Followers

Wednesday, May 29, 2013

At 20 Weeks of Pregnancy




Malu nak tunjuk perut sendiri yang makin memboyot.
Al maklum saya bukan Fasha Sanda.
Tapi takpela untuk kenangan kat sini.
Di kala 20 minggu,

Bila baju sendat baru boleh nampak baby bump.
Perut saya melebar ke tepi bukan membulat ke depan.
Sekian.






Woww gemuknya saya.






P/s: alamak bestnya tengok Ehsan shopping barang baby. Mode--> Teduhan Kasih. Sape tengok angkat tangan....




02 | Catatan Ibu Untuk Awak




Assalamualaikum,


Kita hampir memasuki bulan Ramadan. Ibu masih tak ganti puasa lagi 2 hari. Ibu tak pasti sama ada ibu mampu berpuasa atau tidak. Sebab skang ni ibu kerap lapar. Asik nak makan je....Tapi apa pun ibu kene berlatih jugak. Takpe semester break dah bermula, so ibu bolehlah cuba-cuba belajar puasa mulai skang. Harap awak ok kan??? Jangan risau ibu akan bersahur kalau nak puasa. Sebelum ni kalau takda awak, ibu memang tak suka bersahur...tapi demi kesihatan awak dan ibu, ibu akan paksa diri untuk bersahur.


Ayah awak dah sibuk nak buat persiapan raya. Katanya dah boleh la beli baju raya dari skang. Haritu ayah sempat shopping masa ibu tengah sibuk siapkan "sesuatu". Kesian ayah shopping barang sorang-sorang. Ibu takdalah teruja mana nak shopping raya, apa yang dalam fikiran ibu skang ni adalah barang keperluan awak. Tapi ibu tak pasti sama ada ibu sudah boleh buat persiapan dari skang atau tidak. Skang awak dah masuk 5 bulan. Tapi kalau ikut nenek, dia suruh ibu buat persiapan awak, bila awak dah masuk 6 bulan ke atas. Tapi haritu, masa ibu jalan-jalan kat Aeon Station 18, FOS ada buat sales barang baby. Ibu "terbeli" 3 pasang baju untuk awak. Tapi ibu sorok-sorok dengan nenek takut nanti nenek bising. Huhu....tak tahan geram tengok baju awak yang comel-comel. =)


Tapi pada pandangan ibu, ibu rasa nak start beli keperluan awak dari skang. Sebab ibu dengar Parkson ada buat promo --> Parkson Baby World Baby Fair Promo dari 23 Mei hingga 23 June. Nanti kita boleh survey-survey dulu dengan ayah. =)


Lagi satu yang memeningkan ibu, bila kene beli baju awak. Ibu confius sama ada nak beli yang saiz newborn atau besar sikit. Baju yang ibu beli aritu pun ibu amik saiz 0-3 bulan. Kalau ibu beli saiz kecik nanti awak dah tak muat bila badan awak dah makin montel. Macam mana ye??  Ibu takda pengalaman...=p


Eh ibu ada banyak kerja nak kene buat. Skang ni ibu tengah serabut. Harap awak ok kat dalam. Don't worry ibu takkan stress-stress. Oh ya lagi satu ibu suka bila awak tiba-tiba buat ibu terkejut. Ibu suka awak aktif bergerak dalam perut ibu. Keep on aktif ye. Love you. Muahh....




P/s: Sediakan check list barang awak.......








Sunday, May 26, 2013

01 | Catatan Ibu Untuk Awak



Assalamualaikum,

Ibu sekarang tengah sibuk menyiapkan sesuatu. Tetapi ibu tak pastila sama ada ibu mampu menyiapkan kerja ni sebelum waktunya. Ibu harap awak boleh bantu bagi semangat pada ibu.

Oh ya ibu lupa nak cerita tentang check up Khamis lepas. Buku pink ibu dah jadi tebal gila sebab start awal check up sampai skrang ibu masih perlu buat rutin check up 2 minggu sekali. Macam biasa hb ibu still static mcm 2 minggu lepas, 9.3. Berat ibu naik hampir 2 kilo dalam masa 2 minggu. Dan skrang ni setiap 2 hari sekali ibu kene amik tekanan darah, doktor takut ibu dapat tekanan darah tinggi. Nasib baik rumah kita dekat dengan Klinik 1 Malaysia. Semalam ibu amik teknana darah, doktor cakap tekanan darah ibu rendah plak. Ada pening sikit. Mungkin ibu all out sangat tak cukup rest. Harini ibu rasa ok sikit. Bole continue buat kerja apa yang patut.


Lupa lagi nak bagitau. Doktor jugak ada scan awak. Alhamdullilah doktor cakap awak aktif and kedudukan awak melintang dalam perut ibu. Tempoh hari masa scan kat klinik Dr Sukhilmi, doktor cakap kedudukan kepala awak di atas. Now dah berubah kedudukan. Ibu cerita pada ayah, and ayah ketawa dengar.


Walaupun kadang-kadang ibu tak dapat rasa pergerakan awak, tapi doktor cakap masa scan awak aktif. Kalau scan kat Klinik Kesihatan ibu tak boleh nak tengok sekali dengan doktor sebab screen tu hanya mengadap doktor sahaja. Frust ibu. Takpela asalkan awak ok.


Perut ibu masih tak nampak lagi kalau pakai baju besar. Orang pun tak perasan ibu tengah bawak awak dalam perut. Ibu tak sabar jugak nak tengok perut membesar. =)


Okla ni saje catatan ibu untuk awak.




P/s: Tak sabar nak scan gender awak plak.





Sunday, May 19, 2013

New Project | Bunga Telur Majlis Aqiqah





New project at this moment.
Dah lama tak ber-DIY setelah hampir dua tahun meninggalkan kerja buat bunga telur.
Project untuk majlis aqiqah anak buah Alisha.
Usaha sama bersama my sister, Tasha.

One of my passion, kerja-kerja DIY bunga telur selain baking.
=))




Sunday | Latest Check Up



Happy Sunday uolsss,


Pagi-pagi dapat berita gembira from my best friend since university. Happy for you babe. Jaga diri baik-baik. Welcome to the club... do not forget to share this happy moments together! As expected bila my BFF cakap dia delay dah almost 2 weeks. Senyum lagi...=))


Okla sebenarnya nak cerita pasal check up semalam. Semalam ada check up di Klinik Dr Sukhilmi. Macam biasa berdebar sebab nak scan tengok keadaan baby. Hopefully takda apa yang bakal mengecewakan lagi hati. Alhamdullilah Allah mendengar doa saya. 


Sampai je depan klinik saya terdengar seorang lelaki bercakap dengan phone dengan mata merah. Apa yang saya dengar anak dia meninggal dalam perut. Ya Allah saya pernah rasa macam mana perasaan tu. Rasa satu batu hempap ke dada. Hancur luluh berita gembira tidak berpanjangan. 


