Followers

Sunday, August 28, 2011

Menjelang 12 Hari

Assalamualaikum dan salam Merdeka,

Ini merupakan Syawal 2011 terakhir as a single. Lepas ni dah ada "kawan baru" yang nak celebrate raya bersama. Raya tahun ni biasa-biasa je walaupun orang cakap sambutla dengan penuh bermakna sebab last ni kot raya as a anak dara.

Raya kali ni kelam kabut dek membuat persiapan terakhir menjelang "hari besar". Sampaikan keperluan diri untuk menyambut raya diketepikan semata mahu memberi laluan kepada persiapan "hari besar".

Persiapan masih lagi gigih diteruskan. Tak sabar rasanya untuk smpai ke hari itu dan saya tak perlu pikir lagi tentang perkara remeh temeh ni. Pening adoi hai....

Selagi tak sampai tarikh tu, rasa mcm semua bende tak cukup. Padahal rasanya dah buat persiapan setahun sebelum.

Inilah orang cakap penangan nak kawen. Tak boleh ke buat ala kadar je. Cukup syarat sudah. Janji kawen kan...

Selamat Hari Raya...=)

Saturday, August 27, 2011

Resepi Ikan Bakar Sekinchan

Harini menu berbuka banyak. Macam-macam masak. Ketam masak merah, kangkung goreng belacan, ikan bakar talapia, roti jala dengan kari ayam, bubur carca and bla bla. Bestnya kalau hari-hari bole makan mcm ni dengan famili.

Yang penting harini berjaya buat ikan bakar ala sekinchan ikan bakar. Yang ada smbal tu. Feveret B. So wajib blaja. Dah ada request dari beliau....huhu. Tunggu dah duduk serumah ye B. Debor nak masak takut tak kene taste B....

Sekadar gambar hiasan.
Thanks Mr Google

Tadi tak sempat nak snap pic. Saya cilok dari internet la ye.

Jom kongsi resepi...

Bahan-bahan:

Ikan (ikut suka nak ikan apa)
Serai
Garam
Asam jawa

Bahan kisar:

Bawang putih
Bawang besar/merah
Cili padi
Cili kering
Serai
Belacan (Kalau taknak letak pun takpe)
Garam

(Semua bahan takda sukatan spesifik, pakai agak la ye)

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan kisar. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Tambah serai ketuk, asam jawa dan garam.
  2. Bakar ikan dengan bahan tumis tadi. Jangan lupa ikan gaul dengan garam dulu. (Saya bakar pakai oven)
  3. Kalau balut ikan dengan daun pisang lagi best.
  4. Bila dah siap, bole perah air limau purut. Pasti terangkat!

Bole improve resepi ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan helloo,

Alhamdullilah saya dah selamat sampai di kampung halaman yang permai. Pukul 4 bertolak dari opis dalam 730 malam baru sampai. Dari Jalan Duta sampai Tapah perjalanan lancar je. Tapi bila lepas RnR Tapah dah start siputnya. Time nak dekat berbuka and dikala minyak dah paras-paras bahaya. Saya pasrah je. Nak tunggu RnR yang satu lagi tak tahu sempat ke tak. Masa ni dalam 50km nak exit Tol Simpang Pulai. Geram jugak. Perjalanan jadi slow sebab link dah jadi 2 lorong je, lori banyak yang datang mcm siput berhooray selepas hujan. Kreta berhenti tepi pun nak slow jugak. Haishhhh....

Tapi apa pun saya syukur saya selamat smpai jugak di Ipoh. Right now adik beradik yang 4 ketul ni dah berkumpul bersama. Seronok.

****

Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir dan batin. Mohon maaf andai kata selama ni saya ada melakukan kesilapan tanpa sengaja atau tidak sengaja. Mohon maaf andai ada kata-kata yang menyakitkan hati. Saya mohon maaf dari akar rambut smpai hujung jari kaki....=p

Berhati-hati dijalan raya. Control 3K-kesabaran, kelajuan dan kecergasan. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan uollss. Cewah nasihat orang memang pandai...=p

Tata.

P/s: Tengah pulun buat bunga pahar. Mak dah bising tak siap lagi.

Friday, August 26, 2011

25 Ramadan Bersama Cik Pengapit

Assalamualaikum dan hello everyone...

Amacam dah sampai kampung halaman memasing ke?? Saya masih lagi terperangkap di KL. Banyak kerja sebenarnya tapi malas plak nak pikir. Dah ingat nak balik raya je skang ni. Insya Allah, after kerja akan bergerak balik ke hometown. Ouchh tak sabarnya....

Semalam berbuka dengan BFF, Akmar Amon. Suddenly planned. Tak bajet pun kami akan berbuka bersama untuk yang ke ntah bape kali. Best coz tak payah nak masak plus memang saya tengah kepingin nak makan pizza. Al maklum gaji dah masuk, kalau gaji tak masuk lagi memang tak berani nak dekat kot. =p

Tapi Akmar datang naik LRT sebab keretanya masih di bawah penjagaan bakal beliau. Kesian plak. Dalam hujan-hujan gitu sanggup turun sini. So i decide la mahu tido umah Akmar je malam tu. Takkan nak biarkan balik sorang naik public transport kan.

Okla sudila kiranya melayan 2 3 ketul gambar yang sempat diambil. Pakai hp cabuk je ye. I takda DLSR...=p

Soup of the day

Fresh Garden Salad
I tak into sangat dengan salad
Makanan yang berlemak itu feveret saya
=p

Ni memang feveret habis
Cheese baked meatball Cabonara
Slurppp
Kalau hari-hari berbuka ni pun saya suka
=)

Our Pizza
Royal Chicken Masala
Owh air liur bersepah right now...
=p

Tengah sabar menanti kaunter salad penuh,
I yang nak naik pelamin tapi u plak yang makin berseri-seri skang ni,
Kelaaaas ko Jah...
=p

Then saya terus balik rumah. Nak packing barang. Kemas-kemas apa yang patut dulu. *I malu kat u babe...u dah nampak benda yang i sorok selama ni...kantoi...*

Terus ke Downtown ke Uptown ek (Danau Kota)...mengimbas kenangan 2008. =p

Yang ni pun plan tiba-tiba. Amik ko Jah rambang mata ok. Dari nak berjimat tu ter-grab plak kan. Sape nak jawab bila hujung bulan nanti ko kayap + rabak.

We uollss shopping kat downtown je...tak jejak shopping-shopping complex ni. =p

Pose tak bole blah,
Minta ampun kalo uols punya puasa harini terbatal akibat muntah dengan sengaja,
Barang borong semalam
Suke sebab murah je...
=)

P/s: Tak tahu apa yang saya merepek kat atas tu...

Thursday, August 25, 2011

Menjelang 15 Hari

Terjumpa pic ni masa tengah belek-belek post yang lama,

Tahun 2009,

Kami jadi pengapit untuk Zai dan Shah,

Skang ni menghitung hari untuk orang lain plak jadi pengapit kami.

=p

P/s: Babe aka Akmar Amon, thanks sudi jadi pengapit i... insya Allah tahun depan i plak jadi pengapit u... =)

Let the beautiful journey begin

Perasaan macam tak percaya saya bakal melangkah ke fasa yang satu lagi. Saya terasa saya seorang anak yang masih harapkan ibu bapa saya. Rasa mcam budak kecik lagi.

Orang selalu tanya sama ada saya masih belaja lagi atau baru abis blaja. Sampaikan ada orang penah tanya saya budak SPM ke??

Aritu pergi umah B, ada sedara dia tanya saya baru abis study ke atau tengah study lagi. Padahal dah 3 tahun saya meninggalkan zaman degree (walaupun skang ni saya tengah sambung study master)..

See orang masih ingat saya budak mentah. Mula la nak perasan kan?? Saya dengan B memang kontra. Macam adik dengan abang. Ampun B...hahaha

Hurmmm let the beautiful journey begin...

Perasaan bercampur baur skang ni. Ada part yang saya gembira and ada part yang saya terasa sayu dan sedih....

Macam ni ke perasaan perempuan yang bakal berkahwin???

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday

P/s: Selesai satu perkara...

Menjelang 16 Hari

Memang tahap tak sabar nak balik Ipoh skang ni. Bukan setakat nak berbuka sama atau menyambut hari raya. Tapi lebih kepada nak buat major preparation terakhir. Nak tengok mana yang tak ckup. Nak bincang dengan family tentang sume perkara. Kira nak finalize la.

Oh ya sepanjang Ramadan ni saya masih lagi tak berpeluang untuk berbuka puasa bersama family di Ipoh. Tak sabar nak tunggu Jumaat, nak makan masakan mak. Haritu je saya sempat nak berbuka sekali bersama mak dan ayah. Tu pun tak berapa nak into sangat sebab beli makanan kat bazar je. Sian ayah tak puas nak makan. Huhu...

Berdebar jugak nak menanti hari. Dah malas nak pikir apa yang takda. Apa yang ada tula. Kalau bole rasa nak setelkan cepat-cepat. Tak larat nak pikir lagi. Banyak lagi perkara yang perlu dipikirkan bakal menyusul.

Wedding or marriage??

Saya pilih marriage sebab ia berkenaan dengan long term. Yang ni kes ayat nak sedapkan hati je. Kecewa sebab saya bukan anak tan sri dan puan sri. =p

Whatever it is, saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Kene usaha keras lagi untuk perjalanan yang long term tu.

Tata

P/s: Hantaran dah siap!

Kad Kawin Belum Pos Lagi

Ada lagi kad kawen yang tak berjaya untuk dipos,

Kalau sempat tengahari nanti saya melarikan diri untuk ke pejabat pos,

Al-maklum, saya kan CEO syarikat Cybernetics Holding,

Busy sokmo

=p

Tuesday, August 23, 2011

Ingatan Masih Kuat..Al-fatihah

7 hari lagi Syawal bakal menjelma. Semalam genap seminggu arwah makcik pergi meninggalkan kami. Saya tak dapat nak bayangkan perasaan adik-beradik B yang lain bila kehilangan mak yang tersayang. Tempat mak memang tiada pengganti. Saya yang baru bersama dengan makcik pun terasa kehilangan, apatah lagi mereka yang dah bersama makcik lebih lama dari saya.

Ingatan saya pada makcik masih kuat. Dah masuk 7 hari makcik "tido seorangan" kat sana. Rasa lain bila makcik dah takda. Datang rumah minggu lepas, dah macam takda seri.

Smpai skang saya terasa seperti mimpi. Makcik pergi sekelip mata.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al fatihah...

Monday, August 22, 2011

22 Ramadan 1423H

Assalamualaikum dan hai,

Harini 22 Ramadan, maka genapla 3 tahun usia perkenalan kami dalam bulan Islam. Alhamdullilah sampai ke saat ini, jodoh kami masih panjang. Semoga kami mampu melayari kehidupan yang akan datang.

Bila waktu makin menghampiri, syukur sebab makin hari terasa amat disayangi. Memang bunga-bunga cinta tengah berkembang mekar dalam hati ni.

Semalam saya jumpa B lagi. Memang takda pantang langsung. Saya kesiankan B yang terasa kosong sejak mak meninggal. Saya tak sanggup nak biarkan dia mcam tu. Semalam spend masa tengok wayang. Dah lama tak tengok wayang sesama. Malangnya cite tak best langsung. Sampai tertido-tido kot. So sape-sape yang rasa nak tengok cite Cowboy and Aliens, baik hentikan niat tu kot. Jalan cite slow sangat. Semalam hampir nak kuar sebelum cite abis. Itu memang dah tahap bosan melampau. Huhu....

Kehidupan selepas kawen?? Saya, B dan adik-beradik B yang lain sudah decide. Saya dan B akan tinggal di rumah family B buat sementara waktu, dalam 3 bulan macam tu. Sementara tu boleh la kami hias apa yang patut kat rumah Sendayan sebelum tinggal kat situ secara rasminya.

Saya berdoa moga perjalanan hidup selepas ni akan dipermudahkan. Amin.

P/s: Nak senyum lebar =)

Sunday, August 21, 2011

Menjelang 19 Hari

Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati beliau,

Menjelang 19 hari setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan,

Saya berharap dan berdoa,

Semoga saya mampu untuk menjadi pasangan hidup yang mampu mengembirakan dan membahagiakan hidup beliau seumur hidup,

Takda alasan yang mampu saya ungkap untuk menyatakan betapa saya sangat sayang pada beliau...

Cinta dan sayang saya hanya untuk beliau seorang selamanya.

P/s: Bunga pahar tak siap lagi. Buat masa ni masih takda mood lagi. Harap sempat nak kerjakan masa bercuti 10 hari nanti.

