Followers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 31, 2010

Emosi

Hei ada aku kisah!

Gi M* la kau. Peduli apa aku kalo aku tak dpt org lain dpt.

So mulai arini aku dah dapat satu pengajaran yang amat bermakna dalam hidup nie,

Aku tak kacau hidup ko, tapi ko kacau hidup aku,

Terima kasih banyak,

Terima pembalasan aku sikit demi sikit,

Aku ingat pompuan je yg berperangai mcm tu,

So nothingla aku kat sini ibarat seperti sampah,

Kalo rase tak perlu buang, kalo rase nakkan bantuan ko kutip mcm ko takda maruah,

Hei aku tak kisahla,

Aku berjanji aku takkan lama kat sini,

Terima kasih sebab bagi aku peluang ni,

Terima kasih sekali lagi....

Poyo Part 2

Yess semalam besday En Azli.

Takda hadiah yang mahal cume aku dah send sejambak bunga tuk die...

Hope u like it!

And die sangat teruja mcm mane bunga bole sampai direct ofis die,

Erm zaman dah moden la awak,

Dunia dah canggih,

Just click je...

Hehe...

Thanks to bloom.com.my

Poyo Part 1

Students ku yg sengal,

Semalam aku dress up ala-ala muslimah sejati pakai tudung ekin tu.

Mcm biasa semalam aku ada kelas teori food studies. First time aku pakai tudung tu gi opis. Mcm-mcm reaksi yg aku dpt. Best jgk sekali sekala buat kelainan.

Masuk kelas, mcm biasa students confirm tegur kalo aku lain mcm sikit.

Student 1: Eh miss nmpk lain la, comel la... (kembang sekejap)
Student 2: Haha miss dah kembang...(kuang ajor btol)

Yng paling lawak, ade student kat luar teragak-agak nak masuk. Sebab ingatkan salah kelas. Hampeh btol.

Student 3: Laa miss ke, ingatkan salah kelas tadi. Miss nmpk lain...( dlm hati sabo jela)

Bukan apa aku suke tgk org pakai tudung yg ade owning tu. Nmpak kemas. Harusla beli lagi banyak kat Muaz Jalan TAR. Tudung yg aku pakai je cost die cume RM6 je. Murah kan....

Tuesday, March 30, 2010

Hepi Besday Laling

Arini besday En Azli yang ke 29...

Happy Birthday Sayang, I Love U So Much...

Ni kali kedua aku celebrate besday org tersayang. Erm u dah tua. Patut dah wajib kawin. Hehe...takpela kan..anyway semoga umur yang ke 29 ni membawa satu sinar bahagia dalam hidup u and i. Kumpul duit cepat-cepat k...takkan nak kene tunggu umur 30 baru nak settle down kan. Tapi janji kite usaha sama-sama bukan harapkan orang lain.

Rasenya mcm baru semalam je sy kenal ngn awk. Kite jumpa di Bulan Ramadan. Hari yang ke 22. Malam Lailatul Qadar. Malam penuh keberkatan. And sy harap hubungan ni pon mendapat berkat dari bulan Ramadan. Siapa sangka, kite jumpa selepas 2 bulan sy keje kat sini. Rupanya hijrahnya sy ke KL, bersama datangnya cinta baru, cinta yang sejati antara kita. Nekadnya sy terima tawaran keje kat sini, and tinggalkan cinta lama sy kat sana. Semuanya ada hikmah disebaliknya. Dan sy sangat bersyukur kerana Allah temukan sy dengan cinta yang sejati.

Pertemuan kite pelik and tanpa disangka. Malam tu hampir sy taknak pegi. Tapi gerak hati ni sangat kuat. Suruh sy pegi jgk. Patutla. Rupa-rupanya, ada udang sebalik mee. Hehe...Tapi sy masih ingat lagi, awak ckp awk tertarik dengan senyuman sy yg manis (manis ke). Masa last antar sy and awak balik Sremban lepas kite round Down Town Danau Kota. Tapi skg awak dah tak ckp pasal senyuman sy lagi. Erm ayat manis nak tackle kan masa tu. Hehe...Pastu awak siap ckp suara sy sedap kalo nyanyi. Mana awak tau sedangkan awak tak penah dengar sy nyanyi. Ayat manis lagi. Masa mula nak kenal setiap masa nak ckp dengan phone. Smpai sy nak tido pon susah. Smpai sy ckp dalam hati bila la awak nak benti. Hehe...Tapi skg bila dah dapat terbalik plak. Awk yg ckp dalam hati bila la sy nak benti ckp ni. Takpe,sy paham. Lelaki memang mcm tu. Tapi sy tau awk memang syg sy sgt.

