturannya tersendiri. Rasanya perlulah diikut untuk memaksimumkan penyerapan vitamin dalam badan kita.

  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan).
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat.
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit.
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam.
  • Semasa mengambil persediaan homopati (B4, B6, L8 dan L9) hendaklah berpantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan juga air bergas yang tinggi kaffein; jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja; simpan di tempat biasa (tidak panas atau sejuk).
  • Hendaklah berpantang asam semasa mengambil pil biokimia BTS (B1, B2, B3, B5, L10 dan L12).
  • Hendaklah berpantang air kelapa, air asam dan limau nipis semasa mengambil herba L11.

Cara makan:
  • Tuang pil Salindah pada tudung penutup botol, jangan disentuh dengan tangan mahupun pakai sudu besi. 
  • Letak atas lidah dan kemam hingga larut.
  • Jangan simpan dalam peti sejuk dan jauhkan dari peralatan elektrik.
  • Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan dalam air masak yang telah sejuk menggunakan sudu plastik dan minum.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan bagi setiap pil boleh rujuk di sini                   {Salindah.com}

salindahb

Satu set Salindah sebelum bersalin dan selepas bersalin
Ihsan Google
Harga satu set RM300++

P/s: Kita berusaha dan merancang, Allah jua penentu segala. Wassalam.

Wednesday, July 31, 2013

Checklist Keperluan Baby

0 comments

1 comments

2 comments

Disable Right Click