Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 29, 2010

HEBAT

Arini saya seperti mndapat satu sinar baru dalam hidup setelah berjumpa dengan orang HEBAT yang positif. Bila la masa saya untuk menjadi HEBAT seperti mereka. Arini insya Allah diberi kesempatan lagi untuk berjumpa dengan orang HEBAT. Sebenarnya mudah saje untuk menjadi HEBAT seperti mereka. Dengan syarat kenal potensi diri dan cuba bagi peluang untuk diri sendiri.

Malangnya manusia kurang percaya pada diri sendiri dan tidak mahu memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi seorang yang HEBAT. Peluang dah diberi depan mata tapi dibiarkan pergi begitu sahaja. Dengan alasan negatif yang bermacam-macam. Satu perkara je yang harus saya ingat bile berhadapan dengan manusia seperti ini, Allah tidak membuka pintu hati mereka dan bukan rezeki mereka sebenarnya.

Apa pon saya harus meneruskan perjuangan saya untuk menjadi seorang yang HEBAT. Dengan syarat rezeki tidak datang bergolek kalo kite berpeluh tubuh sahaja, tetapi ia datang bersama usaha yang dilakukan oleh diri kita sendiri. Ingat! Pantai pon boleh berubah dipukul ombak inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh pencipta-Nya.

Tidak mahukah anda menjadi seorang yang HEBAT?

Tepuk dada, jangan tanya selera, tapi tanyalah hati.

Wasalam~

Post Simpan 18 April 2010

18 April 2010 bersamaan hari Ahad

(Catatan buat diri sendiri)

Sabtu:

Pagi macam biasa, rutin di pagi Sabtu, kelas Dr Salleh. Plus submission individual assignment. Tak tau bende yang aku mengarut. Buat last minute lagi. Erm perkara dah lepas usah dikenangkan lagi. Tunggu jela resultnye nanti. Next week 24 hbln final exam. Siap buat kat Dewan Sri Impian (besar + sejuk). Dah lama tak exam kat situ. Masa degree je. Selalu kelas master tak buat final exam kat DSI...huhu....tak boleh la nakkkk.....

After kelas, dah janji ngn Akma, Wawa, Ana and Joe nak gi kenduri Sab kat KL. Lame tak jumpe you all nokk.Erm Sab sangat jelita and gojes plus nampak matang. Antara member degree yang kawen awal. Huhu who is the next bride??? Tettt...just wait and see. Not me la...lambat lagi.

Ahad:

Trip Singapore dibatalkan di saat akhir. Aku ada peluang untuk pergi kenduri kat umah En Azli. Seperti tau-tau plak rase tersirat dalam hati. Memang aku terkilan bile trip Singapore bertindih dengan majlis rumah En Azli. Dapatla menolong semana yang mampu. Katenye kenduri sempena pertunangan Ayoi 1 Mei. Masa kitaorang tunang dulu pon ade buat kenduri jugak. Kenduri lepas Maghrib. Kenduri majlis Zikir. Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan amalan zikir. Aku memang tak alim. Tak layak untuk bercakap mengenai hal zikir dan sebagainya. Tapi apa yang aku lihat mlm tu memang berbeza dgn kenduri arwah yang biasa dilakukan oleh orang lain. Pertama kali aku menghadiri kenduri arwah seumpama ini. Ni memang termaktub dalam perintah Allah dan sunnah Rasullulah. Zikir yang diselangi dengan renungan penuh bermakna dari Tuan Sheikh. Tapi mungkin pada sesiapa yang melihat untuk kali pertama, mungkin akan tertanya-tanya dalam hati. Tapi bagi org Negeri Sembilan ni adalah amalan biasa. Tapi bagi aku yang org Perak ni, mungkin anggap sesuatu yang berbeza. Tapi aku belajar dan cube adapt dalam diri. Keadaan seolah-olah seperti dalam mimpi yang penah aku alami masa mule2 kenal ngn En Azli.