Mcm2 jadi dalam hidup sy. Awk dtg cube selamatkan sy. Cth mcm kes umah sewa sy tu. Awk tak abis-abis risaukan sy. Sanggup dtg KL 2 hari berturut-turut semata-mata nak setelkan hal lelaki bangsat tu. Smpai bawak geng nak pukul. Sy hargai apa yang awak buat. Kes lain plak bila sy bt taik dengan hubungan ni. Awk mcm org gila bile dengar bende tu. Sejak tu sy baru sedar yg sebenarnya awk terlalu sygkan sy dan tak sanggup berpisah dgn sy. Dan tu kali pertama sy kene marah ngn awk. Sy tau awk tak pernah tinggikan suara dengan sy. Sy akui masa tu memang sy silap besar. Tak pikir perasaan awak dan sejak tu sy sedar sy hanya ada awk dalam hati sy. Allah nak uji kita. Dan baru-baru ni. Pintu bilik sy terkunci, awak sanggup dtg tuk sy. Sy rase bersalah sgt sshkan awk. Sy sangat hargai apa yang awak dah lakukan untuk sy. Dan banyakla lagi citer-citer dan kalo citer smpai esok pon tak abis.

Awk memang lelaki yang lain dari lain yg penah sy jumpa. Sy tak penah dilayan macam mana awk layan sy skg nie. Allah dah beri sy seorang lelaki yang betul-betul memahami sy, yg tak berkasar dengan sy, yg tak panas baran, yg bertanggungjawab. Sy sangat bersyukur. Segala-galanya awk bole uruskan. Dan sy tak perlu pikir sorang-sorang tuk buat preparation kita. Awk banyak pikir tuk sy. Awk boleh berkongsi idea ngn sy. Ya Allah tak tergambar perasaan ni, sbb Allah dah kurniakan sy seorang lelaki yang begitu sempurna dan pelengkap hidup sy. Terima kasih Ya Allah.

Saya akan terus mencintai awak selamanya. Terima kasih Cinta~

Tips

Salam semua,

Arini sy mcm berminat nk share something. Hidup ni penuh dengan kepenatan. Setuju dengan sy? Yes setelah seharian memerah keringat pasti kite berasa penat and ingin merehatkan diri. And nak dijadikan cerita semalam lepas balik keje memang terasa mengantuk and badan terasa letih. Sokmo setiap ari mcm tu. Dah jenuh makan vitamin kuat tapi sumenya sia-sia. Ntah toksin apalah yang ada dalam badan ni. So semalam balik keje mcm biasa akan menghadap depan TV smbil 730 pm. Lepas abis Na O Mei, lipat baju and kemas bilik sikit-sikit. Bilik yang bersepah jgk bole mengundang keletihan dan keserabutan dalam diri anda. So mulai skg sila pastikan bilik dan tempat tido anda sentiasa kemas. Tapi bagi yang tak biasa. Sila biasakan diri dan anda pasti berasa sangat nikmat bagaikan berada di syurga dunia bila duduk dalam bilik yang sentiasa kemas.

Ok2. Erm sambil lipat baju sy trgerak hati nak pasang laptop. Stand by tuk buat assignment lepas mandi. Cube mencari lagu yg sesuai untuk dipasang smbil lipat baju. Erm boringla dengar lagu yang ade suara nie. Semak dengar suara diorang tu. Bukan sedap sangat pon. Erm ternampak folder Kenny G. Yes layan lagu sentimental Kenny G. Memang sangat tenang lepas tu. Fikiran akan terasa sangat relaks. Dari terasa serabut tadi terus tenggelam dengan alunan saxophone tiupan Kenny G. Smbil mandi pon layan. Bilik sy ada bilik air ok. Jangan ingat sy bawak laptop dalam bilik air plak. Wah terasa mcm berada di Spa. Kalo tak percaya tryla. Memang relaks and tenangkan minda. Tu tips no 2 hilangkan keletihan dan tekanan selepas keje.