Saya dah husband terus masuk ke dalam. Agak ramai jugak petang tu. Tak lama kemudian saya tengok lelaki tadi masuk dalam bilik doktor. Rupanya isteri dia ada kat dalam lagi. Hati saya masa ni berdebar tak payah nak cakap, dalam hati tak putus berdoa semoga baby saya sihat. 


Beberapa minit kemudian, saya tengok lelaki dan isteri dia keluar dari bilik doktor. Boleh nampak raut sedih muka masing-masing. Perut isteri dia dah besar. Saya agak mungkin dalam 7-8 bulan macam tu. Lepas bayar bil mereka terus ke kereta. Saya boleh nampak dari dalam klinik sebab kereta mereka memang parking depan pintu klinik. Sampai je mereka kat kereta, datang satu kereta. And keluar couple terus peluk lelaki and isteri dia. Ya Allah semoga pasangan tersebut tabah terima ujian ini. =(


Al-fatihah untuk baby mereka.

****

Berat badan maintain 61 kg. Doktor cakap saya pandai jaga badan. See doktor kerajaan dengan doktor swasta memang berbeza. Pokok pangkal asalkan baby sihat dan perkembangan positif. Masa scan doktor cakap baby dah 19weeks +++. Tapi ticker kat atas tu belum smpai 19 weeks lagi. Kedudukan baby skang ni kepada dia kat atas, kaki ke bawah. Berat dalam 200 gm++. =)


Khamis depan scan kat KK pula. Harap semuanya dipermudahkan. Dan yang paling penting hb tak turun ke 8. Kalau tak doktor cakap kene tahan kat wad. Oh man tak sanggup....



Harap tak boring la ye sebab kebelakangan ni memang update pasal perkembangan pregnancy je. =p
Daa~








Friday, May 17, 2013

Teringin Puding Jagung


Salam dan hello,

Entah kenapa harini terasa nak makan puding jagung. Kes mengidam kot. Kalau nak beli confirm tak kene taste. Sebab dah pernah terkene beli yang dah basi! 

Maka malam ni terhasillah homemade puding jagung. Bukan susah pun nak buat puding jagung sendiri. Resepi senang, bahan pun tak banyak.

Resepi puding jagung senang setelah buat sedikit kajian di internet. =p

Bahan-bahan:
1 tin jagung manis krimer
1 tin susu cair
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula
3 cawan air


Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastard dengan air dulu. Sebatikan.
2. Kemudian baru campur bahan-bahan yang lain.
3. Kacau atas api yang perlahan sampai likat dan kental.
4. Tuang dalam bekas, tunggu sejuk and chill dalam peti ais.
5. Tadaaa dah siap!





Letak dalam bekas macam ni senang nak makan.
Tak sabar tunggu sejuk.
Tak sabar nak makan!
Sabar ye awak...






Wednesday, May 15, 2013

Review Pureen Stretch Mark Lotion



Salam dan hello,

Lama tak menconteng sesuatu di sini. Maka harini mencuri sedikit waktu untuk coretkan sesuatu di sini untuk kenangan akan datang. 


Story last check up yang lepas (9 Mei 2013). Bacaan hb tak tahu lagi sebab kene tunggu next check up on 23 Mei. Harap lepas makan iberet yang tak sedap and besau tu hb akan kembali normal. Bacaan 9.3 tu dah cukup mengerunkan saya bila nurse bagitau bila bacaan hb turun ke bacaan 8 mungkin saya akan ditahan di wad. And mungkin kene masuk darah kot. Arghh taknak kene tahan kat wad. Berdoa jela moga hb naik and diri ni rajin and tak lupe makan ubat tiap hari. Kadang-kadang terlupa jugak. Haishh bila makin dekat dengan tarikh appointment memang kene disiplin sikit. Baby please ingatkan ibu ye...=p


Berat badan turun lagi 600 gm, kembali ke berat asal masa awal pregnant. Confius, tiap malam makan roti canai 2 keping, makan nasi tengah malam, how come boleh turun ni?? Apa lagi bila kat KK memang strict sikit so terpaksa refer kepada doktor. Selera sudah kembali and saya takda masalah seperti dulu. Muntah pun jarang yang amat. Tapi tak tahulah ke mana kalori tu pergi?? Doktor bukan apa, takut kalau berat badan turun akan beri effect pada baby. Takut saiz baby kecik.....tapi pada pendapat saya..awal pregnant ni biarlah berat maintain kan, nanti lepas bersalin takdalah susah sangat nak kuruskan badan balik. =p


*****


Skang ni saya dah amalkan sapu lotion di perut untuk elakkan kesan regangan dan stretch mark pada perut. Ala pada hakikatnya lotion bukanlah mampu menjamin stretch mark takda langsung tapi sebagai langkah penjagaan awal baiklah kita pakai kan. Itu pun dah masuk 4 bulan baru sibuk nak pakai kan (selepas dinasihatkan oleh adik ipar yang lepas bersalin). Pilihan saya ialah Pureen lotion. Saya suka bau dan tekstur dia yang tidak berminyak. Pakai waktu pagi sampai petang still melekat lagi bau dia. Sukaa...Pakai 2 kali sehari lepas mandi. Lepas mandi kan liang roma kulit kita terbuka, rasanya lebih berkesan kita apply lotion time tu. 


Lepas pakai lotion untuk beberapa minggu boleh nampak keberkesannya. Perut dan kurang gatal. Ye saya memang ada simptom gatal di perut and tanpa teragak-agak suka menggaru dengan nikmatnya. Huhu. Kene kurangkan habit ni. Dan saya perasan kesan hitam pada perut semakin berkurangan. Setakat ni tak nampak lagi kesan macam kulit tembikai keluar dari perut. Mungkin perut tak besar lagi. Mana tahu lepas ni dia muncul.....arghhhhhh....pitam sekejap. Dalam hati takpela baby, ibu rela berperutkan kulit tembikai, asalkan awak keluar dengan selamat dan membesat dengan sihat. =)

*Mungkin keberkesan produk berbeza bagi setiap individu.




Tak mahu jenama yang lain.
Harga dalam RM 25++
Berbaloi
=)





Thursday, May 09, 2013

"Baby Bump"



Salam dan hello,

Harini ada appoinment dengan KK. Bila hb kurang maka makin kerap la kene bertemu dengan nurse kat KK Sendayan. Ikut hati rasa nak skip je. Huhu don't try this at home. Biasanya bila kene check up 2 minggu sekali, takda nak kene amik darah bagai. Amik darah cuma sebulan sekali sahaja. Biasanya timbang berat, check urine, jumpa nurse, dengar nasihat nurse. Kalau ada masalah baru refer doktor. Haritu kene refer doktor jugak sebab saya mengadu angin dalam badan banyak sangat. Tapi doktor cakap ni bukanlah serius. Cuma kene sentiasa makan on time. Masalahnya badan saya sejak azali lagi memang dah banyak angin. Makan banyak ke takda makan tetap sama jugak. So masalah angin bukan menjadi isu ye.


