Followers

Monday, February 28, 2011

Nape asik takda je!!!

Cimbclicks masih lagi jam. Aduh mcm mana mahu bayar segala hutang-piutang ni. Huhu tak tahu la nape dari tadi asik tak boleh nak bukak je. Gaji dah masuk pun saya kurang pasti. Tapi kalau tak masuk lagi macam melampau la plak kan. Kan dah akhir bulan ni. Huhu....

Ok tadi masa lunch sempat pergi Midvalley. Kalau Albino nampak confirm la mati kene cekik. Berani mati pergi jauh-jauh. Saya bukan keseorangan tapi bersama Cik Murni Ali. Masing-masing dok sibuk nak cari kasut. Tapi masing-masing tak jumpa kasut yang berkenan di hati.

Dah berapa lama kot saya survey kasut. Tapi masih lagi tak jumpa the right one. Hope dapat jumpa secepat mungkin. Dah malas nak pikir. Lagi pun dari saya dok abiskan duit tak tentu hala macam pergi karoke and sewaktu dengannya, adalah berfaedah kalau saya nampakkan hasil belian sempena preparation ni. Dah serabut nak beli itu ini. Lagi pun duit dalam poket ni bukanlah berkepuk-kepuk.

Sekian harap maklum. Semoga Fardilla akan lebih insaf. Duit susah nak cari kan. So gunakanlah sebaik mungkin.

Tukar Pakwe Lagi??

Salam,

Haha saya tukar background lagi. Sape cakap saya buat keje. Ni la keje tak berfaedah saya. Jangan nak merungut kalau kerja berlambak tak siap.

Apa pun saya abis marking paper ok. Lega nok...

Masih perlu touch up lagi. Susah woo nak cari template yang betol-betol ngam dengan taste kampung i.

Uollss suke ke tak???

Misi Short term

Mahu setel secepat mungkin

  • Jumpa owner butik finalize sume design baju and pelamin
  • Pergi jumpa tailor hantar baju nikah
  • Pergi Jakel beli selendang nikah --> Dah survey aritu dgn Murni
  • Tempah baju khatam Al-Quran
  • Beli bunga pahar kat Nilai
  • Bunga manggar --> Bende simple la senang nak beli
  • Bunga tangan (Resepsi)
  • Kasut nikah

Haishhh bila nak balik Ipoh ni?????

Sunday, February 27, 2011

Bunga Tangan Resepsi

Tibe-tibe asik terpikir bunga kat bawah ni,

Rase nak jadikan bunga tangan masa resepsi,

Kat bawah ni memang la bukan my theme color,

Tapi sila la imagine kalau bunga tu combination of purple and pink color,

Jap mahu berangan sekejap

Kat mana nak cari bunga ni??

Ala kat Nilai berlambak gile,

Kalau nak lagi best cari kedai borong terbesar

Warna merah signboard kalau tak salah

Bunga Cinta

Hari ni sampai petang dok melepak kat umah Akma. Berjaya jugak untuk buat assignment tu. Walaupun tak complete sepenuhnya tapi at least nampak la hasilnya.

Babe, thanks for the comfortable accommodation. I jatuh cinta pandang pertama kat umah sewa you.

And arini jugak En Azli pergi Pahang. Ada hal katenya. Ok takpe nampak gaya minggu ni takda peluang lagi nak jumpa. Last week pun tak dapat nak jumpa jugak. Sad.

And tup tup die msg cakap nak jumpa. Balik dari Pahang die nak singgah KL dulu. Tapi masa ni not confirm yet. Tengok pada keadaan. Then tibe-tibe die msg cakap nak jumpa jugak. Katanya rindu. Wow bukan senang nak dengar dari mulut die uols (even masa ni die bagi msg je bukan cakap..huhu).

Ok saya amik die kat Gombak. Nasib baik dari semalam saya memang lepak kat Gombak. Thanks babe..tunjukkan i jalan. Kalau i sorang tadi confirm sesat larat kot. So senang. Kawan die just drop je and nanti pandai-pandaila balik naik komuter. Kali ni saya tak sedih dah tengok die naik komuter. Huhu

Tadi sempat lagi grab kasut kat KLCC. Ok misi mencari kasut selesai. Yang tinggal hanyalah set wallet and belt. Lega dapat selesaikan satu perkara.

  1. Cincin suasa (nikah)
  2. Perfume
  3. Sejadah
  4. Persalinan pakaian
  5. Jam
  6. Kasut
  7. Wallet & Belt
  8. Cake :: Can be considered done

Major barang hantaran almost done.

P/s: Hasrat nak makan meatball dah tertunai. Walaupun tak dapat nak makan IKEA punye, tapi dapat makan meatball kat pizza pun jadi la...ok i dh tak mintak pape lagi.

Meatball IKEA

Sangat mengidam nak makan meatball kat IKEA

Ok taknak cakap banyak

Air liur gua dah meleleh babe

P/s: To Akma...sila bawak aku pergi IKEA petang ni....huhu

Bila Tekanan Perasaan Melanda Diri

Terasa kepayahan dan kesusahan mula melanda diri.

Tapi saya tetap berpegang kepada pepatah :: Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ::

Saya mesti kuatkan semangat. Dalam dunia ni ada seribu macam ragam manusia yang kita sendiri tak boleh nak ramalkan.

Dalam diri masing-masing ada kebaikan dan kelemahan.

Terapi diri tu penting untuk menyahkan perasaan negatif dalam diri.

Dalam hati Tuhan je yang tahu

P/s: Lintas langsung dari rumah Cik Akma yang sangat best!

Friday, February 25, 2011

Job Hunting

Dari saya asik ber-blogging and buat blog-walking baikla saya update resume and cover letter,

Lancarkan misi mencari kerja lain,

Murni dah dapat kerja baru kat MSU,

Congrates Cik Mun-Mun,

Nanti tolong kenen-kenenkan aku plak ye.

Heee

Pomander Ball Part 1

(Orang lain sibuk dengan contribasi, aku sibuk dengan berblogging)

(Ada aku kisah??)

Saya sudah berkira-kira mahu DIY pomander ball sendiri,
Alasan mudah mahu jimat walaupun tak sedar diri masa tu mcm hidup segan mati tak mahu,
Nak buek mcm mano??
Adakan la jugak masa tu..huhu

Sebelum ni saya pernah berura-ura mahu DIY bunga pahar sendiri..
Rujuk post bunga pahar & Bunga pahar
Tapi disebabkan pelbagai alasan duniawi,
Niat hati tu tergendala,
Senang beli yang dah siap,
So bunga ros yang saya siapkan dari riben tu terbekanglai mcm tu je.

So apa kata saya amik je bunga tu untuk buat pomander ball,
Tapi tu pun ikut pada sikap kerajinan dalam diri la kan,

Kene beli dawai untuk cucuk pada span bulat nanti.

Bunga pahar yang tinggal dalam kenangan. Huhu

Ok takpe kita tengok je hasil produk ni ye,
Agak-agak fed-up beli je bunga yang dah siap tu then cucuk-cucuk je

Apa pun pesanan untuk diri sendiri,
Pokok pangkalnya RAJIN

Sekian

Pomander Ball

Tunggu kan update tentang bunga bulat ni

Huhu

Got to go

I have class now

Daaa

Stress

Kerja banyak yang pending

Ini tak buat

Itu tak buat

Alahai

Hari ni kata ada Jcard Day...terasa mcm nak pergi jer...

Apa kata survey???

Thursday, February 24, 2011

10 Perkara yang saya MAHU

Saya mahu....

  • Berehat sepuasnya...dah lama tak berehat and buat kerja yang disukai
  • Mahu cari kerja lain
  • Mahu mencari kerjaya idaman
  • Mahu cari gaji yang lebih banyak
  • Mahu benti mengajar tuisyen
  • Mahu duduk di rumah sendiri. Wahai rumah bila kamu mahu siap. Tak tahan dah nak hidup mcm ni. Macam-macam ragam bila duduk dengan housemate.
  • Mahu duduk dekat dengan En Azli
  • Mahu completekan master and konvo cepat-cepat
  • Mahu abiskan preparation kawin cepat-cepat
  • Mahu bermaustatin di Seremban cepat-cepat

P/s: Banyak lagi yang saya mahu tapi buat masa ni, ni jela yang terpikir and nak sangat-sangat.

Tired. Exhausted.

Fuuuhhhh

Salam uolss,

Aduh penat bangat, saya baru abis kelas kitchen. Al maklum la credit hours saya 19.

16 jam kitchen and 3 jam kelas teori every week.

Bila abis kitchen memang lemah gemalai segala sendi dan urat semua.

Arini kelas ok. Takda masalah kecuali kes pagi tadi yang lambat bukak pintu kitchen. Mendidih je rasa. 15 minit kot kami tunggu kat luar tu mcm orang bodo. Tu la kedekut lagi nak bagi lecturer pegang kunci. Ingat kami nak salah guna ke?? What da???

First masuk kelas, bebudak ni buat perangai plak. Masuk kelas baru la nak terhegeh-hegeh pakai baju bagai. Memang kene semburla jawabnya.

Tapi nasib baikla masa production, sume berjalan lancar. Menu pun okla. Takla disaster sangat. Time mengamuk memang mengamuk abis, tapi kalau mood baik pandai-pandaila kite layan bebudak ni. Bukan sengaja nak marah just nak bagi sedikit pengajaran and nak tunjuk pada mereka bahawa kite seorang yang tegas. Betul tak??? Agaknya kalau En Azli yang ajar kitchen, bermaharajalela la bebudak ni....dah lecturer soft sangat. Huhu sowi laling...

Petang ni teori plak. Jawabnya saya akan lebih banyak duduk dalam kelas. Rase nak pengsan.

Babai

Wednesday, February 23, 2011

Mak Gerun Nok!

Huhu baru bace blog B2B Sarah.

Bukan B2B lagi tapi dah selamat pun jadi cik puan muda =)

Kisah yang sangat-sangat perlu dijadikan iktibar dan teladan.

Gerun mak dengar cite u nok.

OMG....

Rasa nak balik Ipoh cepat-cepat nak jumpa tuan punya Butik Oh Sayang....

Oh Tarikh

Tarikh mungkin akan dipinda.

Aritu ada kol mak and diskus tentang tarikh ni. Kalau bole mak taknak tarikh saya clash dengan tarikh pendaftaran tu. Sian plak si Debab (my sister), terkejar-kejar. Mana nak uruskan die and majlis saya sekaligus. Saya pun taknakla serabut-serabut kan.

Saya rasa saya mahu ubah tarikh seminggu lambat dari tarikh cadangan awal. Mak pun setuju. En Azli pun setuju. Tapi tak confirm betul-betul lagi.

Sticker menghitung detik kat atas tu hanyalah propa semata. Orang lain buat saya pun nak buat. Begitula sifat manusia yang tak sedar diri. Huhu

Then arini tiba-tiba si die tanya. Apa kata kite percepatkan. Ni baru soalan je ok. Jangan nak buat cerita bukan-bukan sebab tak confirm apa pun lagi.

Saya hanya balas, ok je asalkan sume preparation berjalan lancar. Saya taknakla kelam kelibut (memang la kawin awal tu bagus, mendirikan masjid cepat-cepat untuk elak maksiat kan) tapi saya ni jenis malas nak rushing-rushing sebab saya akan buat kerja ikut plan yang dah ditetapkan. Kalau dah awal kene la susun balik schedule bagai. Duit pun kene la berkepuk dalam poket. Alahai....

Lagipun saya ni dah la susah nak balik kampung. Cuti pun susah.

Tapi nak buat mcm mana kalau seru tu dah sampai. Hamba hanya menurut perintah.

P/s: Tapi kalau awal apa salahnya, lega sikit rasa hati ni. Dah tak larat nak pikir dah. Apa pun sumenya masih samar-samar. Insya Allah tarikh akan diumumkan selepas pihak rombongan lelaki datang hantar duit belanja.

Hunting for Kasut Nikah

Huh rupanya susah jugak nak cari seketul kasut kan???

Tadi sempat survey kat Times Square memandangkan si tuan besar yang tak berapa nak besar takda kat ofis. Senyum sampai telinga... =)

Ingat tak pada post saya yang ini...Nikah Outfit

Saya mencari kasut yang ala-ala begini untuk dipakai masa nikah...

Tapi apakan daya gagal misi kali ni. Dah jumpa kaler yang sama tapi tak berapa nak into sangat akibat dari beberapa faktor:

  • Design simple sangat la dik
  • Pastu masuk kedai biasa tapi harga mengalahkan masuk kedai Sembonia bagai. Baik saya cari kasut kat kedai yang betul-betul ada brand. At least puas hati membeli
  • Heel terlalu tinggi. I taknak la terlalu tinggi mcm dalam gambar tu. Nanti terpelocok. Plus saya nak nampak sedikit rendah berbanding En Azli nanti. Baru terserlah kelakian. What da??? Sifat kelakian ada kaitan dengan ketinggian ke...Oh sungguh propa statement i kan.
  • Biasanya kalau mata and hati ni dah berkenan, tiada alasan untuk saya menolak apa jenis design pun. Tapi buat masa skg...hati asik ckp NO je....

Ok fine. I memang cerewet gila babi (Wei ko mencarut).

Huhu takpe-takpe...mungkin kene heret En Azli kot. Baru bole jumpa yang berkenan.

Kalau uolss nak cakap post ni over, i tak kisah pun. I memang over uolss. Nak cari kasut pun sibuk nak post kat blog.

Ada aku kisah????

Recipe Simple --> Beef Steak With Black Pepper Sauce

Hola,

Ingat tak saya ada janji untuk share macam mana cara untuk sediakan beef steak with black pepper sauce. Resepi ni simple je. Budak tadika pun bole buat. =p

Sebenarnya nak buat steak ada bermacam-macam cara. Bergantung kepada citarasa uolss dan kreativiti uolls dalam modified sesuatu resepi tu.

Orang cakap sebelum kita nak tau sesuatu yang lebih complicated, kite perlu belajar teknik yang lebih simple dulu. Just to get the clear pictures.

Ok jom saya bagitau cara simple untuk buat beef steak ni.

Ingredients:
(To prepare steak)

(1) Raw beef steak

(2) Salt & Pepper

(3) Paprika powder

(4) Oil

Method:
(1) Marinate steak dengan oil, paprika, salt and pepper
(2) Perapkan sekejap, then bole bakar dalam oven.
(3) Kalau takda oven bole grill atas kuali je. Tak payah nak pening kepala nak beli oven bagai.
(4) Kalau nak aroma yang sedap lagi, masa nak bakar or grill, letak sekali mire-poix (carrot, celery and onion)

Mirepoix

Rupe beef yang dah di-marinate

Bila dah masak, akan jadi mcm ni la...

Ingredients:
(To prepare black pepper sauce)

(1) Chopped onion and garlic

(2) Black pepper corn (crushed)

(3) Brown stock
- Kat tesco ada jual. Dalam paket. Ni yang instant punya

(4) Chicken stock/ beef stock
- Ni pun instant jugak. Kalau nak sedap amik beef stock la. Kalau ada stock yang ori lagi sedap

(5) Salt & Pepper
- Bahan perasa

(6) Butter
- Fungsi untuk memberi efek berkilat pada sauce

Method:
(1) Heat butter
(2) Saute chopped onion and garlic
(3) Add black peppercorn tapi jangan sampai hangit ye. Nanti tak sedap
(4) Masukkan chicken/ beef stock. Kalau pakai instant (powder) Masukkan air dulu.
(5) Then, masukkan brown stock.
(6) Masak sampai kuah jadi pekat (reduction process).
(7) Season with salt and pepper
(8) Tutp api and letakkan sedikit butter. Jangan kacau. Biarkan butter cair sendiri.

Ingat ye. Saya tak letakkan sukatan. So uolss kene pandai-pandai sendiri agak ye. Huhu. Pokok pangkalnya jangan terlebih and jangan terkurang. Depends pada rasa hati & naluri uollss. Huhu nak masak pun kene ikut naluri bagai. Kaedahnya la...

Ok..black pepper sauce dah siap.

Ok la selamat mencuba. Kalau dah buat jangan lupe untuk hulur sikit pada saya ye. =p

Short Update

Tasks to be done:

  • Marking paper food studies :: Done!
  • Marking paper western :: In Progress
  • Marking Ujian 1 murid-murid (budak sekolah kene panggil murid..=p) tuisyen :: Skema pun tak siap lagi. Tapi takpe soalan objektif je...
  • Report training proposal
  • Slide training proposal
  • Key-in all marks
  • Blogwalking :: Eh termasuk dalam senarai jugak ke??? Tetts!
  • Hunting, searching, survey-ing and sewaktu dengannnya. Tak mahu serabut-serabut. Tak mahu gomel sana sini. Oh yeah!

Tuesday, February 22, 2011

Checklist Resepsi

Hola,

Sepatutnya saya mahu update checklist majlis resepsi. Tapi scrap book tunggu dalam kete plak. Haishh bercakap pasal kete. Kete tu dah ibarat mcm lori sampah bergerak plak. Ntah bila nak kemas kini bertukar menjadi AFQ 1**. Sori la super power, lately mummy busy gile.

Checklist esok jela. Lagipun esok saya takda kelas langsung. Big yay setelah mengharungi 8 jam kelas praktikal tadi.

Jom buat blogwalking.

Daa~

Contribusi & Contribasi

Saya ada dengar berita yang kuar enak untuk didengar...ntah apa la nasib kami kat sini. Bukan nak mengadu ke apa.

Tapi rase geram bila ada orang cuba untuk tabur beras pasir dalam periuk nasi staf sendiri. Dah rase company ni bapak die punye la kot. Mak ai jangan main kasar sangat Cik Fardilla oiii. Kang tak pasal-pasal menangis tak berlagu. Tapi nak buat mcm mana uollss. I memang dah tak tahan ok. Kesian pada kekawan i yang fokus buat kerja mereka. Ntah apa yang silap pun i kurang pasti.

Owhh ok ok i dah tau apa yang silapnya. Contribution??? Apa kejadahnya nak buat contribution kalau main tasks tergendala. Kita dibayar gaji untuk buat main tasks tu kan?? Ke saya yang salah???

So skg ni pun saya tak bole nak terus tido kat atas tilam yang tak berapa nak empuk ni (Comfort zone). Perlu lebih berhati-hati. Kene pandai main politik jugak.

Tapi nak buat macam mana?? Nak kene tolong basuhkan berak si polan ke?? Wei ko dah over dowww...

Kalau ada si kaki repot nampak memang mati la kau. Arini ni jugak kene meninggalkan akademi onak berduri ni. Huhu

Darah tinggi naik???

As salam and hola.

Rase nak pengsan. Saya baru abis kelas western. Harini tekanan darah naik mendadak. Jantung pun dipaksa mengepam darah dengan kadar yang laju. 2 3 tahun i resign ok. Hahaha nape perlu tunggu 2 3 tahun. Nape tak resign je skg???? Huhu...kalau ada orang yang nak sponsor hidup i takpe la jugak kan. Tetts! Bapa ayam pun tak berani nak dekat dengan saya kot. Muka nak berlagak and sombong je kan. Takda sape berani dekat. Ada sorang mamat je yang berani nak kawan dengan saya. Hahaha sape lagi ---> En Mohd Azli la.

Kitaorang punye perangai memang totally different. Yang sorang banyak angin (saya la tu). Yang sorang lagi nak dengar bunyi angin memang takda langsung. Huhu. Saya memang cepat marah and meradang. Salah sikit memang memetir la mulut ni. Nak dibandingkan dengan En Azli. Setahun sekali kot die marah. Saya pernah kene marah gile-gile dengan die. Itu pun sebab salah saya, ada skandal dengan lelaki lain. Masya Allah. Ntah kenapa bodoh saya masa tu. Saya tahu, die marah sebab sayangkan saya. Huhu

Haa tu la first time kene marah gila-gila. Skg??? Erm takda langsung. Saya tunggu jugak bila nak kene marah ni...huhu. Alhamdullilah la saya temui lelaki yang mcm tu. Amin. Mahu jodoh berkekalan dengan si buah-hati-pengarang-jantung.

**********

(Punya jauh saya melalut) Arini kelas western sangat la tidak memberangsangkan. Memang saya mengamuk tadi. Nasib uolss la nak cakap apa kan. Sape yang buat salah memang nak kene la dengan saya.

  • Ada beberapa orang students lelaki yang datang lambat. Nak dekat pukul 9 am padahal kelas start pukul 830 am. Saya buat tak nampak. Mereka panggil saya jeling. Pastu diorang fed up, pakai main masuk je group mana-mana. Ok saya tahan sabar.
  • Takda sapa pun yang amik inisiatif untuk jumpa saya sebelum kelas bermula. Padahal sebelum mid-term saya dah bagitau COD kene jumpa saya untuk bincang menu. Tapi hampeh. Takpe, masuk kelas tadi saya bagi je resepi yang saya dah buat. Saya masih bertahan.
  • Most of students suka sangat tanya soklan yang tak masuk akal. Cth: Miss susu ni nak masuk banyak mana?? Miss bawang ni dah cukup chopped ke?? Miss minyak ni cukup tak nak saute?? Rasa nak tuttttttt je. Tapi saya bertahan juga.
  • Semua buat kerja macam siput. Walaupun dah diarah buat itu ini. Tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Tapi masih ku tahan....
  • Rasa makanan hari ni sume tak kene selera saya. Ok fine, hampir nak meletup. Mood mengamuk nak datang.
  • Masa order sume dah nak abis, masa nak kemas-kemas saya nampak sekumpulan pelajar yang datang lambat tadi makan tanpa disuruh. Ni memang menguji kesabaran saya. Memang saya mengamuk terus tak kasi can langsung. Abis makanan lebih saya bagi makan kat tong sampah. Puas hati. Kali ni gua tak tahan babe.

Takkan la setiap kali kelas nak mengamuk. Tak baik untuk kesihatan la uolss. Kalau selalu mengamuk nanti repot kat management itu ini. Lecturer salah bagai. Padahal sape yang tak nak belajar dari kesilapan.

Saya suka kelas semalam, walaupun macam-macam hal jadi yang bukan disebabkan salah mereka. Tapi mereka berjaya untuk hasilkan menu yang baik.

130 pm sat lagi ada kelas lagi. Hari ni saya back-to-back. Ni lagi satu kelas yang bakal saya buat onar berduri.

Tunggukan laporan seterusnya ye cik diari.

Babai

I need this!

Herba Q-She

Wujudkan Payudara Lebih Kencang Montok Dan Pinggul Padat Sekarang

Cantik walaupun agak subjektif untuk ditafsir namun cukup penting untuk setiap wanita. Bohong rasanya kalau ada wanita yang langsung tidak mahu kelihatan cantik. Kalaupun tidak dianugerahkan dengan rupa paras yang jelita, namun setiap wanita mesti mahu kelihatan menarik ataupun sedap mata memandang. Satu aspek kecantikan yang dipentingkan wanita ialah penampilan diri. Biar kurang cantik tapi "body" mengancam.

Namun ramai wanita yang bersungut kerana payudara kurang menyerlah seperti terlalu kecil, leper dan kendur. Begitu juga dengan bentuk punggung semakin jatuh, melebar dan bentuknya yang telah berubah terutama selepas melahirkan anak.

Ianya bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi penting untuk kelihatan lebih keterampilan terutama apabila mengenakan pakaian.

Demi menjaga kerukunan rumahtangga, setiap wanita perlu memberi sepenuh perhatian terhadap penjagaan luaran dan dalaman. Terutama bagi mereka yang sudah beranak-pinak harus menerima hakikat bentuk badan mereka juga turut mengalami perubahan.

Selain mengamalkan senaman khas,wanita yang menagalami masalah payudara dan punggung kurang meyerlah kini boleh mencuba produk yang dicipta khas untuk mengembalikan keanjalan payudara dan punggung agar lebih padat, anggun dan menawan.

Herba Q-She, ia adalah produk terbaru dipasaran dan mampu memberi kesan yang maksimum selepas sebulan digunakan. Ianya diasaskan daripada Herba khas. Paling istimewa, Herba ini bukan sahaja berkesan untuk menganjalkan payudara yang kendur tapi turut mencantikkan tekstur kulit payudara agar lebih bersih, lembut dan gebu. Malah punggung juga cantik terbentuk.

Produk ini sesuai bagi semua peringkat umur. Ia sesuai untuk wanita lepas bersalin yang ingin payudara lebih anjal dan kembali ke bentuk asal. Sekali gus dapat mengatasi masalah payudara kendur dan meleper selepas menyusukan bayi.

Untuk wanita yang belum berkahwin, ianya dapat membantu menyerlahkan keanggunan payudara dan punggung serta mencantikkan tekstur kulit agar lebih halus. (Ehem ehem...)

Ada dikalangan gadis yang merasa rendah diri kerana payudara yang tidak menawan bersaiz kecil. Dengan amalan Herba Q-She ini, ia dapat membantu membentuk payudara yang lebih montok dan punggung yang padat terutama wanita yang mengalami badan yang kurus ataupun wanita yang aktif sukan.

Herba Q-She

HARGA: MYR68.00
42 kapsul
NO KKM : MAL 06081325TC

Beli Sekarang...
Panas! Panas! Panas!
Q-She adalah supplemen yang diperbuat daripada PUERARIA MIRIFICA untuk tujuan kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk² lain. Tidak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikkan dan kesihatan yang menyeluruh dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, dalam dan luaran.

KHASIAT HERBA Q-SHE - diantaranya:
RAMBUT

1. Mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya
2. Mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang
3. Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
4. Melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban
5. Menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat

BADAN
1. Melangsingkan badan dengan mempertingkatkan jisim badan tanpa lemak
2. Membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh
3. Mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan

PAYUDARA & PUNGGUNG
1. Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
2. Memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
3. Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yg terbantut

KESIHATAN
1. Menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
2. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopos dan osteophorosis
4. Mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
5. Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain

Cara Amalan:
MAKAN 3 BIJI SEBELUM TIDUR. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Peringatan!
Q-SHE TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA DATANG HAID DAN SEMASA MENGANDUNG

Info: credit to wanita2u.com

Seriously, i need this supplement. By hook or by crook, mesti akan dapatkan jugak by the end of this month.

Hahahaha....

Monday, February 21, 2011

21 Februari 2011

Salam and hola,

Cerita ni tak basi lagi kan. Just nak bagitau sedikit sebanyak perihal arini (21 Februari 2011)

Hari ni kitchen dah start setelah bercuti agak panjang. Panjang la jugak. As usual every week we have 2 set of table dhote menu. Meh sini saya review menu set by set.

Set 1:
Appetizer : Waldorf Salad
Soup : French Onion Soup
Main Course : Beef Steak with Black Pepper Sauce
Dessert : Cocktail

Set 2:
Appetizer : Chef Salad
Soup : Cream of Mushroom
Main Course : Spaghetti Bolognaise
Dessert : Cocktail

Macam-macam hal yang berlaku pagi tadi. Dengan bahan mentah yang sampai lambat. Cube bayangkan beef tenderloin tu sampai pukul 10 pagi. And customer order pukul 11 pagi. Memang masing-masing kerja keras tadi. Nasib baik students pagi ni sumenya bole diharap walaupun pada mulanya panas hati ni sebab sorang pun tak jumpa saya untuk tanya apa menu minggu ni.

Malas nak cakap banyak. Macam-macam bende jadik. Sakit hati rasa tapi nak buat mcm mana. Tahan jela wei. Janji student saya berjaya untuk produce menu dalam keadaan tegang mcm tu.

Spaghetti Bolognaise

Beef steak with black pepper sauce.
Walaupun tak semenarik macam menu kat hotel tu.
api saya puas hati la jugak.

Haa ni la lecturer diorang.
Muntah.
Hari ni first time pakai tudung ni.
Amacam??
Hodoh tak???
Hahahaha

~ Ok tunggukan post seterusnya, saya bagitau macam mana nak buat beef steak yang kacang mak lodeh ~

Oh ideas!

Hola,

Saya berlintas langsung dari pusat tuisyen. Memandangkan hari ni sume murid-murid ku akan menduduki ujian 1 peringkat pusat tuisyen, so saya melompat keriangan. Save suara saya arini.

Datang awal lagi and siap bawak laptop takut kebosanan melanda diri. Tak bole nak update panjang-panjang masa dah nak time.

Tapi lately saya dah jarang update tentang preps for my big day kan. Huh cuak la plak bila terasa santai tanpa berbuat apa-apa ni. Please generate more ideas!

Sunday, February 20, 2011

Perintah Berkurung

Pada hari Ahad yang membosankan.

Arini saya sibuk dok tampal-tampal gunting soalan Ujian untuk student tuisyen. Pastu baru teringat esok saya ada kelas Western. Nak dijadikan cerita sepatutnya saya dah lantik supervisor untuk esok. Tapi sengalnya bebudak ni langsung tak jumpa saya. Memang nak kene la bebudak ni kan. Saya yang nak belajar ke?? Atau bebudak ni yang nak belajar???

Teringat dulu masa kat UiTM, kalau turn kita jadi supervisor seminggu sebelum dah sibuk-sibuk jadi reference tentang sesuatu menu tu. Cara nak masak. Bahan apa yang digunakan. Teknik masakan apa yang digunakan. Every single things la about the menu. Cuak bukan main lagi. Al maklumla tugas supervisor ni agak berat sikit. Kalau ko tak dapat jawab apa yang lecturer tanya memang mati keras la kau pastu. Tambah-tambah kalau dapat lecturer Puan Alina. Ketar lutut kot.

Part soklan tuisyen tu 90 peratus setel. Sepatutnya saya perlu hantar sebelum esok. Tapi memandangkan niat hari ni mahu "perintah berkurung" al maklum darah manis. Bakal pengantin tak bole kuar rumah. Arghh sudah la kau. Mahu muntah hijau ok. Padahal ada masalah lain kan. Huhu...Esok jela saya hantar. Jangan marah ye En Akmar. Plus kene fotostat soalan mengikut bilangan pelajar memandangkan start Isnin mereka dah ada Ujian 1.

Memandangkan esok jugak ada Western class kene la sediakan menu and cara macam mana nak buat. Kang kalau student tanya, tak ke masak tak tau nak jawab apa. Takkanla asik nak jawab 'saya yang nak belajar ke?? awak yang nak belajar?? saya tak kira awak cari mcm mana nak buat beef steak bla bla'

Itu memang ayat cover malu yg kadang-kadang lecturer sendiri blur mahu jawab apa bila kene tanya soalan yang macam-macam kan. Untuk mengelak menggunakan teknik yang sama. Perlu la bersedia dari hari ni ok. Kalau sempat nanti saya update resepi western kat sini.

Hari ni kan saya buat "perintah berkurung". Memang saya tak kuar rumah lansung. So nak taknak kena la makan apa yang ada kat rumah. Dan paling latest, petang ni saya buat nasi goreng bujang. Dah tak larat nak makan ntah apa-apa. Perut ni nak nasi jugak.

Bila masak nasi goreng, terus teringat Bip (adik bongsu saya). Kalau saya balik rumah mesti saya akan masak nasi goreng untuk die. Kalau saya masak nasi goreng confirm licin satu mangkuk tu. Sapa cakap saya masak tak sedap. Uhuk uhuk....

Bip suka saya punye nasi goreng sebab ada rase pedas. Walaupun saya tak tahan pedas sangat tapi rasa pedas tu mesti kene ada. Kalau tak rase mcm tak cukup sifat je makanan itu. Btol tak???

Nak tengok rupa nasi goreng bujang saya?? Taknak tengok sudah...=p

Nasi goreng bujang versi barang dapur dah abis
:: Tumbuk bawang dengan cili padi ::
:: Tambah kunyit hidup sikit untuk bagi kaler kuning mcm ni ::
:: Rencah ayam dan lobak ::
:: Garam ::

* Kalau lagi banyak rencah, lagi sedap *

P/s: Kalau tak reti nak masak nasi goreng memang nak kene pelangkung la kan. Senang je...perghh cakap besar siot...

Dugaan datang??

Bila nak kawen, banyak sangat dugaan yang datang bukan???

Marilah sama-sama kita cube mengelak diri dari dugaan itu datang menyelubungi hidup kita dan pasangan kita.

Bosan!

Pagi Ahad yang tensi tanpa aktiviti yang menyeronokkkan. Rindu gila kat En Azli. Tapi terpaksa matikan niat untuk berjumpa.

Bila tengok to-do-list, mak ai mmg banyak sangat kerja yang meruntun jiwa. Tapi masih setia meng-update blog. Arghh sukati korang la nak cakap ape kan.

Ini pun tak sempat nak mandi lagi. (Perlu ke nak buat statement tak mandi kat sini)

Sesak nafas. Minta nyawa.

P/s: Tak suke bila hari Ahad pun masih nak pikir pasal kerja. Bosan! Saya bukan jenis manusia workaholic pun....tapi shopaholic mungkin...

Kemaruk microfon

Salam dan selamat tengah malam,

Mata mengantuk tapi nak update jugak. I sayang gile ok dengan blog ni. Tak sanggup rasenya mahu berpisah lama-lama. Rase tak keruan kalau tak menjenguk walaupun sekejap. Ingat tagline i, " setiap detik adalah kenangan". Yeah bijak pun.

Arini ada kelas Dr Hamdin. As usual bab nak pergi kelas memang sangat liat. Liat macam makan sotong tak masak tu. Ditarik-tarik taknak jugak terputuskan. Macam tu jugak dengan perangai saya kalau nak pergi kelas. Punya la pemalas nak pergi kelas. Tapi kalau pergi buang masa tak tentu hala, saya la orang pertama yang akan start enjin kreta.

Nasib presentation tak sempat abis arini. Sambung next week. Kalau kene arini mati kene bambu. Banyak yang tak complete. Biasala kalau spesies "sotong tak masak" buat kerja.Huhuhu...

Macam biasa bila dah berjaya abiskan kelas. Masa drive pasti akan melalak tak tentu pasal. Punya la hepi gile sampai menyanyi menandakan tanda kejayaan bila berjaya attend kelas. Pastu idea gile menjengah dengan tibe-tibe. "Hurm dah lama tak karok kan?? Nak ajak Akma macam jauh la plak die nak kene datang plus takut busy plak....hurm apa kata ajak Mun-Mun.."

Apa lagi saya terus msg Murni minta persetujuan. Respon yang sangat mengujakan hati i yang dah lama kemaruk microfon. Murni setuju ok!!

"Babe, i dah jumpa pengganti u"

Saya tunggu Murni kat rumah Taman Medan. Terus nak pergi sebab malas nak balik Pandan Perdana. Al maklum la bila dah sampai rumah, dah tak ingat bende lain selain nak baring and melepak puas-puas. Ok deal after Murni sampai terus shoot pergi port biasa dengan Akma ---> MBO merangkap pasaraya Giant, Desa Petaling.

Pom pam pom pam wa we wa wo rey hei yey....(proses kemaruk mic)

Akhirnya puas jugak hati saya untuk menahan perasaan yang membuak-buak tu. Ok pasni saya tak mintak lagi nak pergi karoake. Kene tunggu gaji bulan depan plak.

Saya sangat berangan mahu jadi macam ni..walaupun saya tau suara saya ibarat kodok yang hodoh memanggil hujan...
- Ihsan google -

P/s:
Malas nak snap pic
Saya tak siap lagi soalan Ujian tuisyen.
Padan muka
Sekian terima kasih

Monday, February 28, 2011

Nape asik takda je!!!

0 comments

2 comments

1 comments

Disable Right Click