Followers

Saturday, December 29, 2012

Hafiz - Ku Akui

Such a wonderful song..
Dedicated to my lovely husband.

I love you more than you'll ever know.

Bait yang menyentuh hati

" Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi,
Yang selalu ada,
Yang selalu rindu,
Terhadap diriku.."

Friday, December 28, 2012

2013 Tahun Sukses..Amin

Salam Jumaat.

Harini bekerja seperti biasa. Banyak kerja yang perlu diselesaikan tambahan plak hujung bulan depan pihak MQA dah datang untuk akredetasi penuh. Ditambah lagi dengan Head of Academic yang tak macam Head of Academic. Tak pernah lagi merasa macam mana bila panel MQA visit untuk membuat penilaian. Bila tengok secara kasar macam banyak benda yang perlu diselesaikan. Saya tidak mendapat penerangan yang sepenuhnya sebab bila tanya mereka tanya saya balik. Takpelah saya siapkan tasks yang diberi dulu. Hari kejadian pandai-pandailah. Tapi gerun jugak saya akan bersama-sama dengan panel MQA sepanjang hari kejadian.

Sepatutnya banyak benda yang perlu disorok untuk melancarkan perjalanan untuk mendapatkan akreditasi daripada MQA. Tapi saya tengok kat sini macam takda langkah "pencegahan" ke apa. Yela hanya satu program sahaja yang mendapat akreditasi MQA. Dan Culinary Arts adalah program yang kedua. Serabut jugak bila pikir.

Pagi tadi mak, ayah dan Bip (family Ipoh) dah balik Ipoh setelah seminggu berkampung di rumah saya. Kembali sunyi la saya lepas ni. Best sebenarnya bila tinggal dengan parents. So untungla siapa yang masih tinggal dengan parents. At least ada peneman and ada orang yang akan tengok-tengokkan rumah bila saya dan husband pergi bekerja. Takpe nanti cuti sekolah panjang lagi family akan stay sampai seminggu. So misi sekarang melengkapkan dua bilik tetamu. Baru selesa sikit mereka berkampung di rumah saya. Next trip nak try ke Johor pula.

Alhamdullilah "kereta baru" dah pulang ke pangkuan saya. Lepas ni boleh cari lubuk kerja jauh sikit. Maybe saya akan kembali ke area Selangor/ KL. I can't stay here for longer time. Tak berkembang otak uolss. Bukan nak berkata buruk. Banyak jugak saya belajar dari company ni. Bukanlah hanya mahu berkata yang buruk saja. Tapi demi masa akan datang saya perlu move on dari sini.

Hari Jumaat terakhir untuk tahun 2012. Semoga tahun 2013 adalah tahun sukses bagi saya sekeluarga!

Bila kita redha dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita, insya Allah Allah akan hadiahkan pelangi yang indah dalam hidup kita akan datang. Bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu...pasrah itu berserah...redha itu ikhlas....

Semoga tahun 2013 tahun sukses bagi kalian juga. =)

Thursday, December 27, 2012

Ingin Nikmat Itu Semula

Sudah setahun berlalu,
Allah pinjamkan dia kepada saya untuk sementara waktu,
Dan waktu saya rindu untuk merasai apa yang saya rasai setahun yang lepas.

Sesungguhnya apa yang ada di muka bumi ini adalah hak Allah,
Saya berdoa semoga Allah memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat itu semula.

=)

Isteri Hampir Lemas, Suami Trauma

Assalamualaikum dan hello,

Sabtu lepas satu family Ipoh datang, saje jalan-jalan sempena cuti sekolah. Bila family willing nak datang so kami tak perlu balik kampung sempena cuti panjang ni. 

Rabu lepas kami ke PD. Sumpah walaupun saya menetap di Negeri Sembilan jarang sesangat pergi jenjalan kat PD. Melepaskan gian mandi laut. 

Sampai PD ada mamat approach promote banana boat. Husband teruja terus ajak saya and Bip (sister) ikut sekali. Nebes. Sumpah nebes. Yang saya tahu banana boat ni dia akan bawak kita pusing-pusing atas laut and sampai satu masa dia akan terbalikkan boat kat tengah laut. 