Hari ni tak tahulah kene refer doktor atau tak. Harap takla sebab malas nak tunggu lama. Doktor akan cakap benda yang sama jugak. Lain la kalau nak kene scan, baru teruja sikit nak tengok baby dalam perut. Harap baby membesar dengan sihat dan sempurna. Amin. =)


Harini masuk kelas students tegur cakap dah nampak "baby bump". Al maklum baju kurung dah ketat. Belum masa nak beli baju maternity. Baju kurung banyak yang berfesyen ala yang zip belakang tu so mana tak nampak baby bump. Huhu...Haish macam tak sabar plak nak tengok perut membesar baru boleh lawan perut B...kuikuikui =p






Ihsan Google.






Latest pic masa celebrate birthday without husband.
Thanks Angah, Ekin, Tasha and tak lupa si kecil Alisha.
=)
My birthday jatuh pada 5 Mei ;hari orang buang undi.
Saya mengundi di Ipoh and husband off course di Seremban.
Demi negara kami berkorban. 
Undi kami adalah berharga. =p








Wednesday, May 08, 2013

Cara Mengeratkan Hubungan Ibu dan Bayi


Salam dan hello,

Sekadar berkongsi cara mengeratkan hubungan ibu dan baby sejak dalam kandungan. Bagus untuk dipraktikkan bersama. =)



Minggu-minggu pertama kehamilan boleh jadi meletihkan dan memberi tekanan kepada anda. Tetapi apabila kehamilan anda semakin meningkat dan perut anda mula membesar, anda akan mula rasa seperti seorang bakal ibu.

Untuk membantu anda bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini, luangkanlah sedikit masa untuk menjalin ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan anda bila-bila yang anda boleh. Kehamilan hanyalah satu permulaan bagi sebuah ikatan kasih sayang dengan anak anda.

1. Urutlah perut anda
Cara yang menenangkan untuk membentuk ikatan dengan bayi anda ialah dengan menyapu minyak pada perut dan mengurutnya perlahan-lahan. Ramai wanita yang menggunakan minyak dan krim sebagai cara untuk mengelakkan tanda regangan (stretch marks). Sebenarnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa kelembapan dapat mengelakkan tanda regangan, tetapi menyapu krim atau minyak sememangnya satu kaedah yang menenangkan bagi anda dan bayi.

Urutan aromaterapi adalah satu cara yang baik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi anda ataupun bercakap-cakap dengannya. Cuba tambah satu atau dua titik minyak pati lavender, mandarin atau bunga ros (kesemuanya selamat digunakan selepas trimester pertama) kepada minyak urut biasa.

Tanyalah suami anda jika dia mahu mengurut anda. Ini mungkin dapat membantunya berkongsi pengalaman kehamilan dengan anda. 

2. Pergi berenang
Satu cara yang baik untuk merehatkan kaki sambil memikirkan tentang bagaimanakah rasanya menjadi bayi dalam kandungan ialah dengan berenang. Berenang bukan sahaja satu cara senaman yang baik, malah ia memberi peluang kepada anda merasai keadaan bayi anda yang ketika ini juga sedang terapung dalam air (air ketuban).

Tidak kira berapa besar perut anda, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan anda nanti. Anda juga boleh mengikuti kelas-kelas akuanatal di mana anda berpeluang untuk bersenam sambil membuat kawan baru.

3. Menyanyi dan bercakap dengan bayi anda
Deria pendengaran bayi anda berkembang sepanjang masa. Mulai kira-kira minggu ke-23, dia sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut anda yang berkeroncong. Dia juga mula mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim anda.

Kekerapan bayi mendengar suara anda dapat membantunya segera membentuk ikatan dengan anda setelah dia lahir nanti. Terdapat satu teori yang mengatakan pendengaran bayi terbentuk dengan baik sejak dalam rahim untuk membantunya membentuk ikatan dengan anda walaupun sebelum dia lahir. Selepas dilahirkan, bayi anda juga mungkin lebih memberi perhatian kepada suara anda berbanding suara orang lain.

Bercakap dan menyanyi kepada bayi lebih menyeronokkan apabila anda tahu bahawa dia boleh mendengarnya. Anda mungkin rasa sedikit malu pada mulanya tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa malah seronok berbual-bual dengan perut anda.

4. Mandian hangat
Berendam dalam tab hangat ialah salah satu cara untuk berehat. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk meluangkan masa dan memberi perhatian kepada bayi anda. Anda mungkin ingin berendam lama-lama, tetapi pastikan air itu tidak terlalu panas semasa anda masuk.

Baringlah, tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan bayangkan bayi anda. Cuba ambil beberapa minit untuk membayangkan diri anda mendukung si kecil. Bayangkan rupanya dan apa yang anda mungkin katakan kepadanya.

Jika anda telah sampai ke trimester kedua, bayi anda mungkin memberitahu kehadirannya dengan membuat tendangan-tendangan kecil apabila anda berhenti bergerak. Pada waktu siang anda mungkin terlalu sibuk untuk merasai pergerakan bayi. Luangkan sedikit masa pada waktu petang atau malam, ketika berendam dalam tab, dan fokus kepada pergerakan bayi dan tendangannya.

5. Yoga untuk wanita hamil
Kelas-kelas yoga pranatal ialah cara yang baik untuk anda relaks, menghargai kerja keras yang yang dilakukan oleh badan anda dan fokus kepada bayi yang sedang membesar.

Jika anda tidak pernah membuat yoga sebelum ini, tidak mengapa jika anda bermula semasa hamil. Postur-postur yoga untuk pemula biasanya mudah sahaja. Waktu terbaik untuk mula beryoga ialah dalam trimester kedua, iaitu selepas minggu ke-14.

Anda akan belajar kaedah-kaedah regangan ringan serta teknik-teknik bernafas yang boleh membantu anda semasa dalam peringkat pelahiran. Yoga pranatal boleh membantu anda menenangkan fikiran dan merehatkan badan serta membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

Tontonlah video yoga kami untuk mendapatkan idea postur-postur yang sesuai dengan anda.