Tips yang seterusnya, kalo ade air panas bole la mandi dengan air panas. Confirm pastu segar dan tido pon akan nyenyak tanpa sebarang gangguan. Tapi kat umah nie mana ade air panas. Kalo nak kene masak. Tak kuasa la plak kan nak tunggu air tu masak. Nak tunggu sebaldi air berjam. So sy tak mandi air panas. Kadang-kadang je.

Seterusnya, kalo nak lagi nyaman try scrub badan masa mandi tu. Confirm sume daki tertanggal and pastu terasa segar sangat. Tak kisahla skrub badan jenis apa pon. Sy selalu pakai yg susu kambing tu. Wangi dan bersih. Segala kekotoran terangkat. Sesuai diamalkan untuk org perempuan yang bakal menikah. Kulit gebu dan licin.

Lagi satu jangan lupe minum air kosong banyak-banyak. Lantakla berbotol-botol pon. Kalo sy terasa tak bermaya sy akan cube minum air kosong sebanyak mungkin. Jangan tunggu dahaga baru nak minum. Terhidrasi namanya. Tu sebab badan lesu dan tak bermaya. Ceh kata orang, kadang-kadang malas jgk nak minum air kosong.

And yang paling penting hati dan minda positif yang menguasai diri. Kalo minda kata malas, malas la kite. Kalo minda kata cergas dan rajin, automatic ade satu kuasa mistik yang mendorong kite menjadi cergas dan rajin.

Tula sedikit sebanyak tips yang dikongsi bersama. Kalo tak percaya try la ye. Selamat mencuba. Assalamualaikum...

Monday, March 29, 2010

Boring

Dihujung-hujung semester semakin byk keje yg perlu di submitkan. Ni bukan sal keje sebagai lecturer tapi sebagai student.

So far keje di opis masih mampu dikawal supaya tidak menyerabutkan keadaan yg dah sedia serbut.

Mcm biasa nk kat sini nak catat jadual harian dikala weekend. No dating. Dok umah concentrate nak abiskan sisa-sisa keje yg berlambak.

Ari Ahad terasa gatai nak try masak asam pedas. Tapi yg tak best takda ikan yang sedap tuk dimasak. So nak taknak beli je ikan tu. Dah teringin punyer pasal. Rase asam pedas tu da cukup rase tapi ikan die tak boleh blah la. So next time harus cube sekali lagi smpai perfect. Ni first time sy masak tau.

Tapi boring gak dok umah nie. Terasa otak tak berkembang. Erm dahla malas nk membebel lagi.

P/s: Esok besday En Azli!

Friday, March 26, 2010

Pic Part 3

Serabut

Skg sudah menjumpai serabut yg melampau dalam diri. Bile dah jadi mcm ni mulalah jadi sewel ngn tibe-tibe. Btol kate Cik Yana, now sy sedang mengadu nasib di my zone. Hihi...

Sejak kebelakangan ni (sejak Zai tak tido sebilik), aku sangat kerap bangun lewat tuk pegi keje. (tapi Subuh masih sempat ok). Bile lambat jalan akan sesak. Masuk thn 2010 ni kedatngn ke opis agak kurang memberangsangkan. Selalu sngat sampai hampir-hampir nak 830 am. Kadang2 terlepas 2 3 minit. Tu yang serabut tu. Walaupon 1 minit dikire lambat jgk kan. Berbanding ngn sebelum ni aku akan smpai opis dalam 8 am. Erm tlg la bagi semangat kat diri ni tuk bgn awal dan sampai awal di opis.

Mcm arini aku siap tunjuk F**K, kat seorang Cina yg sangat kuang ajar. Memang la tak baik. Tapi aku sangat geram. Marah tak dpt nak kawal. Amik ko. Padan muke. Bile aku tak bagi ko celah kete aku jgnla nk melwan. Dapat seketul dari aku. Erm mcm tu la rutin pagi2 nak gi opis. Kalo tak naik angin memang tak sah. Haishhh tak suke mcm ni.

Pasal assignment tak payah citerla. Sokmo aku cite kat sini. Macam biasa aku memang tak berjaya menyiapkan satu assignment pon. Syabas fardilla!

Wednesday, March 24, 2010

Malu

What??