Kecut perut. Sumpah kali pertama dan terakhir saya naik banana boat. Walaupun pakai safety jacket, saya hampir lemas bila dia terbalikkan kali kedua. First sebab kesilapan saya tak check safety jacket yang saya pakai. Rupanya longgar. That's why jacket tu macam nak tercabut. Yang kedua sebab Bip berpaut pada saya sebab dia takut air and saya lost control ditambah dengan ombak yang agak tinggi. 

Saya rasa macam nyawa dah tak panjang masa tu. Saya nampak muka husband macam nak menangis pun ada. Cuak gila-gila. Saya tak pandai berenang uolss. Nasib baik mamat tu mengambil tindakan segera terjun dari boat selamatkan saya yang tergapai-gapai. Husband cakap muka saya dah merah. Mau taknya panik la bila tak boleh nak bernafas dengan betul. Malam tu saya tak boleh tidur bila teringat balik saat hampir lemas. Husband dah serik lepas ni taknak naik banana boat lagi. Kuikuikui...

Kitaorang berendam sekejap je pun. Nasib baik cuaca haritu redup bukan panas terik. Lepas ni kami ke Melaka pula. Kata husband dia taknak berendam lama-lama, trauma tengok saya lemas.

Lepas kejadian tu terasa husband lebih menghargai dan mnyayangi saya. =p

Friday, December 21, 2012

Kesan GLA Complex Part 1

Salam Jumaat,

Hari ini saya nak share sikit tentang satu vitamin yang saya beli dari Shaklee. Baru 2 minggu saya amalkan vitamin ni ---> GLA complex.

Sumber google

Kenapa saya amalkan GLA complex??

Pertama untuk tingkatkan kesuburan. 
Yang kedua untuk kecantikan kulit.

2 minggu mungkin masih terlalu awal tapi saya interested jugak nak share di sini. Hasilnya:

Kulit muka rasa macam glowing. Kadang-kadang tengok kat cermin eh lepas mandi tadi ada pakai bedak ke?? Rasanya tak?? #Perasan =p

Sekarang baru CD12 so saya tak dapat nak detect lagi keberkesannya untuk PMS, period dan berjaya untuk hamil.

Kalau nak tahu serba sikit tentang khasiat produk ni boleh baca link di bawah.

Saya bukan dealer Shaklee tapi saja suka-suka untuk sebarkan kebaikan Shaklee untuk mereka yang mencari-cari vitamin yang sesuai untuk diamalkan.

Tambahan pula, kulit muka saya takdalah flawless mana and saya kurang percaya dengan pemakaian produk yang mahal. Sebab saya pernah try tapi hasilnya tetap sama. Mungkin tidak serasi dengan kulit saya. So saya mengambil tindakan untuk mencegah dari dalam berbanding secara luaran. Mungkin akan berhasil. Dan terbuktinya saya nampak perubahan yang positif.

Selain daripada tu, period saya sepatutnya regular, cycle 28 hari. Tapi sejak 2 3 bulan lepas ada yang tetap dan ada yang cycle jadi panjang sampai 30++. Rasanya sesuai saya amalkan vitamin ni untuk tetapkan cycle period yang weng-weng ni. Saya juga ada senggugut kalau datang bulan. Tapi bukan yang serius. Sebelum kahwin agak kronik juga tapi lepas kahwin dah slow down sikit. Vitamin ni juga mampu mengurangkan kesakitan akibat senggugut. So we will see.....

Next wishlists --> Vitalea, Vitamin B Complex and Vitamin C. Selain untuk kulit vitamin ini juga sesuai dimakan ketika mengandung. Tak menjejaskan kandungan. Cuma untuk GLA complex tidak sesuai diamalkan ketika mengandung ditakuti boleh merosakan janin.

Sebenarnya Shaklee ada banyak set untuk kesuburan dan kecantikan. Tapi untuk permulaan saya try GLA complex dulu. Dah tahu keberkesanannya baru boleh terus amalkan vitamin yang lain pula.

Tunggu CD28 untuk tahu keberkesanan seterusnya. Stay tune.

Thursday, December 20, 2012

Musykil Tambah Suspen

Semalam dapat surat notis pemberitahuan barang pos,
Bukan pos laju tapi pos daftar,
Musykil juga sebab mana ada saya order barang online,
Yang order haritu pun saya pakai alamat office,

Pos daftar tu barang apa plak,
Kalau kat cawangan Nilai boleh jugak lari nak amik barang,
Tapi kat Seremban,
Nak suruh husband amikkan dia terlampau busy dengan kerja,
Tunggu jela Isnin ni nasib baik amik cuti,

Husband tanya tadi baru saya terfikir,
Kalau tak buat bodo je,
Ingat orang pos salah alamat.