6. Latihan pelahiran hipno
Kelas-kelas pelahiran hipno menggunakan teknik-teknik hipnoterapi untuk membantu anda fokus kepada bayi dan badan anda sebagai persediaan menghadapi proses pelahiran dan bersalin. Kaedah pelahiran hipno dapat mengajar anda cara-cara untuk menangani kesakitan semasa proses pelahiran. Anda cuma perlu membayar bagi mengikut kelas pelahiran hipno, tetapi anda akan dapati teknik-teknik bertenang yang anda pelajari dalam kelas dapat membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

7. Simpan gambar imbasan bayi anda berdekatan
Imbasan pertama bayi anda yang biasanya merupakan imbasan menentukan tarikh, boleh membantu anda membayangkan si kecil yang sedang membasar di dalam rahim. Semasa imbasan dalam trimester kedua, anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi.

Menyimpan gambar imbasan bayi anda di telefon bimbit atau pada pintu peti sejuk adalah satu cara untuk mengingatkan anda bahawa perut anda adalah rumah kepada seseorang pada ketika ini.

Anda juga boleh mendapatkan imbasan 3D pada penghujung kehamilan. Imbasan 3D boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang rupa bayi anda. Malah, anda juga boleh melihat hidung siapakah yang diwarisinya!

Waktu terbaik untuk mendapatkan imbasan 3D ialah di antara minggu ke-26 dan ke-30 kehamilan. Imbasan-imbasan ini agak mahal, tetapi dengan melihat bagaimana rupa bayi anda membolehkan anda dan suami merasa lebih jelas bahawa anda berdua bakal menjadi ibu dan bapa.

8. Bantu si ayah untuk menjalin ikatan juga
Kebanyakan bakal ibu mengalami simptom-simptom awal kehamilan. Simptom-simptom ini adalah peringatan fizikal bahawa anda sedang hamil dan membantu anda membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi. Namun bagi si ayah, ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara semula jadi. Apabila kehamilan anda semakin membesar, anda boleh membantu suami anda membina ikatan rapat dengan bayi.

Bantulah bakal ayah untuk merasa pergerakan bayi. Maklumkan kepadanya bahawa mulai minggu ke-23, bayi anda sudah boleh mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim. Galakkan dia bercakap dan membaca kepada perut anda. Ini akan membantu bayi anda membiasakan diri dengan suara ayahnya.

Galakkan suami anda menghadiri kelas-kelas pranatal dengan anda supaya dia tahu apa yang boleh dijangkakan semasa proses pelahiran dan bersalin.

Melahirkan anak adalah kerja berpasukan dan tiada sebab anda berdua tidak boleh memulakannya dari awal. Jika suami anda sedia membantu membuat kerja-kerja rumah, menyediakan air mandian anda atau keluar mendapatkan snek yang anda idamkan, anda berdua akan merasa bahawa anda sedang hamil bersama-sama!

9. Pergi berjalan-jalan
Luangkanlah masa dengan perut anda dengan pergi berjalan. Berjalan ialah aktiviti yang baik untuk mengisi waktu makan tengahari anda jika anda bekerja. Pergi berjalan-jalan memberikan anda ruang untuk memikirkan tentang bayi anda. Anda juga boleh berbual-bual dengan perut anda semasa berjalan.

Jika anda tidak begitu aktif sebelum hamil, mulakan berjalan pada kelajuan yang selesa bagi anda. Apabila anda telah biasa berjalan, anda boleh berjalan lebih laju selama di antara 20 hingga 30 minit. Anda boleh selang-selikan di antara berjalan laju selama beberapa minit dengan berjalan perlahan selama beberapa minit lagi.

10. Memberi tindak balas terhadap tendangan bayi anda
Anda boleh mula merasa pergerakan bayi dari kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20 jika ini ialah bayi anda yang pertama. Merasai pergerakan bayi memberikan anda keyakinan bahawa dia sedang membesar di dalam perut anda.

Dengan memberi tindak balas terhadap tendangan-tendangannya, anda seolah-olah berkomunikasi dua hala dengannya sebelum dia lahir. Dan anda boleh melakukannya bila-bila masa, di mana-mana sahaja anda berada. Usaplah perut anda apabila bayi anda bergerak dan jadikanlah pertukaran tendangan dan usapan ini satu rutin. Tidak ada yang lebih mengujakan daripada merasa bayi anda memberi respon terhadap sentuhan anda buat pertama kalinya.

Sumber:



Thursday, May 02, 2013

Dia Main Ketuk-Ketuk




Salam dan hello,

Sejak akhir-akhir ni terasa susah nak dapat tido yang lena. Tiap malam macam terasa ada benda bergerak dalam perut. Tak pasti dalam mimpi atau realiti. Sebab sampai skang saya masih tidak pasti tentang pergerakan baby dalam perut. Saya syak baby aktif semasa saya sedang tidur. Macam ada orang ketuk-ketuk dalam perut. =)

Husband pun selalu perasan saya macam gelisah masa tidur. Dia siap-siap tepuk saya konon nak tenangkan saya. Ouch how sweet....=p


Macam mana nak tahu pergerakan bayi yang pertama?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan#ixzz2SAB9AtWG


Perkembangan baby sekitar minggu ke 16 dan 17:


* Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

* Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.





Haish adakah awak sedang aktif  masa ibu tengah tidur?? 

Confius la. 


Hope awak membesar dengan sihat dan sempurna. Don't be naughty ok...Ibu loves you. =)





Wednesday, May 01, 2013

Cara Mengetahui Jantina Baby



Bila dah masuk 2nd trimester terasa macam excited nak tahu gender baby. Sebenarnya tak kisah pun sama ada gegurl or boboy as long as baby sihat....

So gatal meng-google tanda-tanda jantina baby tadi....tapi ikut naluri macam dapat agak jantina baby tapi tak tahula sama ada syok sendiri yang terlebih. Huhu...kalau tepat naluri nanti saya bagitau ye. 

18 May ni ada appointment dengan doktor Sukhilmi, harap boleh nampak jantina baby. Doakan semuanya selamat ye......setiap kali nak scan rasa macam ada batu besar hempap kat dada ni. Haishhh...

Ini cara mengetahui jantina baby yang saya copy-paste dari babycenter.com.my


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.

  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. --> Masa check degupan jantung baby kat KK, nurse rekod kadar degupan jantung 140
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam" 
  • Perut anda “rendah”
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. 
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. --> mabuk  muntah segala takda sangat. Kurang selera makan je and memilih makan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. ---> macam ye...huhu
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. --> sgt suka makanan protein, masin dan masam. Tak suka manis! Sgt suka makan ikan dan daging salai dengan nasi kerabu!
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. 
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala. --> selalu sakit kepala!
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.



Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. --> Tak terasa langsung nak mengidam yang manis buat masa ni....
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. ---> Takda moody sangat cuma penat adalah...
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan. ---> Yup suka tidur mengiring ke kanan!
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Tak kisahla anak lelaki atau perempuan kan....janji semuanya selamat. 
=)


P/s: Selamat Bercuti semua! 