En Azli bace blog saya,

Sangat malu bile die bace luahan saya yg sumenye mengarut,

Dalam diam-diam die bace,

Mesti die kembang bile sy cite pasal die,

Huhu,

"Bacela laling, lalang tak kisah pon,"

=)

Monday, March 22, 2010

Update

Sabtu:

Seperti biasa pagi ade kelas Dr Salleh. Aku sampai lewat 5 minit. Kelas sepatut bermula pukul 9pagi. Masuk kelas ramai yang tak datang. Miscomunication. Ramai ingat kelas start lewat sebab Dr Salleh nak attend Colloqium dulu. But then sume salah tanggapan. Last week aku tak dtg, so tau dari mulut Natrah je. Tapi aku tetap dtg mcm biasa. Rupe-rupenya sebelum aku smpai Dr Salleh dah mengamuk sebab ramai yang tak dtg. Die sangat pantang dengan org yang tak dtg kelas and dtang lewat. Dah la die ade penyakit jantung. Pastu nak marah-marah plak kan. Sangat merisaukan.

Die terus kuar kelas tinggalkan note chapter 9 and 10. And assume die dah khatam chapter tu. Perghhh Dr Salleh merajuk! Risau minggu depan die buat keje gile, bagi kuiz ke, suh present ke, antar report ke. Mampus!

Memandangkn kelas dah dibatalkan begitu saje, aku and Farah gi tgk Colloqium. Wah terasa menyesal tak dapat nak defense proposal sem nie. Sangat best tgk org present. Takda la kene hentam teruk sgt nok. Skg aku terasa sangat jeles and nyesal tak complete kan research proposal tu. Pdan muka ko Fardilla. Sape suh jadi pemalas sgt and putus asa cpt sgt. Make it simple sudah. Tak payah pikir bombastik sgt kan. Argghhhhhh tensen!

En Azli msg ckp nak dtg KL. Irwan ajak die dtg KL. Kitaorang tak bajet pon nak jumpa minggu ni. So terjadilah pertemuan antara kami. Die tunggu kat KLCC. So after tgk Colloqium terus jumpa En Azli. Seperti biasa aku mmg tak suke bersiar-siar di KL time weekend. Somak palo den!

Seperti biasa kami berjalan melihat sebut harga di setiap kedai brg yang nak dibeli. Tak abis pusing KLCC, terus gi MidVallley. Kalo nak dibandingkan aku lebih suke gi MidValley lagi. Tak taula nape. Aku dah aim 2 brg. Tapi tak taula perlu ke aku nak beli cpt. Kalo tak beli menyesal. Dah takda lagi da. En Azli siap nak sponsor lagi. Aku bukan jenis kikis duit laki sendiri. Harap maklum!

Ahad:

Melepak di rumah. Merehatkan diri. Kemas bilik and buat ape aku suke nak buat kat rumah. Takda ape yang menarik tuk dikongsi. Cume semalam aku try buat marshmallow kat umah. 2 kali percubaan gagal dan aku telah membazirkan corn syrup yang berharga RM20 sebotol yang agak tidak besar. Peruntukan tuk buat projek?? Takde kene kuar duit sendiri.

Cubaan yang pertama disebabkan kekurangan gelatin. Tak balance dgn kuantiti air. Cubaan kedua tgh sedap putar pakai whisk, mesin berenti tibe-tibe. Memang sengal. Hampir nk kembang marshmallow aku. Ade saje halangan. So arini nak buat bende alah tu kat kitchen kolej. Kalo tak jadi jugak, aku fed up. Amboi cpt sgt putus asa. Minggu ni nak kene present product tu.

Cukup sampai disini aku membebel....

Friday, March 19, 2010

Pic Part 2

Let the pictures do the talking~

Coretan Petang Jumaat

Kita sering mengeluh, bila tak mampu nak capai apa yang kita hajati. Tapi penahkah kiter terpikir sebenarnya ramai lagi yang kurang bernasib baik dari kehidupan kita. Mengapa kita perlu menyesali dan meratapi nasib sendiri, sedangkan ramai lagi yang kurang bernasib baik.

Kadang-kadang aku selalu mengeluh dengan apa yang aku ada hari ini. Sepatutnya aku harus bersyukur dengan apa yang Allah dah anugerahkan pada aku. Sekurang-kurangnya aku takda lah terlalu bernasib malang sangat. Manusia memang tak pernah berasa puas dengan diri sendiri. Kita sebagai manusia perlu lebih berusaha untuk mengecap nikmat hidup yang diimpikan. Berdoa senantiasa.