Ntah-ntah ceti mintak hutang ke??
Mana la tahu....

Bikin suspen je.....

Anak Tomok Kenapa Comel Sangat?

Tengok muka anak Tomok membuatkan diri saya berada di awang-awangan.
Nape awak comel sangat.
Oh lupa sebab mak dan paknya comel maka terhasillah anak yang comel begini.

Takda muka anak sendiri nak tengok,
Tengok muka anak orang lain pun jadilah,

Tengok muka awak boleh bikin hati aunty jadi tenang sangat harini..
=)

P/s: Kepingin anak comel begini jugak!

Wednesday, December 19, 2012

Result PMR Bip

Harini result PMR diumumkan,
Kenapa penting sangat nak tahu pasal result PMR,
Sebab adik bongsu saya baru amik PMR and kami satu famili sangat tak sabar nak tahu result dia,

Alhamdullilah walaupun bukan straight A's tapi dah cukup membanggakan kami satu keluarga tambahan mesti mak dan ayah antara orang yang paling gembira,
Bip (gelaran kami untuk dia) dapat 8A 1B.

Ye saya tahu kejayaan PMR bukanlah satu kejayaan yang menentukan masa depan,
Tapi pada pendapat saya ia adalah satu platform untuk memajukan diri untuk masa depan.
Semoga kejayaan Bip tidak setakat ini, semoga Bip akan mengembirakan lagi hati mak dan ayah lagi.

Saya ada 4 adik beradik.
Saya anak sulung,
Bip anak bongsu,
Saya dan Bip rata-rata ada banyak persamaan,
Muka kami sepesen, saya time remaja muka comot sama macam Bip,
Dah besar dah tak comot lagi.. =p
Husband pon boleh nampak diri saya dalam diri Bip,
Haha
Ye kami banyak persamaan.
=)

Kami bukan dari keluarga yang ada-ada,
Mak dan ayah pun bukan berpangkat besar, bukan bisnessman,
Kami tak dibesarkan dalam suasana yang mewah, hidup dalam keadaan sederhana,
Tapi alhamdullilah mak ayah mampu mendidik kami adik beradik hingga apa yang kami jadi sekarang.
Saya amat bangga dengan mak dan ayah saya.
Saya sayang mak dan ayah saya.
=)

Yeast Product

Untuk kelas Basic Pastry harini, product yang dihasilkan adalah berasaskan penggunaan yis,
Maka buat roti la kami harini.

Nak buat produk yang menggunakan yis kene sabar la sikit sebab kita ada beberapa stage yang kita kene ikut dan tak boleh skip.

Antara stage yang penting ialah semasa proses fermentation and proofing.

Inilah hasilnya....

Soft roll and French Bread stage proofing sebelum dibakar dalam oven.

Pizza comot. 
Cheese melimpah abis hangus terkene tepi kulit roti

Onion and Cheese Bread Sticks

French Bread yang dah siap potong and letak topping mcm pizza,
Baru selera nak makan.

Oklah tak boleh melalut panjang ada aktiviti dengan students.
Haishh penatnya harini.

Sekian

Apa Product Pastry Hari Ini?

Bersiap untuk kelas Basic Pastry harini,
Yeast product --> Soft Roll, French Bread, Cheese and Onion Bread sticks and Pizza

Kalau semua berjalan lancar sudah semestinya akan di"tepek" di sini product harini.
Doa-doalah semoga semua dipermudahkan.

Tuesday, December 18, 2012

Feeling Macam Kat Cameron Highland

Pagi 17 Disember 2012,
Kawasan rumah diselaputi kabus yang tebal,

Feeling-feeling macam kat Cameron Highland,
Pertama kali saya tengok kejadian seperti ini.

Kat depan rumah ada kawasan padang bola and track joging.
Bila ada kabus langsung tak nampak apa.

Merasa la jugak feling macam kat Cameron.
Rindu nak pergi Cameron lagi.
Bukan secara berjemaah tapi berdua.
=)

Hanya Tiga Perkara

Masa berjalan dengan pantas. 
Apa pun yang berlaku kita kene juga tangani apa jua masalah yang datang, mengelak memang takkan dapat selesaikan masalah.

Dalam tahun 2012 bermacam perkara berlaku dalam diri saya, kalau nak recall balik rasa macam tak sangka saya berjaya hadapi semua cabaran tu. Tidak lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah kepada kehidupan saya.

Di saat-saat penghabisan 2012 ni pun saya masih lagi bertahan dan kuatkan semangat untuk hadapi kehidupan 2013. Macam-macam perkara berlaku. Dan bila ia dah berlalu saya akan selalu ingat di saat saya berada di bawah dan hampir putus asa dengan kehidupan. Ia akan saya jadikan pengalaman yang paling berharga dalam hidup.

Kalau kita merasakan hidup kita kurang bernasib baik dari orang lain, jangan lupa mungkin orang lain inginkan kehidupan seperti kita. Ada lagi manusia yang lebih hidup susah dari kita. Contoh penduduk di Gaza. Mereka kuatkan untuk teruskan kehidupan, kita yang seuji sebesar kuman dah melenting berputus asa. Memikirkan masalah tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang lebih penting kita berfikir cara penyelesaian dan tindakan yang perlu diambil.

Nampaknya ketiga-tiga misi saya untuk 2012 masih belum dapat dipenuhi. Walaupun saya berjaya untuk menamatkan episod KL-Seremban tapi belum cukup untuk memuaskan hati untuk mencari kerjaya yang saya cari selama ni. Tapi apa pun saya bersyukur, mereka beri saya peluang pekerjaan dan saya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik kepada suami. Kehidupan saya lebih terurus berbanding sebelum ni.

Saya masih mencari titik kepuasan dalam kehidupan. Memang benar manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki. Setakat ini ada tiga perkara yang saya akan carry forward untuk tahun 2013 untuk capai kepuasan yang dicari.

Hanya tiga perkara. 
Semoga Allah kabulkan doa saya dan permudahkan urusan saya.

Akhir kata,
The harder the conflict, the more glorious the triumph.

Monday, December 17, 2012

BFF Yang Takut Hantu

Sejak kahwin, husband dah jadi kawan paling rapat and paling baik bagi saya. Dah macam BFF.

Kami masing-masing ada give and take. Contoh bila saya perlu buat kerja sampai lewat malam BFF wajib teman saya sampai saya selesai buat kerja.

Sama juga dengan BFF. Kalau dia ada kerja sampai yang perlu diselesaikan and kene stay up memang saya wajib teman dia. Sebab my BFF takut hantu. Penakutnya lebih takut dari saya. Adik ipar yang bongkar rahsia ni. Kuikuikui..

Macam harini dah siap-siap sms minta saya teman and suruh tido luar dulu kalau saya dah mengantuk. Kalau saya tak teman maka tak sampai setengah jam dia dah ada kat sebelah atas katil. Tak daya nak buat kerja sorang-sorang. 

Begitulah kawan baik saya punya hal.

Ini baru satu hal, ada banyak hal lagi....
=)

Semangat Baru Di Tahun Baru

Berjaya tukar blog template yang baru setelah try and error banyak kali,
Penat jugak bila nak kumpul balik link-link sebelum ni,

Sempena tahun baru,
Barulah ada semangat nak terus berblogging.

Hope uolss like it.
=)

Saturday, December 15, 2012

Hobbit Punya Pasal

15 Disember 2012 (Saturday)

Harini macam biasa, hari Sabtu yang bekerja. Semalam husband ajak tengok wayang cerita feveret beliau --> Hobbit. Saya tak tahu plak, cerita ni adalah kesinambungan dari cerita Lord of The Ring. Sumpah saya memang tak pernah tengok setiap series cerita ni. 

In overall, saya suka Hobbit. Di pertengahan mungkin agak boring, Tapi masa Journey to Lonely Mountain (kalau tak salah) macam-macam tragedi berlaku. Tak mengantuk dah walaupun kami start tengok wayang pukul 12 am and sampai rumah pukul 3 pagi. Memang super tired. Takpe demi husband saya tak kisah as long as dia happy. =)

Sudahnya harini badan saya sangat lemau. Nasib baik petang semalam (Jumaat) lepas balik kerja saya terus kemas and vacuum rumah.  Bila tak payah masak amik kesempatan untuk minimise tasks yang lain pula. 

Saya balik kerja tadi tengok husband dah siap basuhkan baju, kemas bilik, kemas rumah and cuci bilik air. Lega rasa, macam paham-paham pula harini mood saya malas yang amat. Thanks husband!

Siapa kata husband tak boleh buat kerja rumah. Cuma bagi sedikit kepercayaan kepada mereka dan bila dah berjaya sempurnakan tugas tu, pujilah lebih-lebih sikit and kasi reward supaya next time mereka tak berat tulang nak bantu kita (isteri) buat kerja rumah lagi.

Thursday, December 13, 2012

Cara Buat Pastri Rapuh

Harini nak share sikit resepi pastry yang saya dan students buat semalam..tart and pie product. So base yang digunakan untuk buat kulit pie and tart dalam bahasa pastry dipanggil pastri rapuh bergula atau bahasa omputih pastry crust.

Sebenarnya ada banyak method macam mana nak mengadunkan semua bahan tapi saya menggunakan teknik gaul tepung, gula and mentega sehingga jadi serbuk roti, then baru digaul dengan cecair sama ada kita boleh pakai telur, susu atau air ais. Ada juga teknik yang kita gaulkan sekali semua bahan untuk jadi doh. Dan ada juga teknik kita sebatikan gula dan mentega kemudian baru masukkan telur dan diakhiri dengan tepung. Ikut citarasa masing-masing.

Tapi semalam untuk kulit pie saya menggunakan air ais sahaja sebagai bahan pelembab manakala untuk tart saya menggunakan telur. Bahan pelembab atau cecair ini penting untuk kita satukan semua bahan menjadi doh.

Apa bahan asas yang digunakan?? Based on yesterday class.

1. KULIT PIE

Bahan-bahan:

240 gm tepung gandum
170 gm mentega/butter
2 tbs gula
4 tbs air ais (sejuk)

1. Gaul tepung dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dipotong kiub. Pastikan mentega/butter dalam keadaan sejuk. 
3. Gaul sehingga menjadi serbuk roti.
4. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan hingga jadi doh.
5. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang satu jam sebelum uli untuk bentuk pai.

Sementara tu boleh sediakan filling ikut citarasa masing-masing.

Takda pie pan so pakai jela acuan tart yang size besar tu.

2. KULIT TART

Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum.
1 tbs gula kastor
Secubit garam
125 gm mentega/ butter
1 biji telur
1-2 tbs susu (ikut keperluan)

1. Gaul tepung, gula dan mentega (potong kiub dan sejuk) hingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan telur yang dipukul sebati.
3. Jika perlu masukkan susu dan gaul hingga jadi doh.
4. Simpan dalam chiller sebelum canai dalam acuan.

Filling terpulang pada citarasa masing-masing. Fruit Tartlet, Blueberry cheese Tart, Tart telur dan sebagainya.

* Penting untuk rehatkan doh untuk proses seterusnya. Semalam saya hanya rest 30 minutes sebab masa tak cukup. Jika doh tidak direhatkan pastri akan mengecut semasa proses membakar.

Jika kulit tart perlu dibakar selepas letak filling, seeloknya semasa blind bake, bakar separuh masak sahaja untuk mengelakkan kulit tart terlebih masak.

Untuk fruit tartlet, semasa "blind bake" bakar sepenuh masak ye.
Lepas letak filling kastard and buah tak perlu masuk dalam oven lagi.

Selamat mencuba. =)

Try and error itu sesuatu yang sangat adventure bagi saya.

Inspirational Quotes

Kata-kata semangat yang sesuai untuk dikongsi bersama.
Follow me on twitter.
To Stalker, kali ni jangan harap nak follow saya di twitter lagi.
Only selected people
=)

Time flies fast and I'm too scary to face the reality. 
Yet in Allah I trust, whatever happens is surely the best for me and my family. 
#ustazdondaniyal

Setiap manusia itu mampu mendukung masalah yang berbeza muatannya. Jangan samakan antara aku dan kamu. Kita berbeza. 
#SantapanMinda

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.
#SantapanMinda

Ada sebab atas apa yg berlaku dlm kehidupan kita..semuanya rahsia Allah dan luar dari kotak pemikiran kita sbg manusia..
#PuanDilla

#PeopleNeedToUnderstand that all great things take time.
#LifeTool

Dia beri 1 kesulitan dan pada masa yg sama Dia beri beberapa penyelesaian / kemudahan / kesenangan.. Agungnya cinta Yang Maha Esa
#AinDWahed

Sometimes life doesn't want to give you something you want, not because you don't deserve it, but because you deserve more.
#LifeTools 

Keburukan manusia adalah selalu lupa atas apa yang dia miliki tetapi mengingat apa yang dimiliki oleh orang lain
#SantapanMinda

Ada jiran aku pernah berkata , ' Manusia yg pnya rasa iri yg kuat dlm diri , mmg seorg yg berjaya.. Berjaya merosakkan dirinya sendiri.."
#SantaiBenAshaari

Life becomes easier when you delete the unnecessary people from it. -->  So true!
#LifeTools

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 --> Pie and Tart Product

Baru habis kelas Basic Pastry...

Harini sana sini orang dok heboh cakap pasal 12.12.12

Lepas ni dah tak jumpa lagi tarikh cantik macam ni.
13.13.13
Oh sungguh mustahil bukan?

Saya dah merasa masa tahun 2005 sebab birthday on 5 May..
05.05.05
=)

Bukan pasal tarikh yang saya nak kisahkan di sini.
Tetapi produk Pastry untuk harini.

Selamat menjamu mata
=p

Penat macam mana pun akan happy bila students berjaya buat seperti yang saya harapkan.
=)

Makin lama students makin boleh dengar and terima arahan dengan baik.

Tuesday, December 11, 2012

2013 Mohon Yang Terbaik

2013??

Macam tak percaya je lagi beberapa hari nak masuk tahun baru.
Azam baru masih diteruskan seperti biasa.
Mana boleh kalau hidup tanpa matlamat.

Biarlah disimpan dalam hati.
Apa yang lebih penting,
Semoga Allah limpahkan rezeki kepada keluarga saya, ibu bapa saya, adik beradik saya, keluarga mertua, saudara mara, kawan-kawan dan seluruh umat Islam.
Semoga diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan mengejar matlamat.

Semoga impian kita bakal terlaksana.
Walaupun bukan 2013 tapi suatu hari nanti kita pasti akan dapat apa yang diimpikan.

Positif selalu~

Bila Dia Pertama Kali Sakit

Dear diary,

Semalam masa saya di opis, husband mengadu dia rasa loya-loya and sakit perut. Pelik jugak sebab sepanjang Ahad kami memang bersama. Apa yang husband makan saya akan makan. Cuma waktu malam kami tak makan berat sebab petang ni dh makan popia kat Stadium Paroi. Sedaapp..sempat promote lagi...

Malam tu saya hanya makan buah pear and husband makan oat dengan susu. Saya agak susu tu yang buat husband keracunan makanan. Sama macam kes saya sebelum ni. Keracunan makanan sampai lembik badan.

Ingatkan menjelang malam dah okla tapi rupanya still sakit lagi. Malam saya masak macam biasa. Simple ikan patin masak lemak cili api. Husband makan macam biasa.

Bila makin malam husband dah mengadu tak sedap badan. Bila dah tidur bertambah panas and menggigil. Sumpah sepanjang kami kahwin tak pernah lagi husband sakit sampai macam ni. Siap saya terjaga pukul 2 pagi carikan ubat demam dalam peti sejuk. Nasib baik la ada. Lepas ni memang kene stand by ubat dalam satu box. In case jadi macam ni dah tahu nak mana nak cari. Nasib baik ubat saya masa keracunan makanan tu saya tak buang. Hampir nak buang sebab nampak semak dalam peti sejuk. Kene cari stok ubat kat farmasi lepas ni....

Pagi tadi ingat taknak pergi kerja kalau keadaan husband masih tak ok. Tapi demam makin kebah. Tengok dia dah boleh senyum and gurau-gurau tu maknanya dah ok sikit la tu. Sebelum kerja siapkan ubat, nasi lemak and air 100plus tuk husband. Biar dia berehat harini.

Haishhh risaunya hati kalau orang yang kita sayang tak sihatkan....

P/s: Tiba-tiba airmata turun bila tengok husband macam tu semalam. Saya memang berhati kecil. First time in my life...pengalaman sungguh. Baru setahun jagung hidup bersama....

Sunday, December 09, 2012

Untung Ada Husband

Mood melankolik datang...

Semasa saya menulis jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Masa ni yang saya ada untuk tido lewat merajinkan diri menyiapkan misi yang tertunggak.

Husband dah tertido kat ruang tamu tanpa selimut. Setia menemani saya walaupun dia boleh tidur selesa dalam bilik. Tengok dia tidur alahai cairnya hati dan kalau boleh taknak menghampakan setiap harapan dia untuk saya.

To husband I love you so much. Terima kasih kerana sudi untuk jadi peneman yang setia hingga akhir hayat saya.

Friday, December 07, 2012

Bila Suami Bagi Nasihat

Kalau tengah down and tension dah tahu kat mana nak mengadu.
Without fail dia akan bagi kata-kata dan nasihat yang bernas kepada saya,
Siapa lagi kalau bukan suami dunia akhirat.

"Kalau kita tak berjaya pada apa yang kita target, kita jadikan berjaya untuk perkara lain. 
Kalau kita terlalu fokus kepada benda yang tak berjaya, kita akan jadi murung dan tension" (Azli, 2012)

Tarik nafas dalam-dalam,
Cuba manipulate keadaan and cari sesuatu perkara yang kita boleh target akan berjaya.
Takkan la dalam hidup ni hanya ada satu matlamat je kan.

So let's chill and relax.

Thursday, December 06, 2012

KWSP Punya Hal

Baru lepas pergi kiosk KWSP check kadar caruman majikan. 
Terkejut tengok bila last masuk adalah Julai 2012.
Saya start kerja on 2 July 2012.
Bermakna dari Ogos, September, Oktober, November mereka tidak mencarum dalam KWSP saya.
Bermakna sudah 4 bulan.

Saya tidak puas hati.
Saya mahu hak saya.
Saya tidak akan halalkan setiap sen yang mereka ambil.

Kalau duit gaji tidak ditolak dan saya dapat full payment tak kisah.
Tapi tiap bulan mereka declare and tolak gaji untuk tujuan caruman KWSP.

Dan lagi satu benda yang buat saya geram.
In case kalau tiba-tiba saya berhenti bulan depan,
Confirm 5 bulan lepas punya duit takkan dapat.

So sebelum saya berhenti saya mahu tuntut hak saya.
Dah tak peduli lagi.

Anyone tahu salur mana saya nak buat aduan??

Yang benar,
Pekerja Teraniaya.

Jika Allah Bagi Rezeki Tiada Siapa Boleh Halang

Salam dan hello,

Bila pikir-pikir rasanya tak berbaloi kalau saya nak stay lama di sini. Nak tak nak kene berusaha untuk mencari peluang baru. Saya tak mahu sambil bila-bila diri ditindas, hidup dalam kepompong negatif dan minda tidak berkembang.

Ada peluang tapi 50-50. Bulan June tahun lepas saya dipanggil untuk temuduga jawatan DH41 tapi result temuduga calon simpanan. Tak boleh nak jangka sama ada kita layak atau tidak mengisi kekosongan jawatan tu. Ada dua orang kawan saya, status calon simpanan tapi akhirnya dapat juga jawatan tu. Cuma kene bersabar. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau takda rezeki bermakna saya lebih layak untuk jawatan yang lebih baik. *Ayat kene sentiasa positif.

Setiap orang ada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Have faith in Allah. Ayat itu sentiasa menjadi penyejuk hati saya.

Dugaan ada dimana-mana dan ada pada setiap orang. Yang membezakan macam mana kita menghadapi dugaan itu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah ia,
dan jika berada di dalam perut bumi, maka keluarkanlah ia,
dan jika sukar maka mudahkanlah ia,
jika haram maka sucikanlah ia,
jika masih jauh dekatkanlah ia,

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Amin.

P/s: Sampai sekarang saya masih tidak terima offer letter, tidak terima payslip, tiada caruman KWSP. Bukan saya seorang, ada beberapa staff lagi yang baru seperti saya. Moga ada rezeki lebih baik untuk kami yang teraniaya. Saya bertahan pun sebab dekat dengan rumah berbanding tempat kerja sebelum ni.

Wednesday, December 05, 2012

Pastry Product: Choux Pastry

Hari Rabu adalah hari kelas Basic Pastry.
Selalu tak sempat nak snap gambar.

Harini saya tak lupa nak snap untuk kenangan di sini.
Mana satu bila suatu hari saya dah lupa ingatan,
 saya boleh baca balik semua memori saya di sini.

Product harini --> Choux Pastry

Cream Puff
Pastry Swan

Filling with cream custard and chocolate mousse.

Basic dough sama cuma kita boleh ubah bentuk sama ada cream puff, swan pastry and eclair.
Tapi eclair tadi tak sempat nak buat.

Version kecil-kecil boleh makan beramai-ramai.

Kalau minggu depan minta students buat balik tak pasti diorang masih ingat lagi atau tak.
Version angsa kurus.

Attitude problem belum berjaya diselesaikan.

Wasalam

Monday, December 03, 2012

MAHA Oh MAHA (Part Two)

Salam dan hello,

Ahad lepas seperti yang dijanjikan pergi jugak kami ke MAHA 2012. Orang tak payah cakap. Masya Allah ramai. Kami tak pusing banyak pun. Tengok ala kadar. Tak larat nak berhimpit dalam bas and tram yang disediakan. Macam sardin. Yang saya tak paham dalam keadaan sesak macam itu ada orang jugak yang rela mengangkut baby. Budak kecil ok. Lepas tu kecoh bila ada orang tolak. Dah tahu keadaan macam tu nak berebut jugak naik tram. Semua tak dapat dikawal. Dah beratur himpit macam tu orang belakang mana la perasaan ada baby ke apa kat depan tu kan. Kalau terjadi pape, macam mana. Saya tak kesian kat mak budak tapi lebih kesian kat baby. 

Please think wisely before you nak bawak baby. Rasanya tak sesuai dengan keadaan yang macam kat MAHA tu. Siapa yang pergi semalam tahu la keadaan macam mana. Dianggarkan semalam bilangan pengunjung yang datang lebih kurang 3 juta. Wowwweee....

Untuk mengelakkan kesesakan menaiki pengangkutan yang disediakan kami rela jalan kaki. Dengan syarat jangan lupa bawak payung. Kalau tak memang sunburn la muka and badan korang.

Tempat yang paling kami suka pergi off course bila ada tempat yang buat food testing and jual produk makanan yang susah nak jumpa kat Tesco, Giant and sewaktu dengannya. Sempatla jugak beli rempah Nasi Arab and paste Char Keow Tiau. Dua makanan ni je yang kami suka gila.

One more things yang saya eager nak makan, teringin nak makan. Lama simpan hasrat tau. Trends skang tengah meletop durian crepe. Tercapailah hasrat nak makan durian crepe. Sumpah sedap! Tekstur crepe sangat smooth gojes. I wonder la macam mana nak hasilkan crepe yang cantik. Filling yang dalam tu senang and simple je. So misi skrang nak blaja buat durian crepe sendiri plak. =)

Yummy warna kuning yang meletopss!
Sumpah sedap tak tipu!

Kesimpulan: Tahun akan datang kami surrender taknak pergi MAHA lagi. Jangan marah pihak penganjur. =p

P/s: My new baby dah sampai Sabtu lepas. Alhamdullilah. Tak berkesempatan nak jumpa lagi. 

Saturday, December 01, 2012

MAHA Oh MAHA (Part One)

Oh man husband ajak pergi MAHA esok. Confirm MAHA penat keesokkan harinya (Isnin). Bersedia untuk ketahanan mental dan fizikal. Peristiwa tahun sebelum ni pergi MAHA adalah nightmare bagi saya walaupun orang cakap banyak knowledge yang kita boleh dapat.

We will see...tahun ni ape plak nightmare yang bakal saya terima.

Tapi semalam my sister kat UPM cakap kat sana ada jual durian crepe. Bersinar-sinar sekejap biji mata dengar ada durian crepe. Plus my colleague cakap Ammar Masterchef ada bukak booth kat sana. Behave sikit u dah ada husband... =p

Yeah we will see.....

P/s: Hello December! Bye-Bye November!

Saturday, December 29, 2012

Hafiz - Ku Akui

0 comments

2 comments

1 comments

7 comments

Disable Right Click