Wednesday, May 29, 2013

At 20 Weeks of Pregnancy

3 comments



Malu nak tunjuk perut sendiri yang makin memboyot.
Al maklum saya bukan Fasha Sanda.
Tapi takpela untuk kenangan kat sini.
Di kala 20 minggu,

Bila baju sendat baru boleh nampak baby bump.
Perut saya melebar ke tepi bukan membulat ke depan.
Sekian.






Woww gemuknya saya.






P/s: alamak bestnya tengok Ehsan shopping barang baby. Mode--> Teduhan Kasih. Sape tengok angkat tangan....




02 | Catatan Ibu Untuk Awak

0 comments



Assalamualaikum,


Kita hampir memasuki bulan Ramadan. Ibu masih tak ganti puasa lagi 2 hari. Ibu tak pasti sama ada ibu mampu berpuasa atau tidak. Sebab skang ni ibu kerap lapar. Asik nak makan je....Tapi apa pun ibu kene berlatih jugak. Takpe semester break dah bermula, so ibu bolehlah cuba-cuba belajar puasa mulai skang. Harap awak ok kan??? Jangan risau ibu akan bersahur kalau nak puasa. Sebelum ni kalau takda awak, ibu memang tak suka bersahur...tapi demi kesihatan awak dan ibu, ibu akan paksa diri untuk bersahur.


Ayah awak dah sibuk nak buat persiapan raya. Katanya dah boleh la beli baju raya dari skang. Haritu ayah sempat shopping masa ibu tengah sibuk siapkan "sesuatu". Kesian ayah shopping barang sorang-sorang. Ibu takdalah teruja mana nak shopping raya, apa yang dalam fikiran ibu skang ni adalah barang keperluan awak. Tapi ibu tak pasti sama ada ibu sudah boleh buat persiapan dari skang atau tidak. Skang awak dah masuk 5 bulan. Tapi kalau ikut nenek, dia suruh ibu buat persiapan awak, bila awak dah masuk 6 bulan ke atas. Tapi haritu, masa ibu jalan-jalan kat Aeon Station 18, FOS ada buat sales barang baby. Ibu "terbeli" 3 pasang baju untuk awak. Tapi ibu sorok-sorok dengan nenek takut nanti nenek bising. Huhu....tak tahan geram tengok baju awak yang comel-comel. =)


Tapi pada pandangan ibu, ibu rasa nak start beli keperluan awak dari skang. Sebab ibu dengar Parkson ada buat promo --> Parkson Baby World Baby Fair Promo dari 23 Mei hingga 23 June. Nanti kita boleh survey-survey dulu dengan ayah. =)


Lagi satu yang memeningkan ibu, bila kene beli baju awak. Ibu confius sama ada nak beli yang saiz newborn atau besar sikit. Baju yang ibu beli aritu pun ibu amik saiz 0-3 bulan. Kalau ibu beli saiz kecik nanti awak dah tak muat bila badan awak dah makin montel. Macam mana ye??  Ibu takda pengalaman...=p


Eh ibu ada banyak kerja nak kene buat. Skang ni ibu tengah serabut. Harap awak ok kat dalam. Don't worry ibu takkan stress-stress. Oh ya lagi satu ibu suka bila awak tiba-tiba buat ibu terkejut. Ibu suka awak aktif bergerak dalam perut ibu. Keep on aktif ye. Love you. Muahh....




P/s: Sediakan check list barang awak.......








Sunday, May 26, 2013

01 | Catatan Ibu Untuk Awak

2 comments


Assalamualaikum,

Ibu sekarang tengah sibuk menyiapkan sesuatu. Tetapi ibu tak pastila sama ada ibu mampu menyiapkan kerja ni sebelum waktunya. Ibu harap awak boleh bantu bagi semangat pada ibu.

Oh ya ibu lupa nak cerita tentang check up Khamis lepas. Buku pink ibu dah jadi tebal gila sebab start awal check up sampai skrang ibu masih perlu buat rutin check up 2 minggu sekali. Macam biasa hb ibu still static mcm 2 minggu lepas, 9.3. Berat ibu naik hampir 2 kilo dalam masa 2 minggu. Dan skrang ni setiap 2 hari sekali ibu kene amik tekanan darah, doktor takut ibu dapat tekanan darah tinggi. Nasib baik rumah kita dekat dengan Klinik 1 Malaysia. Semalam ibu amik teknana darah, doktor cakap tekanan darah ibu rendah plak. Ada pening sikit. Mungkin ibu all out sangat tak cukup rest. Harini ibu rasa ok sikit. Bole continue buat kerja apa yang patut.


Lupa lagi nak bagitau. Doktor jugak ada scan awak. Alhamdullilah doktor cakap awak aktif and kedudukan awak melintang dalam perut ibu. Tempoh hari masa scan kat klinik Dr Sukhilmi, doktor cakap kedudukan kepala awak di atas. Now dah berubah kedudukan. Ibu cerita pada ayah, and ayah ketawa dengar.


Walaupun kadang-kadang ibu tak dapat rasa pergerakan awak, tapi doktor cakap masa scan awak aktif. Kalau scan kat Klinik Kesihatan ibu tak boleh nak tengok sekali dengan doktor sebab screen tu hanya mengadap doktor sahaja. Frust ibu. Takpela asalkan awak ok.


Perut ibu masih tak nampak lagi kalau pakai baju besar. Orang pun tak perasan ibu tengah bawak awak dalam perut. Ibu tak sabar jugak nak tengok perut membesar. =)


Okla ni saje catatan ibu untuk awak.




P/s: Tak sabar nak scan gender awak plak.





Sunday, May 19, 2013

New Project | Bunga Telur Majlis Aqiqah

0 comments




New project at this moment.
Dah lama tak ber-DIY setelah hampir dua tahun meninggalkan kerja buat bunga telur.
Project untuk majlis aqiqah anak buah Alisha.
Usaha sama bersama my sister, Tasha.

One of my passion, kerja-kerja DIY bunga telur selain baking.
=))




Sunday | Latest Check Up

0 comments


Happy Sunday uolsss,


Pagi-pagi dapat berita gembira from my best friend since university. Happy for you babe. Jaga diri baik-baik. Welcome to the club... do not forget to share this happy moments together! As expected bila my BFF cakap dia delay dah almost 2 weeks. Senyum lagi...=))


Okla sebenarnya nak cerita pasal check up semalam. Semalam ada check up di Klinik Dr Sukhilmi. Macam biasa berdebar sebab nak scan tengok keadaan baby. Hopefully takda apa yang bakal mengecewakan lagi hati. Alhamdullilah Allah mendengar doa saya. 


Sampai je depan klinik saya terdengar seorang lelaki bercakap dengan phone dengan mata merah. Apa yang saya dengar anak dia meninggal dalam perut. Ya Allah saya pernah rasa macam mana perasaan tu. Rasa satu batu hempap ke dada. Hancur luluh berita gembira tidak berpanjangan. 