Kadang-kadang aku tak sabar untuk mengapai impian di hujung sana. Mencari kelemahan diri dan cuba untuk belajar dan berjaya macam org lain. Bila tgk orang seperti mudah mengecap impian yang mereka impikan. Apa petua yang mereka amalkan. Atau nasib menyelebahi diri mereka. Atau nasib belum menyelebahi diri aku lagi.

Terlalu banyak kekurangan dalam diri ni yang harus aku atasi. Terlalu jauh lagi perjalanan yang harus aku tempuhi untuk mengapai kejayaan itu. Terlalu banyak lagi usaha yang harus aku lakukan untuk membaiki hidup ini. Sumenya terlalu banyak. Tiada jalan mudah untuk mengecap kejayaan.

Semoga Allah bantu diriku ini. Amin.

Tuesday, March 16, 2010

Dugaan

Terkejut mendengar suatu berita yang tidak disangka-sangka..

Crita ni mungkin boleh dijadikan iktibar untuk diri aku sendiri dan org yg mendengar. Ramai org ckp di alam pertunangan memang banyak dugaan. Tapi kita tak sepatutnya menyalahkan "dugaan" itu kepada punca hubungan berantakan. Kadang-kadang manusia ni yang tanpa sedar yang cuba create dugaan tersebut. Bila dah jadi sesuatu yang tak baik, menyesal pon tiada gunanya.

Cube bayangkan lebih kurang sebulan lagi bakal menikah. Tup tup terputus di tengah jalan disebabkan terlalu emosional dan mengikut rase hati yang marah. Org ckp terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa. Persiapan sume dah setel cume menunggu hari je lagi. Sedih kecewa sume bercampur.

So pengajaran yang aku dapat dari kisah tersebut (kawan sendiri):

  • Kita perlu menerima pasangan seadanya. Kite tak boleh nak mengubah seseorang tu 100 peratus. Kalo nak org tu berubah, kite perlu berubah dahulu.
  • Jangan terlalu mendesak. Buat cool sudah. Kebanyakan lelaki memang tak suke didesak. Anda sendiri pon pasti tak suke didesak kan.
  • Tak salah kalo kiter menjadi seorang yang humble atau merendah diri. Buat apa nak membangga diri. Buat kene kutuk je nanti.
  • Jadilah diri sendiri. Tak perlu nak kontrol ayu atau macho. Lambat laun org akan tau yg anda itu hipokrit.
  • Kalo bergaduh sesama pasangan cuba elakkan dari melibatkan keluarga. Jangan perbesarkan pergaduhan antara anda dan pasangan.
  • Jangan terlalu emosional. Bertindak mengikut akal yang waras, bukan hati yang amarah.
  • Buang perasaan ego jauh-jauh. Tak gune nak menegakkn ego yg tak seberapa tu, buat makan diri je.
Erm sebagai orang yg dewasa, sepatutnya kita mampu berfikir dengan bijak dan waras. Buangla prinsip-pronsip kampung yg tak berguna tu.

Semoga minta dijauhkan perkara seumpama ni. Amin.

Melalui Hari-Hari......

Muka En Azli yg serabut akibat keje yg berlambak kat opis....

Sunday, March 14, 2010

14 Mac 2010

Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad ari bersama En Azli...
Sampai ke saat ni aku still meluangkan masa ngn si die. And skg tgh teman En Azli siapkn keje die. Orang lain dating tgk wyg, jalan-jalan, aku dating teman die kat opis. Jadila kan. Semalam pon dah tgk wayang, Niyang Rapik.
Bercakap mengenai Niyang Rapik, from my point of view la. Suam-suam kuku jer. Sebab perasaan jalan crita and konsep citer lebih kurang mcm citer Thailand seram yang penah aku tgk sebelum nie. Walaupon bukan seratus peratus die cedok dari filem seram tu, tapi konsep dan jalan crita hampir sama. Tapi ok la. Not so bad. Can be accepted la jalan crita die. Walaupon kisah sebenar takda kaitan dengan kerambit (btol ke aku eja ni) yang dicuri oleh Zack. Tapi lebih kepada kisah dendam akibat dari perbuatan seorang kawan mereka yang merogol Laila. Alasan sebab jeles tgk Laila berkepit ngn Zack. Aku akui crita mcm ni mmg terjadi di alam realiti. Tapi rase tak puas pada ending crita tersebut. Yela Malaysia takut nak buat crita yg ekstrem, takut nanti tak lepas tayang kat panggung plak kan. Tapi yang pelik kalo citer dari luar bole plak kan. Beromen, pelakon berbogel, pasal sensitiviti agama lepas plak tayang kan. Erm no komen. Enough ok.
Semalam (Sabtu), satu kelas pon aku tak pegi. Tak larat nak bangun seawal 630 pg. Aku tido kat umah Kak Yati. So ingatkan nak gi kelas ptg la. Tapi tak kesampaian jugak. Dah bersiap pukul 10 am ni konon nak balik. Tapi ngantuk tahap gaban. Takpela tunggu En Azli balik opis.
So terlajak la aku disini sampai ke arini. Petang sat lagi baru balik. Kalo balik umah boring. Kebosanan akan melanda. Esok cuti sekolah. Bagus sebab aman sikit nak pegi opis. Kurang traffic jam.
Ok cukup smpai sini catatan Cik Dila arini....