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan

Assalamualaikum dan hai,

Skang ni saya berada di rumah BFF, Cik Akmar Amon. Lately tak boleh nak tinggal keseorangan. Rasa mcm sunyi la plak. Kadang-kadang memang la kite perlukan privasi/ berseorangan tapi sampai satu tahap rasa mcm bosan plak bila takda kawan yang boleh diajak bersembang. Kalau sebelum ni saya ada Murni tapi bila Murni dah pindah memang terasa sunyi. Nasib rumah Akmar dekat je dengan rumah saya.

Bukan takda orang dalam rumah tu. Tapi mereka tu bukan orang yang sesuai untuk saya beramah mesra. Huhu. Si Dila (housemate) saya tu, dah kurang selalu ada kat rumah. So takpela, lagi bape minggu je lagi. Lepas ni dah ada teman.

Petang ni dah teman Ain (kawan sekolah) pergi tempah kad kawin kat LH Creative. At least ada jugak aktiviti saya arini.

Okla sambung nanti.

=)

Thursday, August 18, 2011

Dugaan Maha Hebat

Assalamualaikum,

Dua hari saya menyepikan diri. Begitu berat saya nak menerima dugaan yang semacam ini. Terasa macam mimpi pun ada. Sampai skang saya masih mengharapkan apa yang berlaku adalah mimpi semata. Tapi ternyata ia adalah satu realiti yang perlu saya hadapi dengan tabah. Di saat-saat begini, di waktu hari menjelma bakal menjelma saya mendapat satu dugaan yang maha hebat. Jodoh dan ajal semuanya ditangan Tuhan, Kita sebagai manusia hanya mampu merancang sahaja. Semuanya telah tertulis dan saya perlu redha untuk menerima segala ujian dari-Nya.

Tanggal 15 Ogos 2011 bersamaan dengan 15 Ramadan, bakal mak mertua saya telah kembali ke rahmatullah. Sempat jugak untuk saya berjumpa dengan beliau pada ahad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Kenapa di saat-saat waktu semakin dekat kami disatukan beliau pergi menghadap Ilahi?? Tiada sape boleh pertikaikan urusan Allah yang Maha Esa.

Beliau saya dah anggap macam mak sendiri. Saat mendengar khabar beliau pengsan dengan tiba-tiba, saya dah terasa tak sedap hati yang amat. Dalam hati berdoa semoga Allah melindungi beliau dan memanjangkan umur beliau. Tapi siapalah kita mahu melawan takdir. Allah lebih sayangkan beliau.

Dalam hati merintih. Dah puas saya menangis. Memang sengaja saya mahu keluarkan perasaan ni, mahu menangis sepuasnya supaya suatu hari nanti saya akan mampu untuk menerima hakikat bahawa inilah dugaan kami. Kami redha Ya Allah....

Walaupun usia perkenalan saya dan arwah terlalu singkat, tapi saya cukup senang dengan beliau. Saya beruntung mempunyai bakal mak mertua yang seperti itu. Tapi apakan daya takda rezeki untuk saya menjadi menantu beliau, dan takda rezeki untuk beliau bersama-sama kami untuk hari kami disatukan. Allah je yang Maha Mengetahui rasa hati ni....

Apa pun semoga hati kami tabah dan kuat dalam mengharungi cabaran dan ujian dari-Nya. Pada hari tu jugak, saya melihat air mata seorang lelaki yang saya sayang di atas kepergian bonda tercinta.

Kenangan bersama arwah sewaktu majlis bertunang 2009

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga arwah tenang di sana...kami disini akan sentiasa mendoakan arwah. Al-Fatihah....

P/s: Wahai hati, sentiasalah bertabah dalam mengharungi ujian dari Allah...

P.E.N.A.T

Allah je yang tahu mcm mana penatnya otak dan badan saya,

Terlalu banyak bende yang singgah dalam kepala otak ni,

Rasa nak lari jauh tinggalkan semua bende,

Beri saya waktu untuk bernafas,

Monday, August 15, 2011

Dilema Rumah Oh Rumah

Tiba-tiba pening pikir pasal rumah. Semalam dah ada orang nak ganti saya kat rumah sewa. Kalau semuanya ok, dia nak masuk dalam akhir bulan ni. Saya nak duduk mana. Sepatutnya sebelum balik raya dah bersiap-siap mahu pindah rumah. Tapi bila kes tak dapat kunci rumah lagi macam mana???

B la ni bagi information salah. Saya taknak duduk dengan member dia. Plus nanti Debab nak register kat UPM, mak ayah mesti nak rumah yang selesa. Apa daaa B ni sesuka je nak campak kan saya kat umah member dia.

Nak menyewa?? Ntahla. Buntu tetiba....

Nak duduk dengan mak mertua takda masalah. Masalah skang ni sementara tak kawin lagi takkan dah menempel umah mak mertua plak. Saya perlukan rumah untuk 3 hari tu je....i mean 5, 6 dan 7 September je. Then lepas tu masalah selesai. Nak duduk umah mertua pun tak kisah lepas tu coz dah berkahwin. Huhu

B..macam mana ni???

Berbuka Bersama 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera uollss,

Monday yang sangat lemau setelah weekend yang tak penah kenal erti berehat. Akibatnya arini saya sangan tidak produktif. Ke hari-hari memang tak produktif?? Huhu

Sabtu:

Saya ke Jalan TAR lagi bersama kawan sekolah Bainun. Shopping sakan. After kerja saya terus tunggu kat LRT Pandan Jaya. Naik LRT lebih selamat. Banyak ranjau dan duri. Cewah. Terpaksa meredah ke Jalan TAR dalam keadaan hujan lebat. Terlupa nak bawak payung. Ain borong baju kurung untuk family. Rupanya Ain pun gila shawl. Pantang nampak shawl mesti dia nak grab. Haha...

Waktu berbuka saat berduri jugak. At first nak berbuka kat Foodcourt Sogo je. Tapi masya Allah ramainya umat. Masa ni belum lagi pukul 7 tapi suma orang dah prepare untuk berbuka. Akhirnya rezeki kami berbuka di Old Town White Coffee. Nasi plak dah abis. So kami pilih asam laksa. Tapi macam tak puas plak bila berbuka tak makan nasi. Udah namanya Padila kan...huhu

Pukul bape baru balik. Dalam 1030 malam kot sampai rumah. Memang berjalan sakan sampai lenguh segala urat saraf. Weekend memang ramai orang tahap gergasi. Tapi time ni je yang free je kan. Best jugak meredah celah-celah ramai orang tu, barulah terasa mood nak beraya.

Ahad:

Saya ke Nilai berseorangan untuk mencari misi yang satu lagi. So far almost done. Tinggal bunga telur putih je. Warna putih banyak dah abis. Nampak gaya kene cari kat Jalan Kuala Kangsar kot. Masa kat Nilai pun hujan jugak tapi nasib baik sekejap je.

Then saya ke rumah B. Malam ni berbuka sama-sama. Thanks B. Tapi last year lagi best kot. RM55 tapi food saya tak berpuas hati. Makan ala kadar je. Takpela at least orang yang sponsor. Syukur apa yang ada.

Kupon

Susah nak tangkap pic 3 orang.
Mesti la kene fokus kat saya kan..
=p

Then baru bole fokus kat B,
Kesian Amer terselit kat blakang,
=p

Malas nak cakap pape lagi,
Letihlah...

Friday, August 12, 2011

Seleksi Lagu Raya

Tibe-tibe terlintas di fikiran,

Memandangkan kawen time raya tengah sakan lagi,

Apalah salahnya kalau saya masukkan seleksi lagu raya dalam senarai lagu pilihan yang ingin dikumandangkan semasa majlis.

Amacam, bole la kan...

Ok tata ada kelas, nak sambung pasal white elephant, student dah blur-blur bila saya cakap tentang white elephant.

Kelakar
=p

Baju Sanding

Sepatutnya warna baju sanding macam ni,

Yang ni yang ada dalam kepala saya yang takda dalam kepala mereka,

Tengah bukak hati luas-luas untuk terima seadanya...

=)

Credit to: Udaimatunnur

Sokmo Checklist!

Assalamualaikum dan hello,

Seperti yang telah dirancang semalam. Saya dah selamat untuk mengharungi jem selepas waktu bekerja untuk ke Jalan TAR. Cuba bagitau saya, kat KL ni celah mana yang tak jem. Tapi semalam silap saya jugak, nape la pergi ikut Bulatan Pahang tu kan. Depan IJN tu memang confirm la jem macam siput. Bayangkan pukul 445 pm saya gerak dari ofis sebab ada meeting plak. Leceh kan. Then saya sampai Sogo dalam 630 pm. What a long journey. Padahal Jalan TAR tu sekangkang kera je dari opis. Wah sekangkang kera gituwww....sah menipu!

Parking kat SOGO je senang sikit. Jumpa Mun-Mun. Wah best dapat jumpa Mun-Mun. Before gerak jalan, singgah beli roti buat lapik perut nak bukak pose. Eh ko pose ke nok??? Opss. Kami decide mahu jalan-jalan dulu then after jalan baru pikir nak bukak pose kat mana. Waktu azan bukak pose celah-celah tudung uollss. Melepak tepi kedai sebelum meneruskan misi pencarian.

So far saya dah beli tudung sanding and tudung untuk baju outdoor. Best jugak pergi Jalan TAR time weekdays coz tak ramai orang. Tapi tak sempat la nak pusing-pusing abis, masa tidak mengizinkan. Takkan nak tunggu sampai tengah malam baru nak balik. Esok nak keje. Tak sempat nak pergi Jakel beli veil. Jeles tengok Mun-Mun beli veil cantek kat Jalan TAR. Bila nak pergi lagi ni?? Ada lagi misi yang tak complete.

Shawl gold (sanding malam)
Shawl silver (majlis bertandang)
Veil

Semalam sempat jugak grab satu baju kurung cotton yang dah siap. Polka dot gituww. Nak buat pakai first raya. Kata nak celebrate raya terakhir as a single woman kan. Muntah uolss.

Haishh rasa macam nak cepatkan je majlis. Dah malas nak memikir and menanggung checklist yang tak abis-abis.

Doa pagi Jumaat: Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

P/s: Nak google cari pemakaian shawl yang gojes...

Thursday, August 11, 2011

Berpantang 3 Bulan

Orang cakap bila nak dekat majis dah tak bole jumpa pasangan lagi,

Dah kene berkurung dalam umah 3 bulan sebelum majlis,

Tapi itu orang dulu,

Kalau berkurung dalam umah 3 bulan alamatnya tak berasap la umah,

Takda income la nk buat majlis,

Tapi yang pasti petua orang dulu-dulu ni memang berguna dan bermakna,

Cuma kurang efisien untuk diamalkan pada zaman skang.

So uolss buat tempoh berpantang tak sebelum majlis,

Makin nak dekat ni makin ligat plak jumpa mamat tu,

Minggu lepas dah melepak kat rumah B,

Minggu depan ada acara berbuka puasa sesama plak,

Sponsor by company beliau,

Terpaksa la den jumpa jugak,

Nampak gayanya saya tak boleh nak praktikkan pantang orang dolu-dolu,

Anda bagaimana???

Menjelang 29 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera uolss,

Hari ni dah masuk hari yang ke 29,

Maksudnya lagi 29 hari nok,

Berdebar pun ada,

Mula-mula ingat macam nak buat relaks je,

Tapi bila pikir balik takutnya nak mengharungi hari yang akan datang,

Auwww gedik plak bile dok cakap-cakap mcm ni,

Hahaha

Apa progress??

Tak tahu nak cekau yang mana satu,

Rasanya semua dah ok,

Ada la lagi sebenarnya barang-barang yang tak beli lagi,

Tapi mak buat relaks je,

Huhu

Dalam hati Tuhan je yang tahu

Petang ni nak shopping kat Jalan TAR dngn Cik Murni,

Akhirnya dapat jugak jumpa Mun Mun,

Nak beli tudung,

Yang ni paling pening nak cari,

Sebelum pergi dah tahu nak beli yang macam mana,

Tapi bila sampai sana memang tak tahu nak buat pilihan,

At the end balik dengan tangan kosong,

Dah selalu sangat mcm tu,

Harap-harap petang ni pencarian berhasil, ringan sikit kepala otak ni,

P/s: Tadi saje search kat keywords kat stats, terkejut beruk bila baca satu perkataan ni... "Nikmat mengawan"...pelik ade ke unsur-unsur macam tu yang saya tulis dalam blog saya. Ape daaa...bulan pose la tak baik tau search benda-benda alah tu...

Tuesday, August 09, 2011

Rindu BFF

Saya rindukan 2 orang BFF saya,

Rindu nak bercerita and bergosip dengan mereka,

Teman yang saya paling percayai,

Teman yang sangat memahami,

Love uollls

Muah

=)

9 Ogos 2011

Saya baru perasan tarikh arini ialah 9 Ogos 2011,

Maknanya lagi sebulan mahu menempuh alam "ke pak ke pung ke pak"

<9 September 2011>

Takda mode mengelupur,

Hanya mahu tenangkan diri,

=p

P/s: Tarik nafas dalam-dalam. Teknik pernafasan penting untuk menyahkan toksid serabut dan emo dalam diri.

Menjelang 31 Hari

Sudah sampai ke kemuncak. Ada sedikit lagi senarai semak yang tak berjaya di potong. Takpe ada 3 minggu lagi nak selesaikan semua perkara. Skang ni kalau boleh nak relaks je. Bertenang and berdoa bebanyak.

Proses edaran kad kawen bahagian saya akan bermula minggu ke 3 puasa. Takut orang terlupa nanti kalau bagi cepat sangat.

Tak sangka dah nak kawen. Macam tak percaya. Harap kehidupan lepas ni lebih bermakna. Pergi mana-mana dah ada teman setia. Dah ada teman yang nak diuruskan. Ada teman kongsi suka duka.

Berkahwin bukan perkara yang boleh dipandang mudah. Kene menempuh perjalanan yang penuh berliku. Saya percaya hidup tidak sentiasa manis dan indah. Pasti ada pahit masin yang perlu ditempuh bersama. Perkara tersebut yang buat kita lagi kuat dan tabah mengharungi hidup bersama.

Kalau dulu uruskan keperluan diri sendiri. Cara hidup sendiri tapi bila dah kawen dah kene uruskan keluarga plak. Kalau sebelum ni tak kisah nak masak apa, sedap ke tak sedap janji makan sebab nak makan untuk diri sendiri. Tapi nanti bila dah ada si dia dah kene pikir perut dan selera si dia plak. Dah tak bole malas macam sebelum ni. Kalau rasa malas nak masak, makan megi je. Paling parah tak payah makan langsung. Tapi bole ke nak buat mcm tu bila dah ada si dia dalam hidup.

Kalau masa solo ada satu keluarga yang nak kene beri perhatian tapi bila dah kawen keluarga dah makin membesar. Dah kene uruskan masa untuk dengan 2 keluarga. Kene adil dan saksama. Tak boleh nak lebihkan sebelah pihak je. Alhamdullilah keluarga si dia sangat memahami.

Makan pakai semua nak kene jaga. Dah cukup ilmu di dada?? Banyak lagi yang perlu saya belajar.

Hati kene kuat. Hati kene banyak sabar. Selalunya perempuan yang perlu banyak berkorban dalam sesuatu perhubungan. Perkahwinan bukan satu perkara yang membebankan. Ia satu ibadah buat kita. Sediakan segala keperluan suami dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala.

P/s: FMIL accident semalam. Semoga beliau cepat sembuh. Tengah tunggu masa nak berkejar ke Seremban nak melawat beliau...

Rezeki

Harap selepas kahwin rezeki semakin murah,

Mohon peroleh rezeki yang halal,

Amin

Monday, August 08, 2011

Monday Blues

Monday Blues,

Pagi-pagi dah ade kelas plus arini bermulalah kelas ganti,

Students dah banyak kol nak ajak berdiskusi lagi,

Penatla,

Penat sangat,

Rase nak benti kerja sebulan,

Nak jual nasi lemak kat bazaar Ramdan bole tak??

Nape nasi lemak???

Ntahla

Apa-apa jela asalkan ada sumber pendapatan bila saya benti keje sebulan.

P/s: Ntah apa kene dengan saya arini...Fed up dengan sume benda. Nak balik Ipoh tapi nak bawak B sekali. Aci tak?? =p

Ramadan Yang Ke-8

Weekend yang baru macam weekend.

Alhamdullilah, arini sudah Ramadan yang ke-8. Oh sudah tidak lama lagi la. Lalalala~

Weekend yang lepas saya banyak menghabiskan masa di rumah bakal family yang ke-2. Sumpah tak tahu malu. Baru terasa macam ada family di bulan Ramadan. Alahai sedihnya jadi anak perantauan.

Sabtu after kelas ganti walaupun Sabtu yang bercuti tapi saya masih meneruskan sisa menyelesaikan hutang ganti kelas. Ada 3 kelas lagi. This week merdeka. After kelas saya terus ke Nilai. Niat hati mahu membeli sedikit 2 barang yang tak dibeli. Tengah sedap jejalan hujan lebat. Berlari saya ke kereta. Nasib dekat dengan kereta masa ni. Lama jugak hujan lebat. Saya tunggu B dalam kereta jela. Niat murni tergendala lagi.

Bila B sampai hujan masih lagi renyai tapi tak selebat tadi. Jumpa Dollah and tunang dia. Mereka pun bakal pengantin jugak. Bila dah jadi 4 orang memang payahla saya nak menyelesaikan misi saya. Takpela, saya diamkan aja walaupun tujuan asal saya ke Nilai adalah untuk membeli barang preps saya. At the end saya tak beli satu barang apa pun. Geram jugak bila asik tergendala lagi. Better pergi sorang diri kot. Takpe minggu ni kene setelkan jugak. Dah masuk minggu ke-2 Ramadan oiii.....mode gabra mula menerjah.

Dari Nilai terus ke rumah B. Malam ni berbuka kat rumah Kak Long.

Ahad saya melepak di rumah B. Nasib ada aktiviti. Pagi-pagi dah pergi pasar. Kemas-kemas rumah bagai. Memang dh macam famili sendiri and rumah sendiri. Sabar jela. Segan?? Tak payah nak cakap segan tak henggat. Saat genting macam ni tak elok menempel di rumah bakal ye kawan-kawan. Tak elok plus nanti dah basi. Please don't try this at home. Semalam nak balik awal tapi kene tahan jugak balik selepas berbuka walaupun saya tak berpuasa.

Tapi alhamdullilah la famili B memang sporting abis. Syukur dapat famili satu lagi yang macam ni.

Macam mana nak jaga hubungan dengan famili yang satu lagi?? Ntah jadi diri sendiri kot. Yang penting saya memang bukan sweet talker and banyak mulut. Sekarang ni pon tengah belajar macam mana nak jadi ringan mulut and mulut manis. Saya tak suka orang bodek/ampu saya so saya assume orang lain pun tak perlu diampu/dibodek untuk amik hati mereka.

Thursday, August 04, 2011

Menjelang 36 Hari

Dah takda masa nak buat blog-walking,

Bukak blog sekadar mahu update je,

Kalau sempat, dapatla terjah 2 3 blog,

Tu pon kene rushing bace apa yang dicoretkan,

Students asik ajak buat discussion

Nota nak kene complete sebelum datang mengajar

Dan yang paling penting nak kurangkan blog walking buat masa ni,

Mendidih tengok preps B2B yang lain,

=p

Takpe selagi ada masa kan,

Macam i dah takda masa, pitis pun dah ranap,

Tinggal beberapa urusan je lagi,

Tengah tenangkan fizikal dan mental,

Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog yang comot ni,

Love uollss

Wednesday, August 03, 2011

Hati Kecil Berkata

Kelakar sangat,

Kalau sblum ni kita asik berkata buruk tentang orang tu,

Akhirnya orang tu yang kite cari untuk dijadikan teman,

Kalau dulu tak boleh menerima,

Tapi skang macam belangkas,

Kelakar sangat,

Kalau sebelum ni kita rapat tak henggat,

Belum tentu lagi selamanya kita akan rapat tak henggat,

Kelakar sangat bila dipikirkan kembali,

Kalau dulu kite tempat luahan perasaan berkata buruk tentang orang tu,

Tapi kini, orang itu menjadi tempat luahan perasaan untuk berkata buruk tentang kita,

Oh dunia,

Sukar untuk diramalkan,

Rasa nak gelak tak henti-henti....

The Way I See It: The more people hate me, the less people i have to please

P/s: Yang penting saya bahagia dengan apa yang saya lalui. Setiap apa yang terjadi pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Sama-sama kita peroleh kebaikan hendaknya. Doakan mereka juga bahagia dengan kehidupan meraka. Amin

Sunday, August 28, 2011

Menjelang 12 Hari

0 comments

1 comments

2 comments

6 comments

3 comments

4 comments

Disable Right Click