Saya dah husband terus masuk ke dalam. Agak ramai jugak petang tu. Tak lama kemudian saya tengok lelaki tadi masuk dalam bilik doktor. Rupanya isteri dia ada kat dalam lagi. Hati saya masa ni berdebar tak payah nak cakap, dalam hati tak putus berdoa semoga baby saya sihat. 


Beberapa minit kemudian, saya tengok lelaki dan isteri dia keluar dari bilik doktor. Boleh nampak raut sedih muka masing-masing. Perut isteri dia dah besar. Saya agak mungkin dalam 7-8 bulan macam tu. Lepas bayar bil mereka terus ke kereta. Saya boleh nampak dari dalam klinik sebab kereta mereka memang parking depan pintu klinik. Sampai je mereka kat kereta, datang satu kereta. And keluar couple terus peluk lelaki and isteri dia. Ya Allah semoga pasangan tersebut tabah terima ujian ini. =(


Al-fatihah untuk baby mereka.

****

Berat badan maintain 61 kg. Doktor cakap saya pandai jaga badan. See doktor kerajaan dengan doktor swasta memang berbeza. Pokok pangkal asalkan baby sihat dan perkembangan positif. Masa scan doktor cakap baby dah 19weeks +++. Tapi ticker kat atas tu belum smpai 19 weeks lagi. Kedudukan baby skang ni kepada dia kat atas, kaki ke bawah. Berat dalam 200 gm++. =)


Khamis depan scan kat KK pula. Harap semuanya dipermudahkan. Dan yang paling penting hb tak turun ke 8. Kalau tak doktor cakap kene tahan kat wad. Oh man tak sanggup....



Harap tak boring la ye sebab kebelakangan ni memang update pasal perkembangan pregnancy je. =p
Daa~








Friday, May 17, 2013

Teringin Puding Jagung

0 comments

Salam dan hello,

Entah kenapa harini terasa nak makan puding jagung. Kes mengidam kot. Kalau nak beli confirm tak kene taste. Sebab dah pernah terkene beli yang dah basi! 

Maka malam ni terhasillah homemade puding jagung. Bukan susah pun nak buat puding jagung sendiri. Resepi senang, bahan pun tak banyak.

Resepi puding jagung senang setelah buat sedikit kajian di internet. =p

Bahan-bahan:
1 tin jagung manis krimer
1 tin susu cair
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula
3 cawan air


Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastard dengan air dulu. Sebatikan.
2. Kemudian baru campur bahan-bahan yang lain.
3. Kacau atas api yang perlahan sampai likat dan kental.
4. Tuang dalam bekas, tunggu sejuk and chill dalam peti ais.
5. Tadaaa dah siap!





Letak dalam bekas macam ni senang nak makan.
Tak sabar tunggu sejuk.
Tak sabar nak makan!
Sabar ye awak...






Wednesday, May 15, 2013

Review Pureen Stretch Mark Lotion

3 comments


Salam dan hello,

Lama tak menconteng sesuatu di sini. Maka harini mencuri sedikit waktu untuk coretkan sesuatu di sini untuk kenangan akan datang. 


Story last check up yang lepas (9 Mei 2013). Bacaan hb tak tahu lagi sebab kene tunggu next check up on 23 Mei. Harap lepas makan iberet yang tak sedap and besau tu hb akan kembali normal. Bacaan 9.3 tu dah cukup mengerunkan saya bila nurse bagitau bila bacaan hb turun ke bacaan 8 mungkin saya akan ditahan di wad. And mungkin kene masuk darah kot. Arghh taknak kene tahan kat wad. Berdoa jela moga hb naik and diri ni rajin and tak lupe makan ubat tiap hari. Kadang-kadang terlupa jugak. Haishh bila makin dekat dengan tarikh appointment memang kene disiplin sikit. Baby please ingatkan ibu ye...=p


Berat badan turun lagi 600 gm, kembali ke berat asal masa awal pregnant. Confius, tiap malam makan roti canai 2 keping, makan nasi tengah malam, how come boleh turun ni?? Apa lagi bila kat KK memang strict sikit so terpaksa refer kepada doktor. Selera sudah kembali and saya takda masalah seperti dulu. Muntah pun jarang yang amat. Tapi tak tahulah ke mana kalori tu pergi?? Doktor bukan apa, takut kalau berat badan turun akan beri effect pada baby. Takut saiz baby kecik.....tapi pada pendapat saya..awal pregnant ni biarlah berat maintain kan, nanti lepas bersalin takdalah susah sangat nak kuruskan badan balik. =p


*****


Skang ni saya dah amalkan sapu lotion di perut untuk elakkan kesan regangan dan stretch mark pada perut. Ala pada hakikatnya lotion bukanlah mampu menjamin stretch mark takda langsung tapi sebagai langkah penjagaan awal baiklah kita pakai kan. Itu pun dah masuk 4 bulan baru sibuk nak pakai kan (selepas dinasihatkan oleh adik ipar yang lepas bersalin). Pilihan saya ialah Pureen lotion. Saya suka bau dan tekstur dia yang tidak berminyak. Pakai waktu pagi sampai petang still melekat lagi bau dia. Sukaa...Pakai 2 kali sehari lepas mandi. Lepas mandi kan liang roma kulit kita terbuka, rasanya lebih berkesan kita apply lotion time tu. 


Lepas pakai lotion untuk beberapa minggu boleh nampak keberkesannya. Perut dan kurang gatal. Ye saya memang ada simptom gatal di perut and tanpa teragak-agak suka menggaru dengan nikmatnya. Huhu. Kene kurangkan habit ni. Dan saya perasan kesan hitam pada perut semakin berkurangan. Setakat ni tak nampak lagi kesan macam kulit tembikai keluar dari perut. Mungkin perut tak besar lagi. Mana tahu lepas ni dia muncul.....arghhhhhh....pitam sekejap. Dalam hati takpela baby, ibu rela berperutkan kulit tembikai, asalkan awak keluar dengan selamat dan membesat dengan sihat. =)

*Mungkin keberkesan produk berbeza bagi setiap individu.




Tak mahu jenama yang lain.
Harga dalam RM 25++
Berbaloi
=)





Thursday, May 09, 2013

"Baby Bump"

0 comments


Salam dan hello,

Harini ada appoinment dengan KK. Bila hb kurang maka makin kerap la kene bertemu dengan nurse kat KK Sendayan. Ikut hati rasa nak skip je. Huhu don't try this at home. Biasanya bila kene check up 2 minggu sekali, takda nak kene amik darah bagai. Amik darah cuma sebulan sekali sahaja. Biasanya timbang berat, check urine, jumpa nurse, dengar nasihat nurse. Kalau ada masalah baru refer doktor. Haritu kene refer doktor jugak sebab saya mengadu angin dalam badan banyak sangat. Tapi doktor cakap ni bukanlah serius. Cuma kene sentiasa makan on time. Masalahnya badan saya sejak azali lagi memang dah banyak angin. Makan banyak ke takda makan tetap sama jugak. So masalah angin bukan menjadi isu ye.