Friday, March 12, 2010

Aku Redha

Sesuatu yang tidak disangka berlaku semalam,

Dan aku terima dengan hati yang redha....

Malam ni cannot attend class..huhu..

Kene jadi pengapit terjun majlis anak Tuan malam nie.

So berharap esok aku dapat menghadirkan diri ke kelas,

Erm mmg keletihan esok kelas 9 am, takut majlis lambat abis..

3 hari berturut-turut gi ke belah Selatan,

Ari Ahad sangat dinanti-nantikan supaya dpat merehatkan diri sepuasnya,

Wednesday, March 10, 2010

Studi Stado

Aktiviti arini have to complete sikit-sikit the assignment given by Dr Salleh.

Jauh kami mencari information iaitu di Residence Desa Lagoon Resort,PD. Senang nak approach coz ade contact kat dalam company tu. So far everything oklah as our planned. Tinggal nak buat full report and will submit it on 27th March. Takda banyak masa lagi.

My aim skg harus menyiapkan all the assignment given within this month. Kalo rase nak sakit try la wat last minute. Nasib satu subjek Food Toxicology takda assignment yg diberi by Prof Toh. Kalo tak sakit jugak tuk siapkan sume assignment.

Wall of tension:
  • Assignment individual Global Strategic Management. Only 3 pages. Articles dah cari. Tinggal nak bertapa dalam gua je untuk memerah otak menyiapkan case study itu.
  • Project Global Strategic Management. Interview session dah selesai. Tinggal nak buat pembahagian tugas tuk tulis report plus movie maker tuk presentation.
  • Food Product Development. Try propose nak buat marshmallow dari kulit pisang. Mcam mengarut je kan idea ni. Natrah ckp nanti kalo die ada anak die tak bagi anak die makan marshmallow yang aku produce. Siot jer. Erm brg mentah kene cari sendiri. Memandangkan masa part 4, ade sedikit pengalaman menghasilkan marshmallow dari buah naga bersama Akma, Wawa and Ana. So try la nok produce balik bende alah nie.
  • Paling azab and liat nak buat-research proposal. Dari sem lepas tak abis2 nak buat bende alah nie.

Erm bila la nak abis blaja...........

Tuesday, March 09, 2010

Ahad (7 Mac 2010)

Ahad (7 Mac 2010)

Seperti yg dijanjikan ahad yg lepas aku menghadiri jemputan kawin seorang yg aku tak sangka dpt jumpa. Selalu dengar dari mulut En Azli je.

Aku menghadiri kenduri kawin anak perempuan kepada Tuan Sheikh Mohammad Adib.

Pada pagi tersebut dada aku terasa debaran tidak tahu aper yang terjadi pada hati ini. Mukin aku rasakan diri aku ni kecik untuk hadir pada majlis kawin anak Tuan Sheikh Adib. Langkah demi langkah sampailah aku menjejakan kaki ke tanah yang dikatakan oleh En. Azli rumah yang selalu menganjurkan Majlis Zikir. Aku rasakan amat berbeza suasana kenduri disini yang kebiasaan nyer kenduri kendara dirumah yang lain sentiasa suasana keadaan sibuk. Yang dimaksudkan disini berkeadaan teratur. Seolah-olah setiap orang disini mempunyai skrip2 tersendiri yang teratur. Samada tetamu dan petugas. Tapi yang paling aku kagum seorang lelaki yang segak, tinggi, yang keluar dari rumah berkeadaan tersusun langkahnyer menuju kea arah berhadapan rumah. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu kearahnya untuk bersalaman bersamanya. Kelihatan juga bagaikan orang ternama.

Rupanya itu lah yang dikatakan oleh En. Azli Tuan Sheikh Adib yang menjadi teka teki buat diri aku selama ni. Bagi aku bukan lagi bagaikan orang ternama dan ia memang orang ternama. Selepas pada aku melihat Tuan Sheikh Adib baru En. Azli kenalkan aku pada Tuan. Rupanya ini lah perasaan aku rasakan kecik yang berhadapan dengan orang yang sangat dihormati aper yang dsaksikan oleh aku tadi. Berkesempatan juga aku berjumpa dengan isteri Tuan Sheikh Adib yang berseri menanti saat ketibaan menantunya. Masa makin berlalu aku meneruskan tugas yang diberi tangugjawab untuk menyampaikan `gift’ pada tetamu yang hadir. Bersama-sama dengan aku kakak-kakak yang sangat peramah kata-katanya membuatkan diri aku tidak menjadi pendiam yang dari awal nya aku datang kesini. Matahari makin terik tetapi orang2 disini sangat patuh tugas masing2 bagi menjayakan majlis ini. Masa pun makin berlalu pada jam hampir 4 petang dan orang pun makin berkurangan aku pun ingin berankat pulang. Sebelum balik semua kakak-kakak disini sempat pesan ‘kalo naik pelamin jgn lupe jemput. Insya-Allah.

Dan sebelum balik aku sempat bersalam dgn Tuan dan die sempat bagi satu Muffin kat aku. Apakah makna simbolik pemberian muffin tu. Sebab Asiah tak dapat. Aku sorang je yg dpt. Mungkin ada sesuatu kebaikan dan hikmah disebaliknya. Amin. Satu pekara yang memeranjatkan aku gerak hati aku amat ketar untuk bergambar dengan Tuan Sheikh Adib dan aku diberitahu Tuan memang takan amik gambar dengan orang yang tidak kenal pada dia maka aku hanya mampu berkata untuk bergambar bersama isteri Tuan dan kak Long tapi tidak sangka semasa En. Azli sedang mengambil gambar aku bersama Makcik dan Kak Long datang Tuan untuk bersama dalam gambar ini. Aku macam tergamam dan aku rasakan macam Tuan bole tahu hati aku yang tak terkata dan tak terlafaz. Ini lah pengalaman aku berkesempatan untuk bersama Majlis Perkahwinan anak perempuan Tuan Norzamira dan suaminya yang kelihatan amat berseri kedua-dua pengantin dan majlis dihiasi warna warna harmoni menghidupkan lagi suasana majlis bagaikan suasana yang telah tersusun dari skrip tersendiri. Terima kasih Tuan Sheikh Adib sekeluarga memberi ruang aku bersama menjayakan majlis ini.

Mungkin lepas ni dapat menghadirkan diri ke Majlis Zikir pula. Insya Allah.

P/s: Edited by

My Hero

Lihatla title yg gedik...huhu

Semalam hari yg sengal, ntah mcm mane pintu bilik umah bole terkunci dari dalam. Bayangkan ari tu ade kelas praktikal 4 jam. Bila masuk restoran and kitchen paham2 la bau. Tak payah nak digambarkan. Terasa balik umah terus nak mandi. Tapi bukak je pintu bilik tak boleh nak gi. Kecewa.

Dah sepak, dah ketuk, dah tendang sume tak leh jalan. En Azli suh ketuk ngn penukul, tapi manala ade penukul dalam umah tu. Nak minta tlg org?? Erm sape yg bole diharapkan. Tau jela duk kat KL ni. Semangat kejiranan tu kurang. Kalo nak panggil ntah sape2 org kang, tak pasal-pasal bende lain plak jadi. Terus la mencuba selagi terdaya. Sume tak berjaya. Aku dah fed up.

Penyelesaian terakhir, En Azli dtg. Perasaan ni kesian kan die. Semalam die banyak keje kat opis. Pukul 8 mlm baru balik. Sori syg terpaksa sshkan, sebab sy tak jumpa jalan penyelesaian yg lain.

En Azli smpai dalam 1030 pm. Tak sampai 5 minit die dah berjaya pecahkan tombol tu. Bravooo..my hero...huhu. Semakin bertambah syg kat die sebab sanggup ssh payah utk sy semata-mata nak pecahkan tombol pintu utk sy.

Tapi sangat ksian kat die sebab terpaksa benti kat Hentian Nilai semata-mata nak lelapkan mata dalam 10 minit. Sangat risau menunggu die sampai kat umah.

The moral of the story:
  • sebelum tutup pintu sila check dulu tombol pintu takut2 terkunci dari dalam. Kalo ade kunci tak heranla kan.
  • Perempuan mmg insan yang lemah in term of nak pecah2kan bende ni. Tu sebab lelaki je yg selalu jadi pecah umah, penah dgr ke pompuan buat keje pecah umah org. Huhu
  • Sy syg sgt kat En Azli sy (bole muntah skg)

Friday, March 05, 2010

Test!

My location rite now is at DK 2..

Yeah I love this moment, dpt ONLINE...

Ya Allah mcm monyet bila dapat ONLINE...

Of coursela, can update antivirus, Facebook-ing, search informations for my research plus ber-blogging..

Wah test dah start...

Da~

Thursday, March 04, 2010

Kalaulah...

Penah terpikir tak nak lari dari semua rutin harian.

Hampir setiap masa pikir mcm tu. Kalaula aku ni banyak duit tak payah gi keje. Kan senang. Tak perlu nak bangun awal setiap pagi meredah traffic jam yang mcm taik. Tak payah pikir. So selamat sel-sel otak. (lama-lama otak ko jadi lembab bila malas berfikir)

Ala bukan nak merehat selama-lamanya, cube nak curik sedikit masa menenangkan diri yang makin lama terasa serabut. Haishh malas nak pikir.

Smpaikan boleh terpikir kan best kalo aku tak sambung blaja dulu. Tak payah pening nak siapkan assignment, tak payah pikir nk dtg kelas, tak payah pening nak buat research. Kan best. Duit pon tak banyak terbang. Nak bayar itu ini. Kan best gune duit tu tuk shopping jer. Beli apa yang kita nak tanpa pikir "eh kene simpan ni nanti nak guna". Menyampah!

Tapi hidup ni kalo tak mencabar terasa mcm tak puas plak. Begitulah manusia. Tak penah rase puas dengan apa yang ada. Bila dah ada cabaran, rase susah dan-dan tula terasa nak melarikan diri. Tak sanggup nak menghadapi saat-saat macam tu. Rase nak bersenang-lenang jer.

Ntahla. Apa pon skg ni cuba kawal emosi dan keadaan. Cube untuk manage segalanya supaya berada di zone yang seperti yang kita kehendaki. Kawal perasaan...Yes. Kita yang kawal emosi dan perasaan, bukan emosi dan perasaan yang kawal kita. Sedang cuba berusaha...

Wednesday, March 03, 2010

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar. Itulah hakikat yang perlu kita fahami hari ini. Kita sukar untuk menganalisa diri sendiri jika kita perlu berbuat demikian. Kalau tidak percaya cuba anda fikirkan lima sifat dan karakter anda sekarang. Kita pasti teragak-agak untuk memberikan jawapan yang tepat. Padahal anda hanya diminta untuk berfikir mengenai diri sendiri, bukan orang lain.

Ironinya, jika disuruh untuk menganalisa orang lain, tidak sampai sepuluh saat anda mampu menyenaraikan komen-komen dan karakter orang itu. Lebih hebat lagi, jika anda tidak suka dengan orang itu mungkin berpuluh karakter negatif mengenai orang itu anda perkatakan. Contohnya, kalau diminta komen tentang cara pangacaraan Cheryl Samad di malam AJL, wah bukan main lagi dia menyebut satu-satu komen mengalahkan komen Adlin Aman Ramli dalam Akademi Fantasia. Pada hakikatnya dia bukanlah terlalu bagus untuk dikagumi, dan juga bukan penghibur tanah air yang tersohor. Begitulah sifat manusia. Selepas hidup beberapa tahun di muka bumi ini, kita lebih mengenali berkenaan orang lain, berbanding dengan diri sendiri.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi kata hikmah ini:

“ Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang yang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya ataupun perkara yang dapat mengubah dunia.”

Wednesday, March 31, 2010

Emosi

0 comments

4 comments

Disable Right Click