Satu perkara yang buat aku rase kagum bile ada majlis melibatkan Tuan Sheikh. Sume kedaan akan jadi teratur dan tersusun. Aku memang suke dengan keadaan majlis yang sebegini. Nampak sangat profesional. Cara arrangement yang mantap. Aku dan En Azlli memang banyak persamaan. Bukan nak angkat bakul sendiri. Kami memang banyak persamaa. Apa yang aku suke, dia akan suke. Apa jenis prinsip yang aku pegang, die pon punyai prinsip yang sama. Syukur setakat ni kami tak hadapi banyak masalah dalam hubungan. Senang citer kami memang teliti dengan apa yang kami ingin lakukan.

Berbalik pada kenduri, aku sgt senang hati sebab dapat bantu semana yang mampu. Ni bukan nak bodek bakal mak mentua, tapi ikhlas dari hati. Ni cara aku untuk merapatkan hubungan dan kenal sedara mara mereka.

Tapi sedikit terkilan, test aku tak siap lagi and kene antar ari Isnin sebelum pukul 4. Lupe nak bawak laptop nk curik masa siapkan. Semalam tido umah Kak Tam. And aku terpaksa balik awal dalam 10pg. Kesian la plak tgk umah dalam keadaan tak abis kemas lagi. Tapi aku terpaksa balik KL jugak walaupon Isnin aku cuti. Kalo ade masa memang aku stay lame untuk bantu apa yang patut.

“Aku memang tak alim and bukan perempuan baik,..selayaknya tak layak untuk bercakap mengenai perihal agama ataupon amalan zikir Rasullah..tapi aku juga hamba Allah yang inginkan suatu kebaikan dan ingin menyampaikan sesuatu yang berbeza yang pernah aku lihat..."

Wasalam

Thursday, May 27, 2010

Mindset~

Semalam saya bercakap mengenai mode negatif. Pagi ni saya terpikir buat apa saya nak teruskan mode negatif tersebut. Tak susah sebenarnya untuk menghalang mode negatif dari meresap dalam diri kite. Apa yang paling penting adalah mindset kite.

Pagi ni saya ada terbace satu laman web motivasi yang berguna setelah menaip berbagai keyword di google. Mungkin yang lain pon bole dapat banyak input yang berguna sebagai perisai kita untuk menghadapi kehidupan yang kadang-kadang mode tidak menentu. Thanks to Miss Nadira yang comment kat post sebelum nie. Btol cakap ko buat apa nak biarkan mode negatif men"tua" kan diri kite. Huhu.

So pagi ni saya tertarik dengan satu ayat yang mungkin bole menaikkan kembali semangat saya yang ilang sebelum nie.

"Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dari minda"

"Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang"

"Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya anda ditemukan dengan banyak kejayaan, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar"

"Fikiran kita bertindak seperti doa"

Cara ini boleh digunakan tak kisah la bila anda terkene simptom negatif yang mana satu pon. Kalo tak percaya mari kita sama-sama cube ubah mindset kite bile kite terpikir sesuatu yang negatif.

Credit to www.imotivasi.com

Wednesday, May 26, 2010

Mode negatif

Ade beberapa perkara yang ingin diluahkan kat sini

  • Hai nape la ngko ni tak paham2 bahasa. Ade sorang minah tak sedar diri ni tak abis-abis nak add aku kt facebook. Tak paham-paham ke kalo aku ignore ko banyak kali bermakna aku mmg tak sudi nak berkawan ngn ko langsung baik di facebook mahu pon alam realiti ni. Erm sape minah tu?? Erm sape lagi. Minah yang penah bikin onar dalam hidup aku. Huh menyampah btol kalo nak sebut nama die. Banyak cilakak. Suwei~
  • Arini mood tidak sebaik semalam. Berlaku pendarahan yang serius arini. Ditambah dengan berita yang kurang enak malam semalam. Terus mood ilang. Dahla time tgh lipat baju konon nak mengemas bilik. Ya Allah, aku minta pertolongan dari Mu Kurangkanlah beban hambaMu ini~
  • Arini dah angkut kain baju nak menumpang kasih kat umah Natrah. Dah kerap sangat aku dok situ. Korang taknak mintak duit api air ke kat aku nie. Tambah plak duit makan malam. Huhu. Ntahla makin nazak plak rase aku dok situ. Ketiadaan aku kat umah tu beberapa ari naik muntah tgk keadaan umah mcm sarang tikus. Terlalu bersepah kat pandangan mata nie. Aku tak buat takkan aku nak tlg kemaskan. Abis korang kat umah buat ape. Ternak lemak je ke?? Jangan sampai aku nak fed up, sudahla~
  • Terasa perlukan motivasi diri. Terasa semangat rebah kat bumi. Sape-sape tlg bagi semangat kat diri aku~

Ade hari kite akan rase gembira sangat. Mcm semalam mmg aku gembira sangat. Ade hari kite akan lalui kesedihan, kemarahan, kemurungan dan mode negatif yg sewaktu denganya. Apa yang perlu kita lakukan untuk nyahkan dari mode negatif itu???

Tuesday, May 25, 2010

Berita baik

2 berita baik untuk arini..

  • Result dah bole tgk. Special case la. Sebab Cik Farah tlg tgk kan memandangkan die staff Uitm. Much much better than last semester. Alhamdullilah.

  • Gi KLCC and dah settle kan satu dulang tuk hantaran.

Teruja

Jangan tak tau skg ni aku berada di lab computer opis. Musykil bile bole bukak facebook tanpa gangguan. Blog pon bole update. Wah sume org berusaha untuk berhati mulia nampaknya. Mungkin ini hanyalah sementara kot. So gunakanlah kesempatan ni sebaiknya memandangkan aku telah give up untuk meneruskan hidup bersama Maxis Broadband yg sangat sucks. Memang aku bukan pengguna yang setia. Padahal akula org miskin yang perlu jadi kedekut. Tiada lagi peruntukan bulanan utk itu. Enough nanti ada plak yang nak menyaman aku kat sini.

Thanks to En Azli sebab telah menyenangkan hati saya. Sangat appreciate apa yang awak buat tuk saya. Skg dalam hati ada taman rama-rama.

Bila la aku nak siapkan research proposal nie. Adoi sangat malas la rasenye. Target nak send draft chapter 1 kat En Ali. Tapi sampai ke saat nie tak jugak hantar-hantar. Pls la beri aku sedikit kerajinan.

Erm mane pegi sume penghuni lab nie. Kosong dan sepi je. Huhu nampaknya lebih lama lagi la aku kat sini. Huhuhuu...Bajet nak cari jurnal. Tup tup paham2 sendiri la. Ni mungkin salah satu punca kelewatan menyiapkan RP...huhu

Sunday, May 23, 2010

Rindu

Sangat rindu sama En Azli.

Sorila kalo ayat di atas mengelikan tekak kalian. Tak dapat nak bendung rasa rindu. Satu dunia nak canang yang aku merindui tunang tersayang. Setelah sekian hampir 2 minggu tidak berjumpa. Alahai bukannya 2 tahun tak jumpakan.

Cube teka di mana lokasi aku skg?? Erm of course la kat umah yg ada jaringan jalur lebar aka broadband. Nyah kan diri dari Taman Medan dan cube mencari ketenangan di Pandan Perdana yang damai. Memang best lepak sini. View yng berhadapan dgn tasik. Sungguh permai je bunyinye kan. En Azli hampir menyarankan aku dok je kat sini and die sanggup tuk bayar deposit separuh. Separuh jela kan. Maklumla aku org miskin yang perlu jadi kedekut. Huhu. Yela memandangkan rakan seperjuangan di sini akan berkahwin. Opss sape tu. Erm nanti die marah kalo kecoh di sini. Buat masa ni tak terpikir lagi untuk berpindah memandangkan banyak perkara yang perlu diuruskan seperti tidak berbaloi untuk kuar rumah. Bersabar je wahai Fardilla.

Sangat tidak sabar untuk drive ke Seremban skg nie. Tapi En Azli perlu menghadiri jemputan kahwin plak. Datang awal pon bukan bole jumpe die terus. Erm die ade ajak tapi aku tak bawak baju kurung plak. Takkan nak pakai jeans plak kan. Erm nak pinjam pon ukurla baju di badan sendiri kan. Huhu. Letih bile bercakap pasal bentuk badan yg semakin "langsing" nie.

Cepatla masa berlalu~

Wednesday, May 19, 2010

Ting Tong

Arini tak tau apa yang berlaku dalam saraf kat otak nie. Sometimes tak mampu berfikir dgn betol. Tengahari tadi temankan Natrah gi beli bateri kete kat area Pandan Indah. Natrah nie kawan opis. Besday kami dekat2. Aku 5 Mei die 9 Mei. Perangai pon mcm lebey kurang. Gadis berbintng Taurus kata kan. Paling tak bole blah kalo gi mane2 penah la orang ckp kami adik bradik. Yang tak best aku la kakak. Padahal die tua setahun dari aku. Huhu enough nak introduce kawan di sini. Maklumkan tgh mode 'kawan' skg. Huhu.

Erm tak tau la apa yang berlaku masa nak balik tadi. Aku confident mengatakan ade jalan short cut ke Pandan Jaya. Walhal memang tak penah wujud pon jalan tu. Hanya imaginasi aku jer. Huhu hampeh btol. Ntah apa la yang aku pikir masa tu. Erm susah la nak citer kat sini. Tapi hanya aku dan Natrah je yang tau kisah tadi. Hehe...

Kawan

Sgt susah nak puaskan hati sume org. Rase sgt tak sabar utk kuar dari Taman Medan. Ntahla. Memang susah untuk mendapat kata sepakat bersama. Kalo ikutkan hati mmg tak tahan. Aku hanya perlu bertahan untuk tempoh masa yang sikit je lagi (cikit ke). Adoi cepatla masa berlalu. Proses lakonan utk dapatkan award harus berjalan seperti biasa.

Bukan setakat masalah org yg melanda. Memang la tak baik menceritakan masalah rumah tangga kat sini. Rumah tangga ke? Erm mmgla umah aku tingkat 2. Tak sebest dulu. Rakan sekepala ku tiada lagi di sisi. Masing-masing dah bina kehidupan di alam lain. Huhu bukan 'alam' itu ye. Isnin kelmarin Zai dtg. Wah sgt teruja. Dah lame kami tak bersembang panjang citer2 gosip2. Kalo dh tido sekali tu alamatnya tido pon lambatla. Sebelum melelapkan mata sembang citer yang sampai esok tak abis tu. Huhu Zai dah bahagia bersama suami tersayang. Aku bile lagi??? Huhu menghitung ari...

Huhu aku kesunyian...perlu kawan yang bole share sume bende.

p/s: smbil makan laksa yang sedap dibeli di pandan perdana

Tuesday, May 18, 2010

Bosan

Kadang-kadang aku geram dengan kehidupan...(Erm apa yang aku cube sampaikan nie..harap kalian paham la ye dgn ayat yg seterusnya)

Tak patut kite nak menyalahkan kehidupan. Sumenya telah ditentukan. Tapi bukankah manusia disuruh untuk berusaha untuk capai apa yang die miliki. Tapi aku dah berusaha kalo tak bole mcm mana plak. Maknanya belum masanya lagi la. Tapi aku tak sabarla. Tapi aku tak boleh putus asa. Erm bape banyak tapi la.

Terasa skg nie kehidupan amat membosankan. Bangun pagi-gi keje-530 pm balik keje-balik umah-tgk tv-bla bla...Serius bosan. Tiada apa yang lebih membosankan selain mengadap aktiviti tu.

Aku bosan. Sekian terima kasih. Kepala ting tong nak menghabiskan ayat yang seterusnya.

Monday, May 17, 2010

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

P/s: Thanks to Mior and Zai for this lovely pic

Friday, May 14, 2010

Obvious sgt ke?

Huhu arini ade org berkata aku sudah besar. Erm nak kate aku dah gemuk la tu. Haishh obvious sgt ke aku dah makin membesar nie.

Waaaa tension2....

Thursday, May 13, 2010

I'm Back Part 2

I'm Back!

Setelah sekian lama menghilangkan diri aka bercuti panjang..erm tak panjang mana pon cume 3 hari je. Akhirnya Fardilla kembali kepada rutin harian yg membosankan.

Banyak bende yang ingin diceritakan.

Tapi otak tibe2 stuck so tgk jela pic yang aku letak nanti.

Friday, May 07, 2010

Perutku berotot

Erm arini terasa di perut ku berotot..musykil dgn kemunculan otot di perut. Even nak gelak pon terasa sakit. Mcm sakit lepas buat sit up dgn harapan untuk menghalang buncit. Tapi masalahnya aku tak penah buat sit up. Sebab setiap kali nak buat sit up mmg tak penah jadi. Baring bole pastu nak bgn balik tak boleh. Hahaha sengal gile. So that why la aku mmg tak gemar sgt buat sit up stelah dinasihat oleh beberapa org teman untuk menguruskan bahagian perut. Aku rela beli pati halia and sapu je. Tak perlu nak bersusah payah kan.

Enough pasal perut yang berotot.

Arini terasa cuak sikit sebab ade exam kan. Takut aku menjadi blank dgn tibe-tibe. Harap takda pape yang berlaku la. Amin. Ni la padahnya bersenang2 dahulu bersusah2 kemudian. Org lain dah abis exam aku terkulat2 nak study untuk exam arini.

And lepas exam terus gi Semban dgn harapan nak jumpa En Azli. Esok balik Ipoh nak meminjam kreta beliau. So kali ni aku balik Ipoh meninggalkan super power kancilku. Jangan nakal-nakal ok. Mummy tinggalkan sekejap je. Jgn merajuk plak. Huhu...

Yeay cuti smpai ari Rabu. Melepaskan tekanan di opis dan study setelah sekian lama tidak balik Ipoh...

Wednesday, May 05, 2010

Budu Part 2

Wink wink...

Balik opis dpt invitation makan malam dari Mun Mun aka Murni. Hehe makan nasi ngn budu. Hantu budu. Sejak bile la aku pandai makan budu nie. Sangat berselera sekali ye aku makan. Kalo tak makan 2 pinggn mmg tak sah. Opsss rosak program bersama London Weight Management.

Propek ku dah berbulan2 tak bayar. Maxis Broadband sgt suck. So sempena ngn ari peningkatan umurku. Natrah bagi aku pinjam propeknya...huhu..bole la berym ngn En Azli.

Okla nak lipat baju. Dah lame rasenye meninggalkan bilik terchenta ini. Perlu dikemas supaya tidak kelihatan serabut ye.

Erm one more thing nak bgtau nie. Jumaat ni ade final exam research. Erm tak abis lagi. Doakan aku boleh menjawab dgn jayanya. Then baru bole balik Ipoh. Tak sabarnya...

Cis

Cis dapat satu berita yang mengemparkan. Ya Allah apa nak jadi nie. Bole ke aku cari makan lagi nie. Adoi~

Berita ape?? Erm cari la sendiri berita yang berkaitan dgn diri aku nie.

Happy Besday!

Happy birthday to me!

Arini genap umurku 24 thn. Time kasih mak ayah sebab kalian berdua ku wujud di bumi ciptaan Allah nie. Jasamu tidak ternilai. Sob sob sob...

P/s: kawe dah ngntuk..continue esok jela~

Tuesday, May 04, 2010

Nak charger

Arghh Fardilla yg sengal. Arini aku tido umah Natrah lagi. Biasala penghuni sementara. Adoi aku terlupe plak nak bawak charger hp. Kat umah diorang ni takda sape yg pakai sony. Tensinye cmne nak calling2 ngn En Azli. Adoi rasenye aku dah letak charger dalam beg tadi. Cmne bole lupe nie.

Hurmmmmmm.....

(Bende ni pon nak post kat blog ke. Tak paham aku)

Monday, May 03, 2010

Just Say No, Thank You

Niat hati ikhlas tuk berkawan...menambah lagi sillaturahim sesama manusia.

Tapi kawan kite tu yang tak ikhlas nak kawan ngn kite. Mcm mana tu. Sekadar kawan tuk melepaskan tenguk die atau bahasa mudahnya, sekadar untuk meyenangkan hidup die je. Ade jugak manusia yang mcm tu. Erm biasa la nak hidupkan.

Kat blakang mengutuk kawan sendiri. Kalo memang yang betul aku tak kisah. Tapi dok jaja benda yang tak betul semata-mata nak membongkakkan diri. Adoi aku mmg pantang dgn org yang bongkak nie. Kalo dah tak suke susah tuk aku menutup mulut ni dok ckp pasal die je.

Kepada kawan-kawanku, jangan dilayan lagi org seperti itu. Tak payah cara hidup die lagi. Org yang tak sedar diri mmg begitu. Kita buat hal masing2 je. Kalo die mintak tlg ke apa. JUST SAY NO, THANK U..amacam setuju kawan-kawanku....

Peace no war~

Sunday, May 02, 2010

Ahadku

Salam semua,

Mcm biasa nak tutup account sempena Ahad nie. Huhu...

Arini dipenuhi dgn aktiviti yg bermakna. Pagi2 En Azli dtg KL amik aku kat umah. Aku, Joe and Izan (tunang Joe) gerak gi KLCC terus. Huh kacau daun la mereka itu. Haha jgn mare ek Joe. Erm jarang En Azli nak turun KL. Kalau takda sebab mmg die tak turun KL. Nie pon sebab ade HOMEDEC. Tiap thn mmg tak penah miss. Ni thn ke 3 pegi. Saje cuci mata tgk bende chantek2 tuk hiasan umah nanti.

Lepas lenguh kaki pusing2, makan2 and gi tgk wayang kat Galaxy Ampang. Tempat yg tak best. Tapi demi mengelak kesesakan ikutkan jugak. Ironman sume dah sold out. Tgk la IP Man. Tapi mmg sgt best. Yg kelakar satu wayang tepuk tangan bile Yip Man menang lawan ngn Twister aka peninju barat yang bongkak. Benci tgk org yang bongkak. Bagus mesej yang disampaikan dalam cite ni. Cube untuk hormati org lain walaupon apa status seseorang tu. Kalo tak pecaya tgk la sendiri. Memang tak myesal.

Argghh rindu En Azli....tak suke perasaan ni~~~~~~

Saturday, May 01, 2010

Lelaki tak sama dengan wanita

Tibe-tibe terjumpa artikel yang best nie. Rasenye sesuai utk dikongsi dgn perempuan di luar sana. (Tak jadi gi cuci kreta..ari nak ujan..)

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

--->penulis asal Syed Abi Ghufran

Ku tidak lagi keseorangan

Ku tidak lagi keseorangan di rumah. Huhu...

1 Mei Labour day..so housemate aku sume takda kat umah. Balik kg. Aku je yang tak balik kg. Next week balik. Cuti smpai ari Rabu. Nak antar Debab (adik aku da) masuk matrik. Nape panggil Debab. Erm nanti tgk la sendiri pic di atas.Hehe..Aku pon kalo tak control berat badan mesti jadi mcm Debab. Huh menjengkelkan bila ckp pasal berat badan.

Post yang sebelum nie aku penah ckp aku takut dok sorang kan. Ermm dun worry Akma (my babe masa kat U) dtg umah. Erm maybe arini ade lagi peneman aku kat umah nie. Joe (kawan En Azli) mintak tlg aku tumpangkan tunang die. Erm no hal. Hehe asalkan aku tak keseorangan. Aku tak penah kenal pon sape die. Tak kesah la asalkan die bukan seorang yang menjengkelkan.

Erm arini takda wat pape pon. Cume menunggu ari esok, En Azli dtg nak gi Homedec kat KLCC.

Okla nak gi cuci kreta jap. Sangat kotor dah berbulan2 tak menghiraukan kebersihan super power kancilku.

Saturday, May 29, 2010

HEBAT

0 comments

1 comments

2 comments

Disable Right Click