Hari ni tak tahulah kene refer doktor atau tak. Harap takla sebab malas nak tunggu lama. Doktor akan cakap benda yang sama jugak. Lain la kalau nak kene scan, baru teruja sikit nak tengok baby dalam perut. Harap baby membesar dengan sihat dan sempurna. Amin. =)


Harini masuk kelas students tegur cakap dah nampak "baby bump". Al maklum baju kurung dah ketat. Belum masa nak beli baju maternity. Baju kurung banyak yang berfesyen ala yang zip belakang tu so mana tak nampak baby bump. Huhu...Haish macam tak sabar plak nak tengok perut membesar baru boleh lawan perut B...kuikuikui =p






Ihsan Google.






Latest pic masa celebrate birthday without husband.
Thanks Angah, Ekin, Tasha and tak lupa si kecil Alisha.
=)
My birthday jatuh pada 5 Mei ;hari orang buang undi.
Saya mengundi di Ipoh and husband off course di Seremban.
Demi negara kami berkorban. 
Undi kami adalah berharga. =p








Wednesday, May 08, 2013

Cara Mengeratkan Hubungan Ibu dan Bayi

0 comments

Salam dan hello,

Sekadar berkongsi cara mengeratkan hubungan ibu dan baby sejak dalam kandungan. Bagus untuk dipraktikkan bersama. =)



Minggu-minggu pertama kehamilan boleh jadi meletihkan dan memberi tekanan kepada anda. Tetapi apabila kehamilan anda semakin meningkat dan perut anda mula membesar, anda akan mula rasa seperti seorang bakal ibu.

Untuk membantu anda bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini, luangkanlah sedikit masa untuk menjalin ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan anda bila-bila yang anda boleh. Kehamilan hanyalah satu permulaan bagi sebuah ikatan kasih sayang dengan anak anda.

1. Urutlah perut anda
Cara yang menenangkan untuk membentuk ikatan dengan bayi anda ialah dengan menyapu minyak pada perut dan mengurutnya perlahan-lahan. Ramai wanita yang menggunakan minyak dan krim sebagai cara untuk mengelakkan tanda regangan (stretch marks). Sebenarnya tiada bukti yang menunjukkan bahawa kelembapan dapat mengelakkan tanda regangan, tetapi menyapu krim atau minyak sememangnya satu kaedah yang menenangkan bagi anda dan bayi.

Urutan aromaterapi adalah satu cara yang baik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi anda ataupun bercakap-cakap dengannya. Cuba tambah satu atau dua titik minyak pati lavender, mandarin atau bunga ros (kesemuanya selamat digunakan selepas trimester pertama) kepada minyak urut biasa.

Tanyalah suami anda jika dia mahu mengurut anda. Ini mungkin dapat membantunya berkongsi pengalaman kehamilan dengan anda. 

2. Pergi berenang
Satu cara yang baik untuk merehatkan kaki sambil memikirkan tentang bagaimanakah rasanya menjadi bayi dalam kandungan ialah dengan berenang. Berenang bukan sahaja satu cara senaman yang baik, malah ia memberi peluang kepada anda merasai keadaan bayi anda yang ketika ini juga sedang terapung dalam air (air ketuban).

Tidak kira berapa besar perut anda, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan anda nanti. Anda juga boleh mengikuti kelas-kelas akuanatal di mana anda berpeluang untuk bersenam sambil membuat kawan baru.

3. Menyanyi dan bercakap dengan bayi anda
Deria pendengaran bayi anda berkembang sepanjang masa. Mulai kira-kira minggu ke-23, dia sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut anda yang berkeroncong. Dia juga mula mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim anda.

Kekerapan bayi mendengar suara anda dapat membantunya segera membentuk ikatan dengan anda setelah dia lahir nanti. Terdapat satu teori yang mengatakan pendengaran bayi terbentuk dengan baik sejak dalam rahim untuk membantunya membentuk ikatan dengan anda walaupun sebelum dia lahir. Selepas dilahirkan, bayi anda juga mungkin lebih memberi perhatian kepada suara anda berbanding suara orang lain.

Bercakap dan menyanyi kepada bayi lebih menyeronokkan apabila anda tahu bahawa dia boleh mendengarnya. Anda mungkin rasa sedikit malu pada mulanya tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa malah seronok berbual-bual dengan perut anda.

4. Mandian hangat
Berendam dalam tab hangat ialah salah satu cara untuk berehat. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk meluangkan masa dan memberi perhatian kepada bayi anda. Anda mungkin ingin berendam lama-lama, tetapi pastikan air itu tidak terlalu panas semasa anda masuk.

Baringlah, tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan bayangkan bayi anda. Cuba ambil beberapa minit untuk membayangkan diri anda mendukung si kecil. Bayangkan rupanya dan apa yang anda mungkin katakan kepadanya.

Jika anda telah sampai ke trimester kedua, bayi anda mungkin memberitahu kehadirannya dengan membuat tendangan-tendangan kecil apabila anda berhenti bergerak. Pada waktu siang anda mungkin terlalu sibuk untuk merasai pergerakan bayi. Luangkan sedikit masa pada waktu petang atau malam, ketika berendam dalam tab, dan fokus kepada pergerakan bayi dan tendangannya.

5. Yoga untuk wanita hamil
Kelas-kelas yoga pranatal ialah cara yang baik untuk anda relaks, menghargai kerja keras yang yang dilakukan oleh badan anda dan fokus kepada bayi yang sedang membesar.

Jika anda tidak pernah membuat yoga sebelum ini, tidak mengapa jika anda bermula semasa hamil. Postur-postur yoga untuk pemula biasanya mudah sahaja. Waktu terbaik untuk mula beryoga ialah dalam trimester kedua, iaitu selepas minggu ke-14.

Anda akan belajar kaedah-kaedah regangan ringan serta teknik-teknik bernafas yang boleh membantu anda semasa dalam peringkat pelahiran. Yoga pranatal boleh membantu anda menenangkan fikiran dan merehatkan badan serta membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

Tontonlah video yoga kami untuk mendapatkan idea postur-postur yang sesuai dengan anda.

6. Latihan pelahiran hipno
Kelas-kelas pelahiran hipno menggunakan teknik-teknik hipnoterapi untuk membantu anda fokus kepada bayi dan badan anda sebagai persediaan menghadapi proses pelahiran dan bersalin. Kaedah pelahiran hipno dapat mengajar anda cara-cara untuk menangani kesakitan semasa proses pelahiran. Anda cuma perlu membayar bagi mengikut kelas pelahiran hipno, tetapi anda akan dapati teknik-teknik bertenang yang anda pelajari dalam kelas dapat membantu anda merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan.

7. Simpan gambar imbasan bayi anda berdekatan
Imbasan pertama bayi anda yang biasanya merupakan imbasan menentukan tarikh, boleh membantu anda membayangkan si kecil yang sedang membasar di dalam rahim. Semasa imbasan dalam trimester kedua, anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi.

Menyimpan gambar imbasan bayi anda di telefon bimbit atau pada pintu peti sejuk adalah satu cara untuk mengingatkan anda bahawa perut anda adalah rumah kepada seseorang pada ketika ini.

Anda juga boleh mendapatkan imbasan 3D pada penghujung kehamilan. Imbasan 3D boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang rupa bayi anda. Malah, anda juga boleh melihat hidung siapakah yang diwarisinya!

Waktu terbaik untuk mendapatkan imbasan 3D ialah di antara minggu ke-26 dan ke-30 kehamilan. Imbasan-imbasan ini agak mahal, tetapi dengan melihat bagaimana rupa bayi anda membolehkan anda dan suami merasa lebih jelas bahawa anda berdua bakal menjadi ibu dan bapa.

8. Bantu si ayah untuk menjalin ikatan juga
Kebanyakan bakal ibu mengalami simptom-simptom awal kehamilan. Simptom-simptom ini adalah peringatan fizikal bahawa anda sedang hamil dan membantu anda membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi. Namun bagi si ayah, ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara semula jadi. Apabila kehamilan anda semakin membesar, anda boleh membantu suami anda membina ikatan rapat dengan bayi.

Bantulah bakal ayah untuk merasa pergerakan bayi. Maklumkan kepadanya bahawa mulai minggu ke-23, bayi anda sudah boleh mendengar bunyi yang datang daripada luar rahim. Galakkan dia bercakap dan membaca kepada perut anda. Ini akan membantu bayi anda membiasakan diri dengan suara ayahnya.

Galakkan suami anda menghadiri kelas-kelas pranatal dengan anda supaya dia tahu apa yang boleh dijangkakan semasa proses pelahiran dan bersalin.

Melahirkan anak adalah kerja berpasukan dan tiada sebab anda berdua tidak boleh memulakannya dari awal. Jika suami anda sedia membantu membuat kerja-kerja rumah, menyediakan air mandian anda atau keluar mendapatkan snek yang anda idamkan, anda berdua akan merasa bahawa anda sedang hamil bersama-sama!

9. Pergi berjalan-jalan
Luangkanlah masa dengan perut anda dengan pergi berjalan. Berjalan ialah aktiviti yang baik untuk mengisi waktu makan tengahari anda jika anda bekerja. Pergi berjalan-jalan memberikan anda ruang untuk memikirkan tentang bayi anda. Anda juga boleh berbual-bual dengan perut anda semasa berjalan.

Jika anda tidak begitu aktif sebelum hamil, mulakan berjalan pada kelajuan yang selesa bagi anda. Apabila anda telah biasa berjalan, anda boleh berjalan lebih laju selama di antara 20 hingga 30 minit. Anda boleh selang-selikan di antara berjalan laju selama beberapa minit dengan berjalan perlahan selama beberapa minit lagi.

10. Memberi tindak balas terhadap tendangan bayi anda
Anda boleh mula merasa pergerakan bayi dari kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20 jika ini ialah bayi anda yang pertama. Merasai pergerakan bayi memberikan anda keyakinan bahawa dia sedang membesar di dalam perut anda.

Dengan memberi tindak balas terhadap tendangan-tendangannya, anda seolah-olah berkomunikasi dua hala dengannya sebelum dia lahir. Dan anda boleh melakukannya bila-bila masa, di mana-mana sahaja anda berada. Usaplah perut anda apabila bayi anda bergerak dan jadikanlah pertukaran tendangan dan usapan ini satu rutin. Tidak ada yang lebih mengujakan daripada merasa bayi anda memberi respon terhadap sentuhan anda buat pertama kalinya.

Sumber:



Thursday, May 02, 2013

Dia Main Ketuk-Ketuk

8 comments



Salam dan hello,

Sejak akhir-akhir ni terasa susah nak dapat tido yang lena. Tiap malam macam terasa ada benda bergerak dalam perut. Tak pasti dalam mimpi atau realiti. Sebab sampai skang saya masih tidak pasti tentang pergerakan baby dalam perut. Saya syak baby aktif semasa saya sedang tidur. Macam ada orang ketuk-ketuk dalam perut. =)

Husband pun selalu perasan saya macam gelisah masa tidur. Dia siap-siap tepuk saya konon nak tenangkan saya. Ouch how sweet....=p


Macam mana nak tahu pergerakan bayi yang pertama?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan#ixzz2SAB9AtWG


Perkembangan baby sekitar minggu ke 16 dan 17:


* Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

* Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.





Haish adakah awak sedang aktif  masa ibu tengah tidur?? 

Confius la. 


Hope awak membesar dengan sihat dan sempurna. Don't be naughty ok...Ibu loves you. =)





Wednesday, May 01, 2013

Cara Mengetahui Jantina Baby

0 comments


Bila dah masuk 2nd trimester terasa macam excited nak tahu gender baby. Sebenarnya tak kisah pun sama ada gegurl or boboy as long as baby sihat....

So gatal meng-google tanda-tanda jantina baby tadi....tapi ikut naluri macam dapat agak jantina baby tapi tak tahula sama ada syok sendiri yang terlebih. Huhu...kalau tepat naluri nanti saya bagitau ye. 

18 May ni ada appointment dengan doktor Sukhilmi, harap boleh nampak jantina baby. Doakan semuanya selamat ye......setiap kali nak scan rasa macam ada batu besar hempap kat dada ni. Haishhh...

Ini cara mengetahui jantina baby yang saya copy-paste dari babycenter.com.my


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.

  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. --> Masa check degupan jantung baby kat KK, nurse rekod kadar degupan jantung 140
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam" 
  • Perut anda “rendah”
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. 
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. --> mabuk  muntah segala takda sangat. Kurang selera makan je and memilih makan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. ---> macam ye...huhu
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. --> sgt suka makanan protein, masin dan masam. Tak suka manis! Sgt suka makan ikan dan daging salai dengan nasi kerabu!
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. 
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala. --> selalu sakit kepala!
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.



Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. --> Tak terasa langsung nak mengidam yang manis buat masa ni....
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. ---> Takda moody sangat cuma penat adalah...
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan. ---> Yup suka tidur mengiring ke kanan!
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Tak kisahla anak lelaki atau perempuan kan....janji semuanya selamat. 
=)


P/s: Selamat Bercuti semua! 




Disable